Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

26 Julai 2019

RESEPI KEK CHEESE LELEH COFFEE TIRAMISU


RESEPI KEK CHEESE LELEH COFFEE TIRAMISU


TB suka tengok cara Azlina Ina Fans atau lebih dikenali sebagai cikgu.. yang tak lokek berkongsi resepi apa saja masakan yang beliau tahu.. Sedangkan dia berniaga.. dan rasanya tak semua orang macam dia yang tak kisah berkongsi apa jua tips dan resepi dengan orang lain.. Dan tak hairanlah sebab tu rezeki dia murah.. Kek-kek nya yang sedap tu dah tersebar meluas disetiapoutlet-outlet dan kedai bakery / kek.. moga maju jaya sis.. cemburunya hati kita tau.. huhu..        

Ha.. ni ada resepi terbaru dari sis Azlina ni.. TB tertarik nak share sebab nampak lazattt.. Setakat ni penggemar coffee belom penah jumpa kek coffee leleh kan.Haa.. ni Sis Azlina dah buat.. dan nampak sedap tu.. so dia share resepi dengan semua orang..


RESEPI KEK CHEESE LELEH COFFEE TIRAMISU 

Bahan2:
5 biji telur 
1cawan gula halus
1sb ovalate
2sk esen coffee
Mix bahan2 di atas sampai agak kembang elok

Ayak kan
2 cawan tepung gandum
1 sb serbuk koko
1sk cream off tartar
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat*
bile bahan mix dah kembang masuk kan semua bahan di ayak dalam mixer slow2.
last baru masuk kan 5sb minyak masak baru lah kacau.
Panaskan kukusan dan kukus api besar 10 mnt untuk bekas sq 450.

Ganache melting boleh simpan tuk beberapa lama nak gune just cair kan sket dalam pengukus atau oven
350g coklat compound dark beryls patah2 kan
1 cawan 1/2 whipping cream
1 sudu majerin
panas kan dan whisk kan smpai semua cair
masukkan dalam peti ais bg pekat sket baru masuk piping beg tuk lorek permukaan kek

Topping Cheese Leleh
1kg cheese tatura
3/4 tin susu pekat
1 cawan whipping dairy
1 1/2 cawan susu segar
blender kan

sekarang topping
tuang atas kek korang cheese belender tadi 
pastu lorek ganace then ayak kan tiramisu powder( mula2 tabur snow powder bagi ape yang kite ayak tu tak larut dalam cheese kemudian baru campurkan 3sb serbuk koko+3sb serbuk milo+1sachet coffee 3 in 1 , tabur caramel chips




Sis Azlina siap ajar cara buat dan siap suruh jual tu.. bagusnya niat sis Azlina ni untuk bantu surirumah buat duit.. katanya sebekas ni boleh cas rm8.00 ke rm10 camtu.. bagus ni.. 

Alhamdulillahh syukur.. semoga rezeki cikgu melimpah²...dan semoga rezeki kita semuaa mencurah² aamiinn...



25 Julai 2019

Beautea by Safi Dengan 4 Variasi Pilihan


Beautea by Safi Dengan 4 Variasi Pilihan

Amboi.. syoknya tengok produk safi ni dah makin bertambah-tambah.. Setiap tahun ada je produk  terbaru dari safi.. bukan 1 tapi 2, 3 pun yea.. TB tengok dah bermacam-macam jenis produk telah dikeluarkan dan sentiasa diperbaharui agar kualiti dapat dipertingkatkan.. kan.. Haa.. Produk safi ni TB memang dah kenal lama dah.. dulu masa remaja memang TB ni suka guna produk jenama safi.. Alhamdulillah la serasi pulak tu.. Setiap kali keluar produk safi terbaru, mesti TB akan cuba.. hehe

Haaa.. Yang terbaru ni dah keluar pulak Beautea by Safi ni.. Produk ini dikatakan berasaskan dari Premium Tea yang telah terbukti baik untuk kulit wajah ..

Beautea by SAFI : Pembersih Muka Baharu 100% Ektrak Teh Premium

Beautea dari SAFI ni berasal dari pemilihan ekstrak teh premium menyegarkan dan gabungan bahan-bahan semulajadi terbaik yang dirumuskan untuk melawan kesan negatif daripada pencemaran, tekanan dan kosmetik. Ianya juga;


Haa.. TB dah dapatkan yang White Tea & Damask Rose dan yang tiubnya kaler oren tu.. iaitu scrub Apricot Tea .. Korang pun teringin nak order #safibeautea ni jugak, korang boleh dapatkan terus di Watsons atau boleh juga order online je di: http://bit.ly/2JTltHO






Aishhh.. mintak ampun bab kenyit mata tu TB tak perasaaannn.. haha. maluu je. tapi TB x sempat nak edit video nya. hantam sajalah up sini.. . . Haaa.. nin diaaa.. produk terbaru dari Safi.. beautea by @safimalaysia.. product yang berasaskan Tea .. 100% Premium Tea Cleansers to protect against pollution, stress and Cosmetics .. . . Haa kat TB ni ada 1 cleanser + 1 scrub. Cleanser TB dah try.. syok bau White Tea & Damask Rose.. lembut dan harum baunyaa. . . 💖 Cleanser : White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser 💖 Apricot Tea Revitalising Face Scrub . . Amacam.. tertarik nak beli gak ke.. korang boleh dapatkan di watson berdekatan atau order online je dekat sini 👉🏻 http://bit.ly/2JTltHO . . Produk kali ini didatangkan dengan 4 variasi pilihan berasaskan tea. . . Tunggu info lanjut TB tentang produk ni di www.tengkubutang.com ye..! . . TB suka gilerrr sebab ianya ALCOHOL FREE, PARABEN FREE, SLS/SLES FREE, SILICONE FREE . . #safibeautea #BeauteabySAFI #safimy #safiskinstory #premiumteacleaners #rm #rushmedia #safi
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Pembersih Muka Beautea yang diekstrak 100% daripada teh premium. Safi Beautea ini berperanan melindungi kulit wajah daripada Pencemaran, Tekanan & Kosmetik. Ia adalah pembersih diyakini yang diperlukan untuk melindungi kulit wajah daripada kesan-kesan berbahaya terhadap alam sekitar hari ini. 

Haa.. Kalau korang nak tau.. #BeauteabySAFI ni terdapat dalam 4 variasi pilihan tau :

🌸 Green Tea & Neem - normal to oily skin
🌸 White Tea & Damask Rose - dry skin
🌸 Black Tea & Black Orchid - sensitive skin
🌸 Apricot Tea - scrub

Jom tengok empat (4) jenis rumusan yang korang boleh pilih mengikut kulit korang agar sesuai dengan semua jenis kondisi kulit kita. 


Hydrating Gel Cleanser White Tea & Damask Rose 

Membersihkan kulit wajah tanpa mengupas kelembapan semulajadi kulit wajah, menjadikan ia licin dan lembut. Damask Rose terkenal dengan kemuliaannya dalam melembapkan kulit kering.


TB suka giler yang ni.. hehe.. lepas guna kulit tak rasa kering.. macam ada lembap2 sikit.. 


Green Tea &; Neem Anti-Acne Gel Cleanser

Pembersih gel yang lembut dan sabun ini menghilangkan kekotoran dan minyak yang berlebihan. Dirumus dengan gabungan berharga teh Green Tea & Neem ekstrak melegakan dan perisai kulit terhadap penceroboh luaran dan jerawat, sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan paparan parut.


Detox Cream Cleanser - Black Tea & Black Orchid 

Ia adalah pembersih krim Amino Acid yang lembut, wangi, sangat membersihkan dan mengeluarkan kekotoran. Dirumuskan dengan campuran teh Hitam & Black Orchid yang sangat berharga membantu memperbaharui kulit, sambil mengekalkan kulit yang sihat dan dilindungi daripada penuaan.


SAFI Revitalizing Scrub Wajah - Apricot Tea. 

Ia akan melakukan keajaiban pada kulit wajah, kerana sel-sel kulit mati dikeluarkan dengan teliti apabila kita menggosok wajah. Tiada lagi kulit kusam selepas ini!


Scrub ni pun best koranggg.. rasa kulit muka tu lembutttt je lepas dah scrub guna ni.. bau best.. ada biji2 halus yang lembut dan tak melukakan kulit.. i likee...

✔️ Diuji secara dermatologi 
✔️ Bebas Alkohol 
✔️ Bebas Paraben 
✔️ Bebas SLS /SLES 
✔️ Bebas Silikon

Harga seunit hanya RM23.30. memang berbaloi... 



23 Julai 2019

14 RESEPI MASAKAN TANPA MINYAK



IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACAN

Bahan-bahan :-
ikan kembung yg telah dibersihkan
air (ikut berapa byk kita nak kuah dia)
garam, perasa
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 biji lada besar - hiris halus
Cili api - hiris halus - ikut nak pedas mana
1/2 cawan asam jawa
2 sudu besar gula
sedikit belacan
asam limau (optional) 

Cara-caranya 
1. Rebus ikan dengan air sehingga masak.
2. Masukkan belacan & asam jawa, garam & perasa.
3. Satukan kesemua bahan hirisan ke atas ikan.Perahkan asam limau.
Ini memang terbaik kalau makan dengan nasi putih ni.


AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN 
..........................................................

Bahan-Bahan ;
AYAM:-
1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
2. Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.
3. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.
4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering. Perap daging paling kurang selama 1 jam.
6. Bakar daging sehingga masak.

MUSHROOM SOS:-
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-
1. Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
3. Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
4. Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat. Sesuaikan rasa.Tutup api.
Hidangan ini sangat disukai anak anak dan suami anda. Silap silap encik hasben dah taknak beli minyak, hari hari masak ini je.



SIAKAP STIM LEMON
--------------------------
1 ekor siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
Daun bawang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Bahan hiris halus:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara Penyediaan:
Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.
Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.
Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan.
Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.
Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon.
Kukus kembali selama 5 minit.
Angkat dan hidangkan.


IKAN KUKUS KICAP BERHALIA

..................................................

BAHAN-BAHANNYA:
2 keping isi kan merah
1/2 batang lobak merah saiz sedang, hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 biji bawang merah, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
4-5 biji cili padi, diketuk
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
3 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*
1/4 camca teh minyak bijan*
1 camca teh madu*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA :-
1. Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon. perap 10 minit, cuci bersih dan toskan. 

2. Lumur bahan yang disatukan (*) pada ikan hingga rata. Perap 20 minit. 

3. Kemudian letak ikan tadi dalam bekas tahan panas. Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya, tabur sedikit garam jika kurang masin. Kukus selama15 - 20 minit atau hingga ikan masak. 

Hidangkan segera.

Memang mengancam masakan ni.


TELUR KUKUS MAYONESE
.............................................

Bahan Bahan:

5 biji telur
1 biji bwg besar - dipotong kecil2(dadu)
1 biji cili merah - dipotong dadu
daun bawang - dipotong halus
garam
mayonise
keju cheese

Cara: 
1. Masukkan telur dlm bekas dan pukul seketika.
2. Masukkan bawang, cili merah,daun bawang dan garam, kacau hingga sebati. Masukkan mayonise dan cheese. Kacau seketika.
3. Masukkan adunan telur tersebut dlm bekas dan kukus selama 10 minit.
4. Setelah masak, angkat dan sedia untuk dihidang


ASAM REBUS BENDI

Bahan-bahan :
Bendi - buang tombol atas bendi tu dan belah dua (jangan putus)

Bawang merah - kisar
Bawang putih - kisar
Lada merah - kisar
Ikan bilis - kisar
Asam Keping
Air Masak secukupnya.

Kejap je ni. Sambil tengok Runningman pun boleh masak.


SUP IKAN HARUAN
...................................

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
1 sudu makan lada hitam – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
2 cm halia – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara:
1. Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
Bilas dengan air dan di tos. 

2. Panaskan air sehingga mendidih dan Masukkan bawang putih, merah, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & sup bunjut.

3. Kemudianmasukkan lada hitam, garam,asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera




SUP KEPALA IKAN MERAH
.............................................

Bahan-Bahannya

1 Ketul kepala ikan Merah 
2 biji cili merah dihiris nipis
2 biji tomato dibelah dua
3 labu bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai di ketuk
1 keping tauhu dipotong dadu kecil
Sedikit garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang
1 pek sup bunjut 
Sedikit rempah sup adabi

CaraPenyediaannya
1. Panaskan air didalam periuk sehingga mendidih
2. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah, serai,sup bunjut, sedikit rempah sup dan cili ke dalam periuk.
3. Masukkan tauhu dan tomato dikuti garam 
4. Selepas itu masukkan kepala ikan merah tersebut.
5. Biarkan selama 15 minit sebelum menutup api. Masukkan daun bawang dan daun sup 
sebelum dihidangkan.

Mantappp!



IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG
........................................................

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung
2 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit air asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara memasaknya:
1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan
Bahan yang dikisar, serai, air asam jawa 
serta air secukupnya ke dalam periuk.

2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam. 
Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api 
masukkan buah tomato.

3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk 
dihidangkan.



RESEPI KERANG REBUS
---------------------
1kg kerang (telah dicuci)
1 biji bawang merah besar (hiris)

2 batang serai (titik)
1 batang cili merah (hiris)
sedikit halia (hiris)
garam secukup rasa

Campur semua dan masak je sampai kerang terbuka. hehe.



SUP TELUR & CENDAWAN
............................................

Bahan-Bahannya

5 biji kentang sederhana besar
6 - 7 kuntum black fungus, rendam sampai kembang
4 - 5 keping fucuk, rendam hingga lembut
30 - 35 tangkai "kincam"
1 cekak soo hoon, potong dan rendam
4 - 5 biji telur
4 ulas bawang putih, diketuk
6 biji bawang merah, dihiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 ketul kiub pati ikan bilis
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara membuatnya :
1. Kentang dikupas, potong 4 setiap biji, cuci dan rendam, cendawan dibuang pangkalnya dan potong2, fucuk dikerat2 kecil dan kincam disimpul setiap satu, cuci dan toskan. Ketepikan.

2. Panaskan air (anggaran 1 liter) & masukkan bawang hiris, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga wangi. Masukkan kiub ikan bilis dan kentang. Masak hingga mendidih.

3. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam kuah tadi. Masak hingga telur masak dan tidak pecah. Masukkan cendawan dan fucuk. Masak hingga kentang hampir empuk.

4. Masukkan kincam tadi dan tambah garam jika perlu. 

5. Akhir sekali masukkan soo hoon dan kacau rata. Biar mendidih sebentar dan boleh matikan api. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.





IKAN ASAM REBUS
-------------------------

Bahan-Bahan :

Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai - 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : 
untuk di kisar
Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Belacan - setengah inci
Kunyit - setengah inci

Cara-cara :
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.

Nama lain bagi masakan ini adalah "Lauk Malas".



IKAN BAWAL KUKUS PEDAS
...............................................

Bahan-bahan:


1 ekor ikan bawal hitam (500-600 gm)
1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis
1 labu bawang besar- belah dua- dihiris nipis membujur
1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)
1 tangkai cili merah- hiris serong
3 tangkai cili api- ketuk
5 biji lada hitam- tumbuk halus
1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 cawan air
2 biji limau kasturi diperah airnya
sedikit garam

Cara membuatnya:
1. Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.

2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam. 

*** boleh ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi lembut. Kalau nak kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni.


SUP AYAM KAMPUNG
....................................

Bahan-Bahan 
1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong ikut suka)

1 inci halia ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 batang serai dititik
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk 
2 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis (banyaknya ikut suka)
Garam secukup rasa.
Sedikit bawang goreng.

Cara Membuatnya:

1. Masukkan ayam yg telah dipotong ke dalam periuk. rebus sehingga ayam lembut.

2. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih,serai, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 10 - 15 minit.

3. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.

4. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yg telah dihiris. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah diangkat.

5. Bila nak makan taburkan sedikit bawang goreng ( kalau bawang goreng buat sendiri lagi sedap)

Masakan paling femes. Siapa boleh masak kira dah boleh kahwin dah.





17 Julai 2019

DAGING GORENG KUNYIT BERLADA



DAGING GORENG KUNYIT BERLADA


BAHAN-BAHAN :
1/2kg daging
1bji bwang besar
3ulas bwg putih*
3ulas bwg merah*
Halia sikit*
Rempah kari daging, serbuk cabai, serbuk jintan manis (buh agk2 ja..)
2 btg serai (dtitik)
Sos tiram
Lada hitam (dtumbuk kasar)
1 kiub lembu (ikt nk buh@tak)
Hiasan ikut nk buh kcg buncis, ubi..


CARA MASAK :
1.Daging rebus n garam ckt&asam kping 2..ni sukatan sya bt.. sya rebus half ja.. sbb nk dging tu dlm pink2, berjus.. toskan, tp aiq dging tu jgn buang.. dging hiris lwan arah..

2.Bhn2 yg brtnda* dtmbuk,

3.Kmudian pnaskn mnyk.. sya gorg blk dging td bg msak ckt,kmudian msukkn bwg besar,serai dtitik,bhan2 dtmbuk.. dh naik bau, msukkn agk2 ja srbuk cbai, kari dging, jintan manis, serbuk kunyit... tumis bg rempah naik bau, msukkn sos tiram,kiub lembu,garam sdikit..

4.Then msukkn air rbusan dging td.. biarkn smpai dging msak&air kering ckt.. pas tu leh la mskkn kcg buncis, ubi kentang yg dh dgorg, cili hidup,lada htam yg dtmbuk kasar ckt... ikut nk kering@bsah dging tu.. sya agk2 ja lau msak😅😅












09 Julai 2019

DOA AGAR ANAK TIDAK DEGIL ATAU NAKAL


Saja nak share yang ni.. Bukan nak kata anak TB nakal.. Tapi kadang aktifnya tak boleh bawak bincang.. haha.. kadang termarah dia pun ada.. Ramai yang kata dia aktif sebab dia budak yang bijak.. so jangan marah dia.. OK TB percaya harraz memang anak yang bijak.. Dia bukan nakal.. tapi budak banyak akal.. iutu yang sepatutnya ibu-ibu sebut ye.. jangn sebut nakal.. nanti nakl betul betul kita yang penat.. bila dia agak aktif tu.. katakan je, anak bertuah.. anak banyak akal.. anak bijak.. InsyaAllah.. kata-kata itu adalah doa.. 








Tonton Drama Setelah Terlafaznya Akad Lakonan Kamal Adli & Uqasha Senrose


Drama Setelah Terlafaznya Akad
Lakonan Kamal Adli & Uqasha Senrose



Bestnya lah drama ni kome weh.. Tak jemu tengok sebab setiap scene walaupun sedih, ada lawak dia.. walaupun lawak, ada pulak yang buat kita sebak dan geram.. macam-macam perasaan ada tau tengok citer ni.. citer apa lagi.. Drama lakonan KamalAdli dan Uqasha Senrose ni laaa.. dalam Drama Setelah Terlafaznya Akad ,

Drama ni diadaptasikan dari Novel hasil karya Anna Milia . TB tak pernah baca lagi Novel ni.. sebab TB ni susah sikit kalau dah hadap novel.. maunya asyik mengadap Novel je 24 jam.. tak jadi kerja nanti.. hahaha..

Tapi kannn.. sepanjang TB baca novel sebelum ni.. dalam 2-3 buku jugaklah TB habiskan.. Tapi tengok pada sinopsis dulu.. Kalau sinopsis dia pun dah best dan jalan cerita dia pun nampak menarik sekali dengan susunan ayat yang bukan melankolik atau puitis-puitis tu.. boleh la TB hadap sampai ke muka surat terakhir.. InsyaAllah.. heee..

Haaa.. Novel hasil karya Anna Milia  katanya mencapai jualan yang tinggi dan menjadi Novel pilihan ramai sebelum ni.. Ramai yang kata best Novel ni.. Tu yang TB terasa nak beli jugak .. hahaha.. eh.. tapi tunggu habis Drama Setelah Terlafaznya Akad   ni dululah.. hahaha.. tak nak tau apa ending melalui Novel.. Nak tengok Ending kat TV je.. hehehe.. 

Haa.. kalau korang yang belum tau cerita ni cerita kisah apa? korang boleh lah try tengok.. gerenti layannn.. sebab lawak sangatt wehh..

Dah la lawak, bersahaja pulak tu nawal dan hanan tu? haaa.. Nawal dan Hanan tu lah watak utamanya kalau korang nak tahu.. Nawal tu Uqasha Senrose, watak Hanan pula dibawak oleh Kamal Adli..   


Jom baca Sinopsis nya kat bawah ni yea..  

Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan.

Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing.

“Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni.” – Hanan
“Beres!” – Nawal

Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri.

Tetapi, kali ini Nawal tidak lagi berkahwin pondok apabila dia jatuh cinta berkali-kali dengan Hanan. Dia tidak rela berpisah dengan Hanan. Untuk itu, dia perlu menjadi wanita sempurna di mata lelaki itu. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya dan anak mereka. 

Haa.. nak tengok versi Drama pulak tak? jom lah.. pasti korang suka punya.. boleh tengok detail semua kat bawah ni yeaa..



JUDUL : SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Jun 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Atilia Azahar
PENULIS NOVEL : Anna Milia
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Production Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari


WATAK PELAKON 
Kamal Adli sebagai Hanan
Uqasha Senrose sebagai Nawal
Zeera Azizi sebagai Hani
Zulhemy sebagai Hairuddin
Nadya Syahera sebagai Milah
Sharifah Shahora sebagai Nafisah
Alif Muhaimin sebagai Roslan
Azza Suaymi sebagai Diyan
Norlia Ghani sebagai Tokma
Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah
Ikhram Juhari sebagai Rafiz 


SINOPSIS SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.

Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya. 

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.

credit :
SINI


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers