Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

30 Jun 2016

RESEPI SUP TULANG LEMBU SEDAP DAN MUDAH!

RESEPI SUP TULANG LEMBU SEDAP DAN MUDAH!

Hai.. ini cerita sup tulang lembu yang teman masak hari Isnin hari tu.. heee.. saja nak tepek kat sini resepi ni.. teman share dari blogger Lyana .. dan hasil dari resepi tersebut.. teman suka sangat rasa sup tu.. yang palign penting hubby pun suka, Alhamdulillah.. itu yang paling teman harapkan.. (almaklumlah.. hubby teman ni masterchef dalam rumah kami.. so, nak masak apa-apa kena ikut selera dan menepati citarasa dia kan.. )

Ok lah.. sebenarnya teman belum pernah masak sup tulang.. sebab memang tak terasa pun nak memasak sup tulang.. hehehehe.. kebetulan selepas kahwin pun memang tak buat sup kat rumah kami ni sebab hubby teman memang tak suka sup sebelum ni, Cuma.. sejak akhir-akhir ni je lah, entah kenapa dia suka sangat dengan sup.. hahahaha..

Teman dari suka, dah jadi kurang suka sangat pulak.. dah terbalik pulak.. hahahaha.. Hubby tiap-tiap kali asik sebut sup sedap.. teman pulak naik pelik.. asik sup.. sup sup.. start dari last bulan Mei 2016 ni lah sampailah ke hari ni.. dok cakap suka sup..

So, bermula lah kat rumah kami ada bau-bau sup, hahaha.. siap ada spare sup bunjut lagi tu.. standby untuk buat sup lagi.. hehehe..

Maybe lepas ni akan buat lagi sup tulang ni.. dah hubby suka.. Alhamdulillah.. leh buat lagi.. walaupun nak masak tulang tu macam lama giler.nak tunggu empuk. nak dekat 2 jam kottt.. liat beno.. hahaha.. baru teman tauuu.. tu tengah fikir kalau ada rezeki nanti nak beli pressure cooker lah.. senang nak rebus daging kan.. cepat empuk.. leh buat sup hari-hari.. haha

Oh ya.. termembebel ke lain la pulak yea.. entri asal nak share pasal RESEPI SUP TULANG LEMBU SEDAP DAN MUDAH!

haa.. apa lagi.. jom terjah !!! thank You buat blogger Lyana sebab resepi awak memang best!


RESEPI SUP TULANG LEMBU SEDAP DAN MUDAH!

Bahan-Bahan:
1 kilo tulang lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (diketuk)
2cm halia (dihiris)
Cili api (diketuk sikit supaya lebih pedas)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 paket sup bunjut Adabi (khas untuk sup tulang)
Sebiji ubi kentang (dibelah empat)
Carrot (potong memanjang)
Tomato (potong dadu)
Daun sup + Daun bawang
dan.. tak lupa.. nin diaaaaa...

Ok.. dua benda ni MESTI ada tau!!

Perencah Sup Siam Adabi.. Yang ni memang khas untuk sup tulang..
Sedap tau.. Rasa macam makan sup versi Thailand.. Cubalah..


Cara-Cara Memasak :

1.) Tumiskan sebiji bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga wangi. 

2.) Masukkan tulang lembu yang telah dibasuh bersih bersama air 

3.) Bila kuah telah mendidih, boleh masukkan ubi kentang dan carrot (yang ni kena masuk awal sebab lambat nak empuk) 

4.) Masukkan juga Perencah Sup Siam dan Sup Bunjut (Sup Tulang) Adabi 

5.) Masak sehingga daging empuk. Sebaiknya, masak hingga daging terlerai sedikit dari tulangnya. 

6.) Setelah daging empuk, bolehlah masukkan tomato, cili api, daun sup + daun bawang 

7.) Di kuali lain, tumiskan sebiji bawang besar yang telah dihiris. Setelah garing, masukkan ke dalam sup. Jangan lupa perasakan dengan garam + gula 

Ok, dah siap... Kalau sape yang suka masam-masam sikit, boleh perahkan air limau ke dalamnya. 

Sup tulang sedap dihidangkan dengan nasi panas-panas dan juga sambal kicap.. dibawah ni boleh tengok Resepi Sambal Kicap pedas dan Sedap!


Bahan-bahan utnuk sambal kicap

Bahan-Bahan Untuk Sambal Kicap
6 ulas cili api (kalau nak lagi pedas, boleh tambahkan)
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Kicap manis
Gula

Cara-caranya:
1. Tumbuk cili api, bawang merah, bwang putih dan belacan
2. Masukkan kicap ke dalam bahan yang ditumbuk tadi
3. Masukkan gula dan gaul rata
4. SIAP!!
Ni ha dia rupa sambal kicap teman.. hehehehe.. sedap gak!

Lupa pulak.. bagi sesiapa yang nak tambah meatball or kentang ke.. boleh je.. lagi sedap woo.. Tapi teman rebus asing2, tak campur dengan tulang tu, sebab taknak kacau tulang tu .. sebab nanti lambat empuk lak.. hehehehe... 

Teman makan dengan Kuehteow Sup yang benonya.. hehehe... Hubby yang request!


 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

29 Jun 2016

RESEPI SIZZLING MEE YANG SEDAP DAN LAZAT!

RESEPI SIZZLING MEE YANG SEDAP DAN LAZAT!

huhu.. semalam hubby post Resepi Sizzling Mee / Yi Mee ni kat ni kat wall Facebook teman, katanya mudah je nak buat.. kalau takde hot plate boleh guna Pemanggang Ajaib je.. nama pun pemanggang ajaib kan.. Macam-macam leh masak guna Pemanggang Ajaib.. Ajaib betui ye.. ngeeeee.... haha.. 

Bila hubby dah share Resepi ni maknanya memang akan buat la kot.. lagi berapa hari je nak abeskan puasa kan.. mungkin dalam satu hari tu akan buat Sizzling Mee ikut resepi yang mudah ni.. 

Teman tak tahu nak kredit kan ke siapa resepi ni.. sebab hanya nampak di share dari Page Aneka Resepi Masakan ,

So kalau sape tahu tuan empunya resepi ni, boleh lah komen kat kat bawah ni yea.. nanti teman edit dan letak nama tuanpunya resepi ni.. Sementara teman tepek dulu Resepi nya dekat sini yea.. InsyaAllah versi teman dan hubby akan menyusul nanti.. InsyaAllah.. nak kena cari bahan dulu.. terutamanya Hot Plate dan Cendawa Chitake tu.. hehehehe.. mana nak cari wehh.. 

Apa-apa pun.. jom lihat RESEPI SIZZLING MEE MUDAH ni.. 
  


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

 4 keping halia (dihiris nipis dan tumbuk sedikit)

 8 ulas bawang putih (di hiris halus)

 5 ketul ayam (dipotong kecil)

 8 tangkai cili.kering dipotong kasar(1 tangkai potong 3 bahagian)

 Dry mushrooms dalam 10 biji, potong kasar(1 biji potong dalam 4 or 5 slice bergantung pada saiz)
(direndam dalam air panas selama 1 jam)

5 sudu besar Sos Tiram,

6 sudu besar Kicap Lemak Manis,

3 sudu besar Kicap Manis,

setengah sudu besar Kicap Pekat,

1 sudu kecil Minyak Bijan

4 sudu besar Tepung Jagung bancuh dengan air biasa (jangan panas)

 Yee Mee,

Sayur Sawi 

Telur

Hot Plate

Masukan 3 sudu besar minyak masak, dah panas masukan halia dan bawang putih, 
guna api perlahan dan kacau sampai kekuningan

Kemudian masukan cili kering dan kacau lagi

Apabila dah garing masukan ayam dan satu mug air, letakan sedikit garam dan didihkan 
dalam 5 minit kemudian masukan cendawan kering (cendawan direndam dengan air panas 
selama sejam, so sebelum nak masak 2 plan yang mana nak kan prepare dulu ek)

kemudian masukan semua jenis kicap mengikut resepi diatas 
then tambah lagi 3 mug air,didihkan

Apabila kuah dah mendidih dan ayam telah empuk, masukan bancuhan tepung jagung.
Tip: buka api pada tahap kepanasan maksimum masukan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung. sambil kacau, ini untuk mengelakan tepung tak berketul dan apabila dah sejuk kuah tersebut tak jadi beku, harap jelas yer, he3.. kacau sampai sesuai kepekatannya..

then sediakan hot plate,letakan sedikit kuah baru diletak yee mee, sayur dan telur

buka api tahap maksimum,senang citer sampai jadi macam kat dlm gambar, 
hati-hati jaga tangan, panas tau

tadaaa... siappp...makan panas-panas masa time berasap-berasap tu sedapp.. 

Haa.. dah tengok resepi dan cara membuatnya? senang sangat-sangat kan? memang lepas ni nak try buat.. kot la boleh beli hot plate teruih.. hehehehehe.. memang suka makan ni dari dulu lagi.. hehehehe.. kalau kat Ipoh temapat yang teman selalu pergi ialah Greentown Mall.. ada food court bawah tu kan.. selalu makan kat situ la.. sekarang ni.. kat KL, teman makan kat Giant aje.. Ok lah.. rasa tak lari.. semua sama je.. hehehehe.. lepas ni nak tengok, buat sendiri rasa macam mana lak.. hehehehe... alamak.. terlupa nak share Resepi Ayam Goreng Berempah.. huhuhu.. nantilah teman share yea.. nak rushing gi koje dah ni.. K bye.. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

28 Jun 2016

Skin Sticker Special Edition (SE) Xiaomi Yi

Skin Sticker Special Edition (SE) Xiaomi Yi  

Hai.. Buat korang yang memiliki  Xiaomi Yi Action Camera, kini korang dah boleh memiliki kamera yang cantik juga setanding GoPro, hanya hiaskan body kamera korang dengan Skin yang menarik dan buat orang tertarik melihatnya.. 

Terdapat banyak design-design menarik yang korang boleh pilih ikut kesukaan korang. Di bawah ni disenaraikan design-design dan corak mengikut kod untuk korang pilih dan sekiranya berminat nak order, boleh sahaja terus pm ke FB Page HYPER GRAFIX 

Sila nyatakan kod yang anda mahukan, sekiranya ingin lebih mudah.. screenshoot aje skin yang korang mahukan dan seterusnya selepas bayaran dibuat, kami akan terus postkan SKIN STICKER korang.. 


Klik dibawah untuk lihat Skin yang sesuai dengan kamera Xiaomi Yi Action Camera korang :


























---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Skin Sticker for Xiaomi Yi Action Camera

+ 100% Original HYPERGRAFIX 
+ PVC Sticker (Tidak Mudah Koyak) 
+ Waterproof colour 
+ Perfect Fit

Kami juga ada menjual Skin Sticker for SJCAM :
SJ4000 / SJ4000+ SJ5000 / SJ5000+ / SJ5000X Elite  

Untuk Order :
Sila PM FB Page 


Follow sekali Instagram


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

25 Jun 2016

LIRIK LAGU SUBHANALLAH | RAQIB MAJIB FEAT WARIS

Lirik lagu SUBHANALLAH |
RAQIB MAJID FEAT W.A.R.I.S 


Indah semua ciptaan-Nya
Ini semua dari-Nya
Jangan pernah berat 'tuk bersyukur
Tak perlu bayar tak perlu merungut

Terima kasih kerana-Nya
Menyatukan kita semua
Apa yang jadi itu kurnia
Tak perlu bayar tak perlu merungut

Jelas segala semua sempurna
Indah ciptaan segala dari-Nya

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Ku tahu jalannya
Kamu tahu jalanmu
Kita semua setara
Tiada beza semua manusia

Terima kasih kerana-Nya
Menyatukan kita semua
Apa yang jadi itu kurnia
Tak perlu bayar tak perlu merungut

Jelas segala semua sempurna
Indah ciptaan segala dari-Nya

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Marilah kita terus-terus memuji
Tak kira walau satu tika diuji
Laluilah dan ucap Allah Maha Suci
Nikmat disyukuri di langit dan di bumi
Dan bersyukur dengan ikhlas selalu untuk memberi
Itulah kunci pada pintu rezeki
Bererti mensucikan budi pekerti
Berterima kasih aku mendapat rezeki

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Subhanallah (Subhanallah)
Subhanallah (Subhanallah)
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

24 Jun 2016

Riang Ria Raya Blogger Contest | Nak Beli Apa Ye Dengan RM500

Riang Ria Raya Blogger Contest

Tadi ter singgah blog Iday , maka ternampak lah entry contest ni.. dan terlihat pulak dah hadiah dia.. iaitu 10x Fujifilm Instax Camera untuk dimenangi!! wah.. teman memang suka dan mengidam Camera Instax ni dulu.. Tapi hold aje nak membeli sebab fikir nak cari kaler Oren.. ehehehehehe.. Kalau jumpa nanti teman beli lah.. ecececeh.. 

Haaa.. hari ni dah Ramadhan keberapa dah kome.. lagi seminggu lebih je nak raya kan! Rasa macam nak jugak umah kita ada barang-barang baru kan.. ehehehe.. nak jugak sedia apa-apa keperluan untuk raya nanti.. 


Dengar cerita Lazada tengah buat Sale ni tau! Hari ni last sale nya.. baik korang cepat-cepat terjah website Lazada.. 

Teman pun nak shopping gak kat Lazada.. dah siap wishlist dah.. heee.. Kalau dengan RM500 agak-agak boleh beli apa kat Lazada? Jom tengok apa yang teman dah senaraikan dalam wishlist teman :

`1.) RAK PINGGAN MANGKUK (klik)

Rak Pinggan mangkuk ni harganya cuma RM65.90 , dah baca review katanya sangat OK.. teman nak bagi dapur nampak kemas.. rak pinggan yang sekarang macam dah expired aje (plastik) .. dapur pun nak raya kan! hehehehehe


2.) JUICE MAKER (klik)

Juice Maker ni harganya RM249.90 . Antara sebab teman nak beli benda  ni sebab teman suka juice.. kalau ada benda ni.. sedapnya dapat minum jus di pagi raya.. cewahhhh..

3.) BACKPACK PAPA (klik)

Eh.. tiba-tiba pulak ada backpack yang tiada kena mengena dengan persiapan raya yea! hahaha.. sape kata bukan persiapan raya? ni persiapan raya gak ni.. Kalau nak balik kampung kadang-kadang kita rasa senang kalau ada backpack ni yang mana penting-penting tu sumbat aje dalam backpack ni.. compartment pun banyak.. besar ni tau.. leh muat 50L Harga RM43.20 je.. Yang ni untuk papa.. hehehehe... 
4.) ELBA FOOD STEAMER (klik)

Haaa.. Food Steamer ni teman nak beli sebab time raya nanti bila hidang juadah apa2.. senang ada ni.. Harganya murah aje .. hanya RM99


Total kesemua barang-barang ini adalah : 

RM65.90 + RM249.90 + RM43.20 + RM99 = 458.00

Lazada sedang mengadakan jualan hari raya besar-besaran. Korang boleh shopping pada 21-24 hb ini kerana Lazada akan menawarkan diskaun sehingga 92%. Boleh check link di bawah ini : 


Ni dia banner Riang Ria Raya Blogger Contest.. kalau korang nak join, cepat-cepat ye! hari ni last.. jam 3.00 pm .. jangan terelepas.. Good Luck semua..



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers