Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

26 Januari 2018

MENANGI PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM KE MANCHESTER UK BERSAMA DASHING!


MENANGI PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM
KE MANCHESTER UK BERSAMA DASHING!


Buat peminat-peminat bola sepak di luar sana ada berita baik untuk korang yang meminati sukan bola sepak ni..  Dashing iaitu jenama yang sudah terkenal tu kini sedang buat contest tau.. Hadiahnya begitu mengasyikkan buat korang yang minat bola, iaitu  Percutian selama 4 hari 3 malam ke Manchester United Kingdom untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan dua Kelab Gergasi Bola Sepak Dunia, Manchester City vs Manchester United.

Pemenang yang bertuah akan memenangi penginapan percuma selama 4 hari 3 malam, tiket flight pergi-balik percuma, dan paling mengasyikkan ialah.. pemenang akan mendapat VIP SIT untuk menyaksikan dua kelab gergasi bola sepak berlawan secara langsung di Stadium Etihad .

Cara nak sertai pertandingan yang diadakan oleh Dashing ni tidaklah sesusah mana pun.. Untuk memenangi hadiah lumayan tersebut, hanya perlu ikuti 2 langkah mudah dibawah :

1.) Beli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit
2.) Snap gambar resit dengan jelas sebagai bukti pembelian dan
whatsapp-kan bersama NAMA PENUH dan NO KAD PENGENALAN
beserta NAMA OUTLET tempat produk Dashing/Elite tu dibeli,
ke nombor +6016-9972373 
Jom ramai-ramai join contest ini. Seramai 6 pemenang bertuah dicari untuk contest ini. Suka juga TB nak mengingatkan Tarikh tamat contest ini adalah pada 31st January 2018, iaitu lagi beberapa hari je kan.. sila cepat-cepat yea!

Oh ya.. Selain mendapat Penginapan Percuma, Tiket Flight pergi-balik dan tiket VIP menyaksikan dua kelab bola sepak gergasi bertanding, pemenang juga akan dibawa melawat Muzium Bola Sepak Kebangsaan (National Football Museum) dan stadium-stadium terkenal seperti Stadium Old Trafford, Stadium Etihad dan Stadium Anfield. Selain itu, pemenang juga berkesempatan berinteraksi dan mendapatkan tandatangan daripada pemain-pemain legend MCFC. Juga akan terdapatnya Magical Mystery Tour yang mana pemenang-pemenang akan dibawa ke lokasi yang sangat significant dengan kumpulan muzik terkenal dunia, The Beatles.


Maklumat lanjut mengenai pertandingan /
info berkenaan produk keluaran DASHING, 
Sila layari

Website DASHING :

dan 

Facebook Page :

atau hubungi :
 03-8023 8311

25 Januari 2018

BALM BAYI TOK SYED SERASI DARI BAYI HINGGA SEMUA PERINGKAT PENGGUNA


BALM BAYI TOK SYED SERASI DARI BAYI
HINGGA SEMUA PERINGKAT PENGGUNA


Hai semua, memandangkan TB dah try satu produk yang semakin viral sekarang ni iaitu Balm Bayi Tok Syed yang TB dah guna sendiri dalam beberapa hari ni, TB nak share la dengan korang feedback dari TB sendiri iaitu testimoni jujur TB selepas beberapa kali penggunaan balm ni keatas TB dan juga baby Harraz.. 

Tapi sebelum tu TB nak cerita dulu tentang syarikat tempatan yang mengeluarkan Balm Bayi Tok Syed ni yea.. Supaya korang tahu dari mana asal usul Balm Bayi Tok Syed ni yea.. haa.. Jangan tau beli dan terus guna je, kena gak selidik info tentang produk apa yang kita gunakan.. betul tak? 

Balm Bayi Tok Syed Membantu Melegakan Batuk, Selsema dan Hidung Tersumbat .

PENGASAS DAN SYARIKAT YANG MENGELUARKAN 

Haaa.. ok lah.. meh nak citer.. Balm Bayi Tok Syed ni adalah produk dari Tok Syed Distribution Sdn Bhd (TSD) yang sebelum ini agak terkenal dalam mengeluarkan produk-produk barangan keperluan ibu dan anak yang berasaskan herba-herba berkualiti traditional.

Untuk pengetahuan korang semua Tok Syed Distribution Sdn Bhd (TSD) ditubuhkan pada bulan April 2017 dan pengasasnya adalah orang tempatan kita iaitu Syed Mohd Saiful Ikhwan Syed Abd. Khalid, yang lebih dikenali sebagai Tok Syed. Apa yang amat menarik tu kan..  produk ini telah di rumus khas oleh dirinya sendiri tau.. woww.. 

Dalam penghasilan produk, pihak TSD sangat menitikberatkan penggunaan produk-produk berasaskan herba traditional dan sekaligus mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia merbahaya seperti SLES, Paraben dan lain-lain yang selalu terkandung di dalam produk-produk di dalam industri ini.

TSD telah melakukan beberapa kajian serta R&D untuk mengeluarkan produk-produk kegunaan harian si manja dan ibu malah semua peringkat pengguna boleh menggunakannya tidak kira bayi atau kanak-kanak, orang dewasa tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda mahupun peringkat umur warga emas, kerana produk yang dihasilkan selamat dan berasaskan kandungan pati herba-herba terpilih dari pelbagai serantau benua yang terdapat di Asia.

So, jangan ingat Balm Bayi Tok Syed ni hanya untuk bayi je yea.. memang namanya je Balm Bayi tapi sesiapa pun boleh guna tau... 

Dari segi proses pembuatan pulak, Semua produk dari TSD telah dikilangkan di kilang yang bertaraf GMP, so jangan risau tentang cara pembuatannya yea sebab... 

Produk dari TSD selamat digunakan kerana TSD amat mementingkan kebersihan, kualiti serta mutu terhadap produk-produk yang dihasilkan. Bermula dari bahan material asas yang digunakan (material asas yang berkualiti patinya) sehinggalah kepada penyediaan serta penghasilan produk tersebut .


Untuk memastikan pelanggan membeli yang Original, 
setiap packaging mempunyai logo Hologram  

Ha.. rasanya dah cukup kot info pengenalan tentang TSD yang mengeluarkan Balm Bayi Tok Syed , produk yang TB nak cerita dalam entri kali ni.. hehe.. Yang penting.. korang dah tahu asal-usul kejadian Balm ni yea.. Ok sekarang turn TB lak nak bercerita tentang pendapat TB tentang Balm ni dari sudut pandangan TB lah yea.. jom baca.. 

APA ITU BALM BAYI TOK SYED
Balm Bayi Tok Syed adalah persediaan kecil yang perlu ada bagi setiap seisi rumah yang dapat membantu menenangkan bayi di kala mereka kegelisahan. Balm serbaguna yang diproses di kilang bertaraf GMP ini, diadun dari bahan-bahan semulajadi dan bukan hanya dikhususkan bagi bayi sahaja, malah ianya juga selamat bagi semua peringkat pengguna tidak kira lelaki mahupun wanita. 

KANDUNGAN 
Didalam Balm Bayi Tok Syed mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti Beewax atau dalam bahasa melayunya lilin lebah), Minyak Kelapa Dara, Minyak Matahari, Essential Oils iaitu Pati Minyak Lavendar  juga turut mengandungi Vitamin 

KEGUNAAN 
Balm ini membantu melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat . Yea.. yang ni memang diakui lah kan.. ia memang membantu dalam melegakan masalah-masalah tersebut. Bagi TB pula, ada satu lagi fungsi balm ni pada TB dan Harraz ialah bau Pati Minyak Lavender yang terkandung dalam balm ini sangat menenangkan bila dihidu.. Malah yang TB paling suka tu, Harraz pun macam serasi dengan balm ni..


Harraz Tak Suka Balm / Minyak Yang Berbau Kuat
Dalam memilih minyak telon / krim / balm untuk di sapu pada Harraz, TB perlu memilih produk yang baunya tidak terlalu keras (tengik/berangin) kerana Harraz ni 'pesennya' tak suka bau kuat-kuat.. Haha.. Ada pernah sekali tu sapu yang jenis mint dan berangin je bila sapu didada.. terus mengamuk sikecik tu.. hahaha..  Tapi bila sapu Balm Bayi Tok Syed  ni harraz diam je.. hahaha.. korang boleh tengok video nya nanti yea..


Kegunaan lain Balm Bayi Tok Syed (melalui pengalaman TB sendiri ye) ialah ia boleh melegakan kegatalan akibat gigitan nyamuk, melegakan kembung perut, dan juga boleh membantu menstabilkan emosi kerana ia mengandungi Pati Minyak Lavender . Dan bagi TB lak, rasanya boleh dijadikan pelembap juga tau.. TB letak diatas permukaan tangan TB dan lama-lama terasa lembut je tangan tu.. macam losyen dengan baunya yang tak lekang.. adoi.. serius TB rasa suka pulak .. huhu


Suka tak kalau anak lena tidur macam ni? 
suka tak? suka tak?


PACKAGING

First of all TB nak bagi tahu, masa buka je parcel hari tu, TB tengok kotak (packaging) Balm ni sangat menarik sebab nampak mahal dengan design logo TSD dan kotaknya yang bewarna hijau tua kelihatan sangat sesuai dengan tagline Petua herba Warisan tu.. Selain tu TB suka sebab kandungan dia besar.. 45gram tau.. boleh tahan berapa lama tu kan..  

TEKSTUR 
Tekstur balm ni seakan lilin, dan memang lilin la kan sebab dihasilkan daripada beewax iaitu lilin lebah yang berkualiti tinggi, bila disapu pada permukaan kulit ia tidak terlalu berminyak, tidak berbau kuat/berangin/bau mint , tidak panas namun boleh terasa haba manja sikit bila disapu ke kulit,  tidak melekit dan mudah meresap, So.. kesimpulannya TB suka sangat dengan balm ni.. 


Seperti yang TB terangkan tadi,  Setiap bahan yang digunakan untuk menghasilkan Balm ini adalah diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yang halal lagi suci. jom kita tengok keterangan penuh tentang bahan yang digunakan :


Antara bahan utama yang di gunakan untuk menghasilkan balm ini adalah:

BEESWAX
Beeswax atau lebih di kenali sebagai Lilin Lebah adalah merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan dari lebah serta dapat membantu mengatasi masalah radang kulit.

MINYAK KELAPA DARA
Minyak kelapa dara yang baik untuk kesihatan luaran dan dalaman serta dapat melembapkan kulit tanpa sebarang kesan sampingan ini sememangnya telah diiktiraf di seluruh dunia.

MINYAK BUNGA MATAHARI
Minyak bunga matahari turut di gunakan dengan cara mengekstrak bijinya. Ianya kaya dengan nutrien yang seimbang komposisinya. Kandungan vitamin E dan Omega 6 yang tinggi menjadikannya sangat efektif untuk urutan luaran.

PATI MINYAK LAVENDER
Pati minyak lavender menjadi agen utama untuk berfungsi sebagai pengurang tekanan. Wangian lavender yang amat harum dan mengasyikkan ini sememangna sudah terkenal sebagai bahan aromaterapi. Ianya bukan hanya dapat menjadi penenang malahan mempunyai kebaikan untuk meredakan demam dan selsema.



CARA PENGGUNAAN :
1.) Sapukan balm pada betis dan tapak kaki dan urut perlahan-lahan,
2.) Sapukan balm di bahagian dada dan urutkan secara perlahan-lahan
3.) Sapukan balm di perut (cara TB selalu buat pada Harraz tiap kali selepas mandi)
4.) Sapukan balm di belakang badan dan urutkan secara perlahan-lahan,
5.) Juga boleh di sapu sedikit pada bahagian Zon T muka.

TESTIMONI BALM BAYI TOK SYED:


"Bila saya menggunakan Balm Bayi ini, selsema serta sakit kepala dan ketidak selesaan di bahagian dada berkurang apabila saya sapu pada dada, bahagia 'T' hidung dan kepala."


“Saya mengunakan Balm Bayi Tok Syed dapat melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat untuk bayi dan anak saya kerana sangat wangi dan selesa.Sesuai dengan bayi dan anak saya.”


“Sepanjang tempoh guna Balm ini dekat anak saya, selalu masa tidur selsema dan batuk serta pernafasan macam hidung tersumbat. Jadi bila saya sapu pada hidung anak saya berkurangan dan tidak terjaga pada waktu malam.”


Testimoni pengguna Balm Bayi Tok Syed, melegakan selsema pada anak kecilnya. Kita sedia mengetahui jika anak-anak demam dan selsema maka ibu bapa lah yang paling risau serta bimbang. Mungkin dengan menyapukan pada tempat yang betul, dapat melegakan selsema dan meredakan demam yang sedia ada.
Untuk melihat testimoni terkini yang lain bagi Pengguna Balm Bayi Tok Syed boleh klik SINI

Nak tengok testimoni jujur TB lak.. sila klik kat video dibawah ni yea.. =) .. 
kalau sudi subscribe sekali, hehehe.. boleh tengok video TB yang seterusnya..



Oh ya.. TSD juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini menjadi sebagai rakan niaga mereka. Konsep rakan niaga yang dibina ini merangkumi satu konsep yang lengkap di mana ia dibawah pantauan sistem pengedaran yang dibina oleh TSD.

Jika benar-benar berminat boleh dapatkan info lanjut kat SINI

Seterusnya untuk maklumat lebih lanjut tentang produk serta cara membeli dan cara untuk menjadi pengedar, Sila lihat detail dibawah ni yea.. 


Harga :
RM80 (45g)

Address :
Tok Syed Distribution Sdn. Bhd.
Ground Floor
PKNS Complex
40000 Shah Alam
Selangor





Whatsapp : 
016-826 2990

#balmbayitoksyed #balmbayi #balm #selsema #batuk 

WIN Drypers Fortune Bear worth RM840!


WIN Drypers Fortune Bear worth RM840!

Bagi parent  yang memang guna Lampin Pakai Buang jenama Drypers ni, ada berita baik buat korang.. Sekarang ni ada contest untuk korang join.. Caranya mudah sangat.. hanya beli produk Drypers berjumlah RM50 dalam satu resit, kalau beli barang-barang lain tu.. sila bulatkan dekat list dalam resit Produk Drypers yang korang beli tu dan SNAP dengan jelas gambar resit tu kemudian reka lah slogan "Drypers #cuncunFit untuk bayi saya kerana... buat ayat tidak lebih dari 10 patah perkataan dan email resit berserta Nama, Email Address dan no. telefon korang ke my.drypersbabyclub@vinda.com

Kalau tak faham gak.. 
korang tengok je cara kat bawah ni yea.. 
mudah je how to win kan.. 


Hadiah Yang Bakal Di Menangi.. 


Eh.. sebelum tu nak tanya, korang dah join Drypers Club ke? Bukan apa.. Contest ni untuk mereka yang memang member Drypers Club, Dah Daftar belum? Kalau belum meh bagi Nama Penuh dan Email korang.. pm dekat SINI yea..

Pastu dah boleh join Contest ni .. yeayy! Good Luck semua.. moga ada rezeki korang semua.. Moga ada ONG .. haha..

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers