CARA MEMBERSIHKAN SIPUT SEDUT SEBELUM DIMASAK


CARA MEMBERSIHKAN SIPUT SEDUT SEBELUM DIMASAK

Tujuan kita membersihkan Siput Sedut sebelum memasaknya adalah kerana untuk membuang segala racun dan bakteria yang ada didalamnya.. Jom kita ikuti cara-cara yang betul membersihkan Siput Sedut ni..

1. Masukkan siput sedut yang telah dibilas dengan air ke dalam sebuah bekas. 

2. Selepas itu masukkan hampas kelapa.

3. Gaul hampas kelapa pada siput sehingga rata dan meliputi kesemua siput tadi. Biar semalaman.(tapi kak lina rendam kejap je dalam 2-3 jam..tu pun dah bersih sangat).

4. Basuh siput tadi sehingga bersih dan barulah boleh memotong bahagian hujung cengkerang siput itu sebelum dimasak. Jangan lupa rendam siput yang dah dipotong tu dengan air garam dulu yea.. nak bagi siput tu muntah kotoran. Bukan saja bau lumpur akan hilang malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.

PETUA LAIN :


Ambil Daun Pisang sahaja, kemudian ramas2 dengan siput tadi. Ulang sehingga siput betul2 bersih dengan menggunakan daun pisang yang sama. Kemudian baru lah potong montot/ekor siput.

Orang tua-tua kata kalau masa makan tu ada rasa siput berlendir2 maknanya siput tu dah mati sebelum kita potong montot dia lagi.

Jom Tengok Resepi Masak lemak Siput Sedut
KLIK SINI

image : from google


2 Ulasan

  1. Mil kita pnh la masak. 2x kita merasa makan. tapi tak pernah tengok la cara dia bersih & masak. hehe

    BalasPadam
  2. dana biasa bt gini, mak kt kampung mmg buat gini sampai semalaman selalunya dia buat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama