Nak Cantik Dengan Mudah dan Cepat? Jom Try Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature


Hansaegee nature


Nak Cantik Dengan Mudah dan Cepat?  Jom Try Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature   


Hai korang.. hari ni TB terasa nak share cerita tentang CC Cream yang menjadi pujaan TB sejak TB mula pakai 3 tahun lepas. Sebab apa TB sukakan CC Cream ni? sebab CC Cream ni sangat mudah digunakan. Hanya sapu sedikit cc cream Hansaegee Nature ni pada wajah, wajah terus nampak berseri. Tak perlu nak tambah bedak atau cream-cream lain. Mudahnya nak sentiasa nampak berseri walaupun di rumah.

Sekarang ni dekat rumah pun TB memang guna CC Cream ni sebab ia boleh melindungi kulit kita dari sinaran UV berbahaya tu. Jangan sangka duduk dirumah tak kena cahaya matahari so tak perlu pakai cream untuk melindungi kulit dari sinaran UV, sebenarnya perlu sangat kita menjaga kulit kita tidak kira apabila berada diluar rumah mahupun didalam rumah kerana, walaupun kita berada didalam rumah sinaran UV tetap boleh memasuki rumah kita melalui tingkap. Jadi perlu untuk kita sentiasa melindungi kulit kita dengan rutin penjagaan kulit yang betul setiap hari.

Macam TB, biasanya masa memasak / selepas buat kerja harian dirumah, kulit akan menjadi sangat berminyak, tidak cantik; Tetapi setelah memakai CC Cream, bila-bila masa memasak kulit masih terasa segar, dan tidak berminyak seperti sebelumnya, kulit kelihatan lebih cantik even dah satu hari masih nampak glowing cantik

Bercerita tentang CC Cream ini, TB nak kongsikan dengan semua tentang kelebihan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni, manalah tahu kot ada yang belum tahu dan baru pertama kali dengar tentang CC cream ni.. 

Oh ya, sebelum tu, buat yang masih baru dengan nama CC Cream ni, mari TB terangkan apa dia CC Cream ni ye.. CC Cream bermaksud Color Correction Cream yang mana ianya berfungsi mengurangkan kemerahan kulit atau sllowness dan juga untuk memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.

Apa Kelebihan Menggunakan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature?

Jom Tengok Bahan-bahan Utama Gold Nano CC Cream


Ada 3 bahan utama yang digunakan dalam Gold Nano CC Cream ini iaitu Mineral Water, Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract dan Nano Gold

Mineral Water
Mineral Water inilah yang memberi keseimbangan PH pada kulit, membantu kelembapan daripada dalam, mengaktifkan vitamin yang dapat menganjalkan kulit kita.

Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract
Ianya dipanggil bunga seri pagi oleh orang Malaysia dan mempunyai banyak kebaikan pad akulit seperti membantu mengurangkan radangan pada kulit, anti bakteria dan juga dapat menperbaiki masalah kulit kita.

Nano Gold
Dalam dunia kecantikan, penggunaan emas memang tidak asing lagi tambahan pada produk kosmetik. Gold Nano CC Cream juga menggunakan nano gold yang memberi kebaikan kepada kulit seperti anti-penuaan, antimikrob yang tinggi, menghalang sinaran infrared terus ke kulit dan juga antioksida yang baik.

Jom kita kenal lebih mendalam lagi tentang Cc Cream ni okey :-

Gold Nano CC Cream. Adalah krim All in one day. Color Control + Brightening, bermaksud warna putih secara fizikal, setelah anda memakai pada kulit, ia akan berubah warna untuk memenuhi warna kulit anda, sehingga menjadikan kulit kelihatan anggun dan bercahaya sambil menjaga dan ia lembap sepanjang hari dengan semula jadi. Ia juga Anti-Kerut, fungsi perlindungan Matahari SPF50 PA +++, Menjaga kelembapan sehingga terasa ringan, tidak berminyak, tidak melekit. Kulit wajah akan bercahaya secara semula jadi.


Fungsi Utama :-


🌸 Ia Mengimbangkan & Memperbaiki tona kulit secara semula jadi.
🌸 Memberi perlindungan Matahari SPF 50 PA +++
🌸 kulit halus dan bercahaya


Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

Cara penggunaan - Sapukan Gold Nano CC Cream dengan tangan / jari anda, akan kelihatan krimnya berwarna putih, tapi setelah anda menggunakannya dan campurkan seluruh wajah secara sekata, ia akan berubah warna untuk memenuhi warna kulit anda secara semula jadi, menyeimbangkan warna kulit anda, sehingga kelihatan glowing dan cerah secara semula jadi. Lancar. Orang yang tidak suka mekap, mencari krim semula jadi dan CC Cream ini akan banyak membantu. Langkah mudah & senang untuk Rutin Harian.


Kenapa Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni Jadi Pujaaan TB hingga kini?


Haa.. mesti semua nak tahu kenapa TB pilih Gold Nano CC Cream walhal diluar sana banyak lagi CC Cream di pasaran dan berjenama. TB sebenarnya amat memilih bab-bab cc cream ni, kalau sekali pakai rasa tak selesa dan tak memuaskan hati, TB memang takkan beli dah. TB dah cuba beberapa jenama CC Cream dan tiap satu mesti ada kekurangan. Ada yang nampak bercapuk apabila berpeluh, ada yang perlu ulang sapu sunscreen dan ada yang kurang sesuai dengan kulit TB. 

TB pun try Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni. sebenarnya dah lama dah TB nak cuba sebab geram tengok kawan-kawan pakai, nampak smooth je kulit. Ha.. TB pun try la pakai juga. Masa itu TB terus jatuh cinta dengan dengan Gold Nano CC Cream ini disebabkan lepas pakai muka TB tak bercapuk apabila berpeluh. Selain daripada itu, TB suka teksturnya yang creamy, masa nak sapu tu nampak krim putih tapi apabila di apply di muka, ianya akan bertukar warna mengikut tona kulit kita. So, wajah TB nampak natural dan fresh. 

Jom tengok apa kelebihan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature yang buat TB tak boleh nak move on.. hehe..

Gold Nano Cc Cream Hansaegee Nature

Gold Nano Cc Cream Hansaegee Nature


Mudah di gunakan. calit di wajah.. sapu rata.. siap!

Ada 2 cara yang sering digunakan untuk memakai cream iaitu menggunakan berus atau span. Tapi Gold Nano CC Cream ini hanya menggunakan jari sahaja dah cukup menjadikan kulit wajah berseri dan bercahaya. TB kalau terlambat nak keluar kemana-mana ke, Gold Nano CC Cream ini pun dah cukup buat kulit nampak bermaya. Pernah lah satu hari tu, TB nak keluar bawa anak jumpa doktor, untuk checkup bulanan. TB terbangun lewat. masa tu Tapi segalanya lancar je bila ada Gold Nano CC Cream ni.. Sangat memudahkan TB bersiap. Jimat masa!



Gold Nano Cc Cream Hansaegee Nature


Tekstur Krim
Krim bewarna putih tetapi berubah warna kepada kulit asal TB,so tak perlu nak pening-pening fikir code cc cream apa yangs esuai dengan kulit dah.. sebab gold nano cc cream ni sesuai untuk semua tona kulit.. yeay!! siap ada anti wrinkle lagi..


Gold Nano Cc Cream


Nampak tak perbezaan sebelum dan selepas pakai Gold Nano CC Cream ni? muka nampak smooth dan fresh je selepas sapu Gold Nano cc cream ni.. Alkisahnya, sebelum ni TB agak cerewet nak beli cc cream sebab TB memang tak pandai lansung nak pilih cc cream yang sesuai dengan tona kulit TB, dan ada yang TB beli tak sesuai dengan kulit TB. Akhirnya jadi perhiasan saja atas meja makeup... haha.. 

TB dah berkali-kali beli cc cream dan nasib tidak baik, asyik dapat yang tidak sesuai dengan TB. So, start daripada itu TB dah berhenti pakai cc cream. sehinggalah terjumpa Gold Nano cc cream Hansaegee nature ni.

Berbeza dengan Gold Nano CC Cream kerana warnanya hanya satu dan dari warna fizikal Gold Nano CC Cream iaitu putih tapi mempunyai little tiny brown color yang dicampurkan so ianya akan berubah perlahan menjadi warna seakan kulit TB apabila disapu (blend) dengan hanya menggunakan jari. Ianya nampak cerah yang natural dan tidak nampak cerah (putih) yang pelik . So tak payah pening pening kan?



Gold Nano Cc Cream Hansaegee Nature



Sun Protection Function SPF50+ PA+++
Gold Nano CC Cream ini mempunyai sun protection yang sangat tinggi iaitu SPF50+ PA+++ . Ianya dapat melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Disebabkan itu, TB dah tak perlu nak beli sunscreen asing dah. Jimat kan? Dah la boleh cerahkan dan sekatakan tona kulit ditambah lagi dapat melindungi kulit dari sinar UV yang berlebihan. Sekali sapuan dapat kulit yang cantik dan paling penting jimatkan masa. 


Gold Nano Cc Cream Hansaegee Nature

Tekstur Ringan, Tidak Berminyak, Tidak Sekat Liang Pori

Kelebihan yang ada pada Gold Nano CC Cream ini ialah teksturnya yang ringan dan memberi kelembapan. Bila sapu krim ni di wajah TB, kulit tidak terlalu kering, tidak terlalu berminyak dan tiada rasa melekit. Apabila disapu, kulit terasa segar, ringan, tidak tutup liang pori muka so takde menyebabkan jerawat dan paling penting sangat selesa.  



Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature


Lagi satu.. Gold Nano Cream ni sangat senang dibersihkan. Serius.. so easy to remove. Time nak solat atau sebelum nak tidur tu, TB lap dengan tisu basah dan kemudian cuci muka macam biasa. krimnya ringan dan kulit cepat je bersih tak tinggal kesan. 


Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

Nampak tak? tak kotor sangat kan.. bersih je tisu tu.. kerja memberish muka jadi mudah.. 



Gold Nano Cc Cream Hansaegee Nature


Tidak Bercapuk Apabila Berpeluh Atau Berminyak


TB suka part ni.. bila seharian buat kerja rumah, memasak, jemur kain. krim yang TB sapu dari pagi tadi masih cantik di wajah. nampak lagi glowing gitu.. Nampak berseri-seri je kulit wajah. Kalau tak, sebelum ini, habis bercapuk muka dan macam bertompok-tompok muka sebab krim dah mencair dan tertangal. Tapi cc cream ni.. masih cantik dan kulit nampak smooth je. Gold Nano CC Cream ini best dan memuaskan hati TB sebab memang tak nampak bercapuk. Hanya dap dap dengan tisu, kulit muka masih cantik. 




Make-Up Nampak Cantik

Oh ya.. saja nak share pasal ni jugak. Bagi yang suka makeup tu, selalunya, kalau nak pakai pemerah pipi, eyeshadow atau highlight mesti pakai foundation baru cantik kan? Tapi sebenarnya tanpa foundation pun, dengan hanya Gold Nano CC Cream yang ada boleh buat make-up nampak cantik. Warna eyeshadow nampak lebih terserlah dan bertahan lebih lama. Gold Nano CC Cream boleh dijadikan based make-up atau premier yang terbaik. 



Gold Nano Cc Cream Hansaegee Nature



Penutup Jenis TWIST LOCK


Yang ni pastinya semua suka kan, sebab perempuan selalunya tak suka beg mereka kotor dengan krim-krim atau alat makeup diorang. Sebab kadang-kadang penutup krim itu boleh terbuka sendiri dan terjadilah krim yang tertumpah didalam beg makeup kita. TB cukup tak suka kalau jadi macam tu. Habis semua barang-barang makeup lain terkena krim tu. 


Tapi, Kalau dengan Gold Nano cc cream ni TB amat puas hati sangat sebab selain design botolnya yang mudah digunakan dan senang dibawa.  Gold Nano CC Cream direka dengan TWIST LOCK jadi susah nak terkeluar. krim. Haa.. disebabkan point diatas ini yang buat TB setia dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee ini. 



Kalau korang pun berminat dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee ini, korang boleh dapatkannya di link di akhir entri ini. 






Oh, lupa nak beritahu, untuk info semua, Hansaegee Nature sedang buat Special Campaign Promotion dimana setiap pembelian any item dalam banner diatas, korang akan dapat percuma 1 Bottle CC Cream.






13 Ulasan

  1. Best betul cc cream tu. Senang guna. Jika jenis tak suka makeup heavy boleh guna ni

    BalasPadam
  2. wah,nampak natural je kan..not bad! Tak de lah rasa lain sangat ha bila pakai benda alah ni

    BalasPadam
  3. best for natural look and muka pun nampak glowing je takde kusam-kusam dah,kalau dah ada spf50+ tu kira boleh la pakai as sunscreen jugak

    BalasPadam
  4. Seme org nak nampak nuetral .. best kan tak payah tebal2 make up dah nampak cantik

    BalasPadam
  5. Senang nak guna.
    Tak perlu nak mekap tebal atau time busy2 x sempat mekap, letak saja CC cream ni still nampak cantik pada wajah.

    BalasPadam
  6. nak cuba jugalah lepas ni, tak pernah lagi guna produk ni sebelum ni

    BalasPadam
  7. saya suka dua gabungan produk hansaegee iaitu pembersih dengan buih yg lembut dan aqua, cc cream nih otw nak try

    BalasPadam
  8. Memang nampak kesannya kat muka ya. Berbeza betul selepas apply tu. Agaknya takyah applu mekap pakai ni je pun dah nampak berseri-seri.

    BalasPadam
  9. Best juga ye cc cream ni, senang klu dh thu psl cc cream, kot kot boleh beli nti

    BalasPadam
  10. Memang nampak la lain selepas apply. Btw jenama ni mmg bagus. Kte pun pernah pakai

    BalasPadam
  11. Wah tak sangka bunga seri pagi pun banyak khasiatnya untuk kecantikan. Terbaiklah

    BalasPadam
  12. Ramai review best, tapi tu la takde rezeki lagi nak cuba..

    BalasPadam
  13. wah boleh tukar ikut warna kulit ya? selama ni tak berani nak try cc cream sebab takut tak sesuai dengan kulit.. boleh consider ni la nanti..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama