Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

30 Oktober 2019

PAPRIK DAGING



PAPRIK DAGING

Hari tu TB ada try buat, guna pes yang dari Thailand tu.. Sedap dan hubby kata macam kat kedai.. so.. ni TB share kat sini resepinya.. gambar masakan takde sebab hari tu memang masak-masak terus ngap je panas-panas.. tapi baru sekali tu je TB try. Tu pun sebab baru beli pes paprik tu.. hehehehe.. teruja nak try.. nanti TB buat lagi, TB amik gambo ye.. 

BAHAN-BAHAN :

●1/2 kilo daging(potong & rebus smpai empuk,simpan air rebusan)
●2 senduk besar cili blend(kurangkan kalau tak suka pedas)
●1 senduk besar cili sos
●1 senduk besar sos tiram
●3 ulas bawang putih(di ketuk)
●1 labu bawang besar(potong dadu)
●1 labu bawang besar(potong bulat utk hiasan)
●Sayur ikut citarasa sendiri
●Daun limau purut
●Tomato dibelah 6
●Cili api dan cili merah(untuk hiasan)
●Garam gula dn perasa secukupnya


CARA MASAK :
👉Tumis bawang hingga naik baunya, masukkan cili blend dan tumis seketika
👉Masukkan cili sos dan sos tiram
👉Masukkan daging dan air rebusan daging
👉Masukkan sayur dan bahan2 yg lain
👉Perasakan secukup rasa












25 Oktober 2019

RESEPI NASI AYAM HAINAN IPOH MALI



RESEPI NASI AYAM HAINAN IPOH MALI 


Utk nasi...
4 pot Beras (cuci bersih)
5 ulas bwang putih (tumbuk)
3 kiub ayam knor (ramas hancur)
2 hlai daun pndan (dsimpul)
1 sup bonjot
2 bunga cengkeh
1 kayu manis
2 sdm mentega
1 btg serai (dtitik)
Halia (tumbuk)
Air scukupnye

~basuh beras sperti biasa...tos...ktepikan dulu

~pnaskan kuali...masukan mentega..tunggu
cair...masukan bahan tumbuk, sup bonjot, serai, bunga cengkeh dan kayu manis....tumis semua sampai naik bau...

~masukan beras...gaul rata dlm kuali slama lbih kurang 8 mnit...alihkn ke dlm periuk nasi...

~tuangkan air scukupnye (mgikut sukatan beras yg
dgunakan)..masukn daun pndan dan kiub ayam
knor...gaul sebati...masak nasi sperti biasa...

Utk ayam...
1/2 ekor ayam (dcuci bersih)
5 ulas bwng putih (tumbuk)
Halia (tumbuk)
1 kiub ayam knor
Garam
Air scukupnye
Minyak bijan (utk mmerap)
'Air masak scukupnye
'Ais (Utk proses mlembut dan mlembapkn ayam)

~satukan air, bhan tumbuk, kiub ayam dan garam dlm periuk...didihkn dia

~bila dh mdidih...masukan ayam...tutup...tunggu smpai ayam masak (dlm 30-40 mnit...ikut saiz ayam)...

~bila ayam dh masak...angkat..masukan dlm air yg
bercampur ais...rendam dlm 20 minit (air tu air tapis or air masak...proses ni utk mlembapkn dan mlembutkn ayam)....

~stelah itu...angkat ayam...sapukn dan perap ayam dgn minyak bijan scukupnye....

~angkat dan potong2 ayam...smasa waktu hendak
mhidang nanti..

Utk sos hitam...
4 sdm kicap cair
1 sdm kicap pekat
1 sdm madu
1/2 cwn air rebusan ayam
2 sdm mnyak bijan
~campur semua bahan2 di atas...gaul sebati...siap

Utk sos merah...
5 cili api (merah-tumbuk)
3 lada besar (merah-tumbuk)
Halia (dtumbuk)
Garam
Gula
Air masak
Ajinamoto (abaikn jika tdak perlu)
~satukan semua bahan..didihkn skejap di atas api yg
sderhana sambil dikacau2...siap

Utk sup...
3 bwng merah (dtumbuk)
2 bwang ptih (dtumbuk)
1 sup bonjot
3 rempah skwan
Halia (dtumbuk)
Garam
Air rebusan ayam
Ajinamoto (abaikn jika tdak perlu)
Sdikit mnyak (utk mnumis)
#saya bubuh fishball...saja2 suka2 je...hihii

~pnaskan mnyak...masukan bahan tumbuk bersama
rempah 3 skawan dan sup bonjot...tumis smpai naik
bau...masukan air rebusan ayam...tunggu
didih...masukn fishball..perisakn dgn garam dan
ajinamoto...taburankn bwang goreng n daun sup
semasa mhidang...siap

TAMPIL KULIT MUDA DENGAN BIO LIFE ASTAXANTHIN 6MG

TAMPIL KULIT MUDA DENGAN BIO LIFE ASTAXANTHIN 6MG 


Hai semuaa.. tengah buat apa tu? haa.. hari ni TB nak share dengan korang semua tentang satu produk untuk mengawal kulit dan memulihkan kulit muda dari dalam.. Nak tahu apa dia?


Ini dia Astaxanthin 6mg yang dikeluarkan oleh Bio Life. Astaxanthin ni sebelum ini didatangkan dalam bentuk softgels yang mengandungi 4mg tapi kini ia telah dinaiktaraf dengan formula terbaru dan didatangkan dalam bentuk Vegetarian Capsule.



Sebelum ni TB asyik share tentang bagaimana nak kulit putih dan cerah kan? haa.. kali ni meh TB share pulak tentang produk dari BioLife iaitu Astaxanthin iaitu produk suplemen yang paling wanita yang inginkan untuk penampilan lebih muda dan anggun..


Haaa.. sebelum tu TB nak korang baca dulu serba sedikit info tentang Astaxanthin ni ye... Supaya dapatlah korang tahu samada kulit korang perlu atau tidak suplemen yang terbaik dari BioLife ni..

APA ITU ASTAXANTHIN

Astaxanthin merupakan pigmen merah-jingga (karotenoid) semulajadi yang boleh didapati dalam organisma laut (diekstrak daripada mikroalga, Haematococcus pluvialis). Sifat antioksidan Astaxanthin yang kuat di mana ia boleh bertindak sebagai pelindung anti-penuaan kulit dengan menghasilkan lapisan perlindungan dalaman kulit untuk mencegah foto-penuaan, juga menyingkirkan radikal bebas dan melindungi sel-sel kulit dari kerosakan oksidatif. BiO-LiFE Astaxanthin 6mg telah diuji secara klinikal dapat memberikan manfaat kosmetik kepada individu yang mengalami penuaan kulit seperti kulit berkedut, kulit kendur dan sebagainya.



APA KELEBIHAN DAN KEBAIKAN ASTAXANTHIN 6MG

  • Kandungan Astaxanthin yang tinggi  memberikan hasil yang optimum.
  • Antioksidan untuk mencegah penuaan kulit.
  • Diuji secara klinikal untuk memperbaiki keadaan kulit dalam tempoh selama 2 bulan
  • Teknologi pengekstraksian bebas larutan untuk mengekalkan kualiti premium Astaxanthin.
  • Tiada GMO and gluten free.
  • Dalam bentuk kapsul sayuran. Sesuai untuk vegeterian.
  • Dos seharian untuk kegunaan harian (30 Vegetarian Capsule untuk sebulan).

ASTAXANTHIN 6MG SESUAI UNTUK INDIVIDU YANG MEMPUNYAI MASALAH :

  • Penuaan kulit
  • Mengalami kulit kering
  • Kulit berkedut
  • Kulit kendur atau kulit longgar






Nak Gorgeous? Nak Kulit Cantik? Nak Kembalikan Keserian Wajah Muda Dari Dalam? Haaa... hehehe.. tunggu kisah Astaxanthin dekat blog tengkubutang.com nanti yea.. . . Sebelum tu.. Korang Nak tahu Tak Apa fungsi Astaxanthin ni? . . Astaxanthin ni adalah pigmen berwarna merah yang boleh ditemui pada organisma laut. Disebabkan potensi antioksidan yang tinggi dalam Astaxanthin ini, ianya boleh menjadi perisai yang memberi perlindungan dalaman kepada kulit untuk melambatkan proses penuaan. . . Haaa.. so korang rasa siapa yang perlu amalkan Astaxanthin 6mg ini? Jom tengok list bawah ni: . ♥️ korang yang mengalami masalah penuaan ♥️ masalah kulit kering ♥️ masalah kulit berkedut ♥️ masalah kulit tidak tegang . . So kat mana nak dapat supplement astaxanthin 6mg ni? haaa.. Korang boleh dapatkan dekat Guardian atau Caring Pharmacy yang berhampiran. @biolifemy #biolife #vitamin #astaxanthinbiolife #astaxanthin6mg #astaxanthin#healthsupplement #biolifemalaysia #biolife
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

= Soalan lazim mengenai suplemen astaxanthin =

Bagaimana bahan aktif astaxanthin diekstrak?

Kandungan aktif bagi suplemen astaxanthin ini merupakan karotenoid semulajadi yang diekstrak dari mikroalga Haematococcus pluvialis yang ditanam dalam persekitaran terkawal dan bersih di bawah aplikasi sistem photobioreactor.

Apa kegunaan & manfaat astaxanthin?

Sebagai antioksida yang sangat poten

"Research found that carotenoids have an antioxidant activity that is 100 times that of α-tocopherol and that carotenoids protect membrane lipid from peroxidation." (Miki, W. 1991. Biological functions and activities of carotenoids. Pure Appl. Chem. 63:141-146)

Kesihatan kulit

Hasil kajian menunjukkan astaxanthin dapat reduce wrinkles, mengurangkan kesan selaran matahari dan memelihara keanjalan kulit serta beberapa lagi cosmetic benefits yang lain. Astaxanthin ni membantu melindungi kulit daripada mendapat kesan radikal bebas oleh pancaran UV matahari dimana ia merupakan punca utama penuaan awal.


Astaxanthin melindungi setiap lapisan sel, hingga ke lapisan paling dalam kulit. 


Kesihatan mata

Carotenoid astaxanthin dikatakan dapat merendahkan kadar AMD (age-related vision loss) di kalangan warga emas. Astaxanthin telah ditemui pada konsentrasi tinggi di sekitar makula mata dan retina yang bertindak sebagai antioksidan dan mengurangkan kerosakan sel mata.

Kesihatan kardiovaskular

Melalui percubaan terhadap tikus, astaxanthin didapati dapat menurunkan tekanan darah sekaligus merendahkan risiko masalah jantung / aterosklerosis. Selain itu, terdapat juga kajian awal mengatakan astaxanthin dapat meningkatkan paras HDL (kolesterol baik) dalam darah.

Alzheimer & Parkinson

Banyak kajian dah dijalankan, dan astaxanthin didapati boleh membantu melambatkan proses degenarasi neuro akibat faktor usia. Bagaimanapun penggunaannya sekadar untuk langkah prevention sahaja lah sebab once seseorang tu mula menunjukkan tanda alzheimer, (seperti pelupa, masalah bertutur) haa ketika tu kau telan berkilo-kilo astaxanthin pun can never stop or reverse them.

Ketahanan otot dan stamina

Hanya sedikit kajian tentang ni. Tapi ia dikatakan dapat membantu meningkatkan stamina para olahraga serta merendahkan severity of muscle soreness pasca senaman.




View this post on Instagram

Nak Kulit Muda Bermula Dari Dalam? Jom Cuba Biolife Astaxanthin Ni... baca info tentang Astaxanthin ni kat bawah, atau boleh baca info penuh di blog tengkubutang.com nanti yea! . . APA ITU ASTAXANTHIN? Astaxanthin ni adalah pigmen berwarna merah yang boleh ditemui pada organisma laut. Disebabkan potensi antioksidan yang tinggi dalam Astaxanthin ini, ianya boleh menjadi perisai yang memberi perlindungan dalaman kepada kulit untuk melambatkan proses penuaan. . . Haaa.. so korang rasa siapa yang perlu amalkan Astaxanthin 6mg ini? Jom tengok list bawah ni: . ♥️ korang yang mengalami masalah penuaan ♥️ masalah kulit kering ♥️ masalah kulit berkedut ♥️ masalah kulit tidak tegang . . So kat mana nak dapat supplement astaxanthin 6mg ni? haaa.. Korang boleh dapatkan dekat Guardian atau Caring Pharmacy yang berhampiran. @biolifemy #biolife #vitamin #astaxanthinbiolife#astaxanthin6mg #astaxanthin#healthsupplement #chtptzen #biolifemalaysia #biolife
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Bagaimana cara pengambilan astaxanthin?

Disebabkan ia merupakan komposisi larut lemak yang perlu dimetabolis melalui hati sebelum ia sedia dibuang dari badan. So adalah amat tak digalakkan untuk start astaxanthin dengan dos yang tinggi. Formulasi astaxanthin terdapat dalam sediaan 4mg dan 6mg. Walaupun masih belum ada rekod side effect, namun tak disarankan ambil astaxanthin melebihi 12mg sehari. Kapsul 6mg astaxanthin ini elok diambil bersama makanan (iaitu selepas makan) untuk meningkatkan penyerapan agar badan mendapat manfaat yang optimum.

Langkah berjaga-jaga & kesan sampingan astaxanthin?

Masih belum ada cukup data tentang kesan sampingan, tapi astaxanthin tak sesuai diambil oleh ibu hamil/menyusu dan juga kanak-kanak.

Bagaimana saya memilih produk astaxanthin yang baik?

Banyak pilihan sediaan carotenoid-astaxanthin yang terdapat di pasaran namun jadilah pengguna bijak dengan memilih produk yang lulus KKM. Setiap produk yang melepasi ujian saringan kementerian, pasti tercatat nombor MAL berserta pelekat hologram meditag pada packaging produk tersebut.

Produk yang memperoleh kelulusan KKM adalah lebih terjamin selamat dari campuran bahan terlarang atau risiko overdose. Korang boleh semak dekat website NPRA dan dapati BiO-LiFE Astaxanthin 6mg sudahpun berdaftar dengan KKM dengan nombor MAL15105003NC .

Untuk mereka yang berminat nak mencuba dan merasai perbezaan kulit muda dari dalam.. bolehlah mencuba  ASTAXANTHIN 6MG  dan cara nak dapatkannya? Korang boleh dapatkan di CARiNG Pharmacy atau Guardian.  Korang juga boleh buat belian secara online di website dibawah ini  :





24 Oktober 2019

RESEPI KEK BUAH SEDAP DAN MUDAH!







RESEPI KEK BUAH SEDAP DAN MUDAH!

BAHAN-BAHAN :

♥250gm mentega
♥320gm gula pasir
♥60ml air panas
♥500gm buah campur kering (mix fruits)
♥3 biji telur gred A
♥350gm tepung gandum
♥*1 sudu kecil cream of tartar*
♥2 sudu kecil soda bikarbonat*
♥1 sudu kecil esen vanila*
♥1 sudu kecil sunquick*

CARA MEMBUAT :

★Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Kemudian masukkan mentega. Kacau hingga cair.

★Kemudian masukkan buah campur. Kacau sebati dan sampai buah campur meletup kecil, biarkan mendidih.

★Padamkan api, masukkan sunquick tadi. Kacau sebati. Kemudian sejukkan seketika bancuhan tadi.

★Ayak bahan-bahan yang bertanda (*). Masukkan ke dalam adunan buah campur tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.

★ Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan perlahan-lahan ke dalam adunan kek. Gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

★Alas loyang 7×7 dengan kertas baking. Sapukan mentega di sekeliling loyang dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.

★Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 4-5 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan.

★Lagi lama kukus, lagi tahan lama kek buah moist.

** Lagi lama tempoh penyimpanan kek, lagi sedap rasanya. Tempoh ketahanan kek hampir 1 bulan jika simpan dalam peti sejuk. Jika simpan dalam suhu bilik, kek ini mampu bertahan selama 2 minggu. Untuk menikmatinya, keluarkan seketika kek buah dari peti sejuk kemudian potong macam biasa. Kek kekal moist dan sedap












RESEPI AYAM PANGGANG LADA HITAM




RESEPI AYAM PANGGANG LADA HITAM


Bahan-bahannya :
● 1/2 ekor ayam size kecil
● *1/2 labu bawang putih - parut
● *2 inci halia - parut
● 1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
● 2 sudu besar kicap manis/pekat
● 1 sudu besar sos tiram
● 2 sudu besar madu
● garam sedikit
● minyak zaitun

Cara-caranya :
1. Gaul ayam dgn halia,bwg putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu, dan sedikit garam. Masukkan dalam mangkuk tahan panas/loyang. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.

2. Panaskan oven 180C. Curahkan minyak zaitun ke atas ayam (bleh tukar butter) dan bakar selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 20min jirus2kan air ayam yg keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy...










RESEPI KURMA TELUR MUDAH DAN SEDAP!



RESEPI KURMA TELUR MUDAH DAN SEDAP!

Rasa nak try menu ni pulak nanti.. harraz suka telur rebus, hubby lak suka masak kurma.. boleh la masak ni nanti.. dua-dua makan ni.. TB? TB ok je.. apa pun masuk... tolak kayu dan batu je.. hahahha.. 

Bahan-bahan :
👉10 biji telur (direbus hingga betul² masak,kupas buang kulit dan goreng sekejap jer. Toskan)
👉4-5 biji kentang (potong ikut suka)
👉3 cwn santan
👉10 biji cili hijau
👉2 biji cili merah potong serong
👉2 senduk minyak masak
👉3-4 kuntum bunga lawang
👉1 labu bawang besar (hiris)
👉5 ulas bawang putih (hiris)
👉Halia sebesar ibu jari (hiris)

Bahan pes :
👉3 peket kecil rempah kurma
👉1 sdb rata garam
👉½ sudu teh bahan perasa
👉1 keping asam keping
👉3 tangkai daun kari
👉1 cawan air
💢(Kacau semua bahan ini, jadikan pes)

Cara-cara :
1.Panaskan minyak masak,tumis bunga lawang,kayu manis dan bahan hiris hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan pes kurma tumis hingga betul² naik minyak.
3.Masukkan kentang,gaul sebati.. Bila kentang dah mula lembut masukkan santan
4.Dah mendidih masukkan telur.Lepastu masukkan cili padi hijau dan cili merah.











RESEPI KUIH DANGAI



RESEPI KUIH DANGAI

Rasa macam pernah makan je kuih ni.. tapi ingat-ingat lupa.. mungkin arwah opah belah abah yang buat kalau tak silap.. sebab dulu-dulu arwah opah belah abah yang rajin masak dan buat kuih macam-macam.. 

BAHAN-BAHAN :
◑ 3 mangkuk kelapa parut putih
◑ 1 mangkuk tepung pulut
◑ ⅓ mangkuk gula pasir(manis ikut suka)
◑ ½ sudu kecil garam halus

CARA MEMBUAT :

◐ Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan.
◐ Masukkan tepung pulut pulut,gaul rata.
◐ Perasakan dengan garam dan gaul rata,pastikan kelapa tidak berketul-ketul.
◐ Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
◐ Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang.Lapisan pertama ini tidak perlu di campur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
◐ Baki campuran kelapa tadi di gaul pula dengan gula.
◐ Masukkan baki kelapa kesemua sekali ke dalam loyang,pastikan penuh dan rata.Tidak perlu tekan.
◐ Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.

RESEPI KEK MINYAK SEDAP DAN MUDAH!



RESEPI KEK MINYAKSEDAP DAN MUDAH!



BAHAN2:
♥ 5 biji telur
♥ ½ cawan gula kaster
♥ 1sdb ovelatte
♥ 1 cawan susu pekat
♥ 1 cawan minyak masak
♥ 2 cawan tepung gandum-ayak
♥ 1sdk baking powder-ayak
♥ 1sdk esen vanila
♥ Pewarna pilihan

** Bahan ayak bersama


CARA MEMBUAT :
★Pukul telur, gula dan ovelatte sampai kembang.
★Masukkan esen vanilla, susu pekat dan minyak.
★Matikan mixer dan masukkan tepung yg telah diayak, kaup balik adunan.
★Bahagikan dan warnakan adunan.
★ Bakar pada suhu 160°c selama 45 minit (bergantung pd oven masing2).

** Panaskan oven 5-10 minit sebelum mmbakar. Jika kukus, kukus 45 minit api sederhana

RESEPI KEK BUTTER CHEESE



RESEPI KEK BUTTER CHEESE



Kek Butter Cheese

Bahan Bahan
💓250gram butter (saya guna anchor)
💓150gram cream cheese (saya letak 200g)
💓200g gula castor
💓5biji telur gredA(saya guna 6bji telur gredB)
💓1sudu kecik esen vanilla
💓250g tepung gandum
💓11/2 sudu kecil baking powder

Cara membuat
💚 satukan tepung dan baking powder, ayak dan ketepikan
💚pukul butter, gula dan cream cheese sampai kembang dan putih.
💚masukkan telur satu persatu dan esen vanilla
💚masukkan bahan ayak, kaup balik ringan sahaja sampai sebati
💚sediakan loyang 9x9,griskan atau lapik dengan kertas minyak, masukkan adunan, hentak hentak manja.
💚Panas kan oven selama 10minit dulu kemudian bakar kek menggunakan suhu 160° selama 50minit (bergantung pada suhu oven masing masing)








RESEPI KUIH TALAM GULA MERAH



RESEPI KUIH TALAM GULA MERAH



Kuih Talam Gula Merah

Bahan-Bahan :

BAHAGIAN BAWAH
2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung ubi
1 ½ cawan air gula merah ( 1 ½ cwn gula merah+½ cawan gula pasir+1cawan air) dimasak, sejukkan
2 ½ cawan santan cair

BAHAGIAN ATAS
1 ½ cwn tepung gandum
4 cawan santan
2 sdb tepung ubi
1 sdk garam

Cara-Cara :
sapu sedikit minyak keatas loyang, masukkan bahan A, kukus 10-15 min, gunakan garfu lorekkan atas permukaan lapisan gula merah,kemudian tuangkan bahan yg atas tadi pula. Kukus hingga masak.
Untuk menghasilkan permukaan yg cantik dan rata, penutup kukusan dibungkus dengan kain. Setelah betul2 sejuk baru boleh dipotong.










RESEPI COTTON JAPANESE CHEESECAKE


RESEPI COTTON JAPANESE CHEESECAKE



BAHAN A:
🍰250g cream cheese
🍰100ml susu segar
🍰50g butter
(cairkan atas api yang perlahan)

BAHAN B:
🍰6 biji telur (asing kuning dan putih)
🍰100 gm gula aising
🍰60 gm tepung superfine/tepung kek/tepung gandum - kalau tepung gandum letak baking powder
🍰20 gm tepung jagung

CARA MEMBUAT:
1.Panaskan atas api yang kecil semua bahan A
2.Masukkan kuning telur
3.masukkan tepung
4. masukkan sedikit esen vanila,kacau sebati. pastikan cream cheese tidak berketul2
5.Pukul bahan B sehingga jadi meringue
6.Ambil ¾ dari bahan B masukkan ke dalam bahan A. Kacau kaub balik sahaja. Jangan terlebih kacau.
7.Masukkan kesemua bahan B ke dalam bahan A
8.Bakar dalam oven dengan cara double bowl. Letak air panas dalam tray baru letak loyang berisi kek.
9.Bakar 160° selama 45-55 minit (bergantung pada oven)

# sebelum bakar pastikan panaskan oven terlebih dahulu










RESEPI BROWNIES KEDUT SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI BROWNIES KEDUT SEDAP DAN MUDAH!



BROWNIES KEDUT MUDAH

Bahan-bahan:
🍰400gm coklat masakan
🍰150gm butter
🍰100gm tepung naik sendiri
🍰100gm gula castor
🍰100gm gula perang
🍰30gm serbuk koko
🍰1 sudu kecil esen vanila
🍰4 biji telur gred A

Cara membuat :
1. Double boiler coklat masakan dan butter sehingga cair. Gaul rata (mix A)
2. Pukul telur bersama gula castor, gula perang, esen vanila (mix B)
3. Dalam bekas lain, satukan koko dan tepung naik sendiri dan ayakkan (mix C)
4. Masukkan mix B ke dalam mix A. Kacau rata. Kemudian masukkan mix C sedikit demi sedikit ke dalam adunan mix B dan mix A. Gaul rata.
5. Alas acuan 10'x10' dengan kertas baking dan oleskan dengan butter. Tuang adunan brownies ke dalam acuan.
6. Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 160C selama 30-40 minit.










RESEPI KEK PANDAN VERSI SPOUNGE KEK


RESEPI KEK PANDAN VERSI SPONGE KEK


BAHAN²:
🍰5 biji telur
🍰1 cawan tepung kek bluekey (ayak)
🍰1 cawan gula blend halus
🍰1 sudu makan perisa pandan
🍰1 sudu kecil pewarna hijau
🍰1 sudu makan ovellet


CARA-CARA MASAK :

🎂Satukan bahan diatas ni n mix smpai gebu,
dah gebu letak minyak ½ cwn n kaub balik je xyh mix lg..

🎂Letak dlm loyang yang dah alas baking paper

🎂Bakar suhu 170c 40minit api atas bawah










RESEPI AGAR-AGAR KERING WARNA WARNI


RESEPI AGAR-AGAR KERING WARNA WARNI


AGAR-AGAR KERING

Bahan² :
👉60 gm agar agar tali
👉1500 ml air(nak senang sukat guna botol air mineral yg besar)
👉1500 gm gula pasir/sekilo setengah
👉250 gm gula batu(sepaket)
👉Pewarna

Cara membuat :

1.Basuh agar agar..masukkan dlm periuk..masak bersama air hingga agar agar cair..

2.Masukkan gula batu & gula pasir..tunggu hingga mendidih & gula cair..
**gula batu tu kalau besar,tumbuk guna lesung batu dulu supaya senang nak cair masa masak nanti

3.Masukkan agar agar tadi ke dalam loyang..& tambah pewarna..kacau sebati..

4.Biarkan agar agar tadi keras dahulu..setelah keras,potong kecil & jemur sehingga kering..








RESEPI KEK SARANG SEMUT SEDAP!


RESEPI KEK SARANG SEMUT SEDAP!



KEK SARANG SEMUT

BAHAN GULA HANGUS :
1½ cawan gula pasir
2 cawan air panas
3 sudu makan mentega

CARA MEMBUAT GULA HANGUS :
-Masak gula dlm periuk hingga keperangan dengan api sederhana,goyangkan periuk ke kiri dan ke kanan supaya gula mencair dgn sekata, tdk perlu mengacaunya.
-Tuangkan air panas perlahan-lahan
-Kacau lagi smpai gula larut
-Masukkan majerin masak smpai mentega cair
-Sejukkan dulu

BAHAN² KEK :
7 biji telur
2 cawan tepung gandum(ayak)
½ tin susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Alas loyang dengan kertas minyak

CARA MEMBUAT:
-Panaskan oven 170°c selama 10 minit
-Pukul telur hingga betul² kembang
-Masukkan susu pekat dan pukul lagi
-Masukkan esen vanilla dan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan gula hangus
-Putar sebati adunan
-Perap selama 2-3 jam
-Tapis adunan ke dalam loyang
-Bakar di rak bawah selama 1 jam(50 minit api bawah 10 minit api atas suhu 170°c bergantung pada oven masing²..

**Untuk dapatkan potongan yang cantik berlubang, potong melintang di tengah kek










RESEPI KEK BUTTER SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI KEK BUTTER
SEDAP DAN MUDAH!



KEK BUTTER

BAHAN-BAHAN :

♥1 ketul @ 250 gm @ 1 cawan butter
♥1½ cawan gula kastor
♥4 biji telur A
♥1 penutup esen vanilla
♥2 ½ cawan tepung gandum
♥1 sd kecil baking powder - ayak 2x
♥1 cawan susu segar

CARA MEMBUAT :
★Pukul butter dan gula sampai putih gebu.
★Masukkan telur satu persatu.
★Pukul sebati dan masukkan esen.
★ Masukkan tepung selang seli dgn susu.
★Kaup balik guna spatula.
★ Bakar suhu 170°c, 50minit selama 1 jam ikut kesesuaian oven masing2,guna api atas bawah. Bila atas dah nampak perang, tukar api bawah sahaja










RESEPI MEE REBUS SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI MEE REBUS
SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI MEE REBUS

Bahan-Bahan untuk isi :
1 kg mee kuning
4 biji limau kasturi - belah 2
4 biji telur rebus - kupas dan belah 2
150 gm taugeh - buang ekor
2 keping tauhu - goreng dan hiris nipis
1 pokok daun sup - hiris
1 pokok daun bawang - hiris
2 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
bawang goreng secukupnya


Bahan Kuah :
500 gm kaledek
500 gm daging lembu
1 biji tomato - belah 4(kisar halus)
1/3 cawan kacang tanah - goreng tanpa minayk dan kisar halus
1/4 cawan minyak masak
garam dan gula secukup rasa
5 cawan air

BAHAN KISAR :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering

CARA MEMBUAT:

KUAH...

1.Hiris nipis daging lembu kemudian rebus hingga lembut.

2.Kupas kulit ubi Keledek,rebus hingga lembut dan kisar halus.

3.Basuh udang,rebus dan kisar bersama dgn kulit kemudian tapis

4.Sementara itu panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak

5.Msukkan tomato dgn ubi yg di blender td...kemudian masukkan daging beserta dgn air rebusan daging...biarkan mendidih..

6.Masukkan kacang tanah yang sudah dikisar halus tadi dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. akhir sekali, masak hingga kuah menjadi pekat.

CARA MENYEDIAKAN MEE :

1.Celur taugeh dan mee mengikut kuantiti yang diperlukan dan letakkan dalam bekas yang sesuai. selepas itu kacau kuah dan tuangkan diatas mee.

2.kemudian letak telur rebus, tauhu, cili hijau dan merah, hirisan daun bawang, bawang goreng dan terakhir sedikit air perasan jus limau kasturi.



RESEPI PUDING ROTI KARAMEL SEDAP DAN MUDAH!



RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
SEDAP DAN MUDAH!




PUDING ROTI KARAMEL

Bahan karamel :
6 sudu gula (masuk dlm kuali masak smpai gula hancur n jd perang...guna api slow...pastu tuang dalam loyang

Puding :
5 keping roti (carik2 kan)
1 cawan susu pekat
1 ½ cawan susu cair
2 biji telur
1 sk esen vanilla
(Blender semua)

Tuang dalam loyang karamel td...pastu kukus 20 minit...
Dah masak terbalikkan atas pinggan...masukkan dlm peti sejuk baru potong...


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers