McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Tertinggi Bagi Tahun 2021 Yang Berjumlah RM2 Juta

McDonald's Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Berjumlah 2 Juta

McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Tertinggi 
Bagi Tahun 2021 Yang Berjumlah RM2 Juta


Hari ni TB nak bercerita tentang McDonald's lagi, bagi yang tidak tahu sepenuhnya tentang McDonald's ni, biar TB cerita sikit info tentang ni ye.. McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 39 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan.

McDonald's Malaysia juga selalu buat amal kebajikan dan sentiasa berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan, paling TB respek apabila McDonald's Malaysia tidak lupa untuk menjalankan tanggungjawapnya dalam berzakat untuk perniagaan. Bak kata Azmir Jaafar merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan Zakat. Malah Inisiatif sebegini tetap menjadi komitmen mereka sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan. 


McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia. 

McDonald's Malaysia telah  menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada pusat pungutan zakat negeri di seluruh negara dalam usaha membantu golongan memerlukan. Pembayaran zakat bagi tahun 2021 ini merupakan jumlah tertinggi semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar Zakat perniagaan 5 tahun yang lalu sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi . 




Azmir Jaafar berkata bahawa sebagai entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ia adalah tuntutan keagamaan untuk mereka membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam, dan sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan operasi di lebih 300 restoran di seluruh negara ini, menyantuni komuniti di tempat mereka beroperasi sentiasa menjadi keutamaan. Azmir dan pasukannya berharap sumbangan mereka kepada semua 14 negeri akan terus membantu golongan miskin di seluruh negara, terutamanya dalam keadaan hidup semasa yang penuh dugaan ini .


McDonald's Malaysia


Majlis penyampaian Zakat telah diadakan di McDonald's Putrajaya Presint 2. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary menyaksikan sumbangan Zakat oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar kepada wakil daripada kesemua 14 Agensi Pungutan Zakat.


Kata Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Sumbangan Zakat adalah penting dalam menyokong kebajikan sosial masyarakat yang kurang berkemampuan. Dengan pembayaran Zakat perniagaan oleh McDonald's Malaysia, beliau turut berharap ia dapat membantu Agensi Pungutan Zakat di seluruh Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan, serta meneruskan penyaluran bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan pendidikan,


Penerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP

Pada tahun 2019, McDonald’s Malaysia merupakan entiti perniagaan yang pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP. Sijil ini mengiktirafkan perniagaan Malaysia bagi sumbangan zakat korporat mereka di negeri-negeri Wilayah Persekutuan. Selain itu, pada bulan Oktober 2020, McDonald’s Malaysia juga telah menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Lembaga Zakat Selangor.

“Halal di McDonald’s Malaysia merangkumi seluruh rantaian bekalan sumber dan operasi, daripada rasa makanan dan bahan ramuan halal, hingga kebersihan restoran dan program komuniti yang syarikat turut serta,” kata Azmir.


Sijil-sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat melengkapi Pensijilan Halal yang sedia dimiliki McDonald’s Malaysia. 


McDonald’s Malaysia merupakan antara restoran khidmat segera pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Penglibatan aktif syarikat ini dalam pelbagai program Halal sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST, dan Sidang Kemuncak Halal Sedunia. Untuk memastikan standard Halal yang ketat sentiasa dipatuhi di McDonald’s Malaysia, syarikat ini telah membentuk Jawatankuasa Halal Dalaman pada tahun 2013 untuk memantau pematuhan sepenuh secara menyeluruh.


Akhir sekali, TB doakan semoga Zakat yang dibayar McDonald’s Malaysia, dapat membantu agensi pungutan zakat di seluruh Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan, serta meneruskan penyaluran bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan pendidikan. 


7 Ulasan

  1. Tahniah mcd dan dlm masa yg sama mcd byk bantu mereke yg memerlukan. Syabas đź‘Ť

    BalasPadam
  2. Wow.. boleh tahan besar amaun zakat yang dikuarkan,kan..
    Terbaik la camni. Tak lupa pada kewajipan yang ada.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...tahniah MCD. Besar tu amaun zakat. Memang tebaik

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. Suka tgk usaha mcd buat mcm2.... Tahniah mcd moga terus berkekalan...

    BalasPadam
  5. Well written content! But the thing I like the most was the writing style, I was looking for the Mphil Thesis Writers who can write in the similar way. I am more sensitive with quality than the quantity.

    BalasPadam
  6. Ohh wow. One of my friend also saved money because he needs to buy dedicated server via btc canda but he had given the charity instead. I think everyone should give charity and help others.

    BalasPadam
  7. As a uk study consultant, it's fascinating to see how McDonald's Malaysia navigates the unique cultural landscape while maintaining its global brand identity. Impressive!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama