Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

20 Februari 2018

RESEPI RENDANG TOK SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI RENDANG TOK SEDAP DAN MUDAH!

Haa.. TB tengah mencari resepi Rendang Tok untuk dicuba hari raya nanti.. cewah.. puasa pun belum .. dan teringat raya yea.. haha.. Ok lah.. TB cadang nak try buat Rendang Tok ni one day.. pastu nak try buat Kuzi kambing / daging.. Nak kena cari Resepi mantop dulu.. hehehe.. Tapi yelah.. bila bahan dan rempahnya tak cukup.. Malas TB nak menjanjikan apa-apa.. huhu.. kalau ada bahan boleh lah terus jalann.. hehehe.. 

Apa-apa pun TB tepek kan dulu 2 resepi utnuk dicuba.. Nanti TB nak tengok balik mana satu yang senang nak follow.. hehehe.. Korang pilih yang mana? Satu ke Dua? hehehe..


RESEPI PERTAMA :

BAHAN-BAHAN:
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa


BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga


CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.


RESEPI KEDUA :

BAHAN-BAHAN:
2 kilo daging - potong kiub, jgn kecil sangat ye.. 
5 biji kelapa (santan)
1 ½ sb jintan halus( jintan putih)- goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
3 sb biji ketumbar - goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
6 sb jintan kasar ( jintan manis) -goreng tanpa minyak dan tumbuk halus 
1-2 senduk cili blend-ikut pedas disukai
Kerisik-anggaran dalam 1 biji kelapa 
1 ketul gula melaka
3 helai daun kunyit - hiris
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 keping asam keping
Sedikit belacan- optional
Garam
Serbuk perasa- optional
Bahan kisar halus:
20 ulas bawang merah
9 ulas bawang putih
2 inci halia
5 -7 batang serai 
2 inci lengkuas

CARA MEMASAK:
Masuk semua bahan kecuali daun kunyit,gula melaka,garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk. Perap dengan daging selama 4 jam paling kurang.. Nak sedap lagi perap laa semalaman...

(***kalau nak cepat boleh guna pressure cooker untuk mengempukkan daging..)

Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering... Baru dimasukkan santan...

Reneh selama 3-4 jam... Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kacau dengan agak kerap sehingga daging mula empuk, berwarna agak hitam dan kering...Kena selalu dikacau supaya tidak hangit bahagian bawah ye...

Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping... Kacau lagi hingga rata...Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

(**Rendang ini lebih sedap rasanya selepas sehari dimasak..kerana rempah ratusnya semakin meresap kedalam daging)


picture/info :
Google

19 Februari 2018

CARA MEMBERSIHKAN SIPUT SEDUT SEBELUM DIMASAK


CARA MEMBERSIHKAN SIPUT SEDUT SEBELUM DIMASAK

Tujuan kita membersihkan Siput Sedut sebelum memasaknya adalah kerana untuk membuang segala racun dan bakteria yang ada didalamnya.. Jom kita ikuti cara-cara yang betul membersihkan Siput Sedut ni..

1. Masukkan siput sedut yang telah dibilas dengan air ke dalam sebuah bekas. 

2. Selepas itu masukkan hampas kelapa.

3. Gaul hampas kelapa pada siput sehingga rata dan meliputi kesemua siput tadi. Biar semalaman.(tapi kak lina rendam kejap je dalam 2-3 jam..tu pun dah bersih sangat).

4. Basuh siput tadi sehingga bersih dan barulah boleh memotong bahagian hujung cengkerang siput itu sebelum dimasak. Jangan lupa rendam siput yang dah dipotong tu dengan air garam dulu yea.. nak bagi siput tu muntah kotoran. Bukan saja bau lumpur akan hilang malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.

PETUA LAIN :


Ambil Daun Pisang sahaja, kemudian ramas2 dengan siput tadi. Ulang sehingga siput betul2 bersih dengan menggunakan daun pisang yang sama. Kemudian baru lah potong montot/ekor siput.

Orang tua-tua kata kalau masa makan tu ada rasa siput berlendir2 maknanya siput tu dah mati sebelum kita potong montot dia lagi.

Jom Tengok Resepi Masak lemak Siput Sedut
KLIK SINI

image : from google


Resepi Siput Sedut Masak Lemak Mudah dan Sedap!



Resepi Siput Sedut Masak Lemak Mudah dan Sedap!


Huhu.. TB sebanrnya suka makan Siput sedut ni dulu tapi disebabkan satu insiden tu.. TB terus tak suka makan Siput Sedut ni.. hahaha.. Insiden apakah itu? Biarlah Rahsia.. Kang ter bertambah pulak orang tak suka Siput Sedut ni kan.. haha.. Apa-apa pun.. kalau dalam family TB tu atau sesiapa tetamu yang mai yang suka giler Siput Sedut Masa Lemak ni.. Takde masalah TB nak masakkan.. cuma TB je tak makan.. hihihi.. 

So, TB saja tengok resepi yang mudah dan nak share kat sini.. kalau korang tercari-cari yang mudah dan bahan senang nak cari.. inilah dia.. haaa.. kalau nak resepi TB lak.. boleh tengok link yang kat bawha sekali tu yea..

Bahan2
Bwg merah**
Bwg putih**
Lengkuas**
Kunyit hidup**
Cili padi**
Cili hijau besar**


Bahan yg bertanda** dikisar
Siput sedut
Daun kesum
Serai dititik
Asam keping 1

Cara2
Masakkan santan bersama bahan kisar kedalam periuk,

kacau hingga mendidih,masuk serai yang dititik bersama 1 asam keping.

Bila dah mendidih masuk siput sedut sedikit garam dan gula (Ingatt!! Pastikan kuah mendidih dahulu baru di masukkan siput, jangan masukkan sebelum mendidih nanti  siput susah nak keluarkan dari cengkerangnya ) Tu yang korang sedut-sedut sampai nak habis nafas pun tak keluar-keluar gak.. hahaha.. TB tension bab ni dulu.. kikiki.. 

Last masukkan daun kesum.


Kredit Video Dan Resepi :
ig masakwithpassion


Nak try Resepi dan Bahan Macam TB selalu buat lak? boleh klik link ni.. 




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers