Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

13 November 2013

GA NOVEMBER by DEDEQ

KLIK BANNER UNTUK JOIN!

GA NOVEMBER by DEDEQ

Assalamualaikum

Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim .. 
malam ni dedeq lancarkan satu GA NOVEMBER by DEDEQ ..

Tarikh mula 13 november 2013 - 30 november 2013 (12am)


Hadiah
Top Referral - Jubah Dress x 1 dan Peplum labuh x 1

43 SENARAI HADIAH yang akan diberikan kepada yang BERTUAH 


BUAT AYAT MELALUI AYAT T.I.G.A.B.E.L.A.S 

T-->Tak Teman Sangka..
I-->Igauan Teman jadi Nyata..
G-->Geram Tak Terkira..
A-->Apa Yang Di Harap Tak Menjadi
B-->Buat Nasi Daging 1st Time lah konon..
E-->Elok Molek Rasanya..
L-->Lagi2 Bila Guna Daging Qurban..
A-->Alangkah Enak Rasanya..
S-->Sesuap Demi Sesuap Ditelan, Baru Pasan Nasik Lembikkk.. huwaaaa..

APA SEBAB TEMAN SAYANG SI BUTANG DAN SI OYEN?

Wordless Wednesday 
Soalan : Apa Sebab Teman Sayang Si Butang dan Si Oyen?

Jawapan : Tiada sebab...  sebab SAYANG tu lahir dari hati yang ikhlas..
begitu jugak sayang kita kepada orang yang berada sekeliling kita..
No words to express that feel..  hu3..

& To my miaw.. MyLuvSKY.. 
No words to explain how much i Love U.. (=^__^=)

12 November 2013

KEBAIKAN MINUM AIS??

KEBAIKAN MINUM AIS
BACA SINI JUGAK--->BAHAYA MINUM AIS
Teman agak konfius tentang artikel ini, sebelum ni teman banyak terbaca artikel2 tentang keburukan minum ais, tapi bila baca yang ni lain pulak cerita nya.. cer korang baca n bagi pendapat korang lak apakah yang benar dan terbaik untuk kesihatan kita sebemarnya.. teman agak keliru dengan info2 sebegini.. Oh ya, artikel ini dikongsikan oleh hubby teman melalui perkongsian rakannya di wall FB beliau, hubby teman share pulak kat wall teman, hemm.. maybe selama ni teman salah kot sebab selalu tegur dia jangan minum ais, tak elok untuk kesihatan.. tapi artikel ni macam susah teman nak terima..wallahualamm.. hope korang boleh bagi pendapat.. yang teman tahu, ais ni memang ada keburukan dan kebaikannya.. cuma teman tak suka amalkan minum ais, teman percaya ais itu melemahkan tulang, hu3.. dah terbiasa dengan info sebegitu terus melekat di kepala.. korang lak camne? sila komen dibawah yea, nak tau gak pendapat korang.. apa2 pun baca dulu..

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

11 November 2013

SYARAT TAMBAHAN BAGI PESERTA GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG

❤ add FB BUTIK MIZANA
 SHARE GAMBAR INI di wall FB korang
Hai.. harap korang tak marah teman lea hendaknya yea.. ekceli hari tu sponsor tersalah bagi link Fanpage beliau, beliau terbagi url link Fanpage lama yang dah tak pakai, so.. now teman dah dapatkan page terkini beliau yang beliau selalu update tu.. korang silalah jalankan tanggungjawab korang sebagai peserta yea.. sebab hadiah dari BUTIK MIZANA  bukan biasa-biasa jea.. so, kenalah nampak Give n Take disitu.. ye tak? kalau nak hadiah, perlu bantu promosi page dia.. then barulah hadiahnya nampak cun bila korang pakai... kan.. kan.. heee.. apa lagi.. jom add FB sponsor tersebut dan share gambar yang ditunjukkan.. sila JUJUR yea, setiap share dan jumlah add friend akan dikira dan di check oleh sponsor.. tQ semua.. =)
Bagi sesape yang lum join lagi?? sila KLIK BANNER diatas untuk join!
Hadiah2 nya memang AWESOME!
HADIAH AWESOME!!

10 November 2013

Mee Rebus



Mee Rebus


Bahan2nya:
1 bungkus mee kuning
3 keping tauhu goreng (di potong kecil2)
Cili merah ( dihiris)
Daun bawang
limau nipis/kasturi
Telur rebus
Bawang goreng

Untuk Kuah (kisar)
5-8 biji cili kering
1/2 cawan udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji tomato
2 biji keledek rebus
Kulit dgn kepala udang

Bahan lain(masukkan dlm kuah)
Daging(rebus,potong nipis)
Air rebusan daging
Udang
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Minyak masak
gula,garam & perasa

Cara-caranya:
●Tumis bahan bawang,dan cili kering smpai garing
●Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih
●Masukkan kesemua bahan kisar yg lain beserta air rebusan daging
●Masak hingga kuah agak pekat Jika terlalu pekat tambahkan air…last sekali baru masukkan udang. tutup api.
●Hidangkan mee dengan telur rebus, tauhu goreng,limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng,cili merah dan curahkan kuah tadi. siap!


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers