Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2022

TAUHU BERLAUK MUDAH

  TAUHU BERLAUK MUDAH Bahan-Bahan : 2 ketul isi ayam 3 keping tauhu petak 4 ketul tauhu telur 3 biji telur Bawang holland Carrot Daun sup 1 kiub ayam Sebuk lada hitam (optional) Cara-Cara : Blend tauhu petak, isi ayam, tauhu telur dan telur.. blend sampai sebati dan semua hancur halus. Masukkan dalam bekas... Campurkan sekali ngan carrot, bawang Holland dan daun sup yang dicincang halus... Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan 1 ketul kiub ayam.. kalo ada lada sulah, boleh buh...korang kukus dulu.. Nanti telur tu jadi keras skit.. So boleh simpan dalam bekas... Nak makan baru goreng celup telur... Sambal kicap : 5-10 tangkai cili padi 5 ulas bawang putih 1 sudu gula pasir Garam Perasa - Ajinomoto, kalau suka Kicap manis Sedikit jus limau Cara cara: Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, jadi bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati. Masukkan gu...

RESEPI : AYAM PAPRIK THAI

RESEPI : AYAM PAPRIK THAI Bahan-bahan 2 keping dada ayam - hiris nipis 2 ulas bawang putih - hiris 2 ulas bawang merah - di hiris 1/2in halia - hiris halus 1/2 labu bawang besar - dibelah memanjang 1 biji cili merah - dihiris serong 4 biji cili padi - di ketuk sedikit 1 batang serai - di ketuk 2 helai daun limau purut 2 sudu makan cili kering kisar 2 sudu makan cili sos 2 sudu makan tomato sos 1 sudu makan sos tiram sedikit kicap manis sedikit garam 1/2 cawan air Sayuran-sayuran Bunga kobis - potong kecil 2 biji putik jagung - dihiris 1/2 biji karot - dihiris memanjang 2 tangkai kacang panjang - dipotong 1 inci Cara-cara : 1. Panaskan minyak, goreng hirisan ayam hingga berubah warna menjadi keputihan. Tos dan ketepikan. 2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. 3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. 4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap. Masukkan isi ayam dan gaul hingga rata. 5. Masuk...

AIR ASAM Colek Ikan Bakar Special

  AIR ASAM Colek Ikan Bakar Special Bahan-Bahan : Cili padi 10biji Cili besar 2 biji Tomato 1biji Belacan 2 ibu jari Cara-Cara : - goreng dengan myk sikit. Lepas tu masukkan dlm blender bersama : Kerisik 2 sudu besar Asam jawa adabi 2 sudu besar Air suku cawan ikea Gula Garam Blend semua. Bahan hiris: Bawang besar Cili besar Cili padi Tomato Limau kasturi hiris dengan kulit skali Campur kan bahan blend dengan bahan hiris. Ps: kalau suka pekat, bahan blend td boleh lebih kan. Cili padi lg byk lg meletop. Air tu pun ikut nak pekat ke cair. Kalau suku cawan tu pekat sgt, tambah sket nt pun xpe. Nak rebus kerang masuk dlm air asam ni pun boleh.