Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

06 April 2018

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS PERAK SEDAP DAN MUDAH

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS PERAK SEDAP DAN MUDAH


Rendang dengan raya tak boleh nak dipisahkan. Kalau raya takde rendang rasa tak bestkan. Rendang Ayam Pedas Perak ni sesuai untuk mereka yang suka makan makanan pedas. Rugi kalau tak cuba resepi ni tau...

Resepi Rendang Ayam Pedas Perak

Nota: Resepi rendang ni langsung tidak menggunakan minyak masak. Hanya menggunakan santan. Minyak yang terhasil adalah dari santan sebab kita masak rendang ini sehingga kering & lama.

Bahan-bahan: 
1) 1 ekor ayam (tak kisah nak potong berapa)
2) 15 biji bawang merah (di racik halus)
3) 13 biji bawang kecil (di racik halus)
4) 5 biji bawang putih (di racik halus)
5) 12g kunyit hidup (di blender)
6) 80g halia tua (di racik halus)
7) 33g lengkuas (di blender)
8) 4 helai daun limau purut (racik halus)
9) 8 batang serai (racik halus)
10) Gula melaka secukup rasa
11) 4 sudu besar cili boh (bergantung tahap kepedasan yang di inginkan)
12) 2 helai daun kunyit (di racik halus)
13) 1kg santan
14) 90g kerisik
15) Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Masukkan ayam yang telah di cuci bersih ke dalam kuali.

2) Masukkan semua sekali bahan yang di racik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia & serai yang di racik halus-halus. Masukkan juga bahan yang di blender iaitu cili boh, lengkuas & kunyit hidup. Dan masukkan kesemua santan. Masak dalam api yang sederhana sahaja. Kacau selalu untuk mengelakkan hangit. Tutupkan kuali dengan penutup sesekali bukakan penutup dan kacau.

3) Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahankan api guna api yang paling perlahan dan masukkan gula melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yang diracik halus & kerisik tunggu lagi dalam 30 minit - 40 minit. Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2jam - 3jam bergantung kepada portion yang kita masak. Kalau nak bagi berkuah sedikit jangan masak sampai kering sangat.

4) Akhir sekali masuk daun kunyit yang di racik halus. Kacau sehingga sebati. Dan boleh ditutupkan api. Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula cuma tambah sedikit air dan jangan guna minyak masak.

NOTA : Rendang yang bahannya di blender & di racik halus akan memberi kelainan dari segi rasanya. Rendang ini juga tidak perlu menumis.




YEAY! THROW PILLOW DARI PRINTCIOUS.COM DAH SAMPAI!!



YEAY! THROW PILLOW
DARI PRINTCIOUS.COM DAH SAMPAI!!


Haiii.. Semua.. TB nak share kat sini tentang Throw Pillow yang TB order dekat Printcious.com hari tu.. hehehe.. eh.. tak tahu apa itu printcious? haa.. boleh baca kat entri TB yang lepas kat SINI yea.. Ini kali ke berapa entah TB order dekat printcious.. dan banyak barang TB order di website ni.. Throw Pillow pun dah ada berapa TB order termasuk throw pillow sempena birthday baby Harraz dan Birthday Hubby.. Bantal bentuk LOVE untuk Birthday emak TB pun TB order dekat Printcious.. kira TB ni customer setia Printcious la kan.. huhu.. cecececece..

hehehe.. Memang saja buat sebagai kenangan sebab kami tak sambut hari-hari penting ni tahun ni disebabkan kekangan masa.. dan kekangan kewangan juga pun yea.. So, TB tetap nak juga ada something yang boleh dijadikan kenangan di hari istimewa tu kan.. 


Haa.. Yang ni collection TB.. hahaha.. comel tak?? 


Yang ni pun buat kat printcious.com gak tahun lepas.. 
Hadiah untuk emak tersayang.. 

Haaa.. buat korang yang rasa takde bajet nak buat jamuan besar-besar atau jamuan biasa untuk sambutan birthday korang, atau yang tiada masa terluang sebab sibuk sangat.. Ni TB cadangkan korang buat gini je.. at least ada benda kenangan di hari-hari istimewa korang kan.. TB teruja sangat bila tengok Throw Pillow hasil design TB sendiri.. siap masukkan text dan ayat-ayat dan gambar sendiri.. Siapa tak suka kan.. hahaha..

Selain tu TB ada juga tempah pelapik cawan.. Tapi TB tak guna pun sebab ada gamabfr harraz situ.. hahaha.. TB guna untuk lapik mouse je.. sebab material dia macam sama je.. hehehe.. comel je harraz dekat pelapik gelas tu.. kalau mama buat kerja boleh la tenung-tenung.. haha..

Oh ya.. bagi sesiapa yang nak tempah macam apa yang TB buat ni.. boleh lah layari link-link dibawah ni.. atau terus ke website printcious.com untuk tempahan.. 

Bab penghantaran? TB berpuas hati sebab TB memang dah tahu tempoh penghantaran nya bila.. penghantaran menggunakan Ninja Van .. Tapi TB tak pasti ada courier servis yang lain yang pihak pritncious gunakan.. Walau apa-apa pun bagi TB, overall puas hati.. Rasa nak order lagi je.. 

Lawati Printcious di :

Website - Printcious/blog

05 April 2018

RESEPI CHOC CHIC COOKIES MUDAH DAN SEDAP!


RESEPI CHOC CHIC COOKIES MUDAH DAN SEDAP!

Hemm.. desebabkan bulan Ramadhan pun dikira-kira bukan jauh lagi.. dan Syawal pun akan menyusul lepas tu, So.. TB pun sibuk nak sediakan resepi siap-siap untuk raya tahun ni.. hope tahun ni TB dapat lah buat satu jenis biskut raya ke.. atau 2 jenis biskut ke kan.. sebab nak buat banyak-banyak takut jenuh nak bawak balik kampung nanti.. kami balik naik ktm.. hahaha.. 

So, Ni selagi jumpa resepi biskut yang sedap dan mudah tu, TB tepek siap-siap kat sini.. kalau korang nak try pun boleh.. tuan resepi kata kalau dah gigit satu, nak gigit lagi dan lagi.. ngap ngap ngap.. kruk kruk kruk.. hahahahaa..

RESEPI CHOC CHIC COOKIES MUDAH DAN SEDAP!

BAHAN A
1cawan butter
1cawan gula perang
1cawan minyak masak
1/2 cawan gula halus
1sudu besar susu cair/susu segar
(saya guna susu full cream 2 sudu besar)
1 biji telur
1sudu kecil esen vanilla
Secubit garam


BAHAN B
4cawan tepung gandum
1sudu kecil cream of tartar
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil berkarbonat soda
2 cawan choc chip
(saya guna 1 cawan choc chip + 1cawan choc rice)
1 cawan kekacang tak kira jenis apa pun

CARA-CARA
Pukul bahan A hingga sebati.. jangan pukul lama..
Dalam 1 minit je..
Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja..
Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang..
Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit


Sumber resepi : 
Shahila Hanim


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers