6 Western Foods in Bangsar


If You Are in Bangsar, 
You Must Check These 6 Western Foods

Bercerita tentang makan ni takkan habis, kemana saja kita pergi pasti memikirkan perut yang perlu diisi dengan makanan, betul tak? Tak kiralah makanan tu kudap-kudapan ke, makanan berat ke, ringan ke, janji perut tu dah terisi. Haaa.. kalau korang time lapar-lapar ni agaknya masakan apa yang korang akan pilih? masakan tradisional ke atau western food? 

Kalau TB pula, dulu-dulu TB sukakan masakan tradisional lagi.. sebab kena dengan tekak ni, almaklumlah.. orang kampung kan.. Tapi sejak berkahwin dengan encik suami tu, TB dah start suka makan western food .. Nak pulak hubby TB tu pandai masak. So bermacam-macam jenis Western Food dia boleh masak. Daripada TB tak makan western food terus TB suka makan.. Haaa.. penangan air tangan hubby.

Tapi sekarang ni hubby agak busy sikit, dan tiada masa nak main masak-masak, jadi cara paling mudah nak menikmati western food ialah dengan cara makan diluar aje.. hehehe.. Tapi kalau makan diluar tu kenalah pilih tempat-tempat yang best sikit.. Supaya perut kenyang hati pun senang.. kannnn.. 

Haaa.. Kami dah try banyak tempat Western Food hari tu.. Salah satunya di Bangsar.. Walaupun jauh sikit dari rumah kami ketika itu (sekarang dah tak duduk KL), tapi memandangkan kebetulan berada di area berdekatan Bangsar, kami pun saja nak cuba western food kat situ.. 

Bermula dari Chicken Chop yang terkenal dan biasa hinggalah ke Fish And Chips, kadang-kadang kita akan berbelanja sedikit di Mix Grill and Steak atau Lamb Chop, kerana makanan Barat selalu menjadi pilihan kita ketika kita ingin menikmati sendiri beberapa masakan mewah yang agak jarang-jarang kita nikmati.

Haaa.. Buat korang yang suka western food tu.. ni TB nak share dengan korang ni.. If You Are in Bangsar, You Must Check These 6 Western Foods .  Haa.. dalam entri kali ni suka TB share dengan korang semua, senarai popular western food untuk korang cuba di Bangsar, so, lepas ni kalau korang berada di sana, korang tahu lah di mana untuk pergi!


Nugmet Bangsar

1. Nutmeg Bangsar


Melalui info yang TB baca, Nutmeg ni adalah perniagaan keluarga yang terdiri daripada dua saudara ipar iaitu Gordon dan William. Tugas Gordon menyambut pelanggan & memerhatikan kru perkhidmatan, sementara William memikirkan menu & menguruskan dapur. 

Nutmeg Bangsar

Suasana Nyaman dan Selesa

Menyajikan hidangan Amerika paling banyak yang pernah kita lihat, Nutmeg menggambarkan suasana yang nyaman dan selesa untuk pelanggannya, pastinya kita juga dapat menikmati makanan dengan hati yang tenang bila berada di tempat yang makan yang selesa, betul tak?

Pilihan makanan mereka merangkumi sarapan seperti wafel, pancake, Big Breakfirst, parfaits, menu makan tengah hari seperti sandwich, pai, sup dan salad, platter, ayam panggang, burger dan pasta. Sekiranya korang bekerja lewat malam dan menginginkan makanan Barat, mereka menyajikan lebih banyak jenis untuk menu makan malam, termasuk salmon, ayam, fish and chips dan banyak lagi! 

Alamat: UGF-28A, Bangsar Village II 2, 2, Jalan Telawi 1, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Roost

2. Roost


haa.. yang ni pulak.. Roost .. Restoran kelihatan agak mewah sedikit ini menyajikan korang hidangan yang berkualiti terbaik tanpa menjejaskan rasa masakan Barat. Di sini, korang mungkin dapati pelbagai pilihan makanan pilihan korang untuk mengisi perut yang berkeroncong. Di Roost, mereka menyajikan hidangan sejuk, makanan laut, pasta, roti, ayam, salad dan sourdough. 

Roost beroperasi dengan label mereka dari 'dari ladang ke garpu', yang menggunakan ramuan pertanian tempatan untuk mengubah hidangan menjadi sesuatu yang luar biasa. 

Simbolik / Makna disebalik ROOST / ruːst / menurut pengasas roost ; 

Tempat di mana burung kerap menetap atau berkumpul untuk berehat pada waktu malam. Didorong oleh rasa cinta, semangat dan kasih sayang atas dosa-dosa rakus kami, kami memberikan inspirasi kepada kami untuk ruang makan utama. Minimalis, Pedesaan, Nordik, dan Berkesinambungan mewakili darah yang mengalir melalui urat ROOST, ruang yang dibuat untuk mempamerkan keindahan semenanjung Malaysia melalui terroir, dan lautnya. Menjalani pengimportan yang tidak perlu, Dari Farm To Fork adalah penghormatan kami ke tempat ini yang kami panggil pulang. Dengan menggunakan seboleh-bolehnya, bahan-bahan lestari tempatan bersumber dari penjagaan langsung dari ladangnya; menerjemahkannya melalui pengalaman kami ke dalam masakan Eropah moden. Duduk, Nikmati dan Bon Apettit

Alamat: No. 69-1, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, Wilayah Persekutuan, 59100 Kuala Lumpur 



 
Three Little Pigs & The Big Bad Wolf

3. Three Little Pigs & The Big Bad Wolf

Haa.. yang ni TB share untuk mereka yang boleh makan je yea.. Sebab Restoran ni menyediakan hidangan Non Halal. Walauapapun Restoran kecil yang comel ini terkenal di kalangan penduduk tempatan. Dengan fokus pada daging babi dan daging, menu Barat ini menawarkan pelbagai pilihan menu dari sarapan hingga makan malam. Menu mereka merangkumi kroket, salad, bebola daging, pasta, sup, burger dan banyak lagi. Selain di Bangsar, restoran ini terdapat di pusat membeli-belah KL dan Selangor. 

Three Little Pigs – is a casual dining experience, and dishes are served as soon as they are ready, without prejudice.

Alamat: 1, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Ril’s Steakhouse

4. Ril’s Steakhouse

Ril's Steakhouse menyediakan korang sepinggan stik yang  dikatakan selalu mengatasi semua yang lain! Ril's Steakhouse memberi tumpuan kepada pengalaman bersantap yang sempurna dan juga kualiti stik. Di sini, korang juga dapat mencari potongan daging paling terkenal yang korang mahukan, seperti ribeye, Wagyu, sirloin, tenderloin, daging lembu Angus dan banyak lagi. 

Ril's  Steak House

Keistimewaan Ril adalah stik porterhouse, yang dikatakan berwarna hitam berkerak di bahagian luar dengan dalaman yang lembut, lebur, dan sangat jarang. Daging lembu itu halal ...

Tempat menghijau ini yang terletak di Bangsar South mempunyai kawasan yang luas dan luas dengan banyak tumbuh-tumbuhan dan tanaman hijau di kafe itu sendiri. Dengan menyajikan pilihan menu yang berpatutan, anda boleh menemui semua jenis hidangan Barat di sini seperti burger, sandwic, salad, sup, pizza, ikan, pinggan daging dan banyak lagi.

Selain stik, mereka juga menyediakan pilihan menu lain, seperti ikan, ayam, burger, Mac N ’Cheese, dan sebagainya. Walaupun tempat ini sedikit lebih mahal, ia pasti berbaloi. 

Alamat: 30, Jalan Telawi 5, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 5. Botanica + Co. 

BOTANICA + CO


5. Botanica + Co.

Haa.. sekali bagi bagi mereka yang sukakan suasan hijau dan nyaman serta tenang ketika menikmati hidangan, Botanica + Co adalah pilihan yang tepat untuk korang. Diilhamkan oleh botani, perasaan menjamu selera di tengah-tengah kehijauan yang subur ditawan di dalam restoran ketika menjamu selera di tengah kawasan bertema rumah hijau. Ianya terletak di Bangsar Selatan . 

Disini terdapat pelbagai pilihan menu, dan korang boleh dapati semua jenis masakan Barat di sini seperti burger, sandwich, salad, sup, pizza, ikan, daging piring dan banyak lagi.

Tempat di mana korang boleh datang bila-bila masa saja, untuk bersantai atau singgah seketika. Botanica + Co memberi perhatian khusus untuk mengimport bahan berkualiti dan juga dalam mendapatkan produk tempatan yang terbaik dan segar setiap hari. Ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk korang menikmati makanan dan minuman dengan bersahaja, sambil lepak bersama rakan taulan.

Alamat: G5, 8, Jalan Kerinchi, Bangsar Selatan, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


The Social

6. The Social

Ok .. Yang ni lain sikit dari yang atas-atas ni, sebab apa tau? Sebab Restoran Ini adalah gabungan restoran Barat tetapi memberikan campuran masakan Timur dan Barat. Hah.. macam mana tu? Tak perlu tanya dah.. Jom pergi makan dekat The Social ni. 

Restoran ni sangat sesuai ntuk orang-orang yang memilih beberapa rasa masakan tempatan, korang mungkin apa yang korang cari segala-galanya ada di sini seperti Char Kuey Teow, Thai Spring Gulung, sotong, kentang kulit, korea ayam goreng, dan sebagainya.

Apa-apa pun, tempat ini memang terkenal dengan pilihan makanan Barat  seperti burger, pasta, pizza, ayam menu dan banyak lagi! Disini juga terdapat berberapa menu pencuci mulut juga tau.. Slurrppp.. terliur TB tengok website diorang.. Bagi TB Restoran The Social ni antara yang terbaik dari semua diatas, selain ia tempat yang mempunyai suasana selesa dan nyaman ia juga sesuai dengan kemampuan ramai, serta hidangannya juga memuaskan hati.. 

Alamat: 57-59, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


6 Western Foods In Bangsar

Haaa.. macam mana? Selepas membaca senarai 6 Western Foods In Bangsar , sekarang korang tahu di mana untuk pergi kalau berada di Bangsar nanti.  

Eh...  Lupa pulak nak cerita, hari tu ada sekali tu TB sendiri rasa malas nak keluar makan, tetapi teringin sangat nak makan Western Food,  so TB order je guna foodpanda, senang sangat sebab ada Western Food Delivery . Tak perlu nak start engine keluar ke Bangsar dan tak perlu nak beratur panjang.. Tak perlu nak bersiap ( part ni malas sangat rasa! ) 

Hanya order melalui Foodpanda, then tunggu je mereka hantar sampai depan pintu rumah. Lepas tu ngap.. untung betul kan! jimat masa, jimat tenaga.. perut pun kenyang.. yeah!


18 Ulasan

  1. Dalam yang disenarailkan, Rawlins hanya pernah lepak dengan kawan antarabangsa di Nutmeg sahaja. Yang lain tu pernah lalu tapi tak pernah singgah. Haha

    BalasPadam
  2. Wow! Never heard of most of the places here. Will check them out in the future. :)

    BalasPadam
  3. woow!! A tasty delicious list you have here, have been to items 3 & 5, will be visiting the rest my next visit to Bangsar :D
    cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  4. Area bangsar memang banyak tempt makan yang kita Boleh pergi. Nanti nak try la

    BalasPadam
  5. BAngsar dekat je dengan opis iena Q sentral tapi tak pernah pergi lagi semua western food ni..tak pernah kenal pun haha btw thanks for sharing

    BalasPadam
  6. Kalau pergi bangsar boleh pilih nak pergi restoran mana mana tapi ken atengok juga restoran yang ada makanan non halal ni kan.

    BalasPadam
  7. Tak pernah lagi pergi tmpt yg TB sarankan.. Nanti kalu ke bangsar boleh la cuba singgah menu d sini juga

    BalasPadam
  8. Okay boleh save post ni. Memang selalu ke Bangsar tapi tak berapa pasti tempat-tempat best untuk makan.

    BalasPadam
  9. Wah tq sebab rekomen tempat makan best2 nanti bolehlah cuba

    BalasPadam
  10. sedap2 nampak semuanya tu. insyaALlah nanti nak pergi

    BalasPadam
  11. Tak pernah lagi sampai Bangsar...nanti laa kalau ada TERkesana, boleh rujuk sini haaaa

    BalasPadam
  12. Menarik dan Qiss belum pernah cuba lagi restoran-restoran yang dinyatakan. Nanti boleh cuba order delivery guna foodpanda aje

    BalasPadam
  13. Nama dah best2.. Steak semua dah nmpk menarik. Tpi ada pulak non halal. Buat la entry halal pulak sis TB. Hihi

    BalasPadam
  14. wah nampak best best semuanya ya. boleh cuba nanti :)

    BalasPadam
  15. banyak yer kedai makan best kat bangsar ni. dah lama tak jejak kaki ke sana. boleh masuk list JJCM nanti

    BalasPadam
  16. Akak suka Botanica+Co tu. Suasana best dan bagus utk ootd. Hahahaa. Bangsar memang best. yang tak best bab parking aje. Cafe ada banyak lg kat sana. Hehe

    BalasPadam
  17. Bangsar memang syurga western .. Port selalu lepak area sana. Ade list yang x pernah pergi lagi. Nanti la kita terjah

    BalasPadam
  18. Thanks sharing tempat makan western food. Kedai cantik-cantik. Nanti ke bangsar bolehla terjah kedai yg halal

    BalasPadam

Catat Komen

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New