Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

07 November 2015

CARA MASAK BROKOLI SEDAP DAN MUDAH!


CARA MASAK BROKOLI SEDAP DAN MUDAH!

Saja layan mata petang-petang gini.. nampak resepi brokoli macam sedap je.. tengok resepi mudah sangat.. macam masak sayur biasa tu je.. 


Resepinya:-

Rebus brokoli dengan garam.kemudian asingkan. Kemudian hancurkan bawang putih agak kasar, kemudian tumis bersama ayam yang dihiris kecil2.. tuangkan sup ayam dalam tin. Setelah mendidih, tuangkan keatas brokoli tadi.


06 November 2015

RESEPI CUCUR BADAK SEDAP



RESEPI CUCUR BADAK SEDAP



BAHAN A (Untuk kulit):

●3 biji keledek oren(Sederhana besar)
●Tepung gandum
●1/2 sudu garam (agak-agak)
●1 sudu gula (agak-agak)
●Air utk rebusan
●Minyak masak (utk sapu ditangan supaya tidak melekat masa uli kecik2)

Kupas keledek oren dan potong utk cepat empuk. Rebus bersama air yg dicampur sesudu garam dan toskan bila empuk. (boleh cucuk pkai garfu utk tahu dh empuk ke tidak).
Setelah tos,lenyek2kan sehingga sekata dan biarkan sejuk seketika.
Masukkan 1/2 sudu garam dan sesudu gula dan gaul bersama keledek kemudian masuk sedikit demi sedikit tepung. ( agak-agak jgn keras sgt nti kulit liat. Buat lembut tpi boleh bentuk)

BAHAN B (Inti):

●1/2 biji kelapa parut
●3 btg serai gemok (hiris halus)*
●15 biji cili kering (ikut selera)_bsuh dan rendam*
●5 ulas bwg kecil*
●300g udang kecil @ sengengam (kupas buang kpla dan ekor)
●Garam
●Gula
●Asam keping
●Serbuk kunyit
●2cawan air

Blander bahan yg bertanda*
Masukkan kelapa parut, bahan yg diblander dan udang ke dlm kuali dgn api perlahan.
Masukkan secawan air dan sesudu kecil serbuk kunyit. gaulkan...jika tidak rata, masukkan sedikit lg air.Gaul sehingga rata.
Campakkan sekeping asam keping.
Masukkan sesenduk gula dan 1/2 sudu garam
Gaul sehingga kering. rasa...(inti perlu manis sedikit)
Sudah kering, angkat dan sejukkan.

♡ Cara Menguli♡

💢Sapu minyak masak pada tpk tgan, ambik adunan ubi sebesar bola ping pong dan lenyek sehingga mnjadi bulat leper...masukkan inti dan tekup inti dan uli mnjadi bulat2,dah siap boleh terus goreng...


04 November 2015

Daging Masak Hitam




Daging Masak Hitam


Bahan2

1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar

4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - tambah

Cara

1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering....

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers