Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

22 September 2016

CARA TIDUR YANG BETUL BAGI IBU DALAM PANTANG

CARA TIDUR YANG BETUL 

BAGI IBU DALAM PANTANG

Hai.. saja nak share tentang Cara Tidur Yang Betul Bagi Ibu Dalam Pantang ni, sebab baru-baru ni saja sembang-sembang dengan adik ipar.. Dia suka bercerita dan teman lak suka je dengar sebab kadang-kadang ilmu tu boleh di share dengan rakan-rakan yang memerlukan.. betul tak? ni teman terjumpa info tentang cara tidur yang betul ni, terus up dalam blog.. semoga bermanfaat buat semua yea.. Sharing Is caring . jemput baca yea..

Cerita tentang pakai bengkung, bertungku, minum air kunyit, makan jamu selepas bersalin memang ramai tahu. Tahukah anda tentang cara tidur yang betul bagi ibu dalam pantang?

Jangan pandang remeh perkara ini ya. Silap cara tidur peranakan lambat sembuh dan kepala selalu sakit. Selain cara tidur ada lagi perkara yang sebaiknya dibuat tapi selalu diabaikan ibu sewaktu dalam pantang.

1. Cara tidur ibu bersalin
Tidur dengan bantal yang tinggi supaya darah kotor tak naik atas kepala dan jauhkan diri dari sakit kepala. Kemudian kaki rapat dan lurus supaya peranakan cepat pulih dan vagina jadi sempit semula dan luka cepat sembuh.

2. Pakaian dalam pantang
Pakai baju lengan panjang terutama waktu pagi dan malam supaya angin sejuk tidak masuk ke tulang yang boleh mengakibatkan sakit tulang di usia tua. Sentiasa berstoking supaya kaki sentiasa panas dan badan tidak masuk angin.

3. Dandanan Rambut
Rambut kena ikat tinggi dan ketat supaya angin meroyan tak naik ke kepala. Jika tidak jaga, ibu akan mendapat sakit gila meroyan atau mata cepat rabun. Boleh juga sapukan minyak zaitun untuk menyegarkan kulit kepala dan menghilangkan rasa pening.

4. Berbedak
Bukan bedak kompak ya. Ini bedak bedak sejuk yang dicampur ragi tapai. Cara membuatnya ambil sebuku ragi tapai,hancurkan dengan sedikit bedak sejuk, kemudian campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada seluruh badan,jangan terlalu tebal atau terlalu nipis selepas mandi pagi atau sebelum sarapan. Tujuan berbedak untuk mengelak angin masuk badan dan menegangkan semula kulit.

5. Pilis
Nak berbedak pun malas inikan pula meletakkan pilis di dahi. Ramai yang rasa rimas menggunakan pilis walhal ia baik untuk melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. Ia dapat mengurangkan masalah gelap mata yang biasanya dialami ibu yang lepas bersalin. 

Melihat senarai pantang ibu bersalin memang rasa remeh untuk dibuat, apatah lagi kalau berpantang sendiri yang pada masa sama kena jaga bayi. Tapi cuba untuk ikut aturan ini kerana ia untuk kebaikan dan kesihatan diri ibu juga.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

21 September 2016

KATA-KATA MOTIVASI PILIHAN TENGKUBUTANG #1



If you live long enough, you'll make mistakes. But if you learn from them, you'll be a better person. It's how you handle adversity, not how it affects you. The main thing is never quit, never quit, never quit. 

- William J. Clinton


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

19 September 2016

PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU KINI BERWAJAH BARU!


PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU KINI BERWAJAH BARU!

Keharmoniaan rumahtangga perlu diberi perhatian khusus, seperti juga bahagian keintiman wanita, justeru sabun bukanlah pilihan yang tepat, gunalah Pembersih Kewanitaan Daun Sirih daripada jenama SUMBER AYU untuk membersih dan menyegarkan bahagian intim wanita, Hindari bau , selesa sentiasa.. wahhh.. macam iklan la pulak yea.. hehehe.. 

Packaging baru.. cantik kan! ada bentuk curve body awek gitu!
Oklah, hari ni teman nak berkongsi cerita tentang produk penjagaan keintiman wanita ni, yang dihasilkan dengan Ekstrak Daun Sirih yang telah dipertingkatkan formulasinya dan kini lebih menawan dan menarik dengan wajah baru! 
Nak tayang gak gambar packaging lama.. 
Penjagaan bahagian intim wanita amat perlu tau, selain untuk mengelakkan bakteria yang berbahaya untuk kawasan intim kita, ia juga dapat membuatkan si pemakai berasa segar, bersih dan selesa dengan penggunaan yang teratur.. 
Baunya wangi.. tengok.. nyiau2 pun suka bau dia.. heeee... 
Jikalau kawasan intim tidak bersih, maka bakteria akan mendekati.. dan apabila terjadi infeksi pada alat sulit, pastinya amat menganggu aktiviti seharian kita kerana bakteria tersebut boleh menyebabkan kegatalan, miss V berbau dan keluar cecair keputihan yang kurang menyenangkan.. Sekiranya dibiarkan.. pasti boleh menyebabkan jangkitan lain yang lebih berbahaya.. dan ini juga boleh menganggu hubungan dan keharmonian rumahtangga. 

So, untuk mengelak terjadinya situasi yang kurang menyenangkan seperti diatas, maka kita perlu mengambil langkah menjaga Miss V kita agar sentiasa bersih, segar dan sihat.. haa.. apa kata, korang ambil masa sedikit baca tentang kebaikan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini.. Kalau tengah mencari atau sedang mencari produk ni, suka teman nak bagi tahu Produk-produk SUMBER AYU ini boleh didapati di semua pasaraya utama, dan farmasi. 

Haaaa.. dan untuk pengetahuan semua rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan oleh WIPRO UNZA (MALAYSIA) SDN. BHD.. jom baca info lebih lanjut tentang kelebihan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih daripada jenama SUMBER AYU ini.. 


SUMBER AYU -- Penjagaan Semula Jadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih Dan Sihat .


MEMPERKENALKAN PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU
DENGAN FORMULASI DIPERTINGKAT & BERWAJAH BAHARU!

~ Penjagaan Semula Jadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih Dan Sihat~
Sebahagian erti menjadi “dewasa” adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Bahagia intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan. 

Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar.

Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar /Rose
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis 

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral  
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir 
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk  
Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity 
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.
Sorry.. tak boleh nak elak.. itu nyiau2 mesti nak menempek gak dalam frame.. 

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati pada harga 
RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml)

Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.

Psstttt : komen dari teman, teman suka kesemua baunya... wangi dan segar tau.. tak perlu nak pilih mana yang ok.. sebab memenag kesemuanya OK.. hehehehe.. tak percaya? try la cari dan bau kesemuanya.. mesti teragak-agak nak pilih yang mana.. hehehehe.. walau apa-apaun, pilihlah mengikut kesesuaian dan kondisi Miss V korang yea.. K.. itu sahaj utnuk review kali ni.. semoga  info diatas bermanfaat buat semua.. Assalammualaikum.. 

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU boleh didapati pada harga 
RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). 

Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. 
Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


06 September 2016

RESEPI BERGEDIL DAGING SEDAP DAN MUDAH!

RESEPI BERGEDIL DAGING SEDAP DAN MUDAH!

hemm.. rasa nak buat bergedil daging je hari ni sebab bahan-bahannya ada tu.. ubi kentang pun ada.. daging kisar pun ada, bawang semua, cili, daun sup n daun bawang pun ada balance buat sup tulang hari tu, hemm.. sebelum ni dah pernah buat.. tapi cari-cari balik resepi yang teman guna dan gambar bergedil teman buat tu, rupanya takde dalam entri teman lagi.. So, hari ni tepek la entrinya.. nanti dah siap bergedil versi teman, leh la tepek gambonya kat sini ye! Jom tengok Resepi Bergedil Daging Sedap dan Mudah ni.. 

Resepi : Begedil Daging

Bahan-Bahan:
500 gram ubi kentang
150 gram daging kisar
1/2 biji bawang besar, didadu
2 biji cili merah, dihiris halus
2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus
2 sudu besar bawang goreng
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji telur ayam
sedikit garam

Cara Penyediaan:
Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga empuk. Angkat dan toskan. Biarkan seketika hingga kurang panas.
Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang didadu, kemudian masukan daging kisar dan masak seketika.

Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan "masher" dan kemudian gaulkan dengan cili merah, daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.
Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.

Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu. Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan di dalam kuali. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak

Tips:
Masa menggoreng, jangan alih begedil sehingga bahagian bawah betul-betul masak supaya begedil tidak menjadi hancur semasa menggoreng.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers