SAFI Shayla: Botanical Silk Micellar Shampoo
100% Bahan Botanikal Aktif dan Bebas Paraben


Hai Korangggg.. Hari ni TB nak share tentang Syampu terbaru dari jenama yang diyakini iaitu SAFI..  SAFI SHAYLA Botanical Silk Shampoo baru lagi berada di pasaran.. So berpeluh jugaklah TB mencari hari tu, bukan semua tempat ada tau.. huhu..

SAFI SHAYLA Botanical Silk Shampoo ini diformulasikan dengan 100% Botanical Aktif dan 0% Paraben, ia juga kaya dengan nutrien untuk memanjakan rambut dari akar ke hujung dengan aroma segar yang unik tahan lama hingga 48 jam.. Haa.. aroma segar tu TB paling suka sebab ada Argan Oil, Sebab sekarang ni kebanyakan produk yang TB guna semua mengandungi Argan Oil. TB suka sangat bau dia.. Argan Oil ni bagus tau sebab tugasnya ialah menjadikan rambut kita lembut dan licin je selepas bersyampu.. ibarat macam pakai conditioner je tau..


Bagi yang ingin tahu apa lagi kelebihan syampu ini meh baca lagi info seterusnya.. Syampu ini mengandungi Campuran Sutera Botanikal dengan formulasi Micellar Silicone Free secara berkesan menghilangkan silikon membina pada rambut sambil mengekalkan kelembapan penting untuk rambut ringan, meriah & fleksibel . So, bila TB pakai sekali je semalam, TB rasa macam rambut jadi lembut dan beralun.. nak sikat pun lancar je tau.. tak kusut.. bau pun best sangat.. TB rasa macam tidur dengan bau rambut yang harum je malam tadi.. heheehehe..


Haa.. Kalau korang nak tahu, selain mengandungi Argan Oil, terdapat juga bahan-bahan lain yang membuatkan TB rasa jatuh cinta terus dengan SAFI SHAYLA Botanical Silk Shampoo ni.. Jom tengok apa dia bahan lain tu.. 

Organik Habbatus Sauda
Sumber nutrien kaya untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala.

Minyak Argan
Meninggalkan rambut lebih lembut, sutera, lebih mudah diurus dan menambah bersinar yang sihat dan menarik

Tea Tree Oil
Berkesan membersihkan folikel rambut yang tersumbat untuk rambut ringan & fleksibel.



Arahan Cara Guna
Picit syampu tu mengikut kegunaan, kalau rambut panjang kenalah banyak sikit picitnya kan.. kemudian sapukan syampu seluruh rambut korang yang basah, urut ke dalam rambut hingga rata, kemudian dah boleh bilas. Haaa.. nak lagi best.. Untuk hasil yang terbaik, gunakan Safi Shayla Scalp Mask / Conditioner rambut selepas syampu.


Picit ikut kegunaan.. bergantung juga pada berapa panjang dan tebalnya rambut kita yea! he2


Tektur Cecair yang berwarna jernih, Berbuih banyak, Aroma yang menyegarkan


Bahan-bahan
Air, Natrium Lauryl Ether Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Fragrance, Natrium Klorida, Decyl Glucoside, Starch Corn Terhidrolisis, PPG-3 Caprylyl Ether, Glyceryl Caprylate / Caprate, Panthenol, Asam Citric, Polyquaternium-10, Natrium Citrate, Menthol,

Kat Mana Nak Beli ?
Dapatkan SAFI Shayla Botanical Silk Micellar Shampoo ini di pasaraya terkemuka Watson dan Guardian. atau order online sahaja di website Watson, Lazada mahupun Shopee. Harga seunit adalah RM22.41 untuk 480gram.  maklumat lanjut, korang boleh rujuk website SAFI okay.





14 Ulasan

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

  1. wah ada produk baru lagi ^_^

    BalasPadam
  2. sis dah try safi botanical silk ni..wangi dan ringan jer rambut..yang best rambut semakin sihat dah berbau wangi sepanjang hari..boleh sampai 2 hari tau..so kita yg pakai tudung ni..rasa puas bila rambut wangi dan sihat

    BalasPadam
  3. wah... aida lom try lagi ni.
    stok safi shampoo kat rumah ada lagi.
    nampak elegan la botol dia tu.
    dulu kala ala-ala herbal apa ntah dulu.
    botol nyer gini :)

    BalasPadam
  4. Baru ke ni? Tak pernah nampak lagi dekat mana mana kedai. Tapi botol dia nampak cantik hehehe. Nampak international sangat

    BalasPadam
  5. Macam best je. Mesti wangi lembut gitu je kan bau dia? Ni yang tergoda nak tukar shampoo hehehe

    BalasPadam
  6. Wah banyak dah produk keluaran Safi ya. So far kulit sesuai pakai Safi ni. Lepas ni Bella try la syampo micellar ni. Mesti best!

    BalasPadam
  7. Rawlins makin kagum dengan Safi now - team R&D dia memang maju dan pantas dalam menambahbaik serta mengangkat taraf Safi sehingga kelihatan seperti produk antarabangsa

    BalasPadam
  8. habis shampoo shyla kat rumah nnti nk cuba yg ini lah, menarik sebab pakai picit je nak guna

    BalasPadam
  9. suka tgk packaging produk terbaru safi ni..cantek..safi mmg selalu ada produk baru kan

    BalasPadam
  10. Saya suka produk minyak argan sebab sebelum ni saya ada masalah rambut gugur. Memang membantu sangat produk argan...- Blog Sofinahlamudindotcom

    BalasPadam
  11. Ramai nengok cuba produk ni, mesti bagus kan.nanti Sis nak cari gak laa...

    BalasPadam
  12. memang best. mek pun dah cuba shampoo safi shayla botanical silk ni. puas hati sebab rambut tak bau kepam dah bila seharian bertudung.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Wr Wb

    Apakah Anda memiliki masalah keuangan dan Anda sedang mencari bantuan Pinjaman asli, Kami di sini untuk membantu Anda dengan Pinjaman untuk meringankan bisnis Anda dan menyelesaikan semua hutang Anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang Anda untuk finansial kebebasan.Kami menawarkan yang berikut ini.

    √ Pinjaman Bisnis Besar

    √ Pinjaman Bisnis Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman mobil

    √ Pinjaman Pertanian Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk proyek jangka panjang atau pendek

    √ Mulai Pinjaman bisnis

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Proyek yang ada

    Mengapa Anda harus memilih kami.

    + Kami memberikan pinjaman dengan suku bunga yang sangat rendah

    + Tidak masalah dari negara mana Anda berasal, kami akan meminjamkan Anda.

    + Proses kami sangat mudah dan sederhana. sangat orang bisa memahaminya.

    + Kami adalah perusahaan yang sangat jujur dan dapat diandalkan.

    + Kami tidak memberikan informasi pribadi Anda kepada siapa pun,

    informasi Anda aman bersama kami.

    Tujuan utama kami adalah meminjamkan sebanyak mungkin yang Anda inginkan dan siap untuk mendapatkan pinjaman, Anda harus mengatakan pada diri sendiri cukup, Anda tidak dapat terus membiarkan kurangnya uang membatasi pertumbuhan bisnis Anda. hubungi kami dengan informasi kontak kami di bawah ini dan biarkan kami bergandengan tangan dengan memberikan Anda pinjaman yang akan membantu mengembangkan bisnis Anda. Anda tidak perlu khawatir, kami sangat dapat dipercaya dan Bersedia meminjamkan Anda.

    Hubungi kami dengan:
    Perusahaan:  Femi Otedola Loan Firm  
    Email: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    Email: femiotedolaloanfirm1@Outlook.com
    WA: +1(469) 464-5833 (Chat only) 
    WA: +1(806) 395-2203 (Chat only) 

    atau kunjungi Situs web kami dan gunakan Kontak Kami dan kami akan membalasnya kepada Anda.

    Situs web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari bantu mengembangkan bisnis Anda.

    BalasPadam

Catat Ulasan

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Terbaru Lebih lama

GA New