Resepi Simple Kek Butter Cheese Gebus!
Jom try buat kek Butter Cheese Gebus ni, katanya hasilnya sangat sedap dan cara membuatnya sangat mudah. Anak-anak mesti suka kan! Gunakan loyang 4 segi yea untuk nampak cantik bila dipotong..
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya..
Bahan Bahan
๐250gram butter (saya guna anchor)
๐150gram cream cheese (saya letak 200g)
๐200g gula castor
๐5biji telur gredA(saya guna 6bji telur gredB)
๐1sudu kecik esen vanilla
๐250g tepung gandum
๐11/2 sudu kecil baking powder
Cara membuat
๐ satukan tepung dan baking powder, ayak dan ketepikan
๐pukul butter, gula dan cream cheese sampai kembang dan putih.
๐masukkan telur satu persatu dan esen vanilla
๐masukkan bahan ayak, kaup balik ringan sahaja sampai sebati
๐sediakan loyang 9x9,griskan atau lapik dengan kertas minyak, masukkan adunan, hentak hentak manja.
๐Panas kan oven selama 10minit dulu kemudian bakar kek menggunakan suhu 160° selama 50minit (bergantung pada suhu oven masing masing)
Resepi asal kek ini Milik Puan Surianti Ramli
#resepi
#kekbuttercheese
Ulasan
Catat Ulasan