Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

04 Mac 2017

ABOK² @ TEPUNG GOMAK


ABOK² @ TEPUNG GOMAK

Yang ni TB pernah makan.. sedap sangat.. Tapi TB tak terasa nak buat sendiri.. hahaha.. takut tak jadi.. ni tengok pada bahan macam senang  je.. hahaha.. tapi still rasa tak konfiden nak buat kuih macam ni.. so.. tepek dulu resepi.. nak cari nanti senang.. mana tau dapur baru semangat baru nak masak tu lain maciam sikit?

Bahan Inti :
• 2 cawan kelapa parut
• 1/2 cawan gula merah
• 1/2 cawan gula pasir
• 1/4 air

Bahan Kulit :
• 150 gram tepung pulut
• 1/2 cawan air
• sedikit garam

Bahan Salut :
• 75 g kacang hijau (digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.)

Cara membuat Inti :
◆Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. Ketepikan & biar ia sejuk

Cara membuat kulit :
◆Panaskan periuk yang mengandungi air.
◆Letakkan tepung dlm mangkuk,masukkan sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit
◆Uli hingga menjadi doh dan adunan tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka)
◆Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit
◆Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit
◆Seterusnya apabila air telah mendidih,masukkan doh yang telah di intikan dan dibentuk tadi.Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)
◆Kuih dah timbul,tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis.Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar













JOM DAPATKAN FREE SAMPLE REQUEST !!


Ha.. hari ni TB nak share dengan korang link-link yang boleh korang daftar untuk dapatkan bermacam-macam sampel percuma seperti yang tersenarai dibawah ni.. Kelebihan korang request sample ni ialah korang dapat mencuba dulu barangan/produk tersebut sebelum korang membeli pek yang bersaiz besar. 
Yelah kan, kalau tak cuba test mana kita tahu yang itu OK atau tidak dengan kita kan.. nanti rugi pulak beli banyak dan mahal pulak tu, sekali bila pakai dah tak sesuai, tak serasi.. kan rugi kalau jadi macam tu.. 

So, dengan adanya sampel inilah bantu kita memilih ddan membeli dengan betul dan tak rugi.. Ok.. jemput jenguk ye.. klik aje kat senarai mana-mana yang korang nak.. boleh terus ke website tu dan daftar.. semoga bermanfaat ye.. 

LAMPIN PAKAI BUANG / 
PAMPERS BABY







--------------------------------------------------------------------------------------------

TUALA WANITA




--------------------------------------------------------------------------------------------
SUSU FORMULA









--------------------------------------------------------------------------------------------

WEBSITE SAMPEL PERCUMA






---------------------------------------------------------------------------------

CARA LIPAT BAJU BABY MUDAH,KEMAS DAN TERSUSUN!


CARA LIPAT BAJU BABY MUDAH,
KEMAS DAN TERSUSUN!

Konsep Lipat dan "TUCK IN" ni dah biasa sangat ibu-ibu buat.. TB je baru kali ni nak mencuba pula selepas runsing tengok baju baby berselerak walaupun dah berlipat.. dan kadang bila nak ambil, tertarik sampai terkeluar baju-baju lain.. 

Pernah juga masa nak mencari padanan baju dan seluar baby pun ambil masa sebab dah bercampur-campur baju dan seluarkan. Nak lipat pun jadi malas betul jadinya.. 

Akhirnya TB teringat pernah tengok cara lipat baju gaya tuck in ni. TB pun Google dan jumpa entri di website siraplimau.com.. terus semangat nak lipat baju baby.. hari tu sekejap je dah siap lipat.. punya bersemangat nak guna teknik atau konsep "tuck in" ni.. Teruja sangat bila tengok laci baju baby nampak kemas giler dari sebelum nya..

Nak ambil baju gerenti tak berserabut atau tertarik-tarik lagi dah.. Kalau encik suami nak tolong ambilkan baju baby pun senang.. dah asing siap-siap baju lengan pendek, baju lubang-lubang, baju lengan panjang, baju romper dan sleepsuit.. makanya tiada lagi masalah laci baju berselerak kerana diselongkar kannn... 

Ok lah.. bagi yang dah tahu dan dah praktikkan tu, TB ucapkan syabas.. hihihi.. bagi yang belum tahu cara "tuck in" ni.. meh tengok tutorial cara lipat baju nya macam mana .. ikut je macam dalam gambar ye .. mudah je ..

CARA LIPAT BAJU BABY MUDAH,
KEMAS DAN TERSUSUN!

1. Butang baju bayi bahagian atas & bawah.. kalau nak butang semua pun boleh.. 
itu pun kalau korang rajin la kan.. 

 2. Terbalikkan baju belakang ke depan
3. Letak seluar di atas belakang baju. hujung kaki seluar tu lipat macam dalam gambar ni ye..
4. Lipat bahagian lengan baju ke tengah
5. Pastu yang lengan lagi satu pun lipat jadi macam dalam gambar ni.. 
6. Lipat 1/3 baju macam dalam gambar ni
7. Selak bahagian tengah yang belakang kolar tu.. 
8. Masukkan lipatan hujung baju ke dalam 
9. Siap.. kemas tak? hehe
 Bila nak ambil senang aje, tak perlu nak selongkar cari seluar dan baju.. 
Cara ni dah siap lengkap sepasang dengan seluar dah.. 
 dari tepi pemandangannya begini ye puan-puan.. hehe
beginilah rupanya laci baju baby TB, yang ni TB lipat dalam 30 minit aje, sebab memang mudah sangat nak lipat guna gaya "tuck in" ni. TB semakin excited dan dah tak malas nak lipat baju baby dah sebab excited tengok laci baby kemas dan tersusun. So, korang boleh lah mencuba.. lepas ni mesti jemur baju tak sabar nak tunggu kering sebab tak sabar nak lipat baju baby korang yang comel tu.. hehehe.. Selamat mencuba dan merajinka diri ye! Assalammualaikumm... 

#caralipatbajubaby #caralipatbajubabytuckin # caralipatbaju #caralipatbajubaby #caralipatbajubabykemas

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


02 Mac 2017

Fakta disebalik 7 Pantang Larang Bayi Baharu Lahir Yang Dipesan Orang Tua

Fakta disebalik 7 Pantang Larang Bayi Baharu Lahir
Yang Dipesan Orang Tua

Sejak ada baby ni, selalu saja suka-suka membaca pelbagai info tentang bayi.. macam-macam maklumat dan ilmu yang TB dapat.. Ada yang boleh diikut.. ada juga yang jangan diikut.. pandai-pandailah kita memilih yang mana terbaik untuk anak kita.

Baru sebentar tadi terjumpa pula kisah tentang 7 pantang larang ni, TB cuba tengok sama tak dengan cara TB atau ada tak yang tak sepatutnya TB lakukan. 

Apa-apa pun jom baca info dibawah ni.. 

Bagi yang baharu bergelar ibu ayah, tentu banyak menerima pelbagai pesanan dan nasihat daripada orang tua, saudara mara dan sahabat handai tentang penjagaan bayi.

Adakalanya pantang larang yang diberitahu macam tak masuk akal dalam zaman serba moden ini. Kadang kala pening kepala juga dibuatnya sama ada mahu mengikut atau sebaliknya tentang pantang larang tersebut terutama dalam bab membesarkan bayi.

Cuba kita lihat beberapa pantang larang yang biasa diberitahu oleh orang tua-tua tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak dan buat perbandingan daripada sudut pandangan pakar perubatan.

1. Bayi baru lahir perlu dipakaikan barut agar tidak kembung atau rangka dada tidak terlalu menonjol khususnya bayi perempuan.

Penjelasan: Dinding perut bayi masih lagi lemah ketika usia ini. Oleh yang demikian, pastikan barut dipakai pada bahagian perut sahaja dan bukan terus ke dada kerana khuatir perkembangan organ dalaman anak sukar untuk berkembang dengan cepat.

Jangan diikat terlalu ketat kerana dikhuatiri bayi tidak selesa. Pemakaian barut boleh membantu mengelakkan tali pusat tidak luka akibat geseran. Selain itu barut dapat membantu memanaskan badan bayi baharu lahir yang mudah sejuk.

TB sentiasa pakaikan bayi dengan barut, tak pernah tak pakai sebab risau perut baby kembung. TB tak pakaikan ketat-ketat, just longgar tapi tak lah longgar sangat sampai melurut ke atas ke bawah.. tak selesa pula bayi kita tu nanti kan.. kalau boleh TB nak pakaikan barut sehingga umur baby 4 -5 bulan ke.. atau sampai barut tu dah tak muat.. ATAU pun kalau baby dah mula meniarap, TB akan kurangkan atau tak pakaikan barut dah.. sebab baby dah boleh meniarap ni kembung pun jarang sangat kan..

Pssttt.. TB ada barut yang kecil hingga ke bayi yang besar.. sebab tu TB rasa nak pakaikan hingga umur bayi 4-5 bulan.

2. Setelah tali pusat tercabut, pusat bayi harus ditindih dengan kepingan syiling atau logam agar pusat tidak menonjol keluar.

Penjelasan: Sebenarnya, kaedah ini tidak perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika pusat bayi memang tidak menonjol. Namun, anda boleh mengikut panduan ini jika pusat bayi menonjol asalkan logam terbabit bersih dan disteril.

Err.. yang ni TB tak buat pun.. TB just tuam je pusat baby .. 

3. Bayi baru lahir harus dibedung agar kakinya tidak bengkok atau bersilang.

Penjelasan: Sebenarnya, membedung adalah untuk memberikan keselesaan kepada bayi ketika tidur. Sehingga mencecah usia enam bulan, bayi sering mengalami kejutan refleks.

Jadi, jika dibedung, ketika berlaku kejutan refleks ini, bayi akan kurang merasa terkejut. Namun perlu diingat, bedung biasanya membuat peredaran darah anak terganggu.

Ini membuatkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Akibatnya, anak akan kerap sakit terutama di bahagian dada khususnya di sekitar paru-paru atau rongga pernafasan.

Hemmm.. TB dah cuba bedung anak TB, tapi sebijik macam keterangan kat atas ni.. suka terkejut tapi bila bedung.. alahai.. tak sampai setengah jam.. dah mengerut muka merah padam meneran nak keluarkan tangan dan kaki.. kesian dia.. terpaksa lah tak berbedung selepas tu.. 

4. Tidak elok memandikan bayi selepas jam 3 petang.

Penjelasan: Ibu sebenarnya bebas menentukan masa untuk memandikan bayi. Biasanya, pada bulan-bulan pertama, anak boleh dimandikan antara jam 9.30 hingga 10.00 pagi.

Bila usia bayi meningkat, anda boleh memandikan anak antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Manakala, pada waktu petangnya pula, bergantung pada suhu ketika itu. Paling penting jangan mandikan anak setelah diberi susu kerana selepas minum biasanya anak akan mengantuk dan mahu tidur.

TB tak tahu pulak yang ni.. TB mandikan je tak ikut masa tertentu.. tapi baru-baru ni TB ada terbaca, Seeloknya mandikan baby pada waktu dhuha, antara pukul 8 pagi hingga 11 pagi macam tu sebab pada waktu ni fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang, gunakan air suam ye.

5. Tangan dan kaki bayi tidak perlu selalu ditutup dengan sarung kaki dan tangan.

Penjelasan: Sebenarnya tiada masalah jika tangan dan kaki anak disarungkan terutama ketika suhu dingin. Pemakaian sarung tangan juga perlu untuk mengelakkan berlaku calar akibat terkena kuku bayi sendiri.

Jika di luar rumah, sebaiknya bayi tidak perlu dipakaikan sarung tangan kerana pemakaian sarung tangan akan membataskan perkembangan deria rasanya.

sejak usia baby 1 bulan lebih TB dah tak pakaikan sarung tangan sebab doktor pesan pakaikan time sejuk sahaja sebab nak biar tangan dan jari-jari baby tu explore dan berkembang baik. Tapi sarung kaki TB tak pernah tinggal sebab kalau tak dipakaikan sarung kaki nanti baby mudah masuk angin.. 

6. Kuku bayi tidak boleh dipotong sebelum usianya 40 hari.

Penjelasan: Larangan ini mungkin disebabkan khuatir akan melukakan kulit jari tangan dan kaki anak. Saiz kuku yang kecil dan nipis memang menyukarkan anda memotong kuku si kecil.

Namun, jika dilakukan secara berhati-hati dan menggunakan peralatan yang khusus, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Jadi, sebenarnya memotong kuku bayi tidak perlu menunggu sehingga usianya 40 hari asalkan berhati-hati.

TB dah potong seblum 40 hari lagi sebab kesian habis muka bay bercalar kena garu dengan kuku baby sendiri.. Tapi bukan TB yang potongkan kuku baby, adik ipar TB yang buatkan.. TB seriauuu.. =))

7. Anak tidak boleh didukung dengan kaki dikangkangkan kerana khuatir akan terkangkang.

Penjelasan: Tidak benar sama sekali. Tidak menjadi hal jika anak didukung dengan cara ini asalkan kepala dan punggungnya diampu agar tidak jatuh ke belakang. Kaki anak kangkang mungkin disebabkan oleh genetik yang diterima daripada ibu atau ayah. 

Semuanya terpulang kepada ibu bapa sendiri sama ada hendak mempraktiskan pantang larang tersebut atau tidak. Yang penting ia mestilah tidak memudaratkan bayi anda .

Baby TB kecik lagi.. tak sabo nak dukung baby macam budak beso.. hehehehe.. 

Itulah antara pantang larang yang TB baca tadi.. ada lagi yang lain tapi TB senaraikan apa yang TB jumpa tadi je.. kalau ada yang lain TB share kat sini yea.. OK.. K bye..

TQ :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers