Nuff

02 Mei 2018

DAPAT PUJIAN MELAMBUNG-LAMBUNG


DAPAT PUJIAN MELAMBUNG-LAMBUNG

Aishhh.. sampai ke hari ni ipar-ipar dok puji-puji gulai lemak daging teman sedap sangat-sangat.. pujian tu tak habis2 dah nak sebulan pun disebut-sebut kat group ipar.. kata diorang tak boleh lupa sedap sangat makan kat umah kami..

Kata diorang. gulai lemak daging tu sedap sangat sampai bertambah2 kami makan.. Puji sampai TB pun rasa malu nak cakap apa.. diorang siap mintak resepi lagi tu.. dalam hati berkata juga.. betul ke sedap macam tu sekali.. rasa terharu dalam hati.. terasa hilang penat memasak berjenis2 lauk hari tu.. terasa lega bila semua kata sedap dan makan bertambah.. 

TAPI.. pujian tu tak pernah buat TB bangga pun sebab pujian tu tak datang dari mulut hubby teman.. Susah nak dapat pujian dari hubby teman sebenarnya.. sebab selera dia lain macam.. almaklumlah pandai masak orangnya.. 

So.. kalau terkurang bahan dia akan komen/komplen. Kadang masak pun jadi nervous sebab risau apa dia akan komen.. TB bukanlah kategori pandai masak sebab tu TB selalu risau nak masak.. risau nak try menu baru sebab takut nanti hubby tak makan.. dan penyudahnya TB pulak kena habiskan semua.. yelah..takkan nak buang.. membazir tu amalan syaitan.. 

hubby TB ni jenis yang kalau sedap dia akan puji melambung-lambung sampai kita naik malu.. Tapi kalau masakan tu biasa2 je.. dia akan komen apa yang kurang.. dan kalau tak komen pun kita boleh nampak melalui cara dia makan.. kalau dia makan dengan laju dan siap bertambah tu.. maksudnya sedap la tu.. tapi. kalau tak bertambah.. suapan pun slow aje.. maknanya ada la tak kena dengan seleranya. 

Bila kita tanya.. nape tak tambah? tak sedap la tu.. Dia akan jawap "ingat saya kuat makan ke" sambil senyum-senyum.. tapi sebenarnya ayat nak cover la tu masakan tak kena dengan tekak dia.

Kadang rasa sedih dan sensitif sangat bila tengok dia tak makan banyak.. sedangkan kita masak pun untuk dia.. selalunya kalau time dia kerja.. TB makan apa ada je untuk makan dengan harraz.. time hubby ada je TB masak berkuah dan berlauk.. tapi tu lah. hubby ni tak semua dia makan.. kadang TB yang kena habiskan.. kadang nasi pun asik terbuang.. last2 TB nak rehat masak nasi dan lauk.. kami makan yang goreng2 je.. kuehteow goreng ke. mee goreng ke.. 


Adoi.. susahnya masak untuk masterchef ni.. dah seikhlas hati masak untuk hubby.. siap selawat lagi.. tapi masih la tak memenuhi selera hubby.. Sampai tertanya-tanya.. BERDOSAKAH AKU SEBAB TAK PANDAI MASAK?? 

Tapi yang pelik bila tetamu mai umah makan.. semua makan dengan berselera.. bertambah-tambah makan.. tak faham TB dengan hubby TB.. kadang TB memang rasa merajuk sangat-sangat hati ni.. rasa macam tak nak masak je.. tapi bila fikir tanggungjawab.. TB masak la jugak.. huhu..


TB kadang nangis sorang-sorang sebab tertekan nak sediakan masakan yang hubby suka.. memang la ada menu yang TB masak hubby suka macam nasi minyak.. nasi ayam.. ayam masak merah... daging goreng kunyit. daging black paper dan beberapa menu lagi.. tapi takkan nak masak menu yang sama berulang2. kan.. huwaaa.. stress TB.. 

Isteri-isteri lain pun memang macam TB gak ke.. sensitif dan akan sedih kalau hubby korang tak makan banyak apa korang masak? sedangkan tetamu dok puji korang masak sedap..

Kadang jeles je tengok kawan-kawan masak simple je untuk hubby diorang tapi hubby diorang makan je apa yang dimasak tanpa komplen apa-apa.. Huhu.. nasiblah dapat hubby pandai masak ni.. jenuh.. kih kih kih..

Jom baca komen dan pandangan mommy-mommy lain.. rupanya ada juga yang memang spesis TB.. merajuk dan sedih sebab suami komplen dan makan masakan kita.. Hemm.. Tapi diorang tak tahu pun hati kita kan.. 


TB selalu berdoa agar air tangan TB dapat masakkan masakan yang sedap-sedap untuk hubby tapi apakan daya selera hubby ni nak sama macam kedai.. tak mampu TB nak ikutkan.. Mungkin sebab semua masakan dia menjadi dan sedap-sedap belaka, maka masakan yang bukan bertaraf hotel macam TB ni tak kena dengan tekak dia.. Memang Terasa sebak tak tahu nak kata.. Susah nak luahkan pada dia.. dan mungkin dia pun tak tahu sampai bila-bila .. 




Related Posts

4 ulasan:

  1. masak sendiri lagi sedap dari makan dekat kedai
    kedai banyak letak perasa
    azan sikit dekat telinga suami tu
    biar dia insaf
    hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. masak sendiri ada menu-menu nya.. tak boleh masak yang dia tak makan.. kalau tak jenuh teman pulak yang kena abeskan.. sayur tak makan.. ulam tak makan.. walhal benda-benda tu lah menambah selera..

      Padam
  2. kena teruskan usaha TB untuk pikat hati hubby TB tu.. acece macam dah kawin pulak nasihatnya..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea dah usaha.. tapi terlampau tinggi sangat taste tu kadang TB tak mampu nak buat.. dah pilih resepi paling sedap.. paling banyak bahan.. tapi sometimes je hubby komen Ok..

      Padam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New