Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

16 Mac 2018

TANGGAL MAKEUP SEPANTAS 10 SAAT DENGAN IMAAN SUCI FACIAL WIPES


TANGGAL MAKEUP SEPANTAS 10 SAAT
DENGAN IMAAN SUCI FACIAL WIPES

Hai korang.. TB nak sembang pasal satu Tisu ni haaa.. Tisu yang dah dikenali ramai dan dah ramai yang menggunakannya termasuk lah artis-artis.. Tisu yang TB nak cerita ni ialah Imaan Suci Facial Wipes by Imaan World..

Kegunaan Imaan Suci Facial Wipes ini adalah untuk mencuci kesan-kesan makeup atau kotoran serta debu di wajah. Baru-baru ni semasa di kampung hubby TB terlupa bawa balik Imaan Suci Facial Wipes ni.. TB terbawa tisu basah yang lain.. Hubby TB masa tu tengah nak rehatkan diri sebab baru berhempas pulas di dapur memasak untuk adik beradiknya yang ramai.. huhu..


TB pulak tengah cuci makeup di muka sebab tak tahan pakai makeup lama-lama (baru selesai kenduri), tiba-tiba hubby TB kata nak satu wipe tisu.. dia pun lap kat muka dia.. lepas tu dia kata.. nape pedih? hari tu sedap je guna? TB pun gelak dan cakap.. yang tu imaan Suci Facial Wipes memang la tak pedih bila lap muka.. tapi terlupa nak bawak balik..


Habis tu yang ni bukan yang tu la?? taknak lah.. sambil letak balik kat atas bungkusan wipe tisu tu.. eh eh.. macam tu pulak dia.. haaa.. kann.. lelaki pun suka Imaan SUci Facial Wipes ni weh.. sebab tahu dia tak pedihkan muka bila kita lap muka.. rasa segarkan muka lagi ada.. muka rasa bersih dan tak berminyak kata hubby teman yang pernah try pakai imaan tisue ni.. 


Oh ya.. sebenarnya terdapat 3 jenis tisu yang korang boleh dapat. Fungsi yang berbeza tetapi kandungannya baik untuk kulit dan memudahkan kita lakukan kerja harian













HAVAN CLOTHING - FASHION WITH A PURPOSE



HAVAN CLOTHING - FASHION WITH A PURPOSE

Hai semua.. TB nak kongsikan cerita tentang satu website yang diwujudkan khas untuk menjual pelbagai baju yang berasaskan material terbaik dan juga paling menarik corak atau design lukisan pada setiap baju adalah dari hasil tangan kreatif anak-anak kecil yang kurang bernasib baik yang tinggal di rumah perlindungan .. Havan mengubah karya kanak-kanak ke dalam reka bentuk pakaian yang hebat! 

Cuba lihat gambar dibawah ni.. Nampak tak ada lukisan kartun pada baju tu? Haa.. itu adalah antara hasil idea dari kanak-kanak tersebut.. comel kan! 





Setiap karya seni atau contengan mereka akan dicetak ke pakaian yang ingin dijual dan apabila ada yang membeli wang itu akan disalurkan untuk rumah perlindungan kanak-kanak ini . So, pastinya kita akan berasa happy kerana dapat membuat pembelian yang bermakna dimana sambil membeli kita dapat menderma/membantu golongan kanak-kanak yang serba kekurangan ini.. 


Haa.. TB pun dah try satu baju dari Havan Clothing ni.. Bajunya seperti dalam gambar diatas ni.. TB suka sangat sebab bajunya jenis kain yang lembut, tidak panas, mudah serap peluh dan TB suka lagi sebab ada corak comel tercetak di baju ni.. alahai.. sangat cute.. terbayang anak-anak kecil yang melukis design ni.. 

Dibawah ni TB kongsikan juga sedikit info tentang Havan Clothing untuk bacaan semua agar semua dapat memahami dan mengetahui lebih dekat konsep jualan di website Havan Clothing ni.. 

Bagaimana Ia Bermula

Nama "havan" berasal dari Hany & Ivan - pasangan yang suka berhubung dengan anak-anak.

Hany, seorang kaunselor kanak-kanak oleh profesion, menekankan pentingnya membangunkan EQ kanak-kanak dari usia muda.

Sejak tahun 2016, dia telah meluangkan masa di rumah perlindungan kanak-kanak untuk menyediakan pelajaran EQ percuma kepada kanak-kanak berusia antara 7-12 tahun.

Lebih 4 bulan mengajar dan belajar dengan anak-anak, dia melihat perubahan positif di kalangan mereka.


Ia membuatnya percaya bahawa pelajaran itu perlu berterusan supaya mereka dapat memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak.

Ivan juga menyaksikan kesannya dan didorong oleh semangatnya untuk memperkasakan kanak-kanak dengan cara yang positif. Tambahan pula, dia memuja anak-anak dan kreativiti mereka dan percaya bahawa mereka harus diiktiraf dan dihargai oleh orang dewasa.

Sebagai lulusan MBA, Ivan percaya bahawa perniagaan adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah sosial.

Oleh itu, Havan Clothing dilahirkan untuk mengubah ekspresi kreatif kanak-kanak kepada penerimaan yang berharga hanya dengan mencetak karya seni mereka pada tas poket yang bergaya.

Havan Clothing adalah perusahaan sosial yang melayani 2 tujuan utama.

Pertama, 
Havan Clothing bertujuan menghubungkan orang dewasa dan kanak-kanak. Kanak-kanak sering berkomunikasi dengan dunia melalui seni. Walau bagaimanapun, orang dewasa secara tidak sengaja boleh mengabaikan dan memandang rendah maknanya, menyebabkan kanak-kanak merasa tidak dihargai dan tidak diketahui.
Havan Clothing berharap untuk memberi inspirasi kepada orang dewasa untuk terus berhubung dengan anak-anak. Dengan menggunakan karya seni yang tulen dengan kehidupan seharian kita, orang dewasa boleh belajar untuk menghargai dan mengenali nilai ciptaan kanak-kanak.

Kedua, 
Sebahagian daripada jualan yang dibuat oleh Havan Clothing akan disalurkan untuk membiayai pelajaran EQ untuk kanak-kanak rumah perlindungan.

Hany & Ivan mempunyai kepercayaan kuat bahawa membangunkan komuniti EQ yang tinggi tidak boleh dilakukan tanpa sokongan komuniti itu sendiri. Oleh itu, dana yang mencukupi diperlukan untuk terus membangun dan menyebarkan pelajaran EQ kepada lebih banyak kanak-kanak.

Havan Clothing meninggalkan hala tuju kreatif sepenuhnya kepada anak-anak manakala syarikat hanya memfokuskan diri untuk memastikan percetakan, kain dan pemotongan adalah kualiti optimum, ditambah dengan harga yang berpatutan.

Jom kita sama-sama membeli sambil membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik.. layari link-link dibawah ini utnuk info lanjut..

Facebook :

Instagram :

Website :




15 Mac 2018

PRINTCIOUS.COM - THE BEST ONLINE GIFT SHOP

PRINTCIOUS.COM - THE BEST ONLINE GIFT SHOP

Petang-petang begini TB nak bercerita tentang satu website yang sangat TB suka sebab di website ini TB boleh memilih dan mereka design mengikut idea dari TB sendiri dan yang paling best semuanya hanya dihujung jari.. klik-klik je dah siap design.. then terus checkout, bayar.. then tunggu barang sampai.. mudah kan! haaa.. kalau nak tahu website itu ialah Printcious.com .

"Precious Gifts From Your Heart" yang bermaksud Hadiah Berharga Dari Hati Anda .. TB suka tema ni.. sebab tanyalah mana-mana orang pun, pastinya ramai yang sukakan hadiah yang boleh menjadi kenangan sampai bila-bila.. 

Selalunya kita tak tahu nak bagi apa dekat orang tersayang kita betul tak? Kalau boleh kita nak lah Hadiah yang kita beri nanti jadi hadiah yang akan menggamit kenangan sampai bila-bila buat diorang betul tak..  Haa.. satu je caranya untuk jadikan sesuatu hadiah tu ada sentimental value tak kira berapa lama digunakan.. iaitu hadiah yang kita design sendiri dan menyimpan memori antara kita dan yang tersayang.. betul tak? Haa.. nak tau kat mana boleh design sendiri ikut citarasa korang?



Jeng Jeng Jeng bagi korang yang belum tahu tu, korang boleh design sendiri hadiah dan barangan peribadi mengikut citarasa korang hanya di Printcious! dekat situ banyak giler design cantik-cantik korang boleh pilih utnuk design sendiri barangan korang.. Nak custom design sendiri pun boleh tau! just upload design korang punya sendiri..

Sempena Hari-Hari Bahagia korang iaitu Hari Anniversary yang disambut tiap-tiap tahun perlulah ada kelainan dan menyimpan seribu kenangan dengan hadiah yang di customize special untuk buah hati tersayang.. betul tak? heee.. Jom tengok kat sini bagi siapa-siapa yang nak customize design untuk hadiah orang tersayang .. https://www.printcious.com/my/gifts/occasions/engagement , ada pelbagai pilihan yang korang boleh pilih untuk dihadiahkan kepada si dia.. Antaranya T.shirt, Mug, Cushion, Throw Pillow dan macam-macam lagi tau! klik je link atas ni yea! dan terus order tau! ha2..


Design Sendiri Hadiah di Printcious 
Hanya perlu layari web Printcious kita dah boleh memilih sendiri hadiah mengikut kategori jantina si penerima dan occassion tertentu. Yelah selama ni kan pening nak pilih hadiah untuk lelaki, hadiah untuk perempuan, hadiah untuk suami la, hadiah untuk isteri la.

Oh ya.. kalau korang nak tahu selain menyenangkan kerja kita memilih hadiah berdasarkan penerima, kita juga dapat customize hadiah berdasarkan occassion tertentu. Contohnya seperti hadiah konvokesyen, birthday ke, wedding ke, untuk baby baru born ke, dan macam-macam sambutan lagi. Tak salahkan sesekali meraikan hari istimewa mereka yang kita sayang.

Rayakan Hari Ibu atau Hari Bapa dengan cara membahagiakan dengan menempah sesuatu yang disampaikan lahir dari hati untuk mereka yang tersayang.. Actually sebelum ni TB dah pernah tempah bantal berbentuk love special untuk emak TB sempena Birthday dan Hari Ibu, naka tengok? klik sini ---> Hadiah Sempena Birthday Emak

TB order dari KL dan beralamatkan kampung, emak terima dengan happy sangat.. hehehe.. servis penghantaran printcious memang terbaik.

Jom manjakan orang-orang yang korang sayangi pada hari-hari istimewa mereka dengan Printcious memandangkan semakin banyak hadiah baru untuk majlis-majlis khas dari Printcious.. Malah, printcious juga menyediakan perkhidmatan percetakan hadiah korporat untuk acara tertentu. 

Antara List Cadangan Hadiah Yang Korang Boleh Pilih di Printcious :
- Design T-shirt sebagai hadiah 
- Design Puzzle Gambar sebagai hadiah 
- Design Mug sebagai hadiah 
- Design PU Leather sebagai hadiah 
- Design Baby Rompers sebagai hadiah 
- Design Keychain sebagai hadiah 
- Design Phone Case sebagai hadiah 
- Design Cushion sebagai hadiah
- Design Graduation Gift
- Design Untuk Gift For Him / Gift For Her

Design Barangan Peribadi di Printcious 
Printcious ni yang bestnya, korang boleh design dan hadiahkan kepada yang tersayang dan yang best jugak kita pun boleh je belikan something untuk diri kita sendiri sebagai kenangan dimana hasil karya design kita tu tertepek pada hadiah yang kita design di Printcious ni.. haa.. Semua barang-barang peribadi tu kan boleh customize sendiri ikut citarasa kita. Paling penting.....tiada minimum order. dan lain daripada yang lain.. orang lain mesti tak jumpa yang macam kita design ni kat luar sana.. percayalah! 

Cara Membuat Pembelian di Printcious

1. Login akaun
2. Pilih Product
3. Muat naik gambar / design
4. Tambah text
5. Order
             
6. Tunggu Barang Sampai horray!

-------------------------------------------------------------------------------------

jom Tengok STEP BY STEP Cara Nak Order!


01. Login Akaun
First sekali kena ada akaun Printcious. Caranya daftar PERCUMA aje.. Kalau belum ada akaun Printcious senang aje, korang boleh sign up terus dekat situ menggunakan akaun facebook korang. Tak susah pun.. klik klik aje dah jadi member.. hehehe.. kalau takda facebook pun boleh, sign up macam biasa je..


Lepas tu kena isi detail korang dekat ruangan kosong berkenaan untuk lengkapkan dashboard profail korang.. Elok isi terus Alamat korang sebab nanti masa nak shopping tak perlu nak isi dah, terus checkout je.. kan mudah! 




02. Pilih Product 
Klik aje mana-mana produk yang korang nak beli di CUSTOM GIFTS ni. Kat sini terdapat bermacam-macam kategori untuk korang memilih. Semua ada depan mata .. Kadang sekali tengok je kita dah tahu apa kita nak cari sebenarnya.. hehe.. TB geram bantal tu.. grrrr....




3. Muat naik gambar / design + 
Kalau dah ada gambar atau design yang dah sedia ada, bolehlah upload terus je. Tambah text kalau nak. Ikutlah kreativiti masing-masing.




TB pilih design ni.. hehehe.. mesti ada harraz kan!





4. Tambah text
kot la korang nak tambah ayat-ayat dan madah-madah untuk tersayang.. boleh je tambah.. 




 5. Order 
Kalau rasa dah puas hati dengan design, maka teruslah 'Add to Cart' dan bayar tanpa ragu-ragu. Yang bestnya dengan Printcious ni, mereka murah dengan promosi, jangan sia-siakan coupon promosi yang diberi ok. Haha.



Pembayaran boleh dilakukan melalui mana-mana bank yang tersenarai dibawah :




6. Selesai !

Ok dah siap, senang je kan! Sekarang masa untuk tunggu barang sampai ke tangan korang aje.. Oh, ya.. Printcious menggunakan perkhidmatan kurier Skynet, Pos Laju & Ninja Van untuk menghantar barang-barang supaya sampai dengan cepat dan selamat.

Ha.. berminat tak nak shopping dan design sendiri hadiah kesayangan korang untuk dijadikan hadiah istimewa orang tersayang?? kalau berminat boleh lah singgah dan terjah link-link dibawah ni yea.. jangan lupa follow dan LIKE ok.. ta ta ta....

If you are looking for best  button batch for college , don’t forget to contact them. Or if you have any upcoming event and would like to impress your guest, photo booth rental is your best choice.”

Lawati Printcious di :

Website - Printcious/blog

Jom Tengok Video cara nak Customise Hadiah korang di 
Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart



“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”, “gift for husband”, “birthday gifts”, “surprise gift”,” gift for him”,” diy gift”


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers