Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya | 100 Usahawan Jutawan Kongsi Pengalaman Berharga Mereka

Titan Summit - 10X Bina Bisnes Berjaya

Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya | 100 Usahawan Jutawan Kongsi Pengalaman Berharga Mereka 

Wah.. Lagi 5 hari je! Seramai 100 Usahawan Jutawan akan berkongsi pengalaman bagaimana mereka berjaya mengharungi cabaran bisnes ketika pandemik. Pastinya banyak manfaat dan ilmu yang kita akan dapat dengan perkongsian mereka nanti. Nak belajar dari strategi mereka yang telah berjaya? Jom sertai mereka di Virtual Online Program Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya pada 24-26 September 2021 selama 3 hari .

Program ini memaparkan 100 usahawan yang berjaya hasil didikan Datuk Wira Dr Azizan Osman . Dan sehingga kini mereka masih tetap berguru dan terus menimba ilmu walaupun sudah berada di tahap membanggakan. Anda semua boleh lihat kan? Orang yang dah berjaya seperti mereka pun masih komited belajar dan bertanya kepada orang yang lebih berjaya daripada mereka. Anda bagaimana pula?

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Berita yang paling TB suka dengar apabila RichWorks telah membuka peluang untuk semua usahawan atau bakal usahawan yang ingin belajar selok belok perniagaan dan mendengar sendiri pengalaman berharga daripada 100 Usahawan Jutawan RichWorks secara percuma!

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata,

"100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia."

"Kami tampilkan mereka ini yang dibimbing secara dekat Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman untuk kongsikan apa perkara buatkan mereka berubah dan capai kejayaan hingga hari ini dalam program Titan Summit 2021," katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini hari ini.

Program Titan Summit 2021 ini terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada 24 hingga 26 September nanti.


Haa.. Sebelum tu TB nak terangkan dulu tentang Titan Summit 2021 ni. Pasti ada yang tertanya-tanya dan baru pertama kali dengar tentang program yang dianjurkan oleh RichWorks ini. Mungkin selepas penerangan ini, anda semua akan lebih jelas dan faham bagaimana program ini dapat membantu golongan usahawan yang berjaya kekal momentum dan lebih sukses dalam bidang yang mereka sedang ceburi seterusnya memberi inspirasi kepada golongan usahawan kecil untuk terus positif dan segera bertindak untuk capai setiap impian mereka.



Titan Summit - 10x Bina Bisnes Berjaya

Apa itu TITAN SUMMIT 2021?

Program Titan Summit 2021 menyenaraikan 100 Jutawan Usahawan dari Pelbagai Industri yang sudi berkongsi pengalaman dari jatuh bangun perniagaan mereka sehingga berjaya menempatkan mereka di kedudukan sekarang. 

Usahawan-usahawan ini menunjukkan bahawa situasi yang paling sukar dapat menghasilkan yang terbaik dalam diri kita, dan satu segmen yang menunjukkan ini adalah PKS. Diilhamkan oleh semangat keusahawanan dan peranan penting mereka dalam ekonomi digital, 

RichWorks telah melancarkan program Titan Summit untuk membantu mereka mempercepat pengaktifan semula perniagaan dan membina ketahanan untuk masa depan melalui digitalisasi sepanjang krisis ini.

Titan Summit - 10x bina bisnes berjaya

Didalam Program ini, usahawan tempatan berkongsi pengalaman bagaimana kejayaan mereka bermula dengan bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman sehingga mereka berjaya akhirnya memantapkan bisnes mereka walaupun didalam situasi pandemik. Yang bagusnya mereka juga turut berkongsi tips dan idea untuk mendorong PKS menggunakan digitalisasi dengan cepat.

Digitalisasi yang dimaksudkan diatas ialah menggunakan teknologi digital untuk memperkembangkan dan memperkenalkan bisnes yang ada. Pastinya apabila dalam keadaan kesukaran pandemik ini kita telah menghadapi masalah pergerakan yang terhad, dan urusan jual beli juga tidak seperti sebelum kes covic19 muncul.. Kebanyakan usahawan atau peniaga kecil tidak dapat menjalankan perniagaan mereka secara bersemuka dan inilah permulaannya dunia Digitalisasi digunakan sebaik mungkin.

Strategi menggunakan teknologi digital untuk mendapatkan pelanggan secara drastis akan mengubah cara bisnis beroperasi dan satu perubahan baik apabila usahawan semakin bergantung pada data dan teknologi untuk beroperasi lebih efisien dan memberikan nilai kepada pelanggan.

dan bagi TB sangat wajar sekiranya usahawan-usahawan kecil menggunakan teknologi digital untuk terus bertahan dan mengekalkan pertumbuhan, dan sangat digalakkan untuk PKS menguasai digitalisasi bagi operasi perniagaan mereka pada masa hadapan. Sekiranya pandemik telah berakhir dan keadaan kembali seperti biasa, mereka telah ada dua cara untuk mengembangkan bisnes iaitu dengan cara bersemuka mahupun secara online. Pelbagai ilmu yang mereka dapat dan praktikkan ketika pandemik sudah tentu boleh diterus guna pakai walau dalam situasi apa pun.. Bagusnya ilmu yang mereka dapati bersama RichWorks betul tak? 

Sebab itu TB amat teruja untuk mengajak semua untuk sama-sama mengikuti Program yang diadakan secara maya ini, dimana program ini juga akan menyaksikan satu siri inisiatif dilancarkan dalam beberapa bulan ke depan, termasuk pelbagai kandungan, pengalaman dan platform untuk PKS untuk mendapatkan pandangan dari mereka yang sudah berjaya.


Tentang RichWorks

TB kongsikan juga serba sedikit info tentang RichWorks untuk mereka yang belum mengenalinya. RichWorks adalah Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Setelah sekian lama sejak ditubuhkan, RichWorks kekal membimbing usahawan setiap langkah dan membantu mereka memanfaatkan teknologi terbaik untuk sentiasa berada di hadapan dalam dunia yang terus berubah dengan pantas.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Begitulah serba sedikit tentang Titan Summit dan Info berkaitan RichWorks yang boleh TB kongsikan untuk semua. Semoga anda semua jelas dan rasa lebih teruja untuk membaca seterusnya tentang siapakah antara usahawan yang telah berjaya menjadi Jutawan berkat daripada berguru dengan pakar yang berpengalaman seperti Datuk Wira Dr Azizan Osman


das abdul


Tuan Das Abdul, ialah salah Seorang daripada 100 orang ahli Titanium RichWorks yang bakal berkongsi pengalaman dan strategi beliau ketika pandemik melanda dan bagaimana beliau bangkit dan terus menyusun strategi untuk kembali sukses dalam bisnes yang beliau ceburi. 

Tuan Das membuat keputusan untuk berguru dengan Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman (DWDAO) dan beliau merupakan antara anak didik Dr. Azizan yang berjaya mencapai kemajuan serta keputusan bisnes yang paling cepat. Tuan Das juga merupakan salah seorang Titanium Premier dibawah syarikat Richworks

Mari ikuti bagaimana perjalanan beliau di RichWorks bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman secara live di maya nanti.. Jangan lepaskan peluang yea.. Sementara itu TB nak kongsikan dulu kisah Tuan Das yang begitu memberi inspirasi pada TB dengan ketabahan beliau mengharungi cabaran dalam dunia perniagaan. 

Usahawan-usahawan PKS  Terkesan dengan Pandemik

Seperti yang kita semua maklum, ketika masalah covic19 muncul di awal tahun 2020 dan apabila bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari (bermula 18 Mac hingga 31 Mac) ia adalah satu titik tolak cabaran dan dugaan besar buat pengusaha perusahaan kecil dan sederhana dimana ia memberi kesan yang signifikan bukan hanya pada individu, tetapi juga dari aspek keusahawanan.


Keadaan yang tidak dijangka 

Pastinya ketika keadaan ini berlaku, pengusaha kecil sangat keliru tentang apa yang harus dilakukan kerana tiada kesediaan atau perancangan tepat untuk menghadapi situasi sebegini, mereka tidak tahu apa langkah sepatutnya perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Mereka perlukan strategi pemasaran yang tepat untuk perniagaan mereka bertahan dan apa yang harus mereka lakukan sekiranya mereka mempunyai pekerja yang semakin banyak didalam keadaan kewangan yang tidak mengizinkan untuk mereka membayar gaji pekerja. 

Didalam tempoh mencabar ini mereka perlu mencari penyelesaian dengan segera namun tanpa bimbingan yang tepat, mungkin perniagaan akan berubah dengan baik atau lebih buruk.

Yang bagusnya ada usahawan-usahawan PKS yang terkesan dengan masalah pandemik di Malaysia ini bijak mengambil langkah dengan menyertai program Richworks di bawah bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk menaikkan semula perniagaan masing-masing dan mereka akhirnya berjaya menjadi usahawan jutawan. 

dan salah seorang anak murid Datuk Wira Dr Azizan Osman yang telah berjaya dan mengekalkan momentum sehingga bergelar usahawan jutawan ialah Tuan Das Abdul iaitu seorang yang bermula dari zero to hero. Berjaya merubah keadaan hidup dari kosong hingga terisi dengan segala yang diimpikan. Jom ikuti kisah Tuan Das Abdul ini dan jadikan pemberi semangat kepada kita untuk tidak mudah putus asa dan bertindak pantas untuk mengubah masa depan .


Das Abdul

bantal hotel DAS Abdul

Siapa tak kenal bantal DAS Abdul, jenama yang telah viral dan dikenali ramai tu. Nama yang sangat unik dan mudah untuk di ingat. TB tertarik sangat nak membeli bantal DAS Abdul ni tapi tunggu apabila dah pindah ke rumah baru nanti. Pasti tidur lena diulit mimpi kerana rata-rata pembeli memberi feedback positif tentang bantal gebu keluaran DAS ABDUL ini. 

Bantal yang ala-ala hotel ni memang berkualiti dan punya peminat tersendiri. Namun disebalik jenama yang di sebut-sebut ini, rupa-rupanya punya kisah dan memori yang menarik untuk dikongsi kan bersama semua dan layak dijadikan kisah inspirasi buat ramai orang untuk mendapatkan kejayaan sebagai seorang usahawan. 

Siapa sangka, dari seorang jurutera yang pernah hilang pekerjaan kini bergelar jutawan. Itu kisah Das Abdul usahawan bantal 'hotel tujuh bintang' yang kini membina empayar perniagaannya sendiri.

Menurut Tuan Das Abdul, nak berjaya dalam meniaga bukanlah sesuatu yang mudah, pelbagai dugaan perlu ditempuhi dahulu, dan pendapatan di peroleh bukanlah terus meningkat tetapi perlulah bermula dengan sikit dan lama-menjadi bukit.



Tekanan hidup kerana kewangan

Semuanya bermula pada 2016, selepas Tuan Das Abdul dan isterinya Sapinah Muhamad, masing masing berusia 31 tahun ketika itu, mengalami kesempitan hidup akibat kehilangan pekerjaan. 

Detik hitam dalam hidup beliau apabila selepas tamat pengajian di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam Ijazah kejuruteraan, dan memulakan langkah pertama kerjaya sebagai jurutera tetapi nasib tidak menyebelahi dan beliau menghadapi  masalah kewangan.

Das Abdul

Ketika itu Das yang merupakan seorang Jurutera Awam dan berkhidmat sebagai jurutera di sebuah resort terpaksa meninggalkan kerjaya tersebut akibat dari masalah kewangan, kemudiannya tekad untuk berpindah dari Tanah Merah, Kelantan ke Parit Raja, Johor bagi mengubah nasib keluarganya, berbekalkan ilmu serta teknik perniagaan yang ditimbanya menerusi salah satu seminar perniagaan. Beliau yang sudah biasa hidup senang agak terkesan apabila selepas berhijrah masalah kewangan berlaku sehinggakan beliau tidak boleh memilih kerja dan terpaksa bekerja sebagai tukang angkat tong gas di Muar Johor  untuk mencari rezeki demi kelansungan hidup.

Susah Dahulu Senang Kemudian


Disaat itulah kesusahan yang dialami sungguh perit sehinggakan pada tahun 2016, isteri beliau mengambil inisiatif membeli tiket seminar perniagaan dikenali Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) oleh Dr. Azizan Osman.


Anak kelahiran Kelantan dan bapa kepada dua orang puteri ini sememangnya mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan, umpama ‘dayung sudah ditangan, perahu sudah di air’, berbekalkan ilmu serta teknik perniagaan yang ditimbanya menerusi seminar tersebut, beliau memulakan langkah berniaga di but kereta secara kecil-kecilan, kini bantal Das Abdul mendapat permintaan tinggi dari pengguna dengan jualan melebihi RM1 Juta unit di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.


Das Abdul

Tanggungjawab pada isteri dan anak yang masih kecil

"Pengalaman memang susah nak diceritakan. Tetapi, zaman 2016, saya tersepit, dengan isteri saya, dan anak yang ketika itu baru berumur 41 hari. 

"Kita tidak bekerja dan tiada ada pendapatan. Jadi, ilham saya dengan isteri pada ketika itu, mengikut apa yang mentor saya Dr Azizan Osman kata, guna apa yang ada di tangan.

das abdul

Terciptanya Idea Menjual Bantal

Bila ditanya dari mana datangnya idea atau ilham meniaga bantal, beliau mengatakan idea tersebut datang secara spontan selepas beliau menonton Youtube teknik berniaga oleh sifunya, Dr. Azizan Osman berkata ‘guna apa yang ada di tangan’.

Menariknya, pada malam tersebut, hanya bantal yang ada ditangan beliau. Dengan semangat berkobar dan niat ingin membantu orang ramai, beliau memilih bantal sebagai produk untuk diniagakan.

"Pada malam itu, ada bantal di tangan saya. (Saya kata) Apa kata kita cuba jual bantal ini, atas niat nak bantu orang?" katanya.

Bermula kecil-kecilan dengan menjual bantal buatannya sendiri secara jualan dari but kereta, kini bantal Das Abdul mendapat permintaan tinggi dari pengguna.

Daripada Berniaga tanpa ilmu kepada berguru dengan sifu

"Waktu mula-mula dulu, saya jual bantal di car boot sale, (laku) 20 biji, di Parit Raja, Johor. Alhamdulilah selepas itu saya dapat guru yang bagus iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman, dia bagi ilmu, teknik untuk kita berkembang.

"Daripada 20 (biji bantal) naik ke 500,000 dan sekarang, kita dapat jual purata 30,000 hingga 40,000 sebulan," katanya.

Hanya dalam tempoh tiga tahun, Das Abdul kini mempunyai lebih 2000 agen seluruh negara.

Malah, bagi mengembangkan lagi pasaran produknya, lebih 13 jenis bantal Das Abdul kini turut dipasarkan.

Lebih membanggakan, penat lelah Das terjawab apabila dipilih sebagai salah satu pemenang Anugerah Superbrands Malaysia 2019.

DAS ABDUL

Daripada 28 jenama tempatan, Das Abdul Global Sdn Bhd (DAG) terpilih sebagai penerima Anugerah Superbrand Malaysia 2019 .

das abdul

Sesuai dengan motif penganjuran majlis untuk memberi pengiktirafan terhadap jenama terbaik dan paling bernilai di pasaran, segala penat lelah Tuan Das Abdul terjawab apabila dipilih sebagai salah satu pemenang Anugerah Superbrand Edisi Kali ke 11.

Setiap manusia mestilah impikan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya, begitu juga bagi Tuan Das Abdul, kejayaan yang dikecapi hari ini tidak akan berjaya tanpa pertolongan dan sokongan isteri tersayang, Puan Sapinah Muhammad yang juga merupakan Co-Founder DAG.


das abdul

Serba Sedikit Info Tentang Produk 


Kemunculan Das Abdul Global ( DAG ) dengan menghasilkan produk kelengkapan bilik tidur terutamanya bantal tidur adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan serta keberkesanan tidur yang lena kepada pengguna seiring dengan penggunaan tagline “Sleep Like A King”.

Perkataan 7 bintang yang menjadi tagline DAG pula sememangnya merujuk kepada kualiti produk kelengkapan bilik tidur yang dihasilkan bertaraf hotel 7 bintang. Bukan itu sahaja. 7 bintang itu juga turut melambangkan kepada servis yang disediakan oleh DAG merangkumi aspek penghantaran, harga, layanan mesra dan support sistem.

Kedua-dua tagline ini menjadi pilihan utama DAG kerana ianya mudah untuk diingati dan mampu memberi kepuasan tidur kepada pengguna. DAG percaya setiap penghasilan kelengkapan bilik tidur mampu memenuhi citarasa pengguna untuk mendapatkan kualiti tidur yang berkesan setiap hari kerana DAG sentiasa melakukan kajian terhadap pengguna yang telah membeli bantal DAG melalui peningkatan jualan setiap bulan.

Tanpa kecekapan sistem reseller dan juga kumpulan kerja yang sentiasa bergiat aktif memberikan idea, komited serta tanggjungjawab tinggi DAG tidak mampu untuk berdiri teguh hingga ke hari ini.

DAG menyediakan kelengkapan bilik tidur berkualiti tinggi kepada pengguna dan kesemua produk yang difokuskan ialah DAG Hotel terdiri daripada bantal tidur. DAG sangat mementingkan kualiti produk yang dihasilkan kepada pengguna seperti lembut, gebu, tidak panas, mudah dicuci, tahan lasak, anti alergik dan jangka hayat yang lama bergantung kepada penjagaan pengguna.

Keistimewaan inovasi product DAG yang dihasilkan pula ialah tidak memerangkap lembapan seperti habuk, peluh hingga menyebabkan bantal menjadi busuk dan gatal serta tekstur dalaman menjadi lembik. Mengamalkan konsep “Not all pillow created equal” kerana DAG menitikberatkan kemahuan setiap pengguna menyebabkan DAG menghasilkan variasi bantal yang mempunyai kelebihan tersendiri bergantung dengan kesesuaian pengguna. “Ingat DAG, Ingat Bantal hotel 7 bintang”


das abdul

Pernah dengar atau lihat jenama DAG, ‘Bantal Hotel 7 Bintang’ menghiasi papan tanda besar sepanjang lebuh raya? Mesti dah selalu lihat betul tak? Bangga bila lihat anak melayu berjaya hingga ke tahap ini..

Titan Summit

Antara kata-kata Tuan Das Abdul yang membuatkan TB teruja dan terharu membacanya ialah :

“Sampai hari ini, saya bisnes atas niat nak bantu orang, nak bagi manfaat dekat orang lain.” Kata beliau yang dapat bantu 3,000 ejen buat income tambahan dengan jual bantal je.

Menurut perkongsian Dr Azizan ini, sebagai ‘Mentor’ Tuan Das Abdul yang daripada awal melihat kesusahan yang dihadapi, meringkaskan sedikit-sebanyak tips yang boleh dijadikan panduan para usahawan yang baru ingin bertapak.

  1. Dalam tekanan hidup, kita boleh berubah lebih baik. Jangan putus asa ya.
  2. Nak buat apa-apa pun kena ada ilmu, paling mudah berguru supaya dapat terus ilmu untuk selesai problem anda.
  3. Jangan malu bisnes kecik-kecik sebab jika tau cara betul, lama-lama pasti besar..

Jom tonton perkongsian ahli Titanium RichWorks, Tuan Das Abdul, bagaimana perjalanan beliau di RichWorks bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Nak tonton lebih banyak perkongsian daripada Usahawan Jutawan RichWorks? Terdapat 100 usahawan jutawan yang akan bergabung dan berkongsi pengetahuan keusahawanan mereka dengan satu misi, iaitu untuk membantu usahawan yang berjuang di luar sana untuk menghadapi cabaran yang dibawa oleh masalah pandemik .

Pastikan anda rebut peluang ke TITAN SUMMIT secara virtual online melalui platform Zoom pada 24-26 September 2021 ini. Mana tahu anda adalah The Next Titan? 


Daftar Sini !!! PERCUMA!! 


100 Usahawan Jutawan, Satu Misi Bantu The Nation



Special Thanks To Datuk Wira Dr. Azizan Osman (DWDAO) , Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia kerana telah banyak membantu usahawan berjaya dalam bisnes yang mereka ceburi daripada zero to million, daripada biasa-biasa jadi luar biasa daripada tidak berilmu terus jadi ahli Titanium RichWorks! 


#BangsaUsahawanDigital #MakeMalaysiaGreatAgain #titanrichworks #richworks academy
#richworks on demand #titanium dr azizan #seminardrazizan2021 #anakmuriddrazizan #titaniumcircle #zerotomillionrichworks #richworksbangkit


2 Ulasan

  1. Nampak macam mencabar kan even jual bantal. Tapi founder berjaya capai sales jutaan ringgit even waktu pandemik. Memang hebat!

    BalasPadam
  2. ohh ni ke founder dia. baruku tahu. sbb bantalnya merata juga nampak.
    Kepada sesiapa yang nak cantikkan wall di rumah anda boleh klik sini
    hiasan dinding
    geometry art
    Islamic art background

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama