McDonald

 

McDonald’s Malaysia Belanja 65,000 Penghantar Makanan ¦ #LekLuMcDBelanja
 

Sekali lagi McDonald's Malaysia  telah menunjukkan penghargaan mereka kepada mereka-mereka yang banyak berjasa ketika masa pandemik ini.. Kali ini giliran penghantar makanan di seluruh negara pula diraikan dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

 

Usaha yang dilakukan adalah sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera tersebut untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya.

 

 Set Hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju

Bersempena dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju  di restoran McDonald’s seluruh negara. Semua ini ikhlas dari McDonald’s Malaysia untuk belanja 65,000 penghantar makanan .

 

quater pounder

 Quarter Pounder dengan Keju  

 

Pada pandangan TB, penghantar makanan ini harus dihargai kerana ketika pandemik inilah kita sangat memerlukan mereka untuk menghantar makanan yang kita pesan. Hal ini telah memudahkan kita untuk tidak keluar rumah membeli makanan dan seterusnya dapat mengurangkaan risiko terkena jangkitan covid19. Namun jasa penghantar makanan juga perlu kita hargai kerana mereka sanggup berpanas, berhujan dan menghadapi pelbagai masalah lain ketika menjalankan tugas mereka demi menghantar pesanan pelanggan. 

 Mc Donald Malaysia


Keadaan yang biasa terjadi kepada penghantar makanan / rider ini antaranya terpaksa belapar sehingga tugas penghantaran selesai. Risaukan perut pelanggan yang kelaparan sehingga terlupa yang perut sendiri juga perlu diisi makanan untuk meneruskan penghantaran makanan kepada pelanggan-pelanggaan lain. Sudah sinonim dengan kerjaya penghantar makanan, terpaksa melupakan waktu makan mereka sendiri semata-mata untuk memastikan semua pesanan pelanggan selamat sampai kepada pelanggan pada waktu yang diperlukan. 

 

Selalunya waktu makan penghantar makanan pasti terlewat hingga ke petang kerana memenuhi penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak, penunggang sering terpaksa melepaskan waktu makan mereka sendiri, makan hanya setelah semua pesanan dihantar

 

mcD


Hargai Penghantar Makanan / Penunggang Penghantaran

Penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan pelanggan, yang membantu memastikan perniagaan terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia hari ini dapat menikmati makanan mereka dengan selesa dan selamat di kediaman mereka sendiri,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

 

“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.” kata Azmir Jaafar lagi.

 

 

Penghantar Makanan / Rider wanita

Pernah tak sedang asyik menunggu makanan sampai, tiba-tiba ada call dari seseorang mengatakan dia ada didepan rumah, dan kita terkejut sebab yang menghantar makanan itu adalah seorang wanita dan bukan lelaki. Ya, ketika pandemik ini, golongan wanita juga mengambil peluang mencari pendapatan dengan menjadi penghantar makanan demi mencari rezeki untuk kelansungan hidup. 

 





McDonald

 Roslina Talhad

  

Seorang ibu kepada lima anak, Roslina Talhad bekerja keras untuk mencari rezeki bagi membantu keluarganya, kerana suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa sejak wabak itu. 

 

“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.” kata Roslina, yang menjadikan salah satu dari beberapa penghantar McDelivery di daerahnya.

 

Berpuashati Dapat Mengembirakan Pelanggan

Seorang lagi penghantar makanan juga menyuarakan hati sangat bertuah dapat menjadi sebahagian insan yang turut sama membantu menyenangkan orang ramai dengan khidmat mereka ini. Dari situ TB dapat rasakan yang penghantar makanan juga adalah frontliner kerana mereka juga perlu menempuh risiko berhadapan dengan jangkitan covid19 yang semakin meruncing kini. 

 

McDonald Belanja Penghantar makanan

 William Quah

 

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.” kata William Quah, penunggang McDonald's selama dua tahun.

 

“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.” kata Quah.

 

 

Memilih Kerjaya Sebagai Penghantar Makanan Untuk Biayai Pengajian

Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan bagi membiayai pengajian ketika pandemik melanda negara kita berkata ,

 McDonald Belanja Penghantar Makanan

 Mohamad Azyhan Musa

 

“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.” kata Mohamad Azyhan Musa, Penghantar Makanan McDelivery.

Alhamdulillah, apabila tugas penghantar makanan dihargai sebegini pasti akan terubat jua kepenatan dan pengorbanan #rider kita walaupun terpaksa menahan lapar semata-mata ingin selesaikan tugas hakiki mereka dalam menghantar makanan pesanan pelanggan.  Terima kasih atas inisiatif  McDonald’s Malaysia rai penghantar makanan .

 

Diharap juga kempen #LekLuMcDBelanja  ini pasninya akan menjadi titik tolak kepada penghantar makanan agar lebih komited dalam menjalankan tugas mereka . Pastinya abang rider atau kakak rider kita terharu sangat apabila penat lelah mereka dihargai sebegini rupa. Ini akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan rider-rider kita apabila McDonald’s hargai penghantar makanan Malaysia dengan cara yang sangat tulus. Semoga usaha McD ini berterusan dalam menyokong dan menyumbang kepada mereka-mereka yang bertungkus lumus ketika pandemik ini.

 

McD Belanja Penghantar Makanan

Mekdi Belanja Rider

 

oh ya, bersempena kempen ini, pihak McD juga turut menjemput kita untuk sertai kempen ini. Kita boleh ambil photo / video di samping penghantar makanan kemudian publish gambar tersebut di dalam artikel blog dan akaun media sosial lain bersama hashtags #RiderKu #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider

 

Dengan cara ini kita juga dapat menunjukkan sokongan kita kepada penghantar makanan, agar mereka rasa dihargai dan dapat menghilangkan tekanan dan kesulitan yang mereka alami ketika menjalankan tugas mereka. apa-apa pun terima kasih sekali lagi kepada McDonald’s kerana kesudian McD belanja makan penghantar makanan kita . Respek!

 

2 Ulasan

  1. Alhamdulillah. Orang kita memang pemurah semuanya. Inisiatif Mekdi buat kalini betul-betul sangat membantu abang/kakak rider makanan rasa lebih dihargai. Bukan senang nak redah hujan lebat, panas terik matahari untuk memastikan makanan sampai ke destinasi. Terima kasih McDonald's Malaysia.

    BalasPadam
  2. Seronok tgk mereka gembira kan.. syabas McD kerana menghargai food rider kita. Semoga lebih byk syarikat turut serta

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New