Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

02 Mei 2018

BENTO COMEL DARI HASNAWATI YAHAYA - PART 2

BENTO COMEL DARI HASNAWATI YAHAYA - PART 2

Hai.. TB nak kongsikan dengan korang semua tentang seorang mommy yang sangat pandai menghias dan mendeco makanan atau dengan nama lain dipanggil Bento, rekaan dan deco yang comel dan kemas ini adalah dari mommy yang bernama HASNAWATI YAHAYA yang begitu rajin menghias bento anak-anaknya untuk dibawa ke sekolah.. Kagumnya TB tengok.. kemas dan berseni.. Allah. teruja TB sampai TB nak abadikan ke dalam blog..

Menurut HASNAWATI YAHAYA sebenarnya anak-anaknya bukanlah jenis yang memilih makanan, anak-anaknya tiada masalah makan apa saja tanpa perlu bento yang comel itu. Tetapi beliau sendiri yang ingin sediakan bento tersebut kerana minat yang mendalam dalam menghias bento serta ingin mewujudkan moment indah antara beliau dan anak-anak apabila anak-anak dewasa kelak.. sweet kann.. huhu.. pendek cerita.. bento-bento beliau sampai menjadi viral di sekolah anak-anaknya lah.. di FB pun ramai yang menjadikan FB beliau sebagai rujukan..

Terkini TB tengok HASNAWATI YAHAYA  dan buat kelas utnuk bento juga.. Rasanya 5 Mei 2018 bermula kelas tu.. nak join? huhu.. maaflah yea.. TB lambat promote.. dah penuh.. so.. rajin-rajin lah terjah FB HASNAWATI YAHAYA ni untuk next kelas yea.. 

Ok lah.. TB paparkan bento-bento yang  HASNAWATI YAHAYA  dah hasilkan.. boleh klik yang seterusnya nanti yea..  


























BENTO COMEL DARI HASNAWATI YAHAYA - PART 1


BENTO COMEL DARI HASNAWATI YAHAYA - PART 1

Hai.. TB nak kongsikan dengan korang semua tentang seorang mommy yang sangat pandai menghias dan mendeco makanan atau dengan nama lain dipanggil Bento, rekaan dan deco yang comel dan kemas ini adalah dari mommy yang bernama HASNAWATI YAHAYA yang begitu rajin menghias bento anak-anaknya untuk dibawa ke sekolah.. Kagumnya TB tengok.. kemas dan berseni.. Allah. teruja TB sampai TB nak abadikan ke dalam blog..

Menurut HASNAWATI YAHAYA sebenarnya anak-anaknya bukanlah jenis yang memilih makanan, anak-anaknya tiada masalah makan apa saja tanpa perlu bento yang comel itu. Tetapi beliau sendiri yang ingin sediakan bento tersebut kerana minat yang mendalam dalam menghias bento serta ingin mewujudkan moment indah antara beliau dan anak-anak apabila anak-anak dewasa kelak.. sweet kann.. huhu.. pendek cerita.. bento-bento beliau sampai menjadi viral di sekolah anak-anaknya lah.. di FB pun ramai yang menjadikan FB beliau sebagai rujukan..

Terkini TB tengok HASNAWATI YAHAYA  dan buat kelas utnuk bento juga.. Rasanya 5 Mei 2018 bermula kelas tu.. nak join? huhu.. maaflah yea.. TB lambat promote.. dah penuh.. so.. rajin-rajin lah terjah FB HASNAWATI YAHAYA ni untuk next kelas yea.. 


Ok lah.. TB paparkan bento-bento yang  HASNAWATI YAHAYA  dah hasilkan.. boleh klik yang seterusnya nanti yea..  























DAPAT PUJIAN MELAMBUNG-LAMBUNG


DAPAT PUJIAN MELAMBUNG-LAMBUNG

Aishhh.. sampai ke hari ni ipar-ipar dok puji-puji gulai lemak daging teman sedap sangat-sangat.. pujian tu tak habis2 dah nak sebulan pun disebut-sebut kat group ipar.. kata diorang tak boleh lupa sedap sangat makan kat umah kami..

Kata diorang. gulai lemak daging tu sedap sangat sampai bertambah2 kami makan.. Puji sampai TB pun rasa malu nak cakap apa.. diorang siap mintak resepi lagi tu.. dalam hati berkata juga.. betul ke sedap macam tu sekali.. rasa terharu dalam hati.. terasa hilang penat memasak berjenis2 lauk hari tu.. terasa lega bila semua kata sedap dan makan bertambah.. 

TAPI.. pujian tu tak pernah buat TB bangga pun sebab pujian tu tak datang dari mulut hubby teman.. Susah nak dapat pujian dari hubby teman sebenarnya.. sebab selera dia lain macam.. almaklumlah pandai masak orangnya.. 

So.. kalau terkurang bahan dia akan komen/komplen. Kadang masak pun jadi nervous sebab risau apa dia akan komen.. TB bukanlah kategori pandai masak sebab tu TB selalu risau nak masak.. risau nak try menu baru sebab takut nanti hubby tak makan.. dan penyudahnya TB pulak kena habiskan semua.. yelah..takkan nak buang.. membazir tu amalan syaitan.. 

hubby TB ni jenis yang kalau sedap dia akan puji melambung-lambung sampai kita naik malu.. Tapi kalau masakan tu biasa2 je.. dia akan komen apa yang kurang.. dan kalau tak komen pun kita boleh nampak melalui cara dia makan.. kalau dia makan dengan laju dan siap bertambah tu.. maksudnya sedap la tu.. tapi. kalau tak bertambah.. suapan pun slow aje.. maknanya ada la tak kena dengan seleranya. 

Bila kita tanya.. nape tak tambah? tak sedap la tu.. Dia akan jawap "ingat saya kuat makan ke" sambil senyum-senyum.. tapi sebenarnya ayat nak cover la tu masakan tak kena dengan tekak dia.

Kadang rasa sedih dan sensitif sangat bila tengok dia tak makan banyak.. sedangkan kita masak pun untuk dia.. selalunya kalau time dia kerja.. TB makan apa ada je untuk makan dengan harraz.. time hubby ada je TB masak berkuah dan berlauk.. tapi tu lah. hubby ni tak semua dia makan.. kadang TB yang kena habiskan.. kadang nasi pun asik terbuang.. last2 TB nak rehat masak nasi dan lauk.. kami makan yang goreng2 je.. kuehteow goreng ke. mee goreng ke.. 


Adoi.. susahnya masak untuk masterchef ni.. dah seikhlas hati masak untuk hubby.. siap selawat lagi.. tapi masih la tak memenuhi selera hubby.. Sampai tertanya-tanya.. BERDOSAKAH AKU SEBAB TAK PANDAI MASAK?? 

Tapi yang pelik bila tetamu mai umah makan.. semua makan dengan berselera.. bertambah-tambah makan.. tak faham TB dengan hubby TB.. kadang TB memang rasa merajuk sangat-sangat hati ni.. rasa macam tak nak masak je.. tapi bila fikir tanggungjawab.. TB masak la jugak.. huhu..


TB kadang nangis sorang-sorang sebab tertekan nak sediakan masakan yang hubby suka.. memang la ada menu yang TB masak hubby suka macam nasi minyak.. nasi ayam.. ayam masak merah... daging goreng kunyit. daging black paper dan beberapa menu lagi.. tapi takkan nak masak menu yang sama berulang2. kan.. huwaaa.. stress TB.. 

Isteri-isteri lain pun memang macam TB gak ke.. sensitif dan akan sedih kalau hubby korang tak makan banyak apa korang masak? sedangkan tetamu dok puji korang masak sedap..

Kadang jeles je tengok kawan-kawan masak simple je untuk hubby diorang tapi hubby diorang makan je apa yang dimasak tanpa komplen apa-apa.. Huhu.. nasiblah dapat hubby pandai masak ni.. jenuh.. kih kih kih..

Jom baca komen dan pandangan mommy-mommy lain.. rupanya ada juga yang memang spesis TB.. merajuk dan sedih sebab suami komplen dan makan masakan kita.. Hemm.. Tapi diorang tak tahu pun hati kita kan.. 


TB selalu berdoa agar air tangan TB dapat masakkan masakan yang sedap-sedap untuk hubby tapi apakan daya selera hubby ni nak sama macam kedai.. tak mampu TB nak ikutkan.. Mungkin sebab semua masakan dia menjadi dan sedap-sedap belaka, maka masakan yang bukan bertaraf hotel macam TB ni tak kena dengan tekak dia.. Memang Terasa sebak tak tahu nak kata.. Susah nak luahkan pada dia.. dan mungkin dia pun tak tahu sampai bila-bila .. 



24 April 2018

8 LIFESTYLE BLOGGER PILIHAN 2018


8 LIFESTYLE BLOGGER PILIHAN 2018


Haa.. hari ni TB nak kongsikan 8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018 yang TB nak cuba kenal lebih rapat.. hehe.. ada diantara mereka yang TB belum kenal sepenuhnya.. Ada juga yang TB kenal rapat seperti Zaza, Mimi dan beberapa orang lagi.. Tapi yang paling rapat dengan Zaza dan Mimi.. Sebab dah bertahun-tahun kami berkenalan hingga kini masih macam dulu.. Alhamdulillah.. moga hubungan kami kekal begini sampai bila-bila..

Oh ya.. bab nama blog.. TB ni tak suka tukar-tukar.. kalau dah selesa dengan satu-satu nama tu TB akan terus kekalkan sampai bila-bila.. Sebab tu masa mula-mula nak letak url tu TB akan pastikan nama tu TB akan guna nama yang betul-betul TB puas hati.. haha.. terpandang muka butang.. terus TB nak letak nama butang dan pangkal tu TB letak tengku sebab TB ibaratkan kucen2 TB ni macam anak raja la konon.. panggilan tengku untuk tengkubutang, tengkuoyen dan tengkushiro (adik). semua ada blog sendiri tapi TBtak aktif sangat.. hahaha.. kelakar je..

Ok lah.. mari TB kongsikan   8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018  yang nama-namanya agak gah juga dalam dunai blogger sebab masing-masing dah berkecimpung dalam dunia blogger lebih dari beberapa tahun dan masing-masing juga telah mempunyai domain sendiri.. tahniah semua.. Jom terjah siapakah  8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018  yang TB maksudkan tu..


=  8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018  =



1. Syamimi Saad


Blog Mimi ni ada macam-macam story.. ada resepi.. ada kisha anak-anak mimi.. ada kisah review produk dan macam-macam lagi.. ada juga kisah perjalanan cinta mimi dengan his husband sehinggalah zaman dah kahwin.. hehehe.. tips-tips bercinta pun ada.. jemputlah jenguk yea.. scroll entri-entri lama mimi.. 

Oh ya.. kalau korang nak tahu.. inilah dia blogger yang buat TB jadi Blogger sekarang ni.. hehehe.. Blogger Syamimi Saad.. Thank You Mimi.. Haa.. Sebenarnya TB dah pernah ada buat blog masa zaman kerja dulu.. tahun 2010 macam tu rasanya.. Tapi disebabkan TB sibuk dengan kerja, tiada masa nak buka blog.. lagipun tak best nak buka blog sebab kedudukan meja TB tak mengizinkan TB buka blog.. pc screen tu orang lain boleh nampak..  silap-silap bos pun tumpang baca apa TB tulis.. huwaa.. tak suka.. tak sukaa.. haha.. no privacy la.. tak sukaa.. haha..  

Masa tu yang bagi TB saranan buat blog adalah Blogger mimi sebab dia nampak TB kalau post apa-apa kat FB suka taip panjang-panjang.. Kalau ada blog better up di blog, boleh juga jana side income katanya..

Dan selepas berkahwin, TB dah tak kerja.. TB pun mulalah rasa boring kat rumah, dan terasa nak cari side income wlaupun dok rumah kan.. So, mimi terus cadangkan TB aktif ber blog.. haha.. akhirnya TB bergerak aktif dalam dunia blogger.. dan dah jana side income macam-macam dari dunia blog..

haa.. jom terjah blog mimi.. kalau adayang berminat nak beriklan di blog mimi.. silalah pm mimi yea.



2. Zaza Iman

Haaa.. Siapa tak kenal Blogger bermata cantik ni kan.. hehe.. TB pun macam tak percaya dah hampir 5 tahun kot kenal Zaza ni.. Kami kenal start dari bila pun tak pasti dah.. TB ni pelupa sikit.. Tapi memang Zaza adalah Blogger paling rapat dengan TB selain Mimi tadi.. Haha.. Zaza ni seorang yang lemah lembut.. Kalau dia marah atau tak puas hati.. dia tak pernah post kat wall FB dia.. dia simpan sorang-sorang atau luah kat kawan-kawan je.. 

Di blog Zaza ni Zaza suka kongsikan tips-tips kecantikan.. tips-tips kesihatan, review, resepi dan juga tempat-tempat yang zaza sempat lawati zaza akan abadikan kenangannya di blog ini..

oh ya.. bagi sesiapa yang nak tempah bisnes kad murah, boleh tempah dengan zaza tau.. sebab zaza memang ada ambil order design bisnes kad, kornag boleh terus order dekat Zaza..

Zaza juga adalah ejen sah Ephyra dan contact lens brand Wawa lens, so.. kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah dapatkan daripada Zaza yea.. nak beriklan di blog zaza pun pm aje Zaza di FB.. 




3. Wawa Ashihara

Wawa Ashihara.. yeaaazaa.. nama tu agak Unik bagi TB so, senang sangat TB nak kenal wawa Ashihara ni yang mana satu.. hehe.. sebab TB pun ada member nama wawa.. agak keliru kalau ramai sangat nama wawa kan.. so, bila sebuat Wawa Ashihara TB dah memang confirm ingat sapa dia.. hehe..

Wawa ni kan.. bagi TB comel orangnya.. kalau buat LIVE kecik je mulut tu bercakap.. huhu.. comel.. Wawa suka buat LIVE tutorial makeup.. TB teruja tengok dia makeup.. sebab nampak cantik dan tak bercapuk pun makeup nya.. jeles TB tau..

Wawa punya blog banyak share tentang Tips kecantikan, tips make up dan cara pilih kosmetik yang sesuai dengan wajah.. Wawa juga selalu share tentang resepi yang dia dah cuba serta banyak juga TB tengok entri review produk yang wawa buat.. murah rezeki wawa.. siapa-siapa nak beriklan kat blgo wawa.. boleh email atau pm wawa yea.. 


4. Cahaya Permata


Blogger yang bernama Alja ni pun antara nama yang unik TB jumpa dalam dunia blogger.. huhu.. Sama macam blogger lain.. asyik la ter confused sebut Ajla dari Alja.. haha.. Teringin gak nak tahu Alja ni singkatan dari nama apa.. hehehe..

Blogger Ajla punya blog rasanya niche lifestyle, TB perhatikan banyak juga Alja share tentang pengalaman travel dan review tentang makanan. So, boleh cop sebagai antara Blogger yang banyak review travel dan join mana-mana event gak ni.. Haa.. sape-sape nak review di blog Alja.. boleh pm tepi yea.. 




5. Iuzira


Blogger Iuzira atau nama sebenarnya Hazirah Shah adalah antara lifestyle blogger yang sangat aktif join event-event dan kelab-kelab.. Selalu je nampak kat timeline iuzira ni join pelbagai event dan aktiviti disekitar Kuala Lumpur. Hehe..

Nama unik Iuzira ni mungkin adalah nama pena Hazirah dalam dunia blogger agaknya.. sebab snagat unik.. TB selalu la tersalah sebut nama iuzira ni.. selalu mesti terslaah taip tulis iuzura.. hahaha.. tapi boleh lah.. dekat-dekat je nama tu kan.. haha..

Blog Iuzira banyak berkisar tentang tip,event yang dihadiri dan juga motivasi. Haa.. jom terjah blog Iuzira a.k.a hazirah ni.. mana tahu korang jumpa something di blog beliau? hehe..

Oh ya.. kalau nak dapatkan Imaan Suci Tissue Wipes boleh dapatkan melalui Iuzira ye.. pm aje




6. Wendy Pua

hehe.. Salam perkenalan buat Wendy.. Sejujurnya TB belum mengenali Wendy secara dekat sebab mungkin kami belum pernah jumpa secara live dalam apa-apa event atau mungkin belum pernah ada peluang untuk berkolaborasi dalam mana-mana job.. kami cuma berkomunikasi dalam group-group blogger secara beramai-ramai je.. hehe..

Apa-apa pun.. TB suka wendy ni sebab dia boleh join group-group blogger melayu walaupun dia dari bangsa lain, dia seorang yang friendly dan pandai cakap melayu.. so, senang nak berkomunikasi.. kalau TB komen Malay kat blog dia, dia boleh accept dan faham.. hehe.. mudahnya nak blogwalking kalau macam tu kan.. hehe..

Merupakan Chinese blogger Malaysia blogger yang sangat aktif menyertai pelbagai event dan program.. Selalu juga travel keluar negara dan berkongsi pengalamannya ketika berada disana. Selain travel, Wendy juga menulis tentang fesyen, kesihatan, kecantikan, teknologi dan juga makanan .

Psst.. Wendy .. Nak tau satu rahsia... ada satu persamaan kita.. rambut kita pendek.. sama style pulak tu.. kita comel kan! wakaka..




7. Kak Diana Rashid


Hah.. Blogger Diana Rashid ni TB memang hari-hari nampak timeline dia keluar kat FB.. haha.. tau pasaipa??? Sebab Dia suka up post yang melucukan pun ada.. yang panas-panas pun ada.. yang bets-best pulak tu.. kadang tersenyum TB baca. Blogger Diana ni lebih kurang macam Blogger yang telus.. kalau ada apa-apa nak luah dia akan luah terus di FB to make everything yang samar-samar jadi clear.. means.. di suka bercakap terus terang...bagus macam tu.. jangan simpan-simpan sebab ada juga TB tengok post yang Blogger Diana post tu yang TB memang nak post jugak tapi risau kena kecam.. haha.. Tapi Diana dah sampaikan niat TB tu akhirnya..haha.. akdang TB pun tumpang sekaki komen.. wakakaka..

Bagi TB seronok ada friend macam Diana ni.. kalau kenal lagi rapat tak tahulah.. hahah.. mesti asyik gelak kot.. kui3..

Haa.. kalau korang ada masa free .. singgahlah blog Blogger Diana ni.. banyak entri-entri dan info menarik kornag boleh dapati tentang kekeluargaan, kehamilan, resepi masakan, info kesihatan dan kecantikan dan pelbagai berita semasa di dalam juga di luar negara.

Nak review pun boleh.. pm aje yea!




8. Cik Ash


Haaa... Akhir sekali.. Blog Cik Ash ni.. TB memang agak familiar dengan anam Cik Ash tapi TB tak tahu nama sebenar Cik Ash ni.. rupanya Sharifah Ashikin nama sebenarnya yea.. Sedap nama tu.. Sejujurnya TB masih tak cam wajah Cik Ash sebab macam agak-agak serupa dengan wajah blogegr lain.. hehe.. Tetapi kalau sebut Cik Ash.. TB rasa memang usia blog kita pun macam elbih kurang sama kot.. ke Cik Ash lama lagi? huhu.. sebab masa TB mula-mula berblog dulu.. TB selalu nampak komen dari Cik Ash di entri blog TB.. Tapi tak pastilah kot ada blogger lain nama Cik Ash jugak..

Apa yang menarik tentang blog Cik Ash ni ialah Cik Ash selalu berkongsi pelbagai tip & maklumat, pelbagai isu semasa turut terselit juga dalam blog beliau, juga ada buat review produk, review-review mengenai filem dan novel serta paling best ada juga dimasukkan dalam entri beliau kisah pedoman seperti kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam hidup kita..

Ok.. setakat ini itu saja tentang 8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018  yang dapat TB kongsikan buat masa ni.. InsyaAllah kalau ada masa lain TB akan up lagi tentang Blogger-Blogger yang ada di Malaysia ini.. Actually memang ramai sangat Blogger-Blogger lain di luar sana, tak terkira banyaknya.. Cuma nak masukkan semua dalam list ni dan luangkan masa utnuk review tu kena ada masa yang betul-betul FREE.. haha..

So.. setakat ini dulu untuk tatapan semua.. Jemputlah singgah dan follow  8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018 yang TB senaraikan diatas ni yea.. Kalau ada nak review produk ke apa,boleh pm mereka di Facebook atau email je untuk deal harga.. K bye semua.. =)



Lazada Birthday Festival Blogger Contest


Lazada Birthday Festival Blogger Contest 


Happy Birthday in Advance Lazada!!! Haa.. tentu korang dah terdengar-dengar tentang orang dok bercerita di Facebook tentang Jualan Bulan April sempena meraikan ulang tahun ke-6 Lazada iaitu  Lazada Birthday Festival yang bermula dari 25 hingga 27 April, nikmati lebih daripada 1,000 tawaran flash, sehingga 90% dari pelbagai jenis jenama dan produk, baucar eksklusif aplikasi dan banyak lagi kejutan! pendek kata time gini lah korang kena shopping, jangan lepaskan peluang! Klik je Banner atas ni, korang akan terus ke Website Online Lazada.. haa.. kemudian apa lagi.. shopping la selagi boleh yea.. tengah murah tuu..  hehe..


Lazada Birthday Festival Blogger Contest

Oh ya, tak lupa juga TB nak share tentang Contest yang selalu Lazada adakan tiap kali ada promosi special macam ni.. Haa.. Macam biasa Blogger juga turut diberi peluang sekali lagi untuk samma-sama memeriahkan lagi Lazada Birthday Festival ni.. 

So, kepada blogger-blogger yang berminat, jangan lupa untuk menyertai Lazada Birthday Festival Blogger Contest yang pastinya menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk korang semua. Jom join. (klik banner di bawah untuk join contest)


Ok lah.. untuk melengkapkan penyertaan, korang kena jawap  4 soalan yang diberi.. So.. TB juga dah ada jawapan untuk soalan-soalan tu.. jemput baca yea.. heeee.. and good luck semua..!!

a. Lokasi manakah yang akan anda pilih untuk pesta ulang tahun / Parti hari Jadi Lazada?

TB suka kalau dapat sambut Pesta Ulang Tahun / Parti Hari Jadi Lazada di tempat-tempat yang viewnya cantik, udara nyaman, serta banyak tempat-tempat menarik disitu untuk bersuka ria.. Tempat yang TB maksudkan ialah Genting Highland.. wah.. kalau dapat sambut birthday Lazada disitu mesti best kan! sejuk je kat sana kan! hehehe..

b. Pilih tema parti dan pilih satu atau beberapa produk di Lazada untuk menghiasi tempat.


Untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi yang meriah dan happening,TB sukakan tema ala-ala berkelip lip-lap lip-lap tu.. hehe.. So, majlis Birthday yang nak disambut tu biar diadakan pada waktu malam.. nak pulak dalam suasana sejuk di Genting Highland gitu.. dengan disinari cahaya warna-warna dari lampu, belon yang berwarna-warni serta cahaya lilin.. fuh.. 

Antara item yang akan TB pilih untuk menghiasi tempat menyambut parti hari jadi / Hari Ulangtahun  lazada ialah;

Klik Gambar


Klik gambar

Klik Gambar

Klik Gambar

Klik Gambar

Klik Gambar

Haaa.. yang atas ni rasanya complete dah semua yang diperlukan untuk sesuatu majlis tu.. dari decoration, hiasan meja, pinggan dan semua yang diperlukan Menggunakan item-item yang diperolehi dari Lazada semestinya akan memeriahkan lagi parti hari lahir lazada dengan dekorasi bertemakan tropikal. Tidak sabar untuk meraikannya.


c. Kek hari jadi mana yang akan dihidangkan dan produk mana di Lazada boleh membantu anda mempersiapkannya?


Kalau boleh TB nak cake yang simple tetapi menarik macam gambar dibawah ni.. hehe.. dan paling penting ada no. 6 tu yang menandakan Ulangtahun / Hari Jadi Lazada kali ke 6 .. kan! Baru lah meninggalkan seribu kenangan dalam majlis dan bila ber foto tu nanti.. kan..

kek yang ada buah-buah .. nyummyyy!!

Yang ni untuk para tetatmu yang suka cupcake.. hehehe..



TB akan pilih produk-produk yang bersesuaian untuk menjadikan kek impian TB tu menyerlah dan menarik.. Antara produk yang TB akan guna dari Lazada untuk hiasan kek ialah ;-

Klik Gambar


Klik Gambar



d. Masa untuk bersinar, pilih pakaian anda di Lazada!

Untuk sesuatu majlis pastinya kita perlulah memilih pakaian yang sesuai, ada stail dan mengikut tema. TB dah pilih pakaian apa yang sesuai untuk menghadiri parti birthday Lazada ni.. hehehe.. ye ye je ye! hehehe..

Haa.. TB pilih baju seperti gambar dibawah ni.. hehehe.. tak tahu kenapa dari mula-mula terlihat gambar baju ni terus suka.. dah tak nampak gambar lain.. haha.. memang tak sesuai utnuk TB sebab bertudung kan.. tapi boleh je pakai cover lengan dan pakai seluar untuk cover bahagian kaki tu.. janji pandai gayakannya kan! barutak nampak pelik.. hahaha.. Tapi memang cantik kan? haa.. apa lagi.. dah siap dah ni.. Jom la kita berparti ber-selfie!.. yeehaaa.. hahaha.. Happy Birthday Lazada!!


Klik Gambar



LAZADA BIRTHDAY SALE!!

Lazada Birthday Festival semakin hampirrrr, Pastikan korang dah jenguk-jenguk website Lazada yea.. pilih item-item yang termasuk dalam offer nanti, masukkan dalam wishlist atau bakul chart korang, then tiba tarikh keramat tu iaitu pada 25 hingga 27 April, korang checkout cepat sebelum item habis disapu.. hahaha.. time ni lah kita kena ambil peluang dapatkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan. Potongan sehingga 90% tuuu.. bukan selalu adaa..  






Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers