Hadiahkan Bayi Baru Lahir Dengan 

Personalised Baby Gifts dari Raph & Remy 



Bila fikir bayi cepat je membesar, cepat je melangkah ke fasa baru, TB pun terfikir apa perlu disediakan untuk persediaan sebelum tiba fasa terbaru untuk bayi TB. Apa fasa terbaru tu ye? Haaa.. TB sebenarnya sedang memikirkan sesuatu yang perlu ada ketika bayi dah mula gatal gusi sebab nak tumbuh gigi.. Walaupun lambat lagi tumguh giginya, Tapi tak salah kalau buat persediaan awal kan, nanti tak perlu tercari-cari bila dah tiba masa.

Hehe.. Rasanya semua ibu-ibu tahu simptom-simptom bayi yang mula nak tumbuh gigi ni kan.. Asyik meleleh air liur, asyik nak menggigit barang je.. kadang bantal pun digigitnya walaupun belum nampak lagi giginya, cuma gusi lagi, tapi aktviti menggigit tu semakin ketara.. Aduh! Hahaha.. Tiba-tiba je TB rasa seram.. sebab bila baby dah start menggigit mulalah teringat balik masa time harraz tumbuh gigi dulu,, Erghhh... Time menyusu dia suka menggigit.. Kadang luka jadinya. Seram.. 

Haa.. sebab tu kita kena sediakan sesuatu untuk bayi ni menggigit, tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada gusi yang nak ditumbuhi gigi tu.. theeter ni boleh menenangkan bayi juga... Haa.. TB saja survey teether yang OK dan selamat untuk bayi, dan scroll punya scroll terjumpalah website RAPH & REMY ni... 

Website ini diasaskan di Singapura yang menawarkan pelbagai koleksi hadiah bayi dan juga banyak pilihan yang menarik sangat sesuai untuk baby dan sangat menarik untuk dijadikan hadiah untuk ibu-ibu yang baru melahirkan..

Korang pernah dengar tak Raph & Remy ni? TB pun baru 1st time dengar. Haa.. Kalau korang nak tahu, RAPH & REMY adalah laman web yang merancang barang keperluan & hadiah bayi premium buluh yang diabadikan untuk ibu-ibu yang suka dengan sesuatu yang nampak bergaya dan moden. Apa yang menarik keluaran pakaian bayi mereka menggunakan kain organik bamboo yang sangat sesuai untuk dipakai oleh baby. Sememangnya barangan di RAPH & REMY sangat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk baby baru lahir.



Haa.. pencarian TB terhenti di website Raph & Remy ni bila ternampak Teethers yang sangat comel dan bermutu serta selamat untuk bayi dan yang paling TB teruja apabila terbaca disitu mengatakan yang theeter tu boleh di personalised dengan ada nama bayi kita pada teether tu.. So, kalau ibu-ibu yang menghantar ank ke pengasuh ke, mainan bercampur ke apa.. dah tak risau sebab theeter ni dah tertulis nama bayi korang.. kannn. 

Teether RAPH & REMY ™ BubbleGummy ™ 


TB berkenan sangat Teethers ni sebab Teethers Raph & Remy ini adalah buatan tangan daripada manik silikon gred 100% berkualiti tinggi. Bebas daripada BPA dan kayu beech asli premium, tahan lama, lestari dan antibakteria semula jadi.


Manik-manik silikon lembut adalah ukuran dan tekstur yang sempurna untuk menenangkan. Ianya mengurut lembut gusi sementara gelang kayu beech berganda memberikan permukaan keras yang memuaskan untuk bayi baru lahir mengasah gusi mereka.  Memang sesuai sangatlah untuk bayi kita yang baru nak tumbuh gigi.  Saiznya yang kecil dan comel membuatkan ia sesuai berada dalam genggaman tangan bayi.  Ditambah pula warna pastel yang indah yang menarik perhatian si bayi.  Wah.. tak boleh bayangkan reksi baby bila dapat teethers dari Raph & Remy ni kan, betapa geramnya diorang menggigit dengan puas sebab dapat asah gusi diorang.. hehe

Teether RAPH & REMY ™ BubbleGummy ™ adalah aksesori yang mesti dimiliki oleh mana-mana bayi yang tumbuh gigi .



Kembali kepada cerita Website Raph & Remy tadi, Raph & Remy merupakan laman web Personalised Premium Bamboo untuk Keperluan Bayi & Hadiah Bayi. Bagi ibu yang bergaya dan moden, Raph & Remy merupakan pilihan yang terbaik kerana mengutamakan kualiti, memikirkan kesan terhadap alam sekitar dan mengutamakan keselesaan bayi. 

Raph & Remy yang menyediakan Personalised Baby Gifts. Banyak pilihan gift yang ada untuk dijadikan hadiah. Manakala penghantaran menggunakan perkhidmatan DHL dalam masa 1-3 hari dengan caj berpatutan.

Paling TB teruja tengok ialah produknya premium dan eksklusif, buatan yang kemas, warna pastel yang menarik dan boleh custom made nama untuk diletakkan di baju, blanket ataupun tuala malah teether pun boleh juga! Produknya dibuat dari material buluh organik yang sangat lembut dan selesa.


5 pilihan Personalised Baby Gifts 

Di Website Raph & Remy ini terdapat 5 Pilihan Personalised Baby Gifts untuk korang pilih untuk dijadikan hadiah istimewa buat bayi comel korang ataupun untuk dijadikan hadiah menarik dan lain dari yang lain buat rakan-rakan atau sahabat korang yang baru menerima cahayamata mereka.. Jom kita tengok kot memang kebetulan ada hadiahkan untuk mereka.. 


5 pilihan Personalised Baby Gifts



1) Organic Bamboo Cloud Cooling Blanket 

Blanket ini diperbuat daripada 100% material buluh organik yang sangat mesra alam dan lembut pada kulit bayi. Ia mempunyai pelindung UV semula jadi dan hypoallergenic – ia tidak akan menyebabkan reaksi alahan. Semestinya sangat selesa untuk bayi bagi pastikan mereka tidur lebih lena. 




Kesemua produk Raph & Remy menggunakan teknologi OEKO-TEX® yang diperakui,  dimana materialnya sangat lembut dan halus seperti sutera. Suka tengok blanket Raph & Remy tu, ianya Organic Bamboo Cloud Cooling Blanket yang sangat breathable, antibakteria dan tiga kali lebih menyerap daripada kapas organik terbaik. Kebolehan pelembapan semulajadi kain menjadikan bayi kering, bebas bau dan segar.

Ianya secara semulajadi menjadi fungsi sebagai pelindung UV dan hypoallergenic - tidak akan menyebabkan reaksi alahan. Salah satu kain paling lembut di dunia, buluh organik adalah bebas racun perosak, lestari dan sumber yang boleh diperbaharui. Korang boleh dapatkan 4 warna pilihan iaitu biru, merah jambu, putih dan kelabu.





Set Raph & Remy Organic Bamboo Baby Towel & Mitt yang lembut dan mewah diperbuat daripada material bamboo organik berkualiti terbaik dengan tiga kali lebih serapan berbanding tuala kapas organik. Tuala ini mengeringkan kulit bayi dengan cepat sambil menjadikannya hangat dan sangat selesa. 

Manakala sarung tangan lembut sutera sesuai menjadikan pencucian pada waktu mandi mudah dan merangkumi gelung gantung yang mudah digunakan untuk pengeringan dan penyimpanan

Set ini diperbuat dengan mementingkan keselesaan kulit lembut si bayi. Sangat sesuai untuk kegunaan seharian, hadiah yang sangat praktikal dan ideal untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak sehingga 3 tahun. 


Pilihan mesra alam, Organik Bamboo Baby Towel & Mitt yang diperakui OEKO-TEX® dicampurkan dengan serat mikro untuk memberikan ketahanan, supaya tuala kekal lembut selepas dicuci dan juga tidak mudah berkedut. Bukan hanya salah satu kain yang paling lembut di dunia, ia juga merupakan sumber yang lestari dan boleh diperbaharui.

Set ini sengaja dibuat dengan mempertimbangkan kulit sensitif bayi. Ianya Hipoalergenik, antibakteria dan anti racun perosak,  Untuk kegunaan seharian, ianya adalah hadiah yang sangat praktikal dan ideal yang bersaiz sempurna untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak sehingga tiga tahun. Menampilkan telinga yang lembut dan lembut di atas hooded serta perincian sulaman pada kedua tuala dan sarung tangan, Korang boleh dapatkan 3 warna pilihan biru, merah jambu, dan kelabu.



Haa.. yang ni seperti yang TB nyatakan di awal entri ini.. dimana ia adalah buatan tangan yang berkualiti diperbuat dari campuran manik silikon gred makanan 100% berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan kayu premium natural beechwood yang tidak dirawat. Iaitu kayu keras yang tahan lama, lestari dan antibakteria semulajadi. 

Manik-manik silikon lembut adalah ukuran dan tekstur yang sempurna untuk menenangkan dan mengurut lembut gusi si manja. Rekaan nya juga memudahkan untuk bayi memegang dan menggigit lembut teether ini. 



Diperbuat dari 100% viscose buluh dan terdapat dalam pelbagai campuran warna khas. Kain Kashmir seperti kain buluh adalah pilihan terbaik dalam fabrik berkualiti. Selembut sutera dan unik, ianya adalah pilihan terbaik dalam fabrik berkualiti yang mana tiga kali lebih menyerap daripada kapas biasa. 

Ia juga merupakan sentuhan paling lembut untuk bayi . Sifat kain juga menjadikannya anti-bakteria, anti-kulat dan hypoallergenic. Pilihan fabrik yang sangat tahan lama dengan semua pelindung dijamin kekal lembut selepas dicuci. Mempunyai pelbagai fungsi, selain selimut ia jugak boleh menjadi nursing cover, alas bayi dan sebagainya. 

 
 
Sebelum ni TB tak berpa faham tentang kegunaan SootherBuddy Security Blanket ni, Tapi bila TB baca seterusnya baru TB faham.. Hehehe.. ia ibarat bantal busuk, selimut busuk, bear busuk anak-anak kita la jugak kan.. hahaha.. Tapi yang comel dan trendy..  TB suka.. heheh.. 

Lembut mewah, SootherBuddy ™ Security Blanket menawarkan keselesaan dan keselamatan kepada anak-anak kecil di seluruh dunia. Selalunya digunakan sebagai objek peralihan, reka bentuk asli Raph & Remy khas. Menenangkan, bayi ketika mereka berpisah daripada ibu bapa mereka dan menghadapi suasana yang tidak biasa.



Pediatrik mengesyorkan agar bayi berusia enam bulan ke atas diberi objek keselamatan untuk membantu menghilangkan ketegangan dan kegelisahan mereka. Dibuat dengan velboa kelabu neutral yang sangat lembut dan dilapisi dengan satin sutera, SootherBuddy ™ terbuka di bahagian depan untuk snuggling yang selamat dan selesa. Ianya bergaya, berfungsi dan sentiasa menggayakan bahagiannya. Ini akan menjadi teman terbaik bayi yang selalu ada di sisi mereka.


Pakaian Bayi /Apparel

1) Knotted gowns

haa.. yang ni TB suka sangat tengok.. Gaun Simpul Buluh Premium yang nampak mewah serta lembut atau nama comelnya Knotted gowns ni sangat selesa untuk bayi dan semestinya koleksi wajib dimiliki bayi yang baru lahir. Terdapat dalam pelbagai warna dalam ukuran 0-3 bulan. Ianya sangat premium, selesa dan berbutang untuk memudahkan dipakaikan kepada newborn baby. Bahagian bawahnya boleh diikat dan dibuka jika hendak memakaikan dan menukar diaper.




Kelebihan material Premium Bamboo dalam produk Raph & Remy ini ialah :
  • Mempunyai serat semula jadi
  • 3 kali lebih banyak penyerapan daripada material kapas
  • Keupayaan kelembapan semula jadi
  • Material yang mudah bernafas
  • Temperature regulating
  • Anti bakteria
  • Anti kulat
  • Hypoallergenic

2) Baby Onesies

Antara Item penting untuk setiap koleksi bayi baru lahir dan tersedia dalam pelbagai warna dalam saiz 0-3 bulan. Memberikan pengalaman yang menarik buat bayi baru lahir. Premium Bamboo Onesis Sangat lembut dan selesa. Terdapat 7 pilihan warna untuk dimiliki dan ditukar setiap hari.

Memberikan pengalaman yang menarik buat bayi baru lahir. Onesies Buluh Premium adalah bersifat lembut. Sangat bergaya ketika digayakan untuk apa-apa majlis dan sesuai juga untuk waktu tidur dan bermain. Kain yang strecthable direka untuk mengikuti setiap pergerakan bayi baru lahir. 




Gift Sets

1) Newborn Essentials Collection Baby Gift Sets

Comel kan? Korang pilih je set yang ingin dijadikan hadiah untuk si manja. Pilih ikut keseuaian warna yang sesuai dan custome made mengikut nama bayi. Syok nya boleh custome made macam ni.. ada sentimental value buat baby bila dah besar nanti kan.. 

Hadiah yang ingin kita beri, boleh dipilih sendiri dan dikumpul serta dimasukkan dalam kotak yang sangat cantik ini. hanya pilih sahaja mana-mana set hadiah menarik untuk bayi baru lahir di Raph & Remy ini untuk dijadikan hadiah buat rakan korang yang baru menerima cahayamata. Siap disertakan kad lagi tau..

2) Newborn Essential Collection

Merupakan set lengkap bagi kepeluan bayi baru lahir. Semua barang keperluan baru lahir dalam satu set hadiah premium tanpa jantina. Ia termasuk Beg Canvas Tote Premium, untuk menjadikan semua keperluan lawatan ke hospital sangat istimewa, mudah! Semua item diperakui OEKO-TEX®.

Menjimatkan 20% apabila kita membeli Koleksi Keperluan Baru Lahir ini sebagai satu set hadiah yang lengkap.
  • Onesies Buluh Premium - Set Duo (0-3m)
  • Gaun Rajutan Buluh Premium (0-3m)
  • Pembalut Buluh Premium
  • Sarung Buluh Premium - Set Duo (0-6m)
  • Beanie Slouch Reversible Bambu Premium (0-6m)
  • Booties Bayi Buluh Premium (0-6m)
  • Stoking Bayi Buluh Premium - Set Duo (0-3 + 3-6m)
  • Beg Tote Kanvas Premium
  • Kad Hadiah

Memang sesuai untuk dijadikan hadiah untuk mereka yang baru menyambut baby baru. Lengkap dengan baju, sarung kaki/ tangan dan kotaknya sangat eksklusif.



Jom dapatkan Personalised Baby Essentials di Raph & Remy untuk dijadikan hadiah istimewa bakal ibu mahupun untuk bayi korang sendiri.. di Raph & Remy terdapat semua barang keperluan baru lahir dalam satu set hadiah premium tanpa jantina, dengan pilihan untuk menyesuaikan warna dan bahkan memperibadikan dengan nama khas.

Malah merangkumi Beg Kanvas Tote Premium kami untuk menjadikan semua barang keperluan menjadi mudah!

Semua item diperakui OEKO-TEX® dan diperbuat daripada kain buluh yang indah, licin dan halus yang bernafas .

Jimat 20% apabila korang membeli Koleksi Keperluan Baru Lahir kami sebagai satu set hadiah yang lengkap.


Kalau tak tahu nak pilih apa untuk mereka, korang hadiahkan aje egift card ni. biar mereka saja yang shopping apa yang mereka mahu di Raph & Remy ni.. hehehe.. 

 Untuk maklumat lebih detail.. sila lawati linklink dibawah :


Raph & Remy: 


Website : 

Instagram : 

Facebook : 




13 Ulasan

  1. Anyway.. Congrazt TB for having a new baby Koleksi yang sangat menarik dan comel-comel. A good sharing.

    BalasPadam
  2. comel2 nya semua item2 ralph and remy..bestnya kalau ada baby, nak pakai kan semua brg2 tu!😍

    BalasPadam
  3. The collection looks so cute. I want to buy for my baby niece.

    BalasPadam
  4. Collection dia simple but elegant. Ala TB ni dah kita teringin nak ada baby pulak tgk barang2 ni.. Hahhahhah

    BalasPadam
  5. Suka tengok kat sini. Comel dan cantik-cantik koleksi dia. Rambang mata tengok

    BalasPadam
  6. Cantiknya tengok semua produk bayi tu hehehe geram pun ada wakakaka tapi kita nak beli nak kasi siapa tak ada anak pun wakakaka anak sedara pun semua dah besar-besar belaka wakakakaka..

    BalasPadam
  7. Geram nengok barang bayi semua, sekarang ada macam-macam kannn, time Sis dulu alaaa Kikilala aje hahahaha...nak skodeng gak le, beli dan send kat kawan yang ada baby hehehehe

    BalasPadam
  8. Thanks for sharing this as am looking for a personalised birthday gift for my little niece, gonna check it out. cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  9. Simple dan sweet design2 barang baby kat website ni. kalau ada baby sendiri agakyer memang dah beli kot satu set. hehe

    BalasPadam
  10. OMG the Teether RAPH & REMY ™ BubbleGummy ™ looks so so cute! Must love by all the babies kan. Good for the parents

    BalasPadam
  11. Semua barang ade. Sennag nak cari. .comel geram. Boleh bagi dekat sesiap yang bakal ibu dan baru jadi ibu tu.. Nak beli utk diri sendiri anak dh besar2.. Ehhe

    BalasPadam
  12. cantiknya kalau dibuat hadiah ni! Material kaain dia nampak soft, warna pun cantik! Tak lama dah nak masuk musim baby PKP keluar hehe

    BalasPadam

Catat Komen

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New