Nuff

06 Disember 2014

Berdebar-debar

Bakal gi Hospital pada 10 Disember 2014 ni.. Doakan semuanya Okey yea.. berat betul hati nak gi, bukan sebab apa.. sebab takut nak dengar jawapan dari doktor.. dan takut jugaklah kalau-kalau pengendalian diorang yang kasar boleh menyebabkan teman ditambah dengan sakit lain plak.. Maksud teman, sakit anak tekak sebab terkena kamera yang dimasukkan melalui tekak/mulut tu.. Moga Allah permudahkan semuanya.. kalau betul ada sakit.. moga sakit itu tak kronik.. dan moga sakit itu boleh diubati.. aaaminnn..
KLIK BANNER UNTUK JOIN!

05 Disember 2014

PRODUK MARIGOLD KEGEMARAN TENGKUBUTANG!!


Wah.. tadi secara tak sengaja terklik pulak Laman Web  MARIGOLD For Health. For Life ni, hihihihi.. memang terliur nengok produk dari MARIGOLD ni tau.. terutama jus buah dia.. wahh.. teringat masa koje dulu.. teman rajin gak beli Just buah brand Marigold ni tau.. sedappp.. banyak lak tu kandungan dia.. murahhhh.. heee.. murah dari brand yang lain.. rasa dia pun.. nyum nyum.. 

Memang selalu beli.. tu sebab muka cantik je gitu bila minum ni.. ekekekekek.. tetiba lak puji dirik sendirik yea! tapi masa tu jelah, sebab rajin minum.. kulit muka jadi cantik ajo.. kalau sekarang ni.. jarang minum.. muka macam Butang pun ada.. kui3.. aipp.. tak lah.. cantik je..(tak baik ngata muka sendiri, anugerah dari Allah tu.. sedor sikit yea.. hihihihi ) So, sempena nak membuktikan ini jenama kegemaran teman.. meh teman tepekkan dalam entri pasal produk ni yea.. heheheheh..jom nengok.. kalau rajin, klik lea link Marigold tu, tengok apa lagi produk best dari Marigold ni ha..

MARIGOLD  PEEL FRESH telah menjadi jenama tempatan lama, menggembirakan rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur untuk lebih 20 tahun. Penuh dengan vitamin dan kebaikan berair, MARIGOLD  PEEL FRESH terus menyegarkan rakyat Malaysia hari ini dengan jus yang lazat. 
MARIGOLD  PEEL FRESH juga boleh didapati dalam pelbagai rasa jenis yang (No Sugar Added) untuk pengguna yang mementingkan kesihatan.

Bertahan sebagai Jus Minuman kegemaran Malaysia dan pemenang Anugerah Emas daripada Readers Digest Trusted Brand Award untuk banyak tahun berturut-turut, 

MARIGOLD  PEEL FRESH adalah mengandungi pelbagai jus buah, minuman yang menyegarkan dan sihat untuk melengkapkan hidangan atau dengan sendiri anda.

Terdapat dalam kedua-dua Regular (9 perisa) dan No Sugar Added Range (6 perisa), MARIGOLD  PEEL FRESH jus diperkaya dengan Vitamin A, C dan E yang memberikan kebaikan lebih berkhasiat dalam setiap titisan.

Keperluan penyimpanan: Simpan dalam peti sejuk (di bawah 4 ° c)
Susu UHT MARIGOLD  
Susu UHT MARIGOLD   adalah minuman berkhasiat yang sesuai untuk semua orang pada setiap masa hari. Hanya 2 gelas sehari memberi anda pengambilan kalsium harian yang disyorkan anda.

Apa lagi, MARIGOLD UHT Susu diperkaya dengan kalsium, protein dan penggubalan BonePlus MARIGOLD unik. Ia tidak mempunyai bahan pengawet dan terletak dengan dibungkus dalam Tetra Pak-pek, jadi seseorang boleh minum bila-bila masa, di mana-mana, sejuk atau tidak sejuk. MARIGOLD UHT Milk boleh didapati dalam pelbagai pilihan iaitu - Penuh Krim, Chocolate, Strawberry dan Rendah Lemak.

Susu UHT MARIGOLD . Sangat sihat, Sangat Baik!

Keperluan penyimpanan: Setelah dibuka, simpan dalam peti sejuk.
Lisa Surihani Duta MARIGOLD  PEEL FRESH
Aish.. Untung jati retis ni yea.. dapat jadi Duta untuk macma2 produk tuu.. huhuhu.. disebabkan teman minat Lisa ni.. so, teman tepek gak lah gambo Lisa kat sini.. hihihihi.. cunn kannn.. Lisa pun minum MARIGOLD  PEEL FRESH gak.. patutlah kulit cantik ajeee.. 


Haaa.. Nak Tengok Produk Marigold yang lain?? 




04 Disember 2014

Bukti Krim Herba Kemboja Berkesan

Klik untuk lihat Video Official Krim Herba kemboja--->Krim Herba Kemboja Terbaik |
KLIK untuk lihat Video Tengkubutang--> Krim Herba Kemboja 

Ni saja nak buat review sekali lagi nih.. memang dah lama nak buat, tapi asik bz aje dan line internet bermasalah, terpaksa tangguh dulu.. tapi.. terasa macam tak adil plak teman lengah2 kan review ni.. lagipun produk ni memang betul-betul memuaskan hati..

Ekceli la kann,.. teman udah lama tinggal sebab sebelum tu putus bekalan.. muka pun naik jerawat banyak.. kusam aje.. then bila start pakai balik.. muka rasa segar dan fresh.. 

haaa.. korang kena cuba ni tau.. pakai sekali sehari je, time nak tidoq tu haa.. esok pagi bangun2 muka udah cerah.. hehehehehe.. jom try.. kalau berminat.... contact no bawah ni ye!
Krim Herba Kemboja | Rahsia Kulit Wajah Putih Berseri.. 
Untuk Order Boleh msg/whatsapp 
Direct  HQ  terus di nombor 011-15732984 
Puan Sulaihah (HQ) 

atau layari Website Khazanah Penawar.. 
LIKE Fanpage Krim Herba Kemboja HQ Official,  
Kalau nak order boleh juga PM Batrisyia Qistina.. (^___^).. 
Selamat membeli yea.. 

Psssttt.... Kalau nak order dengan rakan Blogger,
leh je PM 
Pahlawan Merah .. (^___^)


Note : Kalau ikut kulit teman, teman serasi pakai Krim Herba Kemboja ni dengan Sabun Al-Razi.. takde apa2 alahan, dan takde kesan negatif pun.. Ok je pakai.. puas hati.. macam satu kombinasi yang bagus lak.. Alhamdulillah.. syukur.. setakat ni bagi teman dah jumpa produk yang sesuai dengan kulit wajah teman..

huhuhu.. mula-mula tu saja teman nak klik testimoni yang tertera kat atas ni, last-last terkejut sebab terbukak Blog sendiri.. kekekekeke.. takpelah.. memang testimoni jujur teman pun kan.. mekasih lah sebab sudi backlink kan ke blog teman yea.. dapat gak sumbang trafik ke teman.. setakat ni memang trafik mencanak gila untuk review Krim Herba Kemboja ni.. terima kasih..  =)

Nak baca entri sebelum ni? klik link bawah ni yea!
Review Krim Herba Kemboja


Gambar dan testimoni lain, kredit to : Suara Insan
Jom singgah Blog : http://suarainsan.net/nampak-kulit-muka-makin-putih-dan-berseri/



03 Disember 2014

I AM BUTANG!!

hohoho.. i like this photo sangat2.. tapi tu bukan Butang yea.. tu kucen yang rupanya seakan-akan Butang.. tomey tak? tomey kann? Ni hubby teman send kat private message tadi.. dia yang edit kan.. memang terus amik letak jadi picture profail FB lah lepas ni.. kekekekeke..  TQ en. hubby..  =)

NUR SHAFIQA A.K.A EQA HELENA | INSTAGRAM GADIS CANTIK DITOREH MUKA

Tengah baca post-post kat Instagram, tetiba ternampak gambar sorang awek cun.. dan rasa macam pernah tengok je gambo tu.. Ho.. patutlah.. gambar Eqa Helena rupanya.. Tak kenal? teman pun tak kenal.. tahu pun sebab TERSEBAR ceita kes samun baru-baru ni di rumah gadis cantik ni.. 
Errrrrrr.. Korang Tak tau citer?? meh BACA SINI dulu... 

Tadi lepas tertengok gambo Eqa Helena ni, teman pun klik la Instagram dia.. memang cantik sangat2 orangnya.. sejuk mata memandang nengok.. atas ni ialah Instagram Gadis yang bernama Nur Shafiqa  yang ditoreh mukanya (tempoh hari punya berita).. atau lebih dikenali sebagai Eqa Helena di laman FB dan Instagram nya.. 

sekali lagi nak cakap.. Cantik sangat orangnya.. putih gebu, berseri-seri je wajah dia.. kesian dia, bila cantik sangat pun diri tak selamat pulak.. ada jer yang dengki, ada je yang berniat jahat kat orang cantik macam dia.. 


PUNCA SEBENAR NUR SYAFIQA DITOREH MUKA KERANA DENDAM…?


Sebenarnya sehingga kini masih belum dapat dikenalpasti  punca berlakunya kejadian tu.. samada dendam atau sebaliknya.. Tapi ada terbaca satu info tentang ni selepas berlakunya kejadian tersebut.. kononnya Gadis cantik ini dikatakan menjadi mangsa kes dendam berikutan bekas teman lelakinya yang tidak puas hati kerana dia bertunang dengan lelaki lain.
Wallahualam.. berita ini tidak diketahui sejauh mana kesahihannya. Apa pun, mari kita doakan agar Nur Shafiqa cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupannya seperti biasa.

hemm.. hope Eqa Helena cepat sembuh yea.. Tabahkan hati yea.. InsyaAllah.. parut-parut tu boleh hilang.. cuma Trauma dan Fobia aje kita harap Eqa Helena dapat hadapinya.. Hope si penjahat tersebut dapat ditangkap.. dan menerima balasan sewajarnya.. 



info dari Blog :

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Cara Betul

ADAB MEMANDIKAN BAYI | SHARING IS CARING | 
hu2.. saja teman share menda ni sebab teringat adik perempuan teman yang juga seorang Blogger iaitu Lynda ( Klik untuk jenguk dan follow blog adik teman ni yea.. hee..(kalau sudi) ).. Lynda baru sahaja melahirkan baby boy Isnin minggu lepas.. Dulu masa anak pertama, teman pernah gak mandikan anak Lynda  , tapi bukan hari-hari la.. berani sebab anak dia bolat masa tu.. lahir-lahir memang tak risau nak pegang.. kuat tulangnya.. heee... Dulu, tolong mandi biasa-biasa aje.. rupa-rupanya ada cara memandikan baby dengan lebih beradab dan tertib.. jom kita tambah ilmu kita.. sila baca secara berjemaah.. heeee.. udah.. teman bz.. takmo melalut.. baca cepatt!! 
Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Cara Betul  
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Psssttt : Entri Giveaway 2 Year Blog tengkubutang is On Da Way... Jangan lupa join yea.. Hadiah Ohsem Ohsem!! Tapi skearang bz sikit.. tengah cari masa sesuai utnuk publish.. sabo yea para sp[onsor dan para blogger yang nak join tu.. heeeee.. 


02 Disember 2014

TASBIH PEARL CANTIK BY EIMANELsDoorGift

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللّهِ وَبَرَكَاتُهُ |
Haii.. tengah buat apa tu semua? kalau takde buat apa, meh cuci mata nengok Tasbih Pearl hasil kerja tangan sahabat teman, iaitu owner Page EIMANELsDoorGift , dah banyak order yang EIMANELsDoorGift terima, sampai tak menang tangan.. semua kerana hasil kerja tangan yang kemas dari EIMANELsDoorGift .. Kalau korang berminat nak jadikan ia aksesori special untuk dihadiahkan bersama beg doorgift di majlis kenduri atau keramaian korang, boleh lah pm Page EIMANELsDoorGift ni untuk maklumat selanjutnya yea.. Ok.. Selamat mencuci mataaaa...
Boleh buat dua kaler.. ikut suka korang nak macam mana.. 























Tempahan sempena hari bahagia (doorgift)
Boleh pilih kotak kesukaan hati..
Haa.. yang ni order dari teman, khas untuk adik beradik dan family teman.. semua cantik2.. dah yangf penting sekali.. mak n abah serta adik serta kakak semua sukaaaa.. Syukur  الْحَمْدُ للّهِ... disamping rupanya yang cantik.. ia digunakan untuk menambah pahala.. berzikir dengannya.. dan semoga pahalanya dapat lah tertempias ke teman sikit.. sikitt jeee.. bole keee.. hee.. Aamiinn.. 

Untuk Order, sila PM : 


GULA-GULA KAPAS / COTTON CANDY BERBENTUK BUNGA DI PENANG HERITAGE

 
Wow.. sangat -sangat Kreatif sungguh hasil tangan dari negara China nie, kebiasaannya gula-gula kapas berwarna pink dan bentuknya tak ada la menarik sangat pun. Tapi lain ceritanya di China, dimana warna gula-gula kapas tersebut di pelbagaikan dan penghasilannya juga cukup menarik. Inilah dikatakan China LEVEL! Tapi kat Malaysia pun dah ada dah ni.. 
Selalu yang ada jual di kedai rupanya simple camni je kan.. 
 Tapi... bila dihias jadi kaler-kaler camni.. terus menarik perhatian budak-budak.. mak budak.. bapak budak dan mereka-mereka yang suka benda comel2 dan cantik ni kan!
Amboih.. suka bebeno lah diorang dengan gula kapas camni.. aishhh.. mana tak suka... kalau udah cantik rupa ni.. huhuhu.. kalau teman memang sayang nak ngap rasanya... Dasyat dan kreatif deme ni yea.. siap boleh buat bentuk bintang dan bunga lagi tu. cayalah.. 
Jom tengok Video ni.. memang rasa gerammm je tengok gula-gula kapas tu.. 
Haaaa.. nak tau kat mana korang boleh dapat ni kat Malaysia? heee...boleh try cari kat Penang Heritage.. mesti jumpa punyaa.. just share ajo.. teman suka gak tapi tak suka makan banyak.. manisssss.. cukuplah teman dah manis sekarang.. wakakakakaka.. (sila muntoh)

Kemaskini BR1M (2015) Sebelum 31 Disember 2014

Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 / BR1M 4.0 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada boleh dibuat mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014.
Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat terkini, maklumat ahli keluarga dan akaun bank (jenis akaun yang dibenarkan ialah akaun simpanan atas nama pemohon sahaja).
Cara Memohon dan Kemaskini BR1M
Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat secara online melalui portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di alamat:
Proses itu juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini. Borang yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau pejabat daerah.
Kegagalan menghantar permohonan atau mengemaskini BR1M 2015 sehingga tarikh tutup 31 Disember 2014 akan menyebabkan permohonan tidak diproses.


Tarikh Pembayaran BR1M 2015

Pembayaran BR1M 2015 kepada penerima di bawah kategori individu/bujang akan dibuat  bermula 28 Januari 2014, manakala pembayaran kepada penerima di bawah kategori isi rumah akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada 28 Januari, 28 Mei dan 28 September 2015.


Semakan Keputusan BR1M


Sila layari Semakan Status Permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)untuk panduan semakan status permohonan BR1M.

nuffy2

adseng

Innity Mobile

GA New