Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

09 November 2015

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2015 #ASK2015

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2015 #ASK2015
Wah.. Keputusan yang teman pun tak boleh nak agak.. Kerana memang antara filem dan Drama yang dicalonkan kebanyakannya teman tak pernah tengok lagi.. So, memang dalam telahan Drama rantaian Rindu 200% aje yang teman agak akan menang.. Hihihi.. Itu je teman dapat tengok.. Drama atau filem lain, teman memang kesuntukan masa nak nengok.. Huhuhu.. 

Walauapapun.. Tahniah kepada semua pemenang, berikut merupakan senarai penerima anugerah pada malam gilang-gemilang Anugerah Skrin 2015. Sebanyak 25 anugerah telah dipertandingkan pada malam tadi, manakala beberapa Anugerah Teknikal terlebih dahulu disampaikan pada 4 November yang lalu. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!
Drama Terbaik 
– Lorong Kecil Ke Syurga
Filem Terbaik 
– Lelaki Harapan Dunia

Pengarah Terbaik Drama – Raja Mukhriz; Lorong Kecil Ke Syurga

Pengarah Terbaik Filem – Liew Seng Tat; Lelaki Harapan Dunia

Drama Rantaian Terbaik – Hidayahmu Ramadan

Drama Rantaian Komedi Terbaik – Rubberband

Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Amar Asyraf; Dari Pintu Neraka

Pelakon Wanita Terbaik Drama – Sara Ali; Hak

Pelakon Filem Lelaki Terbaik – Beto Khushairy; Gila Baby

Pelakon Filem Wanita Terbaik – Lisa Surihani; Dendam Orang Mati

Penyunting Terbaik Drama – Akashdepp Singh; Lorong Kecil Ke Syurga

Drama Rantaian Media Sosial Popular – Rindu Awak 200%

Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 29

Rancangan Realiti Terbaik – Mentor Legend Akhir

Rancangan Hiburan Terbaik – The Gadabout Barber

Lakon Layar Terbaik – Liew Seng Tat; Lelaki Harapan Dunia

Lakon TV Terbaik – Joe Sidek; Lorong Kecil Ke Syurga

Pelakon Pembantu Filem Lelaki Terbaik – Sharnaaz Ahmad; Gila Baby

Pelakon Pembantu Filem Wanita Terbaik – Ayu Raudhah; Legenda Budak Setan 3, Kashah

Laporan Khas Berita Terbaik – Farizie Merinding; Berita Nasional 5

Rancangan Bual Bicara Terbaik – Banduan Akhir; Wanita Hari Ini

Videografi Terbaik Drama – Jamaludin Yaacob, Penyabong

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Welcome To The Rail World

Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki Drama – Izuan Fitri; Penyabong

Pelakon Pembantu Terbaik Wanita Drama – Raja Ilya; Lorong Kecil Ke Syurga

Buat anda yang terlepas menonton siaran langsung ASK 2015, anda boleh catch up di www.tonton.com.my.    

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



07 November 2015

CARA MASAK BROKOLI SEDAP DAN MUDAH!


CARA MASAK BROKOLI SEDAP DAN MUDAH!

Saja layan mata petang-petang gini.. nampak resepi brokoli macam sedap je.. tengok resepi mudah sangat.. macam masak sayur biasa tu je.. 


Resepinya:-

Rebus brokoli dengan garam.kemudian asingkan. Kemudian hancurkan bawang putih agak kasar, kemudian tumis bersama ayam yang dihiris kecil2.. tuangkan sup ayam dalam tin. Setelah mendidih, tuangkan keatas brokoli tadi.


06 November 2015

RESEPI CUCUR BADAK SEDAP



RESEPI CUCUR BADAK SEDAP



BAHAN A (Untuk kulit):

●3 biji keledek oren(Sederhana besar)
●Tepung gandum
●1/2 sudu garam (agak-agak)
●1 sudu gula (agak-agak)
●Air utk rebusan
●Minyak masak (utk sapu ditangan supaya tidak melekat masa uli kecik2)

Kupas keledek oren dan potong utk cepat empuk. Rebus bersama air yg dicampur sesudu garam dan toskan bila empuk. (boleh cucuk pkai garfu utk tahu dh empuk ke tidak).
Setelah tos,lenyek2kan sehingga sekata dan biarkan sejuk seketika.
Masukkan 1/2 sudu garam dan sesudu gula dan gaul bersama keledek kemudian masuk sedikit demi sedikit tepung. ( agak-agak jgn keras sgt nti kulit liat. Buat lembut tpi boleh bentuk)

BAHAN B (Inti):

●1/2 biji kelapa parut
●3 btg serai gemok (hiris halus)*
●15 biji cili kering (ikut selera)_bsuh dan rendam*
●5 ulas bwg kecil*
●300g udang kecil @ sengengam (kupas buang kpla dan ekor)
●Garam
●Gula
●Asam keping
●Serbuk kunyit
●2cawan air

Blander bahan yg bertanda*
Masukkan kelapa parut, bahan yg diblander dan udang ke dlm kuali dgn api perlahan.
Masukkan secawan air dan sesudu kecil serbuk kunyit. gaulkan...jika tidak rata, masukkan sedikit lg air.Gaul sehingga rata.
Campakkan sekeping asam keping.
Masukkan sesenduk gula dan 1/2 sudu garam
Gaul sehingga kering. rasa...(inti perlu manis sedikit)
Sudah kering, angkat dan sejukkan.

♡ Cara Menguli♡

💢Sapu minyak masak pada tpk tgan, ambik adunan ubi sebesar bola ping pong dan lenyek sehingga mnjadi bulat leper...masukkan inti dan tekup inti dan uli mnjadi bulat2,dah siap boleh terus goreng...


04 November 2015

Daging Masak Hitam




Daging Masak Hitam


Bahan2

1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar

4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - tambah

Cara

1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering....

KUIH LAPIS





KUIH LAPIS



Bahan-bahan
● 2 cawan tepung beras cap bunga
● 1 cawan tepung gandung
● 1 cawan gula
● 5 cawan santan

Cara-cara:
1. Campur semua blander bahagi 2 adunan letak warna ros 1 adunan warna putih letak garam sikit bagi naik lemak.
2. Kukus selapis-lapis 1 lapisan dalam 10 minit sukat nak bagi sama guna senduk saiz yang sama.

BISKUT COKLAT RICE




BISKUT COKLAT RICE




Bahan-bahan:

●250gm mentega
●140gm gula halus
●2 biji kuning telur
●480gm tepung gandum
●50gm serbuk badam
●50gm serbuk coco
●2 sudu teh esen vanilla

Bahan hiasan:

Coklat rice
Telur - untuk sapu sebelum tabur coklat rice

Cara:

1. Pukul mentega dengan gula halus hingga kembang
2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla
3. Masukkan serbuk badam, sebuk koko dan juga tepung, untuk tepung masukkan sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi adunan yang lembut, canai dan terapkan dengan acuan yang disukai.
4. Sapu sedikit telur dan taburkan dengan coklat rice di atasnya.
5. Bakar pada suhu 165'C selama 20 minit atau hingga masak.

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers