ABOK² @ TEPUNG GOMAK

Yang ni TB pernah makan.. sedap sangat.. Tapi TB tak terasa nak buat sendiri.. hahaha.. takut tak jadi.. ni tengok pada bahan macam senang  je.. hahaha.. tapi still rasa tak konfiden nak buat kuih macam ni.. so.. tepek dulu resepi.. nak cari nanti senang.. mana tau dapur baru semangat baru nak masak tu lain maciam sikit?

Bahan Inti :
• 2 cawan kelapa parut
• 1/2 cawan gula merah
• 1/2 cawan gula pasir
• 1/4 air

Bahan Kulit :
• 150 gram tepung pulut
• 1/2 cawan air
• sedikit garam

Bahan Salut :
• 75 g kacang hijau (digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.)

Cara membuat Inti :
◆Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. Ketepikan & biar ia sejuk

Cara membuat kulit :
◆Panaskan periuk yang mengandungi air.
◆Letakkan tepung dlm mangkuk,masukkan sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit
◆Uli hingga menjadi doh dan adunan tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka)
◆Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit
◆Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit
◆Seterusnya apabila air telah mendidih,masukkan doh yang telah di intikan dan dibentuk tadi.Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)
◆Kuih dah timbul,tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis.Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar













Post a Comment

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New