Kembali Ramping Dengan Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset

Bengkung Corset


Kembali Ramping Dengan Mamaway  Nano Bamboo Postnatal 
Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset

Semasa TB melahirkan anak pertama, TB memang  tidak tahu lansung tentang bersalin secara pembedahan / c-section pun boleh pakai bengkung sehinggalah TB dah habis pantang dan anak pun dah masuk setahun baru TB tahu tentang bengkung ni.. Alahai.. sayangnya TB tak try guna bengkung dari awal bersalin lagi.. gara-gara takut dan rasa nyeri pada luka jahitan tu TB biarkan sahaja perut mengembang dan memang bentuk badan TB agak berisi walaupun selepas berpantang.. huwaaa.. sedih juga masa tu.. 

dan sejak itu TB belajar dari pengalaman melahirkan anak sulung kerana pada pada masa itu TB tidak menjaga badan selepas bersalin, Tapi pada kehamilan ke-2 ni, TB sangat bersedia untuk pemulihan badan, pengambilan nutrien dan perkhidmatan urut (walaupun tidak semuanya dapat direalisasikan kerana Covid-19). Untuk mengembalikan badan TB ke bentuk asal dengan cepat, TB memilih Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset. Ia mengandungi black velvet bamboo charcoal ( arang buluh baldu hitam ) yang bersifat antibakteria dan tahan bau. So, ibu-ibu tidak perlu terus mencucinya, biarkan saja ia.. Dan yang bestnya, bahannya sangat selesa, mudah dilaraskan serta elok cantik terletak je mengikut lekuk badan kita. TB suka pakai tak kira siang atau malam, boleh juga pakai semasa bersenam, paling best sebab boleh dipakai di luar pakaian, atau di dalam juga. 


mamaway belly band


Syoknya kalau lepas bersalin perut semakin mengecut dan bentuk badan kembali kepada asal kan.. TB pun berharap macam tu.. Tapi sekarang ibu-ibu tak perlu risau dah, impian nak kembali kurus dah boleh direalisasikan dengan bengkung corset dari Mamaway ni..

Disyorkan oleh Australia's Physiotherapists Mamaway postnatal belly band bahawa bengkung corset ini mampu membantu membentuk semula bahagian perut ibu selepas bersalin, serta mengencangkan otot sambil memberikan keselesaan & sokongan sepanjang hari.

Jom baca kelebihan  tentang bengkung corset dari mamaway ni..

  1. Sesuai untuk kelahiran normal mahupun secara pembedahan (C-Section)
  2. Boleh digunakan sejurus selepas kelahiran
  3. Pemulihan rahim & teras
  4. Mengencangkan, Memadatkan & Membentuk badan 
  5. Menyokong Tulang Belakang  dan Membetulkan Postur 
  6. Lekapan mudah melekat di mana sahaja
  7. TGA diperakui sebagai produk preskripsi gred perubatan
  8. Mengandungi sinar inframerah jauh meningkatkan peredaran darah dan membantu menghilangkan "lochia" dengan cepat.

Bengkung Corset

mamaway belly band



Nampak Ni.. Mudahnya nak pakai, selit je tangan dalam ni untuk bagi lebih mudah nak pakaikan..

Bagi TB selepas melahirkan anak kedua, juga melalui proses C-Section, Bengkung Corset ini benar-benar sangat diperlukan dan ia adalah salah satu item yang WAJIB ada bagi ibu yang akan melahirkan atau baru melahirkan. Mengapa? Sebab terdapat banyak faedah kepada ibu-ibu yang mahukan proses penyembuhan yang cepat dan lancar agar boleh kembali melakukan rutin-rutin harian disamping membesarkan bayi kesayangan.. 

Selepas berpantang pastinya kita mahu lihat tubuh kita kembali ke asal kan? Namun untuk ke arah itu kita memerlukan sesuatu yang boleh membantu kita untuk mempercepatkan proses pemulihan otot rahim dan perut agar dapat membentuk kembali bahagian perut kita. Haa.. Alat tersebut pastinya Mamaway  Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band  yang perlu dipakai secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang kita mahukan.. hehe.. nak cantik.. kena lah usaha betul tak.. Tapi jangan risau.. macam TB kata tadi.. korang tak perlu nak susah-susah cuci.. sebab ianya  bersifat antibakteria dan tahan bau.. nak pakai lama pun takpe, tak gatal kerana ia mengandungi material yang bernafas dan tidak merengsakan kulit.


bengkung corset


Super Stretchy & Elastic

Seeloknya ibu-ibu gunakan bengkung corset mamaway ni bermula dari hari pertama melahirkan sehinggalah hari tamat berpantang.. kalau nak lebih pun boleh je.. lagi la elok.. selain ia boleh menyokong perut kita ( support your belly) ia juga boleh mengurangkan sakit belakang dan memperbaiki postur kita .. Bagi TB its a good investment for berpantang even after pantang pun boleh pakai. Normal and csec mom pun boleh pakai. dan paling lah menyenangkan bila nak pakai pun tak perlu nak panggil orang bantu kita pakai bengkung sebab bengkun corset mamaway ni ni terlalu mudah untuk dipakai sendiri aje.. yeahh!

Mamaway  Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band

Info : Untuk yang baru lepas bersalin tu Pakai hingga pelvic area untuk uterus and abdominal muscle recovery."  dan yang dah lepas bersalin 6 month tu.. boleh la pakai macam TB pakai dalam gambar atas ni ye.. 


kurus ramping


ini adalah kedudukan yang disarankan untuk ibu dalam tempoh 6 bulan selepas bersalin, terutamanya fokus pada pemulihan otot rahim dan perut .


Apa yang TB suka tentang Mamaway  Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band ni?

☑️ Menstabilkan dan menyembuhkan luka dengan baik selepas pembedahan⁣
☑️ Mengurangkan rasa tidak selesa setelah bangun dari tidur ⁣
☑️ Breathable material with good elasticity⁣
☑️ Mudah digunakan dan  mudah untuk ditanggalkan sendiri⁣
☑️ Tak panas & serap peluh. 
☑️⁣⁣Ia amat sesuai untuk yang bersalin normal mahupun c-sect..  dan untuk yang ada masalah kulit sensitif tu pun boleh guna.. dont worry.. TB pun ada kulit sensitif tapi tiada masalah dengannya..
☑️ Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band yang mengandungi sinar inframerah jauh meningkatkan peredaran darah dan membantu menghilangkan "lochia" dengan cepat.
☑️ Kalau masa tengah period pon boleh pakai jugak sebab boleh kurangkan sakit pinggang/belakang badan..⠀
☑️ Tengah bfeeding pon elok pakai so kita tak terlalu bongkok kan badan. 

Sejujurnya selepas guna bengkung corset dari mamaway ni, TB sangat syorkan buat bakal ibu dan ibu yang telah bersalin, ibu yang sedang berpantang atau baru lepas berpantang boleh cuba bengkung corset ini kerana ia benar-benar sangat membantu kita dalam menyokong rahim, perut, pelvis, punggung dan tulang belakang kita selepas kehamilan dengan memberi tekanan pada bahagian pelvis / perut untuk menahan dinding rahim yang diperluas, termasuk kulit dan otot yang longgar selepas bersalin. 


mamaway belly band


Ia begitu membantu ibu-ibu mendapatkan kekuatan kembali di kawasan teras mereka, juga boleh digunakan untuk menstabilkan perut dan luka pembedahan selepas c-section atau sebagai sokongan belakang semasa menyusui atau membawa bayi .

Bagi yang bersalin secara c-section tu, bengkung corset ni boleh dipakai seawal hari pertama bersalin tapi jangan ketat sangat yea.. just longgar saja, tujuan bengkung corset dipakai ketika ini sebab untuk mengelakkan perut kita bergoyang ketika bergerak.. fuh.., TB seram part tu.. bila jalan sikit rasa macam tempat jahit tu bergesel dan bergoyang.. Haa.. ini pengalaman TB masa lahirkan anak yang pertama hari tu.. Almaklumlah, tiada pengalaman.. so, untuk bersalin yang kedua ni TB dah pandaii.. yeaaa.. mujur ada bengkung corset Mamaway kan.. 

Fuh.. macam yang ramai tahu, kalau c section ni perut la part paling susah nak kecik . Take months or years , but this belly band can help our uterus back in shape slowly day by day... Another best part is senang je nak pakai, tak payah bantuan sesiapa pon boleh pakai sendiri. Super easy!! So pada kawan-kawan yang bakal melahirkan tu tak kisah normal / c section boleh guna this bengkung . Highly recommended! "⠀

bengkung corset

Untuk yang bersalin czer

Haaa.. teruja tak nak try ? Korang boleh dapatkan lebih info lanjut dan beli di link dibawah :


Website :

Facebook :

Instagram :




18 Ulasan

  1. nampak senang je nak pakai la..mak2 lepas bersalin mestilah nak dapatlan bentuk badan yg asal kan. kalau tambah ramping tu lagi la suka..

    BalasPadam
  2. Wah bagus yea ada bengkung ni, mudah sgt nak pakai tu dan berkualiti. Yang bagusnya both ibu yg lahirkan secara normal ataupun yg secara czer boleh gunakannya, memang convenient 👍🏻

    BalasPadam
  3. Wow.......bagus nyer bengkung nie. Utk girls yg nak kempis kan abs boley x? I mean not wanita yg baru bersalin. Just girls.

    BalasPadam
  4. Oh ni kalau bukan post natal boleh jugak ke? Nak langsingkan pinggang gara2 lemak PKP 😆

    BalasPadam
  5. Senang sangat main lekat aje kannn, tu kalau tak pakai gak tak tau laaa, sebab zaman Sis, kain bengkung 5 meter tu haaa lilit kat badan oii, seksaaaa... hahahahaha

    BalasPadam
  6. Kalau zaman dulu punya bengkung tu lilit kan. Sekarang simple aje. Tapi orang zaman dulu memang suka pakai bengkung or korset

    BalasPadam
  7. Wahhh, boleh hadiahkan ni kepada kawan2 yang baru pas bersalin or mom to be la.. nak beli untuk wife sendiri, lupa tak kahwin lagi.. :)

    BalasPadam
  8. Menariknya bengkung dia. Mudah je nak guna. Marina pon kadang pakai bengkung juga. Bukan time lepas bersalin je

    BalasPadam
  9. Ooo ini rahsianya ngapa TB slim ye walau dah ada anak..hehe..ni rasanya kak min leh try pakai gak walau tak lps bersalin pun sbb badan makin memgembang ni haha

    BalasPadam
  10. menarik corset ini..perasa juga dengan brand ni..nanti nak cuuba..sebab perut memang buncit sekarang ni hehehe

    BalasPadam
  11. Kak pun dah ada bengkung mamaway ni mmg terbaik, nak pakai pun senang sgt dan selwsa

    BalasPadam
  12. wow these products look so effective and good. cant wait to try them when i hv my own baby next time!

    BalasPadam
  13. pemakaian bengkung mmg penting selepas bersalin. Ni pun selalu tgh wife struggle pakai bengkung setiap hari hehe

    BalasPadam
  14. InsyaAllah jika ada rezeki seterusnya mdm akan cuba dptkan bengkung ni.Barulah Mamaway kan? Yang penting fleksible, selamat, dan bagus tuk kesihatan ibu.

    BalasPadam
  15. Memang best pakai ni. Selesa nak dukung baby lepas bersalin. Sebab peranakan kota ni lom kuat kan. At least terjaga

    BalasPadam
  16. Wah ni latest design ni sbb za ada beli yg mamaway ni masa last pregnancy. Senang utk pakai x leceh dan elok utk org czer still la boleh pakao bengkung

    BalasPadam
  17. Bengkung macam ni sangat bagus. Dengan zaman moden yang serba nak cepat, ada bengkung strap macam ni sangat menjimatkan masa. Nanti kalau ada baby baru, boleh cari mamaway ni.

    BalasPadam
  18. baca artikel ni tetiba rasa nak beli eh. hahaha. nak juga lansing kan. tp hurmmm boleh ke. hahaha sorry gurau je.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama