Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

27 November 2018

KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT ANJURAN PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ)


KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT Anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) 


Di Penghujung bulan terakhir tahun 2018 (Disember), Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) telah mengadakan kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' bagi menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum.

Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham.

Juga mengalakkan umum untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat

Sejajar dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu ' memudahkan anda berzakat' melalui saluran pembayaran zakat yang telah disediakan bagi memudahkan pembayar adalah melalui:

Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM

Waktu operasi: 1 Disember - 25 Disember: 8.15 pagi - 4.45 petang

Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP :


  1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
  2. Plaza RAH, Kampung baru
  3. Masjid Negara
  4. LSC Wangsa Maju
  5. UTC KL, Pudu Sentral
  6. Presint 9, Putrajaya
  7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
  8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
  9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
  10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong 
  11. Labuan Times Square

Bagi mempromosikan saluran ini dengan penampilan istimewa Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.

2. PORTAL PPZ-MAIWP - http://WWW.ZAKAT.COM.MY

Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?


  1. Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
  2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkats
  3. Melakukan pembayan lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
  4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan. 
  5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
  6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan. 
  7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.

Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini adalah Amar Baharin. 

3. PERBANKAN INTERNET. 

Dengan kosep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP.

Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. 



Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.

4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP

Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmtan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat RM5000.00 ke atas.

Perkhidmatan ini membolehkan pihak kami ke lokasi anda. Hubungi talian zakat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini. 


Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Bell Ngasri

5. TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakan.

PU Azman atara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan. 

Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan. 

Kempen ' Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya. 

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'

KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT @pusatpungutanzakat

#ppzmaiwp #zakatakhirtahun #yearendzakat

___________¥¥¥¥¥¥¥¥___________




KARNIVAL YEAR END ZAKAT (YEZ) BAKAL MENEMUI ANDA

Jumpa Di Masjid Usamah Bin Zaid, Sek 2,Wangsa Maju 

Pada 1 & 2 Disember 2018 (Sabtu & Ahad)

Pelbagai aturcara disajikan buat santapan rohani kita😊

Kerjasama hebat PPZ - MAIWP bersama Baitulmal MAIWP, Karnival Geng Masjid serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI

23 November 2018

The Milk Peel Cream Mask From Althea | First Time Guna Dah Jatuh Cinta!


The Milk Peel Cream Mask From Althea |
First Time Guna Dah Jatuh Cinta!


Wahh.. TB rasa macam dah jadi peminat sejati produk K-Beauty je sekarang ni.. huhuhu.. produk-produk Korea ni semua best-best dan packaging pun comel pulak tu.. Sekarang dah melekat kat jenama yang paling TB percayai, Althea Korea

Sepanjang mengenali Althea selama 3 tahun ni.. dah bermacam-macam produk TB try.. Ada yang TB dah share di blog.. dan ada juga yang TB tak sempat nak up kat blog ni lagi.. Memang banyak sangat produk beli di Althea yang sangat-sangat best dan TB sentiasa order kalau berkesempatan.. huhu.. 

Nah! Terbaruuuu!! lagi produk eksklusif baru Althea, iaitu The Milk Peel Cream Mask atau dalam Bahasa Melayu nya.. "Masker Krim Kulit Susu". Kalau korang nak tau.. ia adalah sejenis masker yang menyegarkan untuk membuang sel-sel kulit mati secara perlahan-lahan..


Inilah dia The Milk Peel Cream Mask , Comel kan packaging dia! 
Yang replica kotak susu tu pun comel! hahaha.. 
Althea pun comel! haha.. ops.. bukan bodek aaa.. 


TB dah try pakai hari tu.. MasyaAllah.. terkejut TB tau.. rasa best sangat sebab masa mula-mula pakai tu rasa macam krim biasa.. lepas tu TB rasa tak puas hati sebab sapu nipis je.. then TB sapu kali kedua.. terasa seperti sapuan pertama tu berbuih lembut.. wowwww.. TB pergi kat cermin dan lihat sendiri.. buih2 tu sedang mengelembung.. wow lagi! haha.. jakun sekejap.. sebab ini 1st time guna masker yang keluar buih kat muka.. hahaha..

Bau dia pulak .. best.. takde bau yang menyakitkan hidung.. rasa macam nak pakai terus tidur je tau.. hahaha.. Tapi kena bersihkan jugak..

So, Lepas bersihkan muka.. TB rasa muka sangat-sangat fresh dan rasa macam minyak-minyak pun dah berkurang.. rasa sedikit kesat kat muka dan lama-lama jadi ok macam normal balik.. syok guna.. nanti nak guna lagi.. hehehehe.. 

Ops.. jom kita korek-korek apa bahan-bahan yang terkandung dalam The Milk Peel Cream Mask


Kandungan

Bahan aktifnya adalah AHA & BHA yang membantu proses pengelupasan sel kulit mati secara lembut tetapi efektif  untuk kulit yang lebih licin.

Ia mengandungi Protein Casein (susu) untuk memberikan kelembapan dan membantu merangsang semula kulit untuk terus lembap sepanjang hari.

Ia mempunyai tekstur lembut seperti tanah liat yang gelembung apabila dipijat pada kulit lembap untuk membersihkan liang-liang yang mendalam.

Ia juga bebas kezaliman! mean tidak di uji pada haiwan yea.. 


Bagaimana untuk menggunakannya?

Sapukan produk pada kulit yang lembap dan urut dengan perlahan sehingga ia keluar menjadi buih.

Biarkan selama 30-60 saat sebelum membilasnya dengan air suam.

Dengan The Milk Peel Cream Mask ini dapat memberikan kulit kita satu ruang penghidratan besar dengan kekuatan meransang kulit agar lebih segar.




Sentiasa mahu mencuba tetapi tidak pernah beli? Untuk mendapatkan masa yang terhad. PENGHANTARAN PERCUMA pada semua ALTHEA Exclusives dengan CODE: PBSHIP

Dibuat dengan kepercayaan bahawa anda layak mendapat kualiti terbaik, dengan harga yang berpatutan.. Cewahhhh.. Ayat Skema betui kan.. hahah..


Comel kan!

TB tidak pernah melihat pembersih dengan pembungkusan comel macam ni! Dan TB suka betapa mudah sangat dengan menggunakan satu produk untuk membersihkan dan perlahan-lahan mengelupaskan kulit untuk membuang sel kulit mati dalam satu amsa.. best kan!

Dah la baunya.. alahai.. Ada aroma yang sangat ringan dan buih barbusa dia tu sangat TB suka.. Disamping tu TB boleh lakukan urutan ringan semasa membersihkan wajah. Aaah.. taknak cerita panjang.. kalau korang nak rasa macam mana.. boleh la order kat Althea.. tengok link bawah ni..

Oh ya.. terlupa nak bagi tahu.. The Milk Peel Cream Mask ni kini boleh didapati di my.Althea.kr pada harga RM36.00.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, 
sila lawati halaman produk SINI.


Untuk info lanjut tentang Althea 

boleh klik link2 dibawah :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 



22 November 2018

BEAUBELLE ANTI FATIGUE EYE CONTOUR GEL MELEGAKAN MATA YANG LETIH


BEAUBELLE ANTI FATIGUE EYE CONTOUR GEL
MELEGAKAN MATA YANG LETIH


Huwarghh.. Mata TB Sekarang Dah Lebam dan Tak Bermaya Sebab Tak Cukup Tidur Gara-Gara Harraz Yang Suka Tidur Lewat.. Dengan Mamanya Sekali Ikut Tidur Lewat Sebab Nak Teman Dia Main.. Adoii.. .

Kalau tiap-tiap malam gini.. jenuh lah TB.. Mau macam Panda dah mata ni.. Tapi Mujurlah ada Anti Fatigue Eye Contour Gel - Beaubelle ni.. Dah boleh cover dark circles TB ni.. hehe.. 

Giler comel je TB tengok bintik2 bulat dalam botol ni.. Rasa sayang pulak nak guna.. haa kalau korang nak tau.. itu la dia mutiara yang mengandungi formula hebat untuk buat mata kita kelihatan segar dan muda! 'repair' kulit bawah mata kita agar nampak lebih anjal dan muda.. cewah!


High-tech pearlized instant rescue eye gel ni boleh membantu tanda awal penuaan seperti bengkak pada mata (eyebeg) sallow skin, dark circles dan lingkaran hitam disebabkan stress, kurang tidur dan juga kesan terlalu terdedah dengan alam sekitar yang kurang sihat..

Anti Fatigue Eye Contour Gel - Beaubelle ni memberikan pengguna kelebihan tepat pada masanya dalam usaha untuk mencegah penampilan lingkaran hitam bawah mata dan eye bag yang mengganggu penampilan.. Fungsi Anti Fatigue Eye Contour Gel - Beaubelle ialah menarik dan memperkuatkan/menganjalkan Tisu di sekeliling mata kita . Ia decongests, menenangkan dan melegakan bengkak bawah mata, memperbaiki kontur mata dan mengurangkan lingkaran mata gelap.

Haa.. buat rakan-rakan yang suka dok depan PC 24 jam tu.. krim ni sesuai untuk korang sebab Ia melegakan mata yang letih, terutama bagi mereka yang sentiasa terdedah kepada komputer, TV dan sinar elektronik yang lain. 

Gel yang bertekstur smooth and silky ni dirumus secara unik untuk merangkumi gel yang melembapkan kontur mata.

Anti Fatigue Eye Contour Gel ni kalau korang nak tahu.. ia ideal for all. Lelaki/ Perempuan Pun Boleh Pakai tauu.. .



Haa.. jom tengok Key Ingrediant yang terkandung dalam BEAUBELLE ANTI FATIGUE EYE CONTOUR GEL ni.. 

Centella Asiatica: Centella Asiatica (juga dikenali sebagai gotu kola, India Pennywort dan Mandookaparni) telah digunakan selama berabad-abad sebagai herba perubatan dan dirujuk di farmakopoeia Perancis pada tahun 1884, serta tradisional Cina Shennong Herbal kuno sekitar 2,000 tahun yang lalu , dan juga ubat Ayurveda India sekitar 3,000 tahun yang lalu.

Ia digunakan di sini untuk peredaran mikro yang lebih baik, detoksifikasi kontur mata, merevitalisasi tisu penghubung. Membersihkan edema & menguatkan urat.

Sodium Hyaluronate: Ia adalah komponen semula jadi dan meluas yang terdapat di dalam ruang ekstra selular di dalam kulit, terutama di muka. Atribut yang mengikat air dan menarik airnya mengisi ruang antara kolagen serabut dan elastin pada dermis. Ia menghidrat kulit, dan menjadikan wajah montok dan menarik.

Persea Gratissima Oil: Ia adalah minyak tetap yang diperoleh dengan menekan daging yang dihiris dehidrasi pir avokado untuk digunakan untuk kulit berkhasiat dan pelembab.

Bisabolol: Bisabolol adalah salah satu komponen utama minyak penting Chamomile (Matricaria) (antara 10% dan 20%). Berkat kuasa anti-keradangan yang sangat baik, ia digunakan dalam produk, seperti persediaan untuk kulit sensitif, untuk bayi, untuk penjagaan rambut, atau terhadap erytema dan kulit yang tertakluk kepada kemerahan.

Methylsilanol Mannuronate: Ia adalah derivatif organik rumpai laut yang mengikat kelembapan dalam epidermis oleh itu mengukuhkan dan menguatkan kulit. Ekstrak alga laut yang terdapat di Methylsilanol Mannuronate mempunyai sifat pelembab yang tahan lama yang membantu memerangi kemerosotan serat kolagen dan elastin, memberikannya sifat pengukuhan kulit; ia juga dikenali untuk melawan radikal bebas.

Methylsilanol Mannuronate juga dikenali sebagai antioksidan untuk secara aktif mencegah penuaan pramatang. Kajian in vitro menunjukkan bahawa Methylsilanol Manurronate menormalkan metabolisme selular, adalah penjanaan semula tisu dan juga telah menunjukkan sifat-sifat detoksifikasi.

Oryzanol: Ia adalah bahan yang terdapat dalam biji-bijian. Ia digunakan untuk mengurangkan kolesterol (lemak) dalam darah dan merawat ruam kulit. Telah didapati bahawa Oryzanol mempunyai sifat anti-oksidan untuk melambatkan proses penuaan kulit.

Tips Cara Guna :
Sapu Anti Fatigue Eye Contour Gel secara membulat di area eye contours, dan tepuk-tepuk lembut di kawasan bawah mata untuk kesan penyerapan yang optima.. itu juga cara untuk urut bahagian bawah mata kita tau.. hehehe.. Korang boleh guna siang atau malam atau bila-bila masa pun .. 

Oh ya.. ia Ideal juga untuk semua jenis kulit.. so untuk kulit Normal, Dry or Oily pun boleh guna.. layari website untuk order :


Harga : 
Anti-Fatigue Eye Contour Gel (15g)
RM198.00


JOM FOLLOW & LIKE :

WEBSITE :

INSTAGRAM : 

FACEBOOK : 


#beaubelleskincare #swissskincare #beaubellegroup #AntiFatigueEyeContourGel #BeaubelleAntiFatigueEyeContourGel #pearls #youthfulskin #fresheyes #eyeskincare



ORIGINAL DIANZ VITAMIN - DIANZ TRUSTED SELLER




ORIGINAL DIANZ VITAMIN  - TRUSTED SELLER 


Haii.. ada sape-sape nak kulit cantik dan gebus sempena nak menyambut tahun 2019 nanti? ada lagi sebulan je weh nanti transform kulit jadi lawa dari sebelumnya.. haaa.. kalau berminat boleh la cuba Dianz Vitamin ni haaa.. ada Vit C dan E dua dalam 1 dan ada khasiat lain lagi dalamnya weh.. Nak beli? boleh la order kat TB.. TB dah jadi seller sah Dianz sekarang.. kalau korang berminat boleh je wasap terus.. gerenti Original tau! 

Selain Dianz Vitamin TB juga jual semua produk Dianz yang lain iaitu :

1.) Dianz Nano Lightener Cream - yang berfungsi utnuk mencerahkan kawasan celahan dan lipatan.. terutama di bahagian bawah lengan ataupun di bahagian tersorok.. haha.. 
2.) Dianz Professional Signature Perfume - 
3.) Dianz Mask And Moist

Ok.. jom baca sikit tentang Apa Khasiat Dianz Vitamin Ni Ha.. Kot Korang Tak Berapa jelas Lagi Tentang Produk Dianz Ni kan.. 




APA KHASIAT DIANZ VITAMIN ???

- 5X ganda lebih cepat penyerapan dengan EXTRA Gluthathione & Ascorbic Acid

- Mempunyai vitamin c & e

- Baik untuk tumit kaki, rambut dan kuku

- Berperisa berry (masam masam manis)

- Tiada gelatin & 100% halal

- Produk Muslim & kilang bertaraf GMP

- Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah akta Farmasi : MAL16095012NC


VITAMIN UNTUK KULIT SIHAT & CANTIK PALING DI PERCAYAI DI PASARAN !

SERIUS LA ! Bukan setahun dua dianz vitamin ni, dah 6 tahun tauuu, vitamin lain datang dan pergi, vitamin dianz tak pergi, kekal menjadi yang paling digilai dah berpuluh ribu masalah kulit settle dengan dianz ni

Korang ada masalah apa ?

Jerawat?
Parut ?
Jeragat ?
Cela ? 
Kusam ?
Sunburn ?
Kulit tak sekata ? 
Resdung ?

Meh cuba DIANZ VITAMIN C & E


Harga Dianz Vitamin :
Rm50 sahaja / 30 biji / untuk sebulan
Rm90 / 60 biji / untuk 2 bulan 
Postage Rm7 Semenanjung Malaysia (kuantiti 1-3 botol)


Wasap untuk order :  019 - 678 3724


19 November 2018

RESEPI DAGING DENDENG MINANG


RESEPI DAGING DENDENG MINANG

kalau dalam gambar pun nampak sedap.. TB memang suka try.. tapi tu la.. nak makan daging kena berpada-pada la pulak.. TB ni ada makanan yang kena berpantang makna termasuklah daging ni.. Tapi sekali sekala apasalahnya kan.. Jom tengok bahan-bahan dan cara memasak Daging Dendeng Minang ni..
BAHAN BAHAN :
◐1 kilo
◐2 sb ketumbar - tumbuk
◐4 sb kicap manis
◐5 helai daun limau purut
◐1 batang serai - ketuk
◐Gula garam secukup rasa

BAHAN KISAR :
◐6 tangkai lada besar
◐10 tangkai lada kering - rebus
◐1 labu bawang besar
◐6 ulas bawang putih
◐ 1 sb biji Ketumbar
◐2 inci halia

CARA MEMASAK :
1. Rebus daging bersama ketumbar
hingga lembut..angkat toskan..tunggu sejuk,
hiris nipis2 taruk kicap gaul2...kemudian
goreng..angkat letak tepi dulu..

2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak,
masukkan serai, daun limau purut, gula garam
dan daging..taruk air panas 1 cawan..masak
sehingga kuah kering.. siap











17 November 2018

Althea x Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers Collaboration.


Althea x Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers Collaboration.


Haiii.. Cakkk.. Selamat beristirehat.. Huhu.  First time TB up entri blog di hari minggu camni.. Sebab teringat nak update tentang Althea Real Fresh Skin Detoxers ni lah.. Haa.. korang dah try ke Althea Real Fresh Skin Detoxers ni?

Kalau korang nak tahu.. Produk ini sangat special tau sebab Produk ini adalah kerjasama Althea Korea dengan Program TV Kecantikan paling Top di Korea iaitu GET IT BEAUTY.

Produk ni telah mendapat sambutan yang hangat di Korea dimana Bintang Kpop, Jeonghwa dari EXID pun tertarik hati mencubanya!

GET IT BEAUTY - Program TV Kecantikan paling Top di Korea

Didalam program ini banyak dikongsikan tentang tips-tips produk kecantikan dan trend dari Korea, didalam program ini  juga penonton  dapat pengetahuan dari mereka yang pakar dengan segala solekan, penjagaan kulit, gaya hidup, tip selebriti dan banyak lagi .

Jom kita lihat pengalaman, ulasan dan tips mereka menggunakan Althea x Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers. Berikut adalah video dari Program TV Top di Korea - Get It Beauty:


Ha.. cerita pasal Althea Real Fresh Skin Detoxers tadi.. TB dah cuba Althea Real Fresh Skin Detoxers ni dalam beberapa bulan dan TB sangat sukakannya..

Yang TB guna ni Althea Real Fresh Skin Detoxers dari variasi Green Tea.. Best Sangat bau dia!

Lepas guna je Althea Real Fresh Skin Detoxers ni kulit TB terasa seperti segar dan cerah sedikit . Oh ya.. Untuk mereka yang baru 1st time dengar tentang produk ni.. meh TB terangkan sedikit apa itu Althea Real Fresh Skin Detoxers ..




Althea Real Fresh Skin Detoxers ni ialah Masker pembersih 10 saat, 2-dalam-1 yang mengandungi bahan-bahan segar yang boleh membersihkan kulit disamping dapat menyumbang kulit kita dengan nutrien dan kebaikan.

TB dah jatuh cinta sangat dengan kedua-dua varian Real Fresh Skin Detoxers Rose (yang dibuat daripada kelopak rose Perancis + ekstrak untuk memperbaiki kulit) dan satu lagi Teh Hijau (mengandungi teh hijau Jeju + ekstrak untuk membersihkan).

Haaa.. meh tengok video TB masa dapat produk ni hari tu.. hehehehe.. giler excited uiii.. 


Opss.. nak tahu lebih lanjut tentang Althea Real Fresh Skin Detoxers  ni lagi? Korang boleh baca DI SINI (klik)

Haaa... Amacam?? Berminat untuk mencuba produk ini? Sila klik pautan untuk membuat pembelian anda hari ini dengan Promosi FREE SHIPPING !! Order kat sini --> https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set

Hemm.. TB pun nak tengoklah video dari Program TV Kecantikan paling Top di Korea iaitu GET IT BEAUTY ni.. Bestnya kalau dapat tengok rancangan ni sepenuhnya.. kan!


Untuk info lanjut tentang Althea 
boleh klik link2 dibawah :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 





12 November 2018

Althea's Petal Velvet Sunaway Produk Baru Dari Rangkaian Produk Althea Velvet!


Althea's Petal Velvet Sunaway Produk Baru
Dari Rangkaian Produk Althea Velvet! 


Haiiii.. Hari Ni TB nak share tentang the new baby Althea!! iaitu adik beradik juga dengan rangkaian Petal Velvet Powder yang baru release beberapa bulan lalu... Haaa.. bermula dari produk pertama Althea brand iaitu Althea Bare Essentials, kemudian keluar pula Althea Real Fresh Skin Detoxers 10 Seconds Daily Wash Off Mask, Lepas tu..  Althea Petal Velvet Powders dan kini yang terbaru Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ dan PA++++ pulaaaaa.. wahhhh.. Bestnya.. 




Woweeee Althea Keluarkan satu lagi produk terbaruuu.. Petal Velvet Sunaway SPF50 + PA ++dengan wangian aroma damask rose yang dapat membantu melindungi kulit kita dari sinaran UV merbahaya serta ia juga bertindak sebagai agen melembapkan kulit dan mengawal sebum yang berlebihan. . . Haaa.. macam menarik je kan! memang menarik pun .. Jom dapatkan Petal Velvet Sunaway bersama satu lagi produk Althea .. Petal Velvet Powders dengan 3 variasi code warna iaitu : 💟Translucent 🧡Warm Beige dan .. 💜Special Edition Pink Lavendar . . Boleh layari website my.Althea.kr yea untuk order. Oh ya.. Ada Diskaun 10% untuk pembelian PV Sunaway .. link disini -->> http://my.althea.kr/petal-velvet-sunaway dan Diskaun 20% untuk Set Petal Velvet ( PV Powders + PV Sunaway ) Link disini --->> http://my.althea.kr/petal-velvet-set #Altheakorea #AltheaPetalVelvetSunaway #AltheaPetalVelvetSet #AltheaPetal #AltheaSunaway #AltheaAngels #tengkubutangdotcom #Altheahauls #AltheaAngel #kbeauty
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on



Anyway, Sebelum tu TB nak ucap terima kasih kepada Althea Korea Angels kerana menghantar Petal Velvet Sunaway Kit yang juga mengandungi  :

x1  Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
x3  Petal Velvet Powders 
Code #0 Translucent, 
Code #23 Warm Beige &
Code #Pink Lavender
x1  Beg Hologram Althea Yang Sangat Comel!

Haaa.. Untuk pengetahuan korang semua, baru-baru ni Althea telah melancarkan produk baru mereka iaitu pelindung matahari yang dikenali sebagai 'Petal Velvet Sunaway' yang mempunyai kemasan yang licin dan ringan semasa sapuan.



Perlindungan matahari adalah penting dan perlindungan matahari yang berkuasa sehingga SPF 50+ PA ++++ melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.

Bahan-bahan utama dalam produk ini ialah Damask Rose yang merupakan pelembap yang baik yang melancarkan kulit pada masa yang sama. Saya mendapati bahawa ia hanya mempunyai wangian lembut dan aroma itu tidak terlalu kuat.

PENTING KE PAKAI PELINDUNG MATAHARI / SUNSCREEN?

Haaaa.. bagi yang menjaga kecantikan tu... Mesti tahu betapa pentingnya Sunscreen untuk wajah kita kerana sunscreen berfungsi untuk mengelakkan pigmentation atau jeragat, hemm.. cerita pasal jeragat, TB sendiri pun dah ada jeragat tau.. semua gara-gara tak jaga muka.. tak pakai sunscreen bila keluar rumah.. dan terkini baru TB tahu.. even kita tak keluar rumah pun.. Kita still kena pakai sunscreen sebab kita tak perasan cahaya matahari atau cahaya UVA/UVB yang masuk melalui tingkap rumah kita.. dan kalau keluar sekejap pun kita tetap terdedah dengan sinaran UVA/UVB yang tak elok untuk kulit kita.. 

Selain tu, penggunaan Sunscreen ni elok bagi mencegah kanser kulit, yelah.. kalau tak jaga kulit muka dan biar aje.. memang boleh terdedah dengan kanser kulti tau.. TB pun dah mula pakai sunscreen untuk engelakkan sunburn atau kulit terbakar


Disamping itu juga TB sedang usaha mengurangkan kedutan kulit dengan cara disiplinkan diri guna sunscreen setiap hari .. Almakulumlah.. bila umur semakin tak remaja dah, kulit muka pun ikut sekali lah tak remaja dah.. miahahaha.. kena jaga tuuu.. 

So.. Mujur lah TB jumpa produk yang sesuai dengan kulit TB yang sensitif ni.. Produk Sunscreen yang TB maksudkan tu ialah  PETAL VELVET SUNAWAY 


KENAPA TB SUKA PETAL VELVET SUNAWAY?

Sebab ia dihasilkan dari bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia berbahaya, dan paling best bahan utamanya adalah DAMASK ROSE! Petal Velvet Sunaway mengandungi Damask rose ekstrak untuk melembapkan dan melicinkan kulit.


Damask rose mempunyai nanomolecular semulajadi komposisi yang kaya dengan vitamin untuk menembusi jauh ke dalam kulit, mempunyai sensitiviti menenangkan dan membuatkan kulit lebih berseri-seri .

Selain tu TB suka sebab teksturnya yang sangat ringan dan tak tebal bila disapu ke wajah/kulit! so.. takdelah nampak macam topeng aje bila sapu ke muka kan.. dan tekstur dia tidak meninggalkan kesan berminyak pada wajah kita.. sebab dia mudah serap ke dalam kulit.. bau pun TB suka.. wangi.. 

Dan apa yang TB boleh katakan, selepas penggunaan, selain dapat melindungi kulit dari matahari, PETAL VELVET SUNAWAY bantu TB melembabkan kulit muka dan pastinya  SPF 50+ PA ++++ yang ada dalamnya juga menjalankan peranan.. oh wowww.. huhu


HYDRATING, FRESH FORMULA


Selain tu antara ciri-ciri lain yang TB suka tentang PETAL VELVET SUNAWAY ni ialah ia tiada white cast sebab tu TB kata tadi bila pakai kat muka memang tak perasan pun kita pakai sunscreen tu.. hehe.. selamat lah kan.. so, nak tepek Petal Velvet Powder lepas tu pun takpe.. tak nampak tebal bedak kita pakai kan.. 


Haaa.. lagi satu TB suka tentang PETAL VELVET SUNAWAY ni ialah ia juga punya fungsi Sebum Control ( sangat sesuai dengan kulit wajah TB.. best guna!). Dengan VELVETY FINISH, FORMULA HYDRATING ia dapat mengendalikan sebum yang berlebihan pada kulit dengan sistem serbuk mikro sementara Asid hyaluronik pula memastikan kulit disimpan terhidrasi sepanjang hari. Haa.. bukan kata sesuai untuk kulit TB je.. sesiapa pun boleh guna sebab PETAL VELVET SUNAWAY  ni  sesuai untuk semua jenis kulit!


CARA GUNA PETAL VELVET SUNAWAY :

Cara nak guna mudah je, goncang-goncang dulu botol tu sebelum apply ke kulit, sebab nak bagi kandungan tu sekata dalam botol tu sebab tu kena goncang-goncang dulu tau..then lepas tu terus boleh apply kat muka! kita.. 

MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA

Sejak ada beg tambahan sekarang ni (beg harraz maksud TB) huhu..  kalau boleh TB nak bawak pek travel je semua, sebab beg harraz pun dah penuh barang dia kan.. botol susu, pampers bagai.. hahaha.. so kalau boleh barang-barang TB tu TB nak minima kan.. saiz barang tu biar kecil .. hahaha.. dan PETAL VELVET SUNAWAY ni menepati apa yang TB mahukan.. saiz yang comel yang mudah nak bawak pi mana-mana.. jimat ruang beg dah.. hehehe..




CIRI-CIRI LAIN YANG ADA PADA PETAL VELVET SUNAWAY :
Power Micro
Barriertm
Advanced
Non-Kimia
Filter-UV

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PETAL VELVET POWDER


Haaa.. Satu Lagi produk dari range Petal Velvet yang TB suka ialah Petal Velvet Powder, Suka sangat-sangat tau! Petal Velvet Powder ni adalah sejenis Loose Powder yang sangat ringan teksturnya.. So, bila apply kat muka ia tak buat muka nampak fake.. maksud TB muka taklah penuh bedak macam pakai bedak satu tong orang kata.. hahahaha.. Nampak Natural je bila pakai bedak ni sebab tu ia dipanggil translucent powder.. 

Althea Petal Velvet Powder adalah diperbuat daripada bahan-bahan murni dan semulajadi yang seakan-akan memberikan kemasan sutera pada kulit wajah. Salah satu ramuan utamanya adalah flower seed extract, yang dikenali sebagai antioksidannya yang melindungi kulit dari dehidrasi dan membantu kulit untuk kulit yang lebih cantik. Ia dihasilkan dengan zarah mikro halus yang membantu meminimumkan penampilan liang roma dan garis halus untuk sempurna .




Petal Velvet Powder ni ada 3 jenis code iaitu :-

-  Code  0 Translucent
-  Code 23 Warm Beige
-  Code Pink Lavender

DARI PENGALAMAN TB SENDIRI :
TB mempunyai kulit yang ada masalah dehidrasi yang tak berapa teruk dan pastinya TB masih usaha mencari penyelesaian masalah ni.. Tapi sekarang TB macam rasa Petal Velvet Powder ni sedang membantu kulit TB agar lebih terhidrasi kerana ia diperbuat dari ekstrak biji bunga yang diketahui mengekalkan kulit daripada dehidrasi.

TB juga memang ada masalah zon T-berminyak dan Petal Velvet Powder membantu mengawal lebihan minyak di minyak wajah TB terutama sekali di kawasan Zon T .


Bila pakai Petal Velvet Powder ni muka TB rasa macam kelihatan natural je.. Sebak ia ringan. Terasa muka boleh bernafas kalau pakai bedak ringan ni.. Bila sapu pada muka ia elok je menyerap dengan pantas. Bau pulak.. sedap je.. Bau kelopak bunga ros.. hehehe..

Paling Best.. saiz dia tu.. alahai.. kan TB kata tadi.. TB suka saiz yang comel-comel ni.. senang nak bawak pi mana-mana.. so.. sesuai sangat la bila ada set Petal Velvet Powder dengan Petal Velvet Sunaway .. kelasss..!



TB SUKA PETAL VELVET POWDER SEBAB :
Bahan-bahan yang digunakan untuk hasilkan produk ni menggunakan natural ingredients dimana ia juga sesuai untuk semua jenis kulit. 

Selain tu TB suka sangat pakackging dia yang bulat dan comel tu.. kaler packaging pun alahai.. soft dan lembut je sama lembut dengan tekstur powdernya yang ringan dan berbau harum.. Satu lagi sebab yang buat TB suka Petal Velvet Powder ni ialah ia ada fungsi Sebum Control, so muka akan terjaga dari 

Jom terjah laman web Althea sekarang untuk mendapatkan sendiri Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder korang.. TB dengar ada diskaun yang berterusan, jadi lepaskan peluang ni!


Untuk Belian :

Althea Petal Velvet Set 
RM 47.20 
KLIK (SINI)

Althea Petal Velvet Sunaway 
RM 38.70 
KLIK  (SINI

Althea Petal Velvet Powder 
RM 16.00
KLIK  (SINI

Althea Petal Velvet Powder 
#Pink Lavender
RM 17.00
KLIK  (SINI)


Jumlah Singgah / Follow / LIKE : 



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers