Nity

Nuff

10 November 2018

Lazada 11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE!


Lazada 11.11 Blogger Contest
- THE BIGGEST ONE DAY SALE!


Dia Datang Lagiiii.. Lazada buat Sale lagi weh.. Kali ni.. THE BIGGEST ONE DAY SALE! TB pun tak sabar dah nak shopping.. hahaha.. Kali ni Lazada buat Sale sempena 11.11 Shopping Festival Dan Macam biasa Lazada tak lupa buat contest untuk Blogger..

So, TB pun join jugak.. sebab TB memang nak buat list barang-barang yang TB nak beli nanti.. Kalau letak sini gerenti tak lupa dah.. sebab TB dah siap tengok review-review dari pembeli sebelumnya.. hehehe..

Haa..  buat yang tak tahu tu, Lazada 11.11 Blogger Contest ini bermula dari 1 November 2018 hingga 11 November 2018.. Memandangkan kali ni Lazada punya Festival Membeli-Belah cuma selama 1 hari je, maka TB pun dah siap-siapkan list yang TB nak beli nanti.. sampai masa nanti terus checkout je.. hehehe..


Lazada 11.11 Shopping Festival 
- THE BIGGEST ONE DAY SALE! 

JUALAN SEHARI TERBESAR ni bermula pada 11 November 2018 di website Lazada Malaysia. Harga serendah RM1, serta ada diskaun sehingga 90%.. fuyoo.. apa nak lagi?



Ada Baucar tunai berjumlah RM11,000,000 untuk direbut dan korang juga boleh aktif dengan SLASH IT and SHAKE IT tu semua untuk dapat lebih diskaun.. Haa.. Nak tahu lebih lanjut pasal tu boleh tengok kat website Lazada ye..


Ok jom sambung story pasal Contest ni balik.. hehehehe.. Ha.. Macam biasa.. untuk Lazada 11.11 Blogger Contest ni.. Syaratnya Kena jawab soalan .. Ini soalannya.. 

Create a blog post to answer the following question: What 3 products (or more) are you adding to your cart to buy during Lazada 11.11 Shopping Festival? Share your wishlist with us!

Dan 3 barang yang TB dah set nak beli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival ialah :



Haha.. tak tahulah.. sekarang ni kalau tengok website Lazada tau nak beli barang untuk harraz je.. yelah.. suka tengok anak tu happy dan ada aktiviti.. dah la jarang keluar rumah.. duduk rumah mesti bosan je kan.. So, TB akan usahakan beli something yang boleh hilangkan bosan harraz.. Ni lah antara barang-barang yang TB rasa harraz gerenti suka.. hehehe.. bagi dia menconteng-conteng ni kan.. leka sikit dari tengok TV .


Haa.. Dah lama benar TB cari Kuda ni.. hehe.. TB memang nak belikan untuk harraz.. baca review macam ok je.. hope harraz dapat yang ok lah.. orang kata benda-benda mainan macam ni tak perlu beli tapi sebenarnya kuda ni elok untuk bina konfiden diri anak tu.. ajar dia cara nak hayun kuda ni.. kan.. betul tak.. hehehe.. 


Yang ni pula basikal yang TB tertarik nak beli.. tak tahu kenapa.. hahaha... sebab design dia tu nampak kelasik kot.. kih3.. yelah.. lain orang lain citarasa kan.. TB suka sebab nampak best je sit dia.. ada span dekat tempat duduk dan tempat sandar tu.. heehehe.. lagipun bila tengok besi.. rasa yakin basikal ni akan tahan lama kot.. insyaAllah..


Haaa.. yang ni pun dah lama dalam fikiran TB nak beli tau.. memandangkan harraz ni jarang keluar rumah.. so, TB rasa.. better beli je mainan playground macam ni untuk harraz main.. so, takdelah risau tentang kebersihan atau keselamatan kat luar sana kan.. Tapi perlu pantau la jugak.. jangan biar dia main sorang-sorang.. kang lain pulak jadinya..


Hemm.. TB sebenarnya nak beli rak pinggan untuk gantikan rak yang ada kat umah yang dah berkarat tu.. tapi jenuh lah mencari yang betul-betul elok.. TB nak cari yang kukuh, dan ada tempat air lalu tu.. yang boleh buang air dan boleh dicuci tu.. So.. TB jumpa yang ni.. nampak kukuh tapi yang ni hanya ada satu je lapik untuk air lalu.. kat bawah tu je.. so tepek gak gambar dan link untuk pilih yang mana sesuai nanti ..


Haa.. TB pilih yang ni sebab review dan rating dia macam OK je.. hehehe.. lepas tu kena dengan target TB.. 3 tingkat, setiap tingkat ada pelapik untuk buang air bertakung tu.. Pastu komen review kata kukuh.. ada warna hijau gak.. TB sukaaa.. hehehe.. 




Haaa.. ni lagi satu rasa nak beli gak.. macam senang sebab.. bila cuci pinggan mangkuk, boleh tiarapkan atas dish drainer ni dan airnya boleh tos dan turun terus ke singki.. yang ada dua sinki tu.. sila ukur dulu yea.. yang pakai satu singki.. confirm boleh guna ni.. hehehe.. macam bagus dibeli gak ni.. hahahaha.. pening TB memikirkan mana yang paling worth to buy.. haha.. 

Oh ya.. Selain item yang ada offer pada 11.11.2018 ni, TB juga nak dapatkan barang-barang ni dalam masa terdekat.. just berangan dan simpan link dalam entri ni dulu.. nanti ada rezeki boleh klik je terus sebab yang TB letak ni dah tengok rating dan seller yang OK.. heee.. Jom tengok barang apa yang TB maksud kan :


Yang ni TB terfikir nak beli sebab macam senang je nak bawak kemana-mana kan.. compact stroller yang memudahkan parent.. macam harraz ni.. adoi laa.. kalau keluar gerenti asyik nak tidur aje.. hahaha.. So, TB rasa macam penting pulak stroller micro macam ni.. masuk wishlist lah.. hehehe



Opsss.. yang ni TB memang terbayang nak beli kan untuk harraz masa baby lagi.. tapi yang baby punya ada pemegang besi tu.. dan hajat TB tak kesampaian nak beli masa harraz baby ritu.. yelah.. jenuh gak nak kumpul duit untuk beli barang untuk anak first ni kan.. trampoline ni bagus tau untuk perkembangan kesihatan dan bina keyakinan anak kita selain bagi badan diorang fit dan bagi diorang rasa happy.. hahaha.. melekakan diorang dari gadget pun boleh jugak ni.. 


Haa.. selesai dah share 3 barang yang ada offer pada 11.11 ni dan berberapa barang yang takde offer tapi dalam wishlist TB. 

Hope sempat lah beli.. risau sold out je.. Haa.. Buat korang semua.. Jangan lepaskan peluang ni yeaa.. Inilah masa yang paling sesuai untuk kita dapatkan barang yang kita mahukan dengan potongan harga terendah, 

So, ingat tau! Save The Date! LAZADA 11.11 Shopping Festival - THE BIGGEST ONE DAY SALE! pada 11 November 2018 nanti.. hanya di Lazada Malaysia.


09 November 2018

Resepi Jejari Kentang Cheese


Resepi Jejari Kentang Cheese


Bahan :
Kentang (kukus)
10 sudu makan tepung jagung
Cheese
Daun bawang
Garam,perisa (saya guna masako)


Cara Buat :



Hancurkan kentang, 
masukkan semua bahan seperti dalam gambar


Bagi tangan minyak dulu sebelum membuat stick


begini rupa Stick tu.. 


Panaskan minyak,
goreng dan toskan


Credit Resepi :



08 November 2018

PEMBERSIH KEWANITAAN SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE


PEMBERSIH KEWANITAAN SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE 


TB baru nak mencuba Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Pearly White ni.. didatangkan istimewa dari jenama diyakini iaitu Sumber Ayu .

Apa yang buat TB rasa nak mencuba ialah kerana ia mempunyai Kandungan ph 3.5 yang mampu merawat mencerahkan kulit bahagian intim dengan 3x Extract Whitening.. dengan nilai PH 3.5 tu jugak area intim boleh terlindung dari infeksi atau bau yang tak menyenangkan.. 

Dan juga.. Ada Kayu Rapat & Manjakani sekali tau.. best kan!


JOM BACA SERBA SEDIKIT INFO TENTANG PEMBERSIH KEWANITAAN SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE  NI.. 
Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan?

Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersama suami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda.

Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim anda. Sudah pastinya anda tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali anda berasa diri anda kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda.


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.

Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan.

Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra.

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf halal.

Apabila ramuan-ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya.

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50.

SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.


#sumberayu #pearlywhite#femininehygienecare #wiprounza#wiprounzamalaysia#pembersihkewanitaandaunsirih#3xwhiteningextract#pembersihkewanitaan#pembersihkewanitaansumberayu



28 Oktober 2018

Althea's New Sunscreen 'Petal Velvet Sunaway'


Althea's New Sunscreen 'Petal Velvet Sunaway'


Perkara yang paling penting yang perlu kita lakukan sebelum meninggalkan rumah setiap hari, adalah terlebih dahulu memakai krim pelindung matahari.

Althea baru-baru ini melancarkan pelindung matahari baru yang dikenali sebagai 'Petal Velvet Sunaway' yang mempunyai kemasan yang licin dan ringan semasa disapu ke wajah. 

Perlindungan matahari adalah penting dan perlindungan matahari yang mempunyai SPF 50+ PA ++++ ini membantu melindungi kulit kita daripada sinaran UVA dan UVB

Kulit TB sedikit sensitif, tetapi TB rasa pelindung matahari ini sesuai dengan TB sebab ia tidak menyebabkan TB mengalami jerawat atau kemerahan selepas menggunakannya .

Bahan-bahan utama dalam produk ini ialah Damask Rose yang merupakan pelembap yang baik yang melancarkan kulit pada masa yang sama TB mendapati bahawa ia mempunyai wangian yang lembut dan aroma itu tidak terlalu kuat.

Produk ini mempunyai zarah mikro yang mengawal pengeluaran sebum dan minyak pada kulit TB. Satu lagi TB nak share yang ia tidak membuat muka TB kelihatan berminyak pada akhir hari.

TB suka packaging dia yang comel dan mudah dibawa dan cara nak guna pun mudah je.. Masa nak guna korang hanya perlu menggoncang botol dan letak sedikit je di wajah sebab ia berbentuk cair dan mudah diratakan ke wajah.. 

Produk ini mudah digabungkan ke dalam kulit dengan tekstur cecair. walaupun ia cair dan berwarna putih tetapi yang bestnya ia tidak melekit dan tidak meninggalkan kesan putih .

Bagi korang yang lebih suka wajah matte dan kurang berminyak, korang bolehlah pakai bersama Althea Petal Velvet Powder di seluruh wajah korang. ia bagi memastikan solekan korang kekal sepanjang hari.


Untuk info lanjut tentang Althea 
boleh klik link2 dibawah :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 

DUTCH LADY BREAKFAST CHALLENGE | JOM SNAP GAMBAR DAN MENANG SEHINGGA RM 35,000!!!



DUTCH LADY BREAKFAST CHALLENGE |
JOM SNAP GAMBAR DAN MENANG SEHINGGA RM 35,000!!!

Buat korang yang suka shoot gambar makanan dan upload di media sosial, apa kata korang join contest ni yang memerlukan kepakaran korang menghasilkan gambar sarapan bersama susu Dutch Lady PureFarm Milk! Mana tahu, hobi korang tu mendatangkan rezeki? hehehe.. cubalah.. kalau menang gerenti pasangan korang tak marah dah asik snap foto aje sebelum makan.. (walhal kawan tu dah lapo bebeno.. hahaha) Tapi kalau menang ni mesti dia senyap lepas ni.. keh3.. 

TB pun dah join gak.. jom tengok 5 menu TB selama 5 hari tu.. simple aje sebab sarapan TB tak boleh berat-berat sangat nanti perut semacam kembung.. hahaha..


Sebelum tu.. kita Selfie Duluuuu.. yeahh!! 


😁 DAY 1 😁
Hehe.. Hari Ni Menu Sarapan TB ialah 
Susu Dutch Lady Pure Farm @dutchladymy +  Bihun Goreng Sedap!
.


😁 DAY 2 😁
Hehe.. Hari Ni Menu Sarapan TB ialah 
Susu Dutch Lady Pure Farm @dutchladymy + Biskut Sedap!
.

😁 DAY 3 😁
Hehe.. Hari Ni Menu Sarapan TB ialah 
Susu Dutch Lady Pure Farm @dutchladymy + Donut Sedap!
.
 
😁 DAY 4 😁
Hehe.. Hari Ni Menu Sarapan TB ialah 
Susu Dutch Lady Pure Farm @dutchladymy + Hashbrown Sedap!


😁 DAY 5 😁
Hehe.. Hari Ni Menu Sarapan TB ialah 
Susu Dutch Lady Pure Farm @dutchladymy + Burger home made Sedap!


Yeayy.. Akhirnya tamat dah cabaran TB bersama Breakfirst dengan Ducth Lady. Jom Follow TB Memulakan Hari Dengan Susu Ducth Lady Sebagai Pelengkap Sarapan Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Hari.. .

Jom Sahut Cabaran #DutchLadyBreakfastChallenge yang bermula dari 8 Okt - 11 Nov 2018 , dan korang berpeluang memenangi RM 35,000 .


JOM BACA SEDIKIT INFO TENTANG SUSU DUTCH LADY NI.. 

Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

Kenapa mesti Dutch Lady Purefarm ?

Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting dan ianya merupakan susu Nombor 1 di Malaysia. Antara nutrisi yang ada di dalam susu ni adalah seperti :

Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik.

Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif.

Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja.

Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein.

Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Menurut Tan Huey Ghee iaitu pakar pemakanan dari Dutch Lady Malaysia meminum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah.

Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000!

Dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita. 

Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain 2 . Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi untuk membentuk keluarga yang kuat.

Misi Dutch Lady Purefarm ?

Menurut Ramjeet Kaur Virik iaitu Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia pula berkata sejak dari tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat.

Selama 55 tahun , Dutch Lady Malaysia menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat.

Untuk maklumat lanjut, 
Layari Facebook Dutch Lady Malaysia di 

11 Oktober 2018

Rawat Kulit Kusam & Tak Bermaya Dengan Special Homecare Origin (SHO) Red Ginseng Ampoule dan SHO Red Ginseng Masks



 Rawat Kulit Kusam & Tak Bermaya  Dengan Special Homecare Origin (SHO) Red Ginseng Ampoule dan SHO Red Ginseng Masks


Well... semua wanita pastinya nak sentiasa kelihatan muda, berseri dan cantik tetapi faham-faham ajelah kan apabila usia semakin meningkat, tanda-tanda penuaan pasti akan timbul juga seiring dengan usia yang semakin meningkat. 

Oleh itu wanita perlu memanjakan diri dengan produk berkualiti untuk mengurangkan kedutan halus supaya masih kelihatan hebat. Betul tak? Haaa.. TB tengok wanita hari ini lebih suka menjimatkan masa dengan memanjakan diri mereka dengan produk rawatan di rumah di mana mereka boleh melakukannya dengan selesa di rumah sendiri. TB pun macam tu jugak.. nak ke salon memang tak la kot.. mana ada masa.. huhu.. So, TB nak kongsikan pengalaman TB merawat wajah hanya dirumah sahaja tetapi menggunakan produk rawatan kulit yang cute botolnya, yang bau best, yang meresap baikk punyaaa.. haha.. teruskan membaca ye!


Selama sebulan yang lalu, TB telah mencuba Special Homecare Origin (SHO) Red Ginseng Ampoule dan SHO Red Ginseng Masks yang datang dalam pembungkusan tiub yang sangat comel. Apa yang TB boleh katakan, TB sangat berpuas hati dengan hasilnya. Sebelum ni TB mempunyai kulit yang kelihatan kusam tetapi kini kulit TB semakin kelihatan lebih cerah berseri dan bercahaya. Amboih.. macam ada sportlight hala ke muka yea.. hehehe.. 

Oh ya.. SHO Aging Red Ginseng both ampoule and ampoule mask ini memang dikhususkan untuk mereka yang ingin Memulihkan Keadaan Kulit dan yang TB guna sekarang ni ialah fungsinya untuk Anti Penuaan dan Menyuburkan Kulit, Memulihkan Kulit dan Kulit Anjal dan Bersinar, so bersesuaianlah dengan TB yang semakin uhuk2 ni.. (tak mo cakappp.. haha)

Apa yang TB baca sedikit tentang SHO ialah SHO ni sebenarnya adalah jenama penjagaan kulit dari Korea yang menggabungkan rawatan kecantikan dan sains. 

Produk SHO menawarkan pelbagai bahan-bahan natural dan produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi bagi wanita untuk melakukan rawatan di rumah mereka sendiri. Ampoules dianggap lebih baik daripada serum kerana Ampoules lebih tertumpu dengan jumlah bahan aktif yang lebih tinggi, 3 kali lebih berkesan daripada serum dalam menyerap ke dalam kulit dan memberi kesan jangka panjang. 

Produk-produk ini bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti Triethanolamine, Benzophenone, Minyak Mineral, Sulfat, Paraben dan Acrylamide, jadi mereka selamat walaupun untuk wanita hamil. Senang hati TB bila tahu ni sebab kulit TB ni sensitif so, TB takut nak letak sesuatu yang berbahaya di wajah kita kan.. 

 

 

SHO Aging Red Ginseng Ampoule ini best sebab walaupun tekstur dia yang agak berat/lebih tebal tetapi ia menyerap dengan sangat baik dan tidak meninggalkan kesan melekit atau berminyak, Pada mulanya memang TB tengok macam jenis berminyak tapi bila TB sapu dan ratakan diwajah rasa selesa sangat-sangat.. tak melekit.. tak berminyak.. mengejutkan! dan paling TB terkejut ialah, bau ginseng dia tak begitu menusuk hidung berbanding mask ginseng lain yang TB pernah cuba.. Yang ni memang bau dia OK dan TB boleh pakai dalam waktu yang lama sebab bau dia tidak mengganggu lubang hidung TB.. wakakaka.. penting tau pilih mask yang baunya kita suka dan selesa.. hihi.. 

SHO Red Ginseng ampoule mengandungi 42% ekstrak ginseng merah untuk kulit yang sihat dan bercahaya, dan minyak camellia untuk kesan pelembab. Ekstrak Root Paeonia Suffruticosa dan Ekstrak Root Polygonum Multiflorum akan mengurangkan kulit kasar dan kasar. Trehalose berkesan dalam menenangkan dan melembapkan.


CARA PAKAI :
Gunakan SHO Red Ginseng ampoule selepas basuh muka dan letak toner diwajah untuk segarkan wajah.. kemudian sapu ampoule dalam jumlah yang sederhana dan ratakan ke seluruh muka untuk supaya ia menyerap ke dalam kulit.

TB suka sangat bau dia.. bukan bau ginseng yang kuat dan tekstur dia yang tidak melekit, tidak berminyak buat TB rasa selesa dan benar-benar rasa ia melembapkan muka TB. TB merasakan kulit saya lebih anjaldan lebih berseri selepas menggunakan SHO Red Ginseng ampoule ni. Kiranya Ia berfungsi dengan baik untuk  kulit TB ni.. hehehe.. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SHO Red Ginseng Masks


Untuk SHO Red Ginseng Masks ni dalam satu tiub tu Ada 7 x 27 ml mask berharga RM 159.00

SHO Red Ginseng Masks mengandungi ramuan ubat oriental seperti Red Ginseng, Root Mulberry, Licorice dan Pleuropterus Multiflorus untuk kulit yang lebih anjal dan bersinar. Ia juga mempunyai minyak Camellia untuk membantu mengekalkan keseimbangan minyak dan air yang sihat. Ekstrak Protulaca pula membantu kulit tidak bermaya menjadi sihat manakala Trehalose melembapkan dan menenangkan kulit. Dengan semua ramuan ubat ini, SHO Red Ginseng Masks ini dapat menghidupkan semula kulit dan menjadikan kulit kita lebih kencang dan berseri. Dah tentulah ianya sesuatu yang TB perlukan untuk anti-penuaan kan.. 



Comel kannnn.. 
 
CARA GUNA :
Cuci muka bersih-bersih dan selepas itu letak toner di wajah bagi segar wajah tu kemudian pakailah  SHO Red Ginseng Masks kat muka korang. Biarkan selama kira-kira 15-20 minit, lepas dah cukup time korang buka mask tu dan urut-urut dan tepuk2 lembut kat muka korang tu bagi essence dari mask tu menyerap dengan lancar ke dalam kulit .



Nak pakai bila-bila masa pun boleh.. hahaha.. 


Sementara tunggu 20 minit boleh korek hidung dulu yea.. wakaka

Lagi satu kan.. TB suka dengan SHO Red Ginseng Masks sebab Mask ni direndam dengan banyak essence tau, so bila dah pakai mask tu, ada banyak lagi esence2 yang tertinggal dalam plastik tu.. dan paling TB suka sebab ia tak mudha koyak.. huhu.. TB sukaa.. 


Essence yang lelebih tertinggal dalam plastik mask tu jangan pulak korang buang, rugiii.. huhu.. TB siap sapu lagi lebihan-lebihan essence yang tertinggal dalam plastik mask tu.. korek-korek kasi bersih tau tak.. banyaknya cecair essence yang tertinggal.. huhu.. so, TB sapu je atas mask yang dah start kering tu.. sejuk dan selesa.. 


Suka sebab tak mudah koyak.. 

Ia sesuai dengan kulit wajah TB dan benar-benar melembapkan wajah TB selepas penggunaan pertama. Macam TB kata tadi TB boleh merasakan muka TB lebih anjal dan lebih terhidrat selepas menggunakan mask ni. Boleh dikatakan ini adalah mask rawatan yang berbeza daripada mask harian biasa dan secara klinikalnya terbukti bahawa tahap minyak menurun sebanyak 60% dan tahap kelembapan meningkat sebanyak 46% selepas penggunaan 1 kali.


TB pasti akan mengesyorkan SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask ini kepada semua orang. Haa.. kalau korang nak order jugak, korang boleh membeli produk SHO dari SHO FACEBOOKINSTAGRAM dan kedai Sasa terpilih di Malaysia. 

Sebenarnya TB ingatkan SHO ni hanya ada untuk Red Ginseng aje.. Rupanya-Rupanya bila lihat dekat Page SHO baru tahu ada banyak lagi variasi/siri lain yang mengikut fungsi-fungsi setiap satunya dalam merawat kulit wajah kita. So, pilih lah mengiktu kesusuaian dengan kulit wajah kita ye!

SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask

SHO Ampoule - RM189 (50ml)
SHO Real Vita AA2G Ampoule
SHO Aging Red Ginseng Ampoule
SHO Aqua Hyaluronic Ampoule
SHO Wrinkle Lift Peptide Ampoule


SHO Ampoule Mask - RM159 (7 helai) 
SHO Real Vita AA2G Ampoule Mask
SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask
SHO Aqua Hyaluronic Ampoule Mask
SHO Wrinkle Lift Peptide Ampoule Mask
SHO Barrier Madeca Ampoule Mask


Kalau korang berminat untuk membeli dan mencuba rangkaian produk SHO ni korang boleh dapatkan di 50 outlet SaSa seluruh negara atau ke laman media sosial SHO Malaysia di bawah :



05 Oktober 2018

SUSU KAMBING NUFAEL 100% ASLI DAN ORGANIK!



SUSU KAMBING NUFAEL 100 % ASLI DAN ORGANIK!



TB suka minum susu kambing sejak TB mengandung hari tu.. Masa tu TB tak lalu nak minum susu biasa, so Hubby TB kata minum susu kambing je sebab elok utnuk baby dalam kandungan sekali.. so, dalam 4 bulan kandungan tu TB start minum susu kambing dan memang laju je TB hirup secawan susu tu sampai habis.. huhu.. sedap!

Dan selepas tu baru TB tahu TB suka dengan susu kambing rupanya.. ingatkan bila kita tak suka makan daging kambing, so dengan susu dia pun kita tak suka.. hahahha.. belum cuba belum tahu ye! dah cuba baru tahu rasa dia sedap!

Haaa.. Yang TB nak cerita kali ni pun pasal Susu Kambing jugak.. Alaaa.. Susu Kambing yang dutanya si cilik Fattah Anas yang shomelll tu.. hahaha.. TB selalu ikuti gak instagram Fattah anas dan Papa dia, dan ternampak papanya berlakon dengan sorang awek cun.. 

Dan TB baru tahu rupa-rupanya wanita yang berlakon bersama Papa Fattah Anas tu Founder FEEDMILK rupanya.. haa.. bagi yang tak tahu tu Feedmilk adalah jenama pakaian menyusu bayi yang popular dan dikenali ramai..

Anys Paloma ialah pemilik jenama SUSU KAMBING NUFAEL ini yang sentiasa memikirkan produk terbaik untuk pengguna selepas jenama Feedmilk, Femilac dan kini Susu Nufael.

Haaa.. So.. SUSU KAMBING NUFAEL ni adalah produk terbaru keluaran FeedMilk yang sesuai untuk SEISI KELUARGA dan Semua Peringkat Umur boleh minum tau!

Fattah Anas, duta produk susu Nufael pun sekarang dah tukar susu dari susu FM ke Nufael dan mengamalkannya setiap hari.

Haa.. Susu Kambing ni banyak khasiat berbanding susu FM / Susu Lembu.. Kalau korang nak tahu apa PERBEZAAN SUSU KAMBING NUFAEL & SUSU LEMBU , kornag boleh klik link dibawah ni yea.. Klik  >> https://goo.gl/ciVAHF

Sekarang TB nak share dengan korang tentang Khasiat dan Kelebihan Susu Kambing untuk bayi dan dan semua peringkat umur.. jom baca


Khasiat dan Kelebihan Susu Kambing 

  1. Susu Kambing ni bagus sangat sebab orang kata ia adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu, dan susu kambing ni sesuai sangat bagi menggantikan susu FM untuk bayi-bayi yang tak sesuai dan tak serasi dengan susu FM. 
  2. Susu kambing mudah dihadamkan kerana molekul lemak dan protein yang halus berbanding susu lembu sebab itu jika anak sembelit, cirit birit kerana ciri-ciri susu lembu yang tidak mudah dihadamkan. 
  3. Susu Kambing sesuai untuk semua golongan, pakcik makcik, atuk opah, baby atau sesiapaun pun boleh minum yea.. cuma kena pastikan tahap kesihatan korang dulu macam mana kan..
  4. Sesuai untuk diet kanak-kanak dan dewasa. dan susu kambing juga memudahkan penghadaman kerana ia mengandungi kandungan laktosa rendah dan halus .
  5. Bagi mereka yang ada ulcer dan gastrik pun sangat sesuai minum susu kambing tau..  Sebab dari segi saintifik Susu kambing ni bersifat Zarah halus dan nyah asid serta bersifat alkali yang mana sesuai untuk pesakit penghhidap gastrik amalkan.. 
  6. Bertindak neutral kan acid dalam badan, kerana bersifat alkali, asid penyebab pening, berat badan, sakit badan dan otot, keletihan dan darah tinggi. 
  7. Haa.. bagi yang alah susu tu, korang patut cuba minum susu kambing yang TB nak kenalkan jap lagi ni sebab ia tidak berbau hamis dan tiada lendir seperti susu lembu so yang alah susu takda masalah nak minum ni..
  8. Selenium dalam susu kambing membantu sel pertahanan tubuh dan bahan antioksida untuk lawan virus. haa.. kalau dah tua-tua gini TB pun rasa kesihatan semakin merosot kerana sistem pertahanan badan semakin lemah disebabkan faktor umur.. So, minum susu kambing boleh membantu sel pertahanan tubuh badan kita utnuk menentang virus .
  9. Huhu.. selain tu kan korang, kalau amalkan minum susu kambing ni, ia mempunyai Anti penuaan tau kerana dalam kandungan susu kambing ni ada bioorganic sodium dikenali dengan rawatan naturapathic yang boleh kurangkan masalah sendi. 
  10. Kandungan potassium dan kalsium tinggi serta sodium yang rendah penting untuk kawal tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal
  11. TB suka part ni sebab susu kambing ni mengandungi riboflavin untuk merawat ekzema, colic, insomnia, dan demam kuning serta asma. so susu kambing boleh merawat ekzema, mungkin untuk TB yang ada psoriasis ni pun sesuai sangat kan..  
  12. Kandungan Silicon dan fluorine yang tinggi dapat cegah diabetes
  13. Tidak menyebabkan alahan kerana kandungan asid lemak yang tinggi 37% berbanding lembu 
  14. Tidak mudah berubah khasiat jika disejuk beku 

Haaa.. itu kelebihan susu kambing.. dan sekarang TB nak share pulak tentang kelebihan SUSU KAMBING NUFAEL ni yea..

Untuk maklumat korang semua, SUSU KAMBING NUFAEL berbeza dari susu kambing lain di pasaran.. Selain ia tidak berbau hamis dan sedap, ia juga punya kelebihan kerana mengandungi 7 bahan organik yang menggunakan ekstrak sebenar dari makanan sunnah nabi seperti DELIMA, KURMA, MADU, MINYAK ZAITUN, MANNA & KISMIS serta sumber TENUSU dari SUSU KAMBING itu sendiri untuk setiap kotak.

Susu Kambing Nufael ni juga semestinya  TIADA PEWARNA, GULA TAMBAHAN & PERISA. Sesuai untuk kanak-kanak dari usia 2 tahun sehingga dewasa..

SUSU KAMBING NUFAEL HALAL & KKM?
Susu Kambing Nufael telah diberi status HALAL. dan untuk pengetahuan semua kilang pemprosesan NUFAEL sentiasa dipantau oleh MESTI serta KKM SUCI dan BERSIH.

Disebabkan Susu Kambing Nufael adalah makanan tambahan tanpa kimia atau ubat-ubatan, maka SUSU KAMBING NUFAEL diklasifikasikan oleh KKM sebagai makanan tambahan bukan ubat-ubatan. Pengiktirafan KKM perlu sekiranya ia adalah ubat yang mengandungi bahan kimia.


SUSU KAMBING NUFAEL ni banyak khasiatnya kalau di amalkan oleh kanak-kanak 2 tahun keatas.. Haa.. Harraz boleh minum ni lagi 2 bulan.. hehehe.. Jom tengok apa khasiatnya untuk kanak-kanak .

SESUAI SEBAGAI GANTI SUSU BADAN`
Untuk ibu-ibu yang nak berhenti menyusu anak dan mencari susu yang sesuai sebagai ganti susu ibu, sesuai sangat amalkan Susu Kambing Nufael ni tau.. sebab ia boleh membantu menaikkan selera anak-anak, ia juga membantu untuk sel otak berhubung dan cepat belajar serta fokus dalam sesuatu yang dia sedang kenal dan belajar. Oh ya.. lagi satu.. Kalau minum susu kambing Nufael ni boleh masalah kembung perut dan sembelit dapat dikurangkan .


IBU MENYUSU / MENGANDUNG DAN IBU DALAM TEMPOH BERPANTANG
Untuk Ibu-Ibu Mengandung atau yang tengah menyusu anak mahupun yang sedang berpantang, bagus sangat amalkan susu ni tau.. sebab ia boleh menambah susu badan bagi ibu yang menyusu, boleh stabilkan HB ibu-ibu ketika mengandung, dan pastinya ada yang tahu bahawa susu kambing ni kalau diminum oleh ibu mengandung boleh mengelakkan baby jaundice sekepas lahir. dan bagi ibu berpantang pula.. pastinya akan merasa lega kalau minum susu kambign ni sebab masalah sembelit dapat diatasi.. InsyaAllah.. 


WANITA DAN LELAKI
Haaa.. bagi kita-kita yang dewasa yang saja-saja nak minum ni, bukan saja-saja minum je yea.. mestilah kita nak khasiat disebalik apa yang kita minum / makan kan... So, kalau korang nak tahu SUSU KAMBING NUFAEL ni boleh mencantikkan kulit , mengurangkan masalah insomnia (susah tidur malam) , memberi tenaga extra dan mengurangkan gastrik, angin dan masalah ketidakhadaman perut.


WARGA EMAS 
Haa.. bukan yang muda-muda je sesuai minum SUSU KAMBING NUFAEL  ni yea.. warga emas seperti yang lanjut umur macam makcik-makcik atau tok-tok kita pun boleh minum tau.. Sebab khasiatnya boleh Memberi Kesihatan Tulang, Menambah Selera Makan, Tidak Mudah Lapar, Membantu Penghadaman dan seterusnya Memberi Tenaga Extra juga.. Wah.. bagusnyaa..


Wah.. banyak juga khasiat dan kelebihan minum SUSU KAMBING NUFAEL  ni yea.. bagus sangat diamalkan.. kalau macam tu TB pun nak borong la nanti.. Haa.. kalau korang nak beli jugak.. boleh lah contact mana-mana link kat bawah ni yea.. jangan lupa FOLLOW dan LIKE sekali yea.. support bisnes orang kita.. Bumiputera .. 



Facebook - 

Website - 

Pengedar Rasmi SK NUFAEL - 

Founder FEEDMILK - 

Instagram 

Daftar Sebagai Pengedar - 
Hubungi - 0168404932



GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2