Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

23 November 2012

Morninggggggg!!! Friday!! here i come!





Assalammualaikum.. tadaaaa... Salam Jumaat buat semuanyaa.. gambar diatas sebagai pembuka hari buat teman.. Teman akan tersenyum selalu klu tengok gambar ni.. coz, gambar ni gambar yg istimewa buat teman n hubby teman yg tersayang.. dan.. nk bg tahu ni.. hari ni dgn rasminya terhasil lah blog teman yg x seberapa ni.. he2.. teman baru mula belajar sikit2 cara nk buat blog ni.. teringin nak buat blog bila tengok kwn2 semua asyik ber blog2 ni.. tp memandangkan cara nk buat blog ni agak kepayahan.. maka hangat2 tahi ayam j lah masa mula2 2.. pastu ntah kenapa tiba2 rasa nk buat blog balik.. 

heh3.. tgh semangat berkobar2 ni.. nak pulak line internet clear giler right now, teman pun mengambil kesempatan ini dgn memulakan operasi buat blog.. x kisah lea rupa mana jadinya.. yg penting teman ada sifu yg leh touch up kan mana yg kurang.. heh3.. tima kasih yea.. cik mimi kita, yg bg sokongan sapai terhasilnya blog ni.. klu x.. smlm (22/11/2012) teman udah giveup.. tp d sebabkan cik mimi bg semangat.. akhirnya jd jugak lea blog yg x seberapa ni.. hu3.. x lawa lg.. nti cik mimi tlg makeup kan blog teman ni yea.. heee... kasi comel mcm mimi tau.. (comey mcm mimi n blog mimi.. =P ) tQ!!!.. heh3... sapai sini aja buat permulaan.. moga blog ni nti akan byk lea entri teman masuk kan mcm kwn2 lain punya blog.. (hu3.. belum pepe teman udah berangan beso yew!) ok.. next time kita sambung lg yea.. heee...
To be continue...

04 November 2012

TART NENAS



TART NENAS


BAHAN-BAHAN :
√125 gram butter, premium Anchor butter
√1 sudu besar gula kastor
√1 biji kuning telur
√1 sudu besar minyak sapi
√1 3/4 cawan tepung gandum*
√1/4 cawan tepung jagung*
√1 sudu besar tepung kastard*
√1/2 sudu kecil garam halus

BAHAN SAPUAN :

√1 biji kuning telur
√1 sudu makan air
√1 titik pewarna kuning

CARA BUAT :

1.Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.

2.Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.

3.Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *).

4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut.Rehatkan seketika.

5.Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur.

6.Susun di atas loyang yan dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.

7.Sapukan atas tart gulung dengan bahan sapuan.

8.Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.


AIS KRIM HOMEMADE




AIS KRIM HOMEMADE


◐1 tin susu pekat
◐2 tin susu cair
◐Sedikit garam
◐Esen vanila
◐2 sudu besar ovelet

CARA MEMBUAT :

1.Campurkan semua bahan dlm mangkuk mixer. Gunakan speed paling maximum.. Mix kan selama 20 minit.

2.Lepas 20 min adunan akan menjadi lebih pekat. Pastu bahagi2 kan adunan dlm mangkuk.. Letak kan colour. Layerkan adunan aiskrim dlm bekas. Simpan kan dlm freezer 1 mlm.

Rendang pedas ikan kayu




Rendang pedas ikan kayu



Ikan kayu seekor (anggaran 600gm)
4 ulas bawang merah - hiris nipis
2 btg serai besar (hiris dan tumbuk)
8 biji cili kering + 5 biji cilipadi merah - kisar
Sehelai daun kunyit saiz besar - hiris mayang
3 keping asam keping
250ml santan
1sk gula
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa..

Cara-cara
Masukkan semua bahan di atas dalam kuali dan masak atas api sederhana... Ikan tak perlu di goreng/rebus.. masukkan je mentah2... Sama macam kita masak rendang biasa, cuma yang ni lebih cepat dan mudah....

Ayam Paprik




Ayam Paprik


Bahan-Bahan
2 keping dada ayam - hiris nipis
4 biji cili padi - diketuk
2 sudu makan cili kering kisar
2 helai daun limau purut
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah - dihiris serong
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1/2 inci halia - hiris halus
1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit kicap manis

Bahan Sayuran
2 biji putik jagung - dihiris
2 tangkai kacang panjang - dihiris pendek
bunga kobis - dipotong kecil
1/2 biji karot - dihiris memanjang

Cara Memasak :
●Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.
●Buang sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.
●Masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.
●Masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.
●Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm

SEKAYA HOMEMADE





SEKAYA HOMEMADE



BAHAN-BAHAN :

1cwn gula
1 cwn air panas
Masak gula hingga keperangan,tutup api kemudian masukkan 1cawan air panas n buka api semula...kacau gula sampai cair semua...padamkan api,biarkan sebentar...

3 biji telur gred B
1cwn gula
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Blend semua bahan2 di atas sampai gula hancur

200ml santan
2 sudu besar tepung jagung(bancuh dgn air)
Campur dan kacau hingga sebati

1.Panaskan gula karamel tadi

2.Masukkan bahan2 yg telah diblend,kacau hingga sebati

3.Masukkan pula santan yg telah dicampurkan dgn tepung jagung,kacau hingga pekat dan berkilat dgn api yg perlahan...Pastikan jgn sampai hangus...siap dan sejukkan sebelum simpan...

TART JEM STRAWBERRY




TART JEM STRAWBERRY




BAHAN-BAHAN :

1 ketul buttercup
1/2 cawan gula aising
4 1/2 cawan tpg gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 bji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
Jem/filling strawberry

CARA MEMBUAT :

1.Pukul butter,gula n esen vanila. Pksi wishk je.kmudian masukkn kuning telur n kcau smpai sbati

2.Masukkn tepung jagung n tpung gandum.. Uli plahan2 hngga mnjdi doh yg lmbut. Rehatkn doh 10 mnit.

3.Canaikn doh dan terapkn mngikit acuan tart pilihan msing2.paipkn jem/filling strawberry dtgahnya.

4.Bakar suhu 170° slma 20mnit api atas bwh

CRUNCHY CARAMEL ALMOND





CRUNCHY CARAMEL ALMOND


BAHAN-BAHAN :
👉200gm tepung florentine
👉200 badam hiris
👉100gm kuaci hijau/bunga matahari
👉20 gm bijan putih/hitam

CARA-CARA :

1.Campurkan tepung florentine dengan bijan.

2.Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven
pada suhu 160 C selama 5 minit.

3.Sediakan loyang 14x14 dan alas dengan kertas
baking, pastikan yang ianya tidak melekat.

4.Satukan semua bahan dalam bekas

5.Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.

6.Panaskan oven pada suhu 160°Celcius

7.Satukan semua bahan diatas, gaul rata dan tuang keatas loyang pembakar tadi. Ratakan nipis.

8.Bakar selama lebih kurang 10-15 minit atau keperangan bergantung pada oven masing-masing.

10.Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan..akak gunakan pemotong pizza..senang sikit nak potong memotong.

11.Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan

12.Bila dah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

Ayam Phat Phet




Ayam Phat Phet



Bahan bahan:
Ayam

Bahan kisar
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
4 batang serai
cili padi (ikut suka kepedasan)

Lain lain
1 batang serai (titik)
4 daun limau purut
Asam keping
Garam dan gula

Cara cara
Tumis bahan kisar hingga wangi dan kering. Masukkan sedikit air, masukkan ayam, serai titik,asam keping dan daun limau purut,dh agak kering masukkan gula dan garam.

SOTONG MASAK PEDAS



SOTONG MASAK PEDAS



Bahan-bahan

5 ekor sotong potong bulat
2 serai (hiris halus)
3 bawang merah (mayang halus)
2 bawang putih cincang
2 cm halia hiris halus
1 sudu lada kering kisar atau cili boh
3 helai daun limau purut (hiris halus)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit sos ikan
6 biji cili padi potong bulat

CARA-CARA

1. Tumis serai, bwg putih, bwg merah, halia dan cili potong

2. Masuk kan cili boh,sos tiram, sos cili dan sos ikan.tambah air sikit.masak sampai pekat

3. Masuk kan sotong, tunggu sotong masak

4. Masuk kan perasa,garam gula

5. Akhir sekali masuk kan daun limau purut,jangan masuk awal nanti pahit


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers