RESEPI BERGEDIL DAGING SEDAP DAN MUDAH!

RESEPI BERGEDIL DAGING SEDAP DAN MUDAH!

hemm.. rasa nak buat bergedil daging je hari ni sebab bahan-bahannya ada tu.. ubi kentang pun ada.. daging kisar pun ada, bawang semua, cili, daun sup n daun bawang pun ada balance buat sup tulang hari tu, hemm.. sebelum ni dah pernah buat.. tapi cari-cari balik resepi yang teman guna dan gambar bergedil teman buat tu, rupanya takde dalam entri teman lagi.. So, hari ni tepek la entrinya.. nanti dah siap bergedil versi teman, leh la tepek gambonya kat sini ye! Jom tengok Resepi Bergedil Daging Sedap dan Mudah ni.. 

Resepi : Begedil Daging

Bahan-Bahan:
500 gram ubi kentang
150 gram daging kisar
1/2 biji bawang besar, didadu
2 biji cili merah, dihiris halus
2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus
2 sudu besar bawang goreng
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji telur ayam
sedikit garam

Cara Penyediaan:
Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga empuk. Angkat dan toskan. Biarkan seketika hingga kurang panas.
Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang didadu, kemudian masukan daging kisar dan masak seketika.

Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan "masher" dan kemudian gaulkan dengan cili merah, daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.
Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.

Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu. Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan di dalam kuali. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak

Tips:
Masa menggoreng, jangan alih begedil sehingga bahagian bawah betul-betul masak supaya begedil tidak menjadi hancur semasa menggoreng.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

8 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama