Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

28 Mac 2014

DEMI MH370 ABPBH 2013 DITANGGUHKAN KE TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK

Minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Lautan Hindi menjadi lokasi terakhir penerbangan pesawat MH370 dan sehingga kini seluruh dunia masih lagi bersimpati dengan insiden yang melanda 227 penumpang dan 12 anak kapal yang terbabit.
Demi menghormati insiden tersebut, ramai pihak telah menangguhkan segala aktiviti hiburan, termasuklah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang sepatutnya akan berlangsung pada 6 April ini.

Menurut Pengarang Kumpulan Berita Harian iaitu Mahfar Ali, anugerah berprestij itu ditunda berikutan rasa prihatin terhadap isu yang sedang melanda negara saat ini.

Ketika sidang media tersebut, Mahfar berkata tarikh baru bagi ABPBH akan diberitahu kemudian, ekoran terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat semula.

Dalam pada itu, Mahfar berkata, dia tidak menolak kemungkinan ABPBH bakal dilangsungkan di Kuala lumpur kerana perubahan jadual dan pengubahsuaian yang dilakukan di Arena of Stars, Genting Highland.

Untuk pengetahuan, kebanyakkan finalis ABPBH bersetuju dengan tindakan Berita Harian menangguhkan acara ini bagi menghormati insiden memilukan yang menimpa penerbangan MH370 termasuklah Aaron Aziz, Amy Mastura, Yana Samsuddin dan ramai lagi.

Kepada anda yang ingin mendapatkan tiket, penebusan tiket masih boleh dibuat dan pihak penganjur akan memaklumkan mengenai tarikh baru dan tiket yang telah dimilik boleh ditukar kepada tiket baru.
Sumber : OhBulan


27 Mac 2014

CARA NAK HILANGKAN LINE PUTIH/MELINTANG DEKAT ATAS BLOG


Blog Mimi -->http://hanyadihatiku.blogspot.com/
Ternampak blog Blogger mimi macam ada garisan melintang yang mengganggu macam yang pernah teman kena dulu, rasa macam terganggu jea bila tengok kan.. haa.. pastu teman teringat balik tutorial yang pernah diajar oleh seorang Blogger di FB teman dulu, dah buat lama dah entri ni, tapi terlupa nak publish.. dan terlupa sape yang ngajor teman untuk hilangkan line putih yang menganggu tu.. kalau mimi baca ni, cer try buat.. insyaAllah.. menjadi tauu.. 
Gi kat Blogger-->klik edit html-->klik sekali kat tengah2 coding yang banyak2 tu-->tekan control+F pastu taip Tabs atau Tabs-outer kat ruang kotak tu.. (atas belah kanan) ( /* Tabs-------- */..tabs-outer { )
korang akan jumpa macam bawah ni :
overflow: hidden;position: relative;background: transparent url(//www.blogblog.com/1kt/awesomeinc/tabs_gradient_groovy.png) repeat scroll 0 0;}
pada bahagian background, tukar jadi camni : background: none ; 
(kalau nak senang, copy jea background: none; ni gantikan dekat atas tu.. heee..)

PASTU..kat bawah kod /* Tabs----------------------------------------------- */semua kod dalam tabs tu, cari border (border-top, border-bottom, border-left, border-right)...tukar 1px kepada 0px.Note : ingat : jangan buang tanda ; ....  kena ada kat setiap penutup kod tauu

Jangan Marah Aku Begitu Sekali..

Tengah nak makan tadi, tiba2 telefon berbunyi.. Teman jawab tepon dulu..
Kena Marah dengan SESEORANG sebab tak jawab Mesej, walhal teman di dapur masa tu.. 
baru nak makan.. lapar sangat masa tu.. 
Bukankan boleh cakap elok2.. nape mesti marah2? hati teman lembut macam tisu.. jangan diguris, jangan dicalar, jangan dicakar berkali2.. kelak tiada ubatnya jika cedera parah.. hemm.. terbantut selera tiba2.. dah sejuk pun makanan teman ni.. makan jugaklah.. tak baik membazir, dan teman perlukan tenaga untuk kerja2 seterusnya.. kalau sakit nanti takut menyusahkan orang pulak.. better jaga diri sendiri sebelum jadi apa2..

Note : kalau kita senang MARAH, bererti Syaitan dah berjaya menakluki kita.. 

SURPRISE BIRTHDAY TAK JADI

He2.. besday dah sebulan lepas, tapi hari ni baru nak up entri pasal ni yea.. hu3.. saja nak tepek kenangan ni kat entri kali ni.. bukan apa.. menghargai usaha hubby nak buat surprise mengejut masa besday teman hari tu.. heee.. pada 28 Febuari 2014 hari tu.. tapi hubby teman usaha nak jadi yang terawal, maka dia pun gigih nak buat surprise untuk menjadi ORANG YANG PERTAMA wish Happy Birthday kat teman.. heee.. 

Memang dia lea oarng pertama pun sebab dia paling dekat dengan teman kan.. ha2.. malam tu, 27hb Febuari dia memang orang yang 1st ucap.. heee.. (yg dalam blog tak kira yea.. heee) Malam tu dia kata nak kuo jumpa member jap kat Setapak, pastu teman pun ikut jelea temankan dia jumpa member.. pastu  dia bawak masuk Kenny Rogers, teman tanya lea mana kawan dia.. dia buat2 tercari2 orang, pastu teman tunggu jelea kat pintu depan tu, ternampak hubby teman tengah cakap apa ntah dengan staff Kenny Rogers tu.. pastu dia ajak teman keluar, katanya bukan Kenny Rogers yang tu, tapi Kenny Rogers lagi satu.. teman pun ikutlah.. pastu dah sampai kat Kenny Rogers lagi satu tu, kami pun duduk lah kat meja n kerusi satu sudut tu, pastu hubby tiba2 cakap.. 

Happy Birthdayyy.. aduii.. terkejut lea teman masa tu, sebab tak jangka pun dia nak wish n sambut birthday teman kat Kenny Rogers tu,  memang surprise lea masa tu.. hu2.. Tapi.. nak dijadikan citer lak.. Staff Kenny Rogers tu cakap, Ayam dah habis.. aiyooo.. ni semua salah teman lea... sebab lambat sangat bersiap.. last2 lambat sampai Kenny Rogers, Ayam pun habis..  hu3.. maka nya surprise tak jadi lea namanya.. pastu hubby cakap nak makan kat mana? teman pun jawap lea.. PIZZA! laju jea sebut nak makan PIZZA.. hu3.. so, kami pun makan di PIZZA ajelah.. 

hihihi.. itulah citernya Surprise Besday tak jadi.. walauapapun.. tq buat my luvly hubby sebab sudi buat surprise ni..  cuma frust untuk Anniversary kami.. kami terlupa n tak buat apa2 pun untuk sambut ulangtahun kedua kami tu.. sedih pun ada.. last2 tengok abang ipar n her wife datang bawak kek untuk kami.. ya Allah.. terharunya teman n hubby masa tu.. diorang faham kami bz sampai lupa anniversary sendiri.. memang kek tu sedapp.. nanti teman share entri pasal tu lak yea.. heee.. ok tata.. nak sambung koje sat..

Autopublish entri

KESAN EPHYRA SELEPAS 30 HARI.. FRESH!


Entri sebelum ini-->Kotak Kedua Ephyra
Heee.. teman nak share lagi pasal Ephyra ni, hari tu teman dah consume ephyra ni selama 3o hari.. baru minggu lepas habis 30 paket tu.. dan hasilnya... he2.. apa yang teman tahu.. kulit memang terasa fresh, badan pun rasa segar jeaa.. walaupun sekarang ni teman amat bz sangat dengan urusan kedai, 

Tapi apabila dah minum Ephyra ni.. badan teman macam ada tenaga tambahan.. kalau tak.. memang dah surrender awal2 dah kot.. tak daya nak lawan kepenatan.. hu3.. manja sangattt kan!.. hu3.. takmo citer banyak2 lah.. sebab hasil Ephyra ni memang terbaekk dan kalau nak tau lebih lanjut pasal Ephyra dan pengalaman teman tentang Ephyra ni, silalah baca ni yea -->EPHYRA BERI KESAN LUARBIASA dan ini jugak-->EPHYRA SERLAHKAN KEJELITAAN SEBENAR ANDA

Kalau berminat nak mencuba, bolehlah hubungi :
Official Website : www.oceanlife2u.com
Fanpage : www.facebook.com/oceanlife2u
Twitter : https://twitter.com/Ephyra2u
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

== ENTRI-ENTRI LAIN BERKAITAN ==

Pengumuman Pemenang Baru bagi Giveaway t.shirt by Tengkubutang

Senarai Peserta -->KLIK SINI
Gambar T.shirt -->KLIK SINI
Haii.. lama bebeno nak umum Pemenang Baru yea.. bz sesangat sekarang ni.. bagi yang belum tau pasal ni, teman just nak gitau yang Pemenang baru ni dipilih adalah kerana pemenang sebelum ni ada masalah sikit dengan link penyertaan dia yang tak function, so.. untuk berlaku adil kepada peserta yang lain.. teman terpaksa buat pemilihan pemenang yang baru.. walauapapun teman mohon maaf dengan pemenang yang asal, semoga murah rezeki untuk GA yang lain yea.. jangan simpan dalam hati.. insyaAllah rezeki awak akan lebih murah lagi dari ini.. Aminnn.. Ok lah.. teman dah ada pemenang baru.. jom tengok sape yang menang.. kalau pemenangnya adalah anda, silalah PM teman untuk tuntut hadiah di Tengkubutang MIaw (kalau belum friend sila add teman dulu ok, kalau tak teman takleh nak balas mesej korang.. teman dah kena block.. hu3)
Tahniah!!!

26 Mac 2014

PENEMUAN KOTAK HITAM PESAWAT MH370

Kotak Hitam pesawat MH370 telah ditemui adalah satu2 nya berita yang amat kita tunggu2 sangat.. Namun itu hanya doa dan harapan dari kita setakat ini, semoga misi mencari Kotak Hitam berjaya ditemui...Berharap sangat2 Kotak Hitam Pesawat MH370 dijumpai segera.. 

Teman nak sangat tahu apa yang berlaku sebenarnya.. rasa macam sedih dan hiba dengar berita tentang pengumuman baru-baru ini dari PM kita bahawa Pesawat MH370 berakhir di Selatan lautan Hindi.. memang agak mengejutkan pengumuman itu, walau berat hati nak terima berita tu, namun teman sedikit demi sedikit redha dengan ketentuan ilahi.. memang kita sedih dengan berita ini, tetapi insan yang paling sedih sebenarnya ialah keluarga mangsa yang terlibat.. semoga mereka semua tabah menerima dugaan ini..

Sebelum ni teman hanya dengar2 sahaja pasal Kotak Hitam ni, tapi tak pernah pulak nak ambil tau apa itu Kotak Hitam, apa gunanya, apa kepentingannya Kotak Hitam tu, macam mana rupa Kotak Hitam tu.. memang totally zero pasal menda ni.. hanya tau n selalu dengan ajar ayat Kotak Hitam ni.. Tapi bila terjadi peristiwa sedih baru2 ni.. iaitu tentang MH370, teman sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan tiba2 terasa nak tahu lebih mendalam pasal Kotak Hitam ni.. 

hemm.. dulu selalu jea dengar, asal kapal terbang terhempas jea pasti Kotak Hitam yang dicari.. asal kapal terbang terhempas atau terlibat dalam nahas jea, perkara utama yang dicari selepas menyelamatkan mangsa mesti Perakam dan Penyimpan Data (Kotak Hitam) jugak.. teman tertanya2 apa itu Kotak Hitam.. dan hari ni baru teman buka mata dapat baca sedikit info berkenaan Kotak Hitam ni.. dan teman baru tahu kenapa ia penting sangat dalam kes pencarian pesawat MH370 ni.. So, teman nak share jugak dengan korang yang mana belum tahu tentang Kotak Hitam ni.. kalau yang dah tahu tu.. sila komen kalau ada kekurangan atau pendapat tambahan korang tentang Kotak Hitam tu yea.. 

Apakah fungsi dan peranan kedua-dua Kotak Hitam ini? 

Fungsi Kotak Hitam
  • Kotak yang digunakan untuk merakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR).
  • FDR mencatat hingga 700 parameter yang berkait dengan operasi dan aktiviti penerbangan pesawat seperti kelajuan, tekanan udara, ketinggian, posisi kawalan kokpit, kompas, pengukur mesin dan aliran bahan bakar.
  • CVR merakam suara manusia, suara mesin dan bunyi lainnya di kokpit kira-kira 25 jam terakhir.
  • Ia merakam perbualan antara juruterbang dan menara kawalan udara serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca sepanjang penerbangan.
  • Data FDR dan CVR disimpan pada Memory Boards yang dilindungi CRash Survivability Memory Unit (CSMU) yang mempunyai beberapa lapisan daripada aluminium tipis, silika dan baja tahan karat atau juga titanium yang kuat dan tahan terhadap letupan pesawat.
  • Ada dua unit kotak hitam yang diletakkan pada bahagian depan pesawat dan bahagian ekor pesawat yang diyakini mudah dijumpai jika berlaku tragedi.
  • Rakaman komunikasi sepanjang penerbangan menerusi kotak hitam ini penting untuk mengetahui punca kemalangan membabitkan pesawat.
  • Kotak hitam pertama dicipta rakyat Autralia, Dr David Warren. 

Semoga penemuan kotak hitam ini dapat memberi gambaran sedikit tentang apa yang berlaku kepada pesawat MH370 sebenarnya.. walaupun apa yang teman ada baca sedikit tadi.. penemuan kotak hitam belum tentu dapat menjawab semua persoalan.. =(

Menerusi sidang media harian di KLIA, hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut memaklumkan bahawa pasukan penyiasat Air France turut berkongsi pengalaman mengenai kotak hitam. “Penyiasat Air France turut berkongsi maklumat mengenai alat khas bagi mengesan kotak hitam. Kami sudah mengenal pasti alat berkenaan yang mungkin dapat membantu. Kita perlu cari pesawat dulu untuk mendapatkan kotak hitam,” katanya.  

info tentang Hayat Kotak Hitam--> KLIK SINI

25 Mac 2014

#MH370 BERAKHIR DI SELATAN LAUTAN HINDI #speechless

Kuala Lumpur: Misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 17 hari lalu terungkai apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengesahkan penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan oleh pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) petang tadi yang memaklumkan data satelit INMARSAT melakukan kiraan lanjut dan mengesahkan pesawat itu terbang ke Koridor Selatan.

"Lokasi terakhir pesawat MH370 terbang dikesan di tengah Lautan Hindi di Barat Perth, Australia.

"Ini adalah lokasi terpencil yang jauh daripada mana-mana lokasi pendaratan. Oleh itu, saya dengan dukacitanya memaklumkan penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi," katanya.

Kata Najib, kerajaan akan berkongsi maklumat dengan keluarga penumpang dan sidang media lanjut mengenai perkara berkenaan akan dibuat dalam masa terdekat.

24 Mac 2014

BILA BLOGSPOT NAK BAIK DARI DEMAM?

hu3.. pasti semua tertanya2 bila lea Blogspot ni nak baik dari demam kepialu kan.. huk3.. Giveaway teman pun tergantung sudaa.. taktau bila nak Publish.. sabo jelah.. Apa2 pun hope korang semua bersabar yea, dan jangan lupa selalu2 lea jengah sini untuk tau Giveaway dan bermula ke belum yea.. buat para sponsor.. hope sabar menunggu juga yea.. hu3.. apa2 pun jom cuci mata dulu nengok hadiah2 untuk Giveaway teman kali ni,..

21 Mac 2014

Segmen Kenali Sirah Rasulullah Saw



Rasulullah Saw ( Nabi Muhammad ) dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal ( 20 April 571 Masihi ) di Makkah. Nama bapa baginda ialah Abdullah Bin Abdul Muthalib manakala ibu baginda bernama Aminah Binti Wahab. Ibu susuan baginda pula bernama Halimatus Saadiah.
Baginda telah dijaga oelh Halimatus Saadiah selama 4 tahun. Semasa di dalam kandungan, bapa baginda telah meninggal dunia. kemudian ibu baginda pula meninggal dunia.
Baginda kemudian dijaga oleh datuknya. Apabila dewasa, baginda digelar Al - Amin kerana sentiasa berkata benar. Baginda kemudian berkahwin dengan Siti Khadijah.
Ketika baginda berusia 40 tahun, baginda sering pergi ke Gua Hira untuk menyendiri daripada kaumnya yang gemar menyembah berhala.
Atas perintah Allah SWT, pada 17 Ramadhan  malaikat Jibrail datang kepada baginda untuk mengajar baginda membaca dengan menyebut " bacalah " namun baginda tidak dapat membacanya. Baginda berasa takut dan segera pulang ke rumah.  
Selepas menyedari baginda merupakan seorang Rasul, akhirnya selama 3 tahun baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi kepada keluarga dan sahabat terdekat. Kemudian, Allah SWT memerintahkan baginda berdakwah secara terang-terangan.
Pelbagai tentangan dihadapi dari kaum Quraisy. Ada yang merancang untuk membunuh baginda. Lalu kemudian Allah SWT telah mememrintahkan baginda berhijrah ke Kota Madinah.
Pada 12 rabiulawal 11 Hijriyah, Rasulullah Saw telah wafat ketika baginda berusia 63 tahun dan dimakamkan di Kota Madinah.
Sabda dan pesan baginda kepada seluruh umat manusia :
“Aku telah meninggalkan kepada kamu dua perkara yang tidak akan kamu sesat selamanya
dan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu iaitu : Kitabullah (Al-Quran)
dan Sunnah Rasulullah (Hadis)

Segmen Kenali Sirah Rasulullah ini diilham dan dianjurkan oleh Blogger Nilam  dan disokong oleh Zaza Zehra. Tamat pada 30 Mac 2014.

16 Mac 2014

SENARAI HADIAH DAN PARA SPONSOR

NAK JOIN?? KLIK  SINI  CEPATTTTT!!! 
Just cuci2 mata.. heee.. ini adalah senarai Hadiah dan Sponsor yang akan support teman untuk 

GIVEAWAY 2ND YEAR WED. ANNIVERSARY MYLUV & ME

Nama Sponsor : Nur Arina / Arina camaro
Brg sponsor  : wide shawl utk 2 pemenang
Syarat       : follow blog--> http://arinacamaro.blogspot.com/
             LIKE Fanpage--> https://www.facebook.com/ArinaCamaroShawl?ref=hl
 Nama Sponsor : Asha Alya/Sweety Cool
Brg sponsor  : sticker keyboard utk sorang pemenang
Syarat       : follow blog --> http://blogashalya.blogspot.com/
 Nama Sponsor : Hazirah Shah
Brg sponsor  : nrg herbalife
Syarat       : follow blog-->www.iuzira.com
 Nama Sponsor : Lilly Lolly
Brg sponsor  : 1pcs gelang handmade utk 1 pemenang
Syarat       : Follow Blog--->http://missqerieyal.blogspot.com

(gambar contoh)
 Nama Sponsor : Mazatul Azura Muhamad
Brg sponsor  : tudung bawal 2 pcs untuk 2 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://mazatulazura.blogspot.com
             : like fanpage maishoppe-->https://www.facebook.com/mazatulazuramuhamad?bookmark_t=page
Nama Sponsor : Nasrina Amarudin
Brg sponsor  : Shawl untuk 1 pemenang
Syarat : follow blog--> http://nashanim.blogspot.com/
: follow Instagram-->IG nuraisy_shoppe
 Nama Sponsor : Nur Farahain
Brg sponsor  : fridge magnet untuk 2 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://akuainkausiapa.blogspot.com/
               Add FB-->https://www.facebook.com/ain8291
Nama Sponsor : Nurul Faiz Drifter
Brg sponsor  : Fridge magnet x 2 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://cikgufaizcute.blogspot.com/
             : Follow Instagram-->http://instagram.com/faqihhakim
 Nama Sponsor : Raden Galoh Cendera Kirana
Brg sponsor  : 2pack Pore Strip for 2 winners
Syarat       : follow blog--->http://dia-honey.blogspot.com
             : Like Fanpage-->https://www.facebook.com/SyahoneyKittyShoppe
 Nama Sponsor : Syiera Shiera/Syiera Firdaus
Brg sponsor  : buku "mudahnya menjemput rezeki" x 1 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://sayasyiera.blogspot.com
             : follow Instagram-->instagram.com/syieraa_shieraa
Nama Sponsor : Wir Aida Aziz
Brg sponsor  : set sarung bantal kusyen n sarung kotak tisu untuk 2 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://pmbcinta.blogspot.com/
             : LIKE fanpage-->https://www.facebook.com/PermataHatiBuahCinta?ref=hl
 Nama Sponsor : Yana Aina/Yana Nazlyzan
Brg sponsor  : Lolipop keychain & Brooch utk seorang pemenang
Syarat       : Follow Blog : http://nazlyizan.blogspot.com/
             : Like page : https://www.facebook.com/NazlyizanCreation   
Nama Sponsor : Nasrina Amarudin
Brg sponsor  : Ephyra 2 Peket untuk  x 2 pemenang 
Syarat  : follow blog--> http://nashanim.blogspot.com/
Nama Sponsor : Cik Eymasu
Brg sponsor  : kain felt untuk seorang pemenang
             : Share gambar ini di wall FB korang--> https://www.facebook.com/EymasuAndWorldCraft/posts/463951123732174
Nama Sponsor : Sheila Salim
Brg sponsor  : topup rm10 x 2 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://sheilashahfiekry.blogspot.com/
Nama Sponsor : Cik Eymasu
Brg sponsor  : Starter kit felt untuk seorang pemenang
             : Share gambar ini di wall FB korang--> https://www.facebook.com/EymasuAndWorldCraft/posts/463951123732174
Nama Sponsor : Cik Amal
Brg sponsor  : Topup RM5 X 2 pemenang
Syarat  : follow blog --> http://www.cikamal.com
    : follow Instagram --> http://instagram.com/cik_amal1992
Nama Sponsor : Noorhasniza Khalid/Mamaniza.com
Brg sponsor  : Jam Dinding untuk 2 pemenang
Syarat       : follow blog -->http://www.mamaniza.com/

Nama Sponsor : Keyme Keymoo
Brg sponsor  : RM5 X 2 pemenang
Syarat       : follow blog--->http://keymekeymoo.blogspot.com/
Nama Sponsor : Ct Aman
Brg sponsor  : Cash RM30 untuk seorang pemenang
Syarat       : follow blog-->http://Ctamanaqim.blogspot.com/
Nama Sponsor : Syamimi Saad
Brg sponsor  : RM5 X 1 pemenang
Syarat       : follow blog-->http://hanyadihatiku.blogspot.com/
Nama Sponsor : Afiqah Nu'aimi
Brg sponsor  : 1 mask, 1 eye mask untuk seorang pemenang
Syarat       : follow blog--> http://aimifiqa.blogspot.com/
Nama Sponsor : Yana Afi
Brg sponsor  : RM10 x 3 pemenang
Syarat       : follow blog--> http://yanapinkblossom.blogspot.com/
             : Like Fanpage-->https://www.facebook.com/yanapinkblossom
Nama Sponsor : Jaslina Murni
Brg sponsor  : Topup rm5 X 3 pemenang
Syarat       : follow blog-->  http://bilainginberbicara.blogspot.com/
(gambar contoh)
Nama Sponsor : Embun Beauty House
Brg sponsor  : Tudung Bawal Paesly untuk 2 pemenang
Nama Sponsor : Ainllah Abdullah
Brg sponsor  : eBook bertajuk '"Cara Buat Website Sendiri'
Syarat       : follow blog--> www.aehllah.blogspot.com
Nama Sponsor : Linda Lyn
Brg sponsor  : Topup RM5 x 2
Syarat : follow blog--> lindalyn2012.blogspot.com/

Dan......
Hadiah Misteri dari teman.. Gelang/Bangle AVON utnuk pemenang bertuah..

14 Mac 2014

LALUAN MANA PALING AFDAL?

Salam Jumaat semua.. teman bz lagi ni, hanya ini jea dapat ditempekkan kat entri hari ni, teman copy gambo ni dari FB hari tu.. cer korang nengok.. dan Komen dengan Nombor Sahaja.. sila tengok gambar tang bucu belah kiri tu.. dan tengok line yang ada kat gambo ni .. tulis Nombor yang mewakili laluan mana paling afdal mengikut pilihan korang.. hemm.. korang rasa camne? Laluan Mana Paling Afdal

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers