RESEPI CUCUR BADAK SEDAP



BAHAN A (Untuk kulit):

●3 biji keledek oren(Sederhana besar)
●Tepung gandum
●1/2 sudu garam (agak-agak)
●1 sudu gula (agak-agak)
●Air utk rebusan
●Minyak masak (utk sapu ditangan supaya tidak melekat masa uli kecik2)

Kupas keledek oren dan potong utk cepat empuk. Rebus bersama air yg dicampur sesudu garam dan toskan bila empuk. (boleh cucuk pkai garfu utk tahu dh empuk ke tidak).
Setelah tos,lenyek2kan sehingga sekata dan biarkan sejuk seketika.
Masukkan 1/2 sudu garam dan sesudu gula dan gaul bersama keledek kemudian masuk sedikit demi sedikit tepung. ( agak-agak jgn keras sgt nti kulit liat. Buat lembut tpi boleh bentuk)

BAHAN B (Inti):

●1/2 biji kelapa parut
●3 btg serai gemok (hiris halus)*
●15 biji cili kering (ikut selera)_bsuh dan rendam*
●5 ulas bwg kecil*
●300g udang kecil @ sengengam (kupas buang kpla dan ekor)
●Garam
●Gula
●Asam keping
●Serbuk kunyit
●2cawan air

Blander bahan yg bertanda*
Masukkan kelapa parut, bahan yg diblander dan udang ke dlm kuali dgn api perlahan.
Masukkan secawan air dan sesudu kecil serbuk kunyit. gaulkan...jika tidak rata, masukkan sedikit lg air.Gaul sehingga rata.
Campakkan sekeping asam keping.
Masukkan sesenduk gula dan 1/2 sudu garam
Gaul sehingga kering. rasa...(inti perlu manis sedikit)
Sudah kering, angkat dan sejukkan.

♡ Cara Menguli♡

💢Sapu minyak masak pada tpk tgan, ambik adunan ubi sebesar bola ping pong dan lenyek sehingga mnjadi bulat leper...masukkan inti dan tekup inti dan uli mnjadi bulat2,dah siap boleh terus goreng...


Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New