Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

01 November 2013

GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG

BismillahirRahmaniRahim..
Hai.. Assalammualaikum semua.. fuh.. Tengkubutang berdebar2 nak buat 1st GA ni tauu.. mujur ada sponsor nak tolong sponsor hadiah.. thanx buat korang yea.. terharu sangat2.. 23 November ini genaplea setahun Blog Tengkubutang ni.. So, sempena ulangtahun 1 tahun ni teman nak buat Giveaway sikit..heee.. just nak buat penghargaan buat korang yang sudi jenguk n singgah sini selalu.. jasa korang tetap teman kenang sampai bila2.. heee.. ok lah.. hope korang sudi-sudilah join yea.. 
hope dapat sambutan dari rakan blogger semua.. 

GIVEAWAY terbuka kepada semua rakan blogger. GIVEAWAY bermula pada hari ini,  1 November 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.59 malam 20 Disember 2013 Semua Blogger Malaysia dijemput menyertainya. Para SPONSOR pun leh join gak.. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Lengkapkan 5 Syarat dibawah :

1.) Buat entri bertajuk "GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG" . 
TEMPEK BANNER atas ni ke entri korang, jangan lupa pastikan link ke entri GA teman ni yea.. dan Publish entri. jangan lupa Tinggalkan URL entri korang ke dalam ruangan komen INI.. kat tempat lain x dilayan.. harap maaf yea.. sila ikut arahan kalau taknak penyertaan terbatal..=)

TOLONG JUJUR YEA!



2.) Wajib Follow Blog (akan di check!) 


❤ Follow Blog Tengkubutang  | ❤ Follow Blog Syamimi  | ❤ Follow Blog Sheila Salim
❤ Follow Blog Linda  | ❤ Follow Blog Hakimie Inderaputra  | ❤ Follow G+ Cheq Eem 
❤ Follow Blog Nas Honey   |  ❤ Follow Blog KucenKucenBelog |  HoneyOyeke   
❤ Follow Blog Lienda Ramly | ❤ Follow Twitter  |  ❤ Follow Twitter
❤ add FB Gina Kojuji's House  |  ❤ add FB Tengkubutang Miaw

3.) Like Fanpage Sponsor (akan di check!) 


4.) ❤ Klik LIKE dan komen "LIKE" pada GAMBAR INI  kemudian SHARE di wall FB korang .

5.) ❤ add FB BUTIK MIZANA dan SHARE GAMBAR INI di wall FB korang (NEW!)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
- SENARAI HADIAH -
- SENARAI PESERTA (akan di update) -

 Pemenang akan ditentukan secara 
Top Refferal - Hadiah Utama❤ Top Refferal - Hadiah Kedua
❤ Random.org -Hadiah Awesome yang lain

NOTA :
Thank You buat semua peserta yang sudi join, teman mohon maaf kalau banyak sangat korang 
kena LIKE n FOLLOW.. moga kepenatan korang mendapat ganjarannya.. doa2 kan yea..
TQ sebab sudi join, rajin2 promote untuk jadi Top Referral yea!! 
Jom support GA TENGKUBUTANG ni!! =)

31 Oktober 2013

HADIAH YANG AWESOME!! TAK TERTAHAN MENENGOKNYA!!

GIVEAWAY ini terbuka kepada semua rakan blogger. GIVEAWAY bermula pada hari ini,
 1 November 2013, iaitu tepat jam 11 pagi sehingga 11.59 malam 20 Disember 2013.
 Semua blogger di Malaysia dijemput menyertainya.

Jom support GA TENGKUBUTANG yea...
 sertai GIVEAWAY ini dengan klik BANNER di atas...

30 Oktober 2013

JOM GI CLUBBING NAK??

JOM GI CLUBBING NAK?

Ha2.. tentu korang terkejut baca tajuk ni kan.. apakeheinya Tengkubutang tiba2 ngajak gi clubbing ni? Buat tebiat ke apa?? Huhuhuhu.. Pasti akan terkeluar ayat camtu dalam kotak fikiran korang kannn.. 

Ekceli teman idak lea nak ngajak korang gi clubbing puuunn, nak gi tempat tu pun tak pernah terlintas dek pikiran.. buat apa lea gi tempat2 camtu kann.. laghaaa... 
Heeeee.. yang beno nya teman nak citer pasal malam tadi. Alkisahnya, sementara menunggu customer datang cod barang motor, kami pun gi minum kat salah satu kedai tu.. sekali hubby teman dapat call dari kakaknya.. ayat 1st sekali yang hubby teman dengar ialah "jom gi clubbing!?".. dengan reaksi terkejut..hubby teman terus jawab Haaaaaa??? Nada suara dia yang tiba2 tinggi tu buat teman turut terkejut, risau la kan.. kot ada berita apa2 yang tak elok di dengar.. 
Pastu teman dengar je apa citer sebenonya, tapi tak dapat nak tangkap citer pasal apa... hu3.. Pastu dengar pasal budget lah, pasal nak gi naik apa lea, pasal tido berapa malam lah..pasal snorkling n lawat pulau lah.. hahhh.. apekah?? huh.. teman masih tak dapat tangkap depa citer pasal apa.. last2 terdengar ayat Krabi.. Hoh??? 

Pastu sambil tersenyum plus muka serba salah, terdengar hubby teman mengakhiri percakapan dengan ayat "takpelah, biar aku fikir dulu".. Teman pun dengan tak sabar tanya apa kes? Ho2.. rupa2nya kakak ipar teman nak ngajak kami gi Krabi hari Jumaat hingga Selasa depan?. Bila dengar je pasal tu hati kami sebenarnya berbelah bagi.. nak gi ke taknak gi.. kalau gi, hubby teman terpaksa amik coti lagi, sedangkan dia dah apply coti 4 hari untuk kami ke Hong Kong bulan Disember nanti.. itupun atas urusan bisnes.. kalau amik coti banyak2 kang apa kata bos dia lak kan..

hemm.. tapiii.. kalau tak gi nanti nyesal lak.. bukan selalu dapat gi rombongan kuarga ramai2 ni.. Huwarghhh.. hati berbelah bagi.. teringin memang teringin nak gi.. tapi bila fikir balik, kami kena hold dulu berbelanja untuk melancong ni.. sekarang belum masa lagi nak bersukaria, kami perlu berjimat untuk Improve kehidupan yang baru bermula ni.. untuk masa depan kami jugak..Tapi hati ada lea sikit2 terkilan tu.. nak wat lagu mana kan.. pejamkan mata sudaaa.. huhuhhu..

Ha2.. berbalik kepada tajuk entri ni tadi?.. hehehe.. Clubbing yang teman maksudkan tu ialah kesilapan Pendengaran hubby teman at the 1st dia jawap call tu.. heee.. keadaan situ bising, maka x berapa dengar apa yang kakak ipar cakap, tu yang Krabi jadi Clubbing?. Hihihihihi.. Itulea alkisahnya... hu2
Pendapat teman clubbing ni sesuatu perkara yang paling bodoh yang dilakukan oleh remaja sekarang....

1. buang masa
2. buang duit
3. dapat kawan yang tak baik.
4. menjerumus kita kearah zina
5. yang penting dia lupa agama dia semasa dia tengah seronok dlm club

Bukankah agama islam mengharamkan kita pergi ketempat macam itu??

BODOHKAH IBUKU ANDAI TIADA IJAZAH,MASTER @ PHD

 BODOHKAH IBUKU ANDAI TIADA IJAZAH,MASTER @ PHD.....

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!....

MAK...engkaulah RATU hatiku...

Anggaran sukatan bahan-bahan dari cawan ke gram/liter

Anggaran sukatan bahan-bahan dari cawan ke gram/liter:

TEPUNG....
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram

GULA KASTOR....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

MENTEGA....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

CECAIR....
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml @ 1 liter
info/sumber dari : www.facebook.com/bukuresepi

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers