Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

14 Mac 2017

SAKIT ITU PUNCANYA DARI KITA SENDIRI

SAKIT ITU PUNCANYA DARI KITA SENDIRI

Hai.. hari ni TB nak kongsikan sesuatu yang TB rasa menarik untuk dikongsikan bersama semua. TB dapat daripada group whatsapp yang selalu menghantar ilmu dan ilmu berguna untuk ahli-ahlinya.. Dan salah satu yang menarik perhatian TB untuk dikongsikan ialah tentang SAKIT. 

Sebenarnya sakit itu datangnya dari Allah S.W.T untuk menguji kita, namun kita juga bertanggungjawab ke atas setiap yang berlaku kepada diri kita.. Mungkin kalau kita berusaha yang terbaik untuk diri kita, Allah akan bantu kita untuk kehidupan yang sihat ..

Teringat kisah adik perempuan TB yang meminta MC daripada Bos nya, Bos nya tak terima MC tersebut kerana bagi dia, penyakit itu datang dari diri adik TB, kata bosnya " U yang salah, Tak jaga kesihatan" .. Maka nya.. adik tak dapat cuti.. kesian dia.. Tapi dari situ adik usaha jaga kesihatannya, dan dia jarang MC.. cuma kalau dah sakit sangat-sangat barulah dia MC.. =)

Apa-apa pun.. jom baca betul ke tidak Sakit itu puncanya dari kita sendiri? rengung-renungkanlah ye!

1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah

3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu. 

5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur). 

6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah. 

7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal. 

8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ). 

9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada penyakit Hepatitis.

10. Jika kita sering merasa Sombong ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).

14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih ) 

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.

Oleh : Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

SALE! SALE! GOLD NANO CC CREAM | HANSAEGEE NATURE

SALE! SALE! GOLD NANO CC CREAM |
HANSAEGEE NATURE 

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature sedang offer tauu... Harga biasa RM99, sekarang tengah offer RM80 aje (aje?).. TB berkenan gak CC Cream ni sebab tengok awek-awek yang pakai CC Cream ni semua lawa-lawa kulit deme.. kira macam CC Cream ni berjaya menutupi cela-cela di wajah diorang tau.. eyebag atau lingkaran hitam pun tiada kalau sapu CC Cream ni.. 
TB suka dan mengidam nak beli Loose Powder dari  Hansaegee Nature ni tau.. sebab dengar dan lihat video Youtube dari Fyna Here tu, bedak nya tahan lama.. dan tak bercapuk.. alahai.. teringin sangat nak try.. Tapi harganya.. err.. boleh tahan kauu.. berbaloi la pun dengan hasil yang kita dapat dengan menggunakan produk ni kan.. Ok lah.. saja nak share p[asal promosi ni je.. kalau berminat, boleh lah klik link dibawah ni.. kalau nak sekodeng pasal Hansaegee Nature  ni, klik je link2 kat bawah ni ye.. selama menterjah! K byeee..

Online Shop : 

Facebook : 

Instagram : 

Youtube Channel : 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

10 Mac 2017

Happy 5th Wedding Anniversary Buat Hubby Tersayang

Happy 5th Wedding Anniversary 
Buat Hubby Tersayang

Tanggal 10 Mac 2017, genap usia 5 tahun perkahwinan kita.. Sebuah angka yang masih kecil namun selama 5 tahun kita sudah bersama-sama dalam banyak suka dan duka.
Telah berapa kali kita di uji berbagai ujian hidup tetapi di sebalik itu semuanya ada banyak tawa, banyak suka dan banyak kenangan indah yang sudah kita lalui bersama dan semua itu adalah proses pendewasaan, proses yang membuat kita semakin dekat, semakin menyayangi antara satu sama lain..

Dulu ber2, kini ber3.. Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang ke-5 Buat Suami Tersayang.. Moga hubungan cinta dan kasih sayang kita (+baby) kekal till jannah. Aamiinn..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

09 Mac 2017

Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Anak Selsema

Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Anak Selsema

Entri tentang throwback time TB pregnant dan bersalin pun tak buat-buat lagi, tetiba pulak cerita pasal Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Anak Selsema ye! haha.. takpelah.. tunggulah kalau ada masa TB up entri throwback tu.. baca je lah yang ni dulu ok! =P

Bawang Putih mempunyai sifat antibiotik semulajadi dan berkesan menentang jangkitan. So, bila ada kawan-kawan bagi petua yang menggunakan Bawang Putih TB tidak rasa ragu-ragu untuk mempercayainya malah TB akan cuba praktikkan sekiranya anak TB Selsema ada batuk..  Setakat ni selsema anak TB dah makin pulih. Alhamdulillah.. dengan kuasa Allah yang Maha Esa.. 

Semasa anak TB selsema dan batuk, TB sangat-sangat risau kerana TB betul-betul tiada pengalaman, kerana ini anak pertama TB setelah hampir 4 tahun menunggu . TB bertanya sana sini, bertanya dengan adik ipar, dengan kawan-kawan macam mana cara nak sembuhkan selsema dan batuk kerana kesian sangat dengar hidung baby srottt.. srottt .. macam tersumbat pun ada.. Tapi baby TB sangat baik, tak meragam pun dia.. elok je tidur lena.. Allah.. baiknya anak mama ni.. Tapi mama tetap usah nak baikkan selsema tu, walaupun baby tak meragam, mama tetap akan cari ubat untuk baby...

Akhirnya google punya google disamping sembang dengan rakan-rakan di group Ibu Mengandung (Kelab Ibu Comel) di Whatsapp.. TB dapat petua untuk hilangkan selsema dari Ibu-Ibu yang berpengalaman sebab anak diorang dah ramai kann.. hehehe.. 

Petua ni.. seperti kat bawah ni la.. guna bawang putih.. TB tak pernah try lagi bawah putih ni sebab anak pun dah sembuh.. (Alhamdulillah). 

Tapi selain tu .. masa anak TB selsema hari tu TB buat semua cara dibawah ni, Alhamdulillah anak dah semakin sembuh .. sekarang dah sihat.. Alhamdulillah..  :

1.) Mandi Air Hirisan Lemon (suam2) , TB buat 3X
2.) Bagi Bayi kena cahaya matahari jam 8.00am-9.00 am tiap-tiap hari
3.) Letak bawang besar yang dibelah 4 dalam mangkuk dan letak sebelah bayi
4.) Wap hidung bayi dengan air panas bersama 2 titis kayu putih dan sedut hingus bayi setelah hingus bayi tu cair.. TB sedut guna alat yang sesuai. Tapi kena sedut slow2 yea..
5.) Time bayi bersin, sedut lagi.. sampailah dah tak dengar bunyi hidung srott srott srott dah
6.) TB makan Vitamin C sebab bila TB menyusukan bayi, bayi akan dapat sekali Vitamin C tu .. 
7.) Sentiasa ada dengan bayi ketika bayi tidak sihat (peluk dia kalau boleh) 
8.) Selepas mandi pastikan ubun-ubun dilap dan dikeringkan betul-betul, jangan biar lembap.. sebab ia salah satu punca bayi boleh demam/selesema.. 
9.) Jauhkan kipas yang dipasang 'direct' ke muka bayi.. 
10.) Pakaikan baju yang sesuai diwaktu malam.. jangan biar bayi kesejukan ketika tidur.
11.) Jangan lupa sapu minyak telon di bawah tapak kaki dan perut bayi (TB guna minyak bebe Anugerah tu).. selain tu tu TB ada letak krim Herba Tropika tu dekat dada dan belakang badan bayi sebab ramai ibu-ibu dah guna krim tu dari anak bayi hingga dewasa untuk hilangkan selsema dan kahak.. 
12.) Guna teknik tepuk percussion .. boleh tengok cara-caranya dekat Youtube ye.. tujuan tepuk percussion ni ialah untuk mengeluarkan kahak atau lendir yang berada di paru-paru tu.. dengan melakukan tepuk percussion ni dapat melonggarkan kahak dan lendir dari paru-paru bayi dan seterusnya akan keluar melalui Najis atau muntah lendir.. Itu yang TB baca dekat satu artikel tu la ye.. kalau salah mohon diperbetulkan ye.. 

Itu cara TB, mujarab kat anak TB.. korang try la.. tapi kalau tak OK jugak, boleh cuba petua bawang putih dibawah.. ok.. selamat mencuba tau.. 

Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Anak Selsema

=========================================

Cara 1:
1. Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit
2. Cucuk dengan garfu, dan bakar atas dapur
3. Bila kulit dah nak hangus, tutup api
4. Hiris nipis bawang tadi
5. Masukkan dalam bekas plastik
6. Tambahkan sedikit minyak zaitun
7. Ramas-ramas sedikit bawang supaya sebati dengan minyak tadi

Cara 2:
1. Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit
2. Goreng bawang tanpa minyak di dalam kuali tanpa perlu membuang kulitnya
3. Ulang langkah 3-7 di atas.

*Boleh juga gunakan minyak masak atau minyak kelapa

Cara Menggunakan Minyak Bawang Putih
=================================
+ Sapukan di bahagian badan seperti dada, betis, belakang badan, hidung serta tapak kaki.
+ Sapu sekerap mungkin, insyaAllah selsema dan batuk akan berkurangan.

Cara lain ubat selsema guna bawang putih:
1. Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit
2. Cucuk dengan garfu, dan bakar atas dapur
3. Hiris nipis bawang tadi / ketuk je pun boleh
4. Letak dalam stokin lama baby (yang dah tak pakai) jadikan bunjut.
5. Letak bunjut tersebut di sebelah baby

atau

Oh ya.. ada juga petua yang mengatakan letak hirisan bawang putih dibawah tapak kaki bayi tapi yang ni TB tak berani nak sarankan buat sebab jenis kulit bayi kan lain-lain.. ada yang jenis kulit normal tahan lasak.. letaklah apa saja.. takde effect negatif.. Tapi ada juga bayi yang kulitnya halus sangat dan ada yang kulitnya sensitif sebab terlalu lembut.. Maka tidak semua bayi sesuai dengan cara meletakkan bawang putih dibawah tapak kaki.. Harap ibu-ibu jelas dulu dengan kondisi kulit anak korang yea sebelum mencuba tips yang tu.. risau jadi macam satu kes tu.. anaknya kaki macam melecup tapak kakinya.. kesian sangat..

Ada cara terbaru.. bakar bawang putih tu, lepas tu letak bawang putih tu dalam nasi yang dikepal macam sushi tu.. pastu makan je macam tu.. tu sushi bawang putih kata diorang.. elok untuk kesihatan, untuk ibu yang menyusu baby tu, baby pun akan dapat khasiat bawang putih yang kita makan tu.. Bawang Putih ni kan terkenal sebagai antibiotik semulajadi badan kita kalau kita menkonsum secara teratur tiap hari.. InsyaAllah badan takkan mudah dijangkiti penyakit atau demam.. InsyaAllah.. dengan kuasa Allah juga yea.. K byee.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers