Resepi agar-agar mudah dan sedap!
Puding Susu Lapis Strawberry
Bahan
20g agar-agar bertali..rendam dgn air 1 jam..kemudian toskan
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair..jadikan 2 cawan..tak cukup tambah air
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar tepung kastard..bancuh dgn sedikit air
Secubit garam
10 biji strawberry..kurang pun tak pe..boleh susun strawberry jarang2 dlm loyang
Sedikit pewarna strawberry
Sedikit perisa strawberry
Cara2 menyediakan:
1) Masak air dgn agar2 hingga larut agar2..masukkan gula..kacau2 rata
2) Kemudian masukkan susu cair..susu pekat manis..tepung kastard dan juga secubit garam
3) Masak hingga nak mendidih..tutup api
4) Strawberry tadi potong nipis2.. Susun dlm loyang 8x8..loyang bulat pun boleh
5) Ambil 1 cawan adunan agar2 tadi..tuang atas strawberry perlahan2..biarkan sederhana beku
6) Ambil 3 cawan adunan agar2 dlm periuk tadi tuang dlm bekas lain..ambil 1 cawan adunan agar2 blender dgn 1 biji strawberry (potong dulu)..blender hancur..campur sekali dlm bekas 2 cawan agar2 tadi.. Masukkan pewarna strawberry dan perisa strawberry..kacau2 sebati.. Ambil 1 cawan agar2 ni tuang atas puding dlm loyang
7) Ulang semula melapis puding dgn 1 cawan agar2 yg asal..buat sehingga habis adunan tu
Biarkan beku/sejuk..baru masukkan dlm peti sejuk 3-4 jam
9) Keluar dari peti.. Cungkil tepi2 puding dlm loyang..terbalikkan puding tu perlahan2 atas alas yg rata..sedia utk di potong
Kredit resepi ini kepada zura zul
Resepi puding tembikai
20 gm agar2 tali
1 sudu kfc agar2 serbuk
7 cawan air
1 cawan gula
( masak semua bahan di atas sampai agar2 n gula sebati)
1 3/4 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
4 keping roti di buang tepi dia
Sedikit esen vanilla
2 sudu butter
Blender semua bahan.....
Masukkan kedlm periuk agar 2 kacau sebati.... tapisksn agar2 ( supaya xada ketul2 yg tertinggal )
Lapis pertma warnakan hijau tunggu keras sikit boleh masukan layer putih selapis... last sekali merah n taburkan bijan hitam untuk biji tembikai
# sila kekalkan agar2 atas dapur dgn api yg paling kecil semasa prose melapis tu
RESEPI PUDING JELLY OREN
Bahan-Bahan:
Lapisan Jernih -
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning (akak tukar kpd 1 sudu mkn oren sunquick)
Cara Membuat:
1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
2. Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan
lapisan puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning
Cara Membuat:
1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
2. Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan
Cara Melapis:
1. Sediakan bekas yang sesuai.
2. Masukkan lapisan puding dahulu, biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras. Kemudian masukkan lapisan jernih, buat kaedah yang sama sehingga habis.
3. Boleh la disimpan di dalam peti sejuk sehingga benarbenar keras. Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.
Selamat Mencuba
Resepi Puding Jagung Kastard
Bahan-Bahan:
1 tin jagung manis
1 cawan tepung kastard
1 cawan santan
1 tin susu sejat
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 tin air - guna tin susu sejat tadi
pewarna kuning - opsyenal
Cara Membuat Puding Jagung Kastard
#1: masukan gula dan tepung kastard di dalam kuali kemudian kacau rata. kemudian masukan susu sejat (susu cair) dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. bila nak berlemak boleh masukan 1 cawan santan dan bila anda ingin jagung nampak halus boleh di blender terlebih dahulu.
#2: selepas tu masukan garam secukup rasa kemudian masukan air kedalam campuran tadi dan bila semua bahan nampak tak berketul boleh letakan di atas dapur.
#3: nyalakan api tapi ingat gunakan api yang sangat minimal dan kacau sebentar agar adunan tidak berketul-ketul.
Resepi Puding Jagung Kastard
#4: bila bonda ingin warna yang lebih cantik boleh masukan sedikit pewarna kuning kalau tak ada pun tak pe.
#5: kacau sampai nampak berkilat dan pekat. warna berkilat itu yang paling cantik kemudian angkat dan tuangkan dalam loyang.
#6: biarkan seketika sampai sejuk di dalam loyang dan bila dah sejuk baru masukan dalam peti sejuk. Mmmmm Sedaappp bila dimakan sejuk-sejuk.
Puding Susu Strawberry
Bahan :
- 10 buah Strawberry (haluskan)
- 2 sdm gula pasir
- 1 sdt ekstrak strawberry (optional)
- 1 cangkir susu cair
- 1/2 cangkir susu kental manis
- 1 cangkir air
- 1 bungkus agar-agar
- Pewarna pink untuk makanan secukupnya (optional)
- vanili secukupnya
Cara membuat :
- Siapkan panci. Tuangkan susu cair, susu kental manis, gula, dan vanili. Masak sampai mendidih. Aduk rata.
- Siapkan panci yang kedua. Tuangkan air matang dan tambahkan agar-agar bubuk. Masak sampai mendidih sambil diaduk.
- Setelah adonan panci yang kedua sudah cukup mendidih. Matikan api dan campurkan ke dalam panci pertama yang isinya susu. Masak selama 2-3 menit dengan menggunakan api sedang.
- Masukkan strawberry halus,, ekstrak strawberry, dan pewarna makanan pink. Aduk hingga tercampur rata. Kemudian matikan.
- Tuangkan adonan puding ke dalam mangkuk. Diamkan dan dinginkan sejenak.
- Setelah dingin dan sekiranya permukaan puding sudah mulai kenyal, simpan puding susu strawberry ke dalam lemari es selama 3-4 jam Resep Puding Susu Strawberry Kenyal dan Lembut
- Hiasi puding dengan whipping cream dan buah strawberry yang tersisa.
BAHAN A:
1 paket agar2 serbuk (10gram )
3/4 cwn gula pasir ( buangkan 1 sdb pd yg x suka manis)
600 ml air
BAHAN B:
1 tin susu cair
1 sdb tepung jagung
(Satukan semua bhn B dalam bekas.. kacau sebati)
BAHAN C:
1/ 2. cwn cincau yg telah disagat/parut
4- 5. sdb jagung krim dlm tin
1 sdt pewarna merah/ pink
1 sdt pewarna kuning
Caranya
1. Masak bhn A hingga larut...dah larut masukkan bhn B.. . bila dah mendidih tutup api..
Bahagi adunan kepada 2 bahagian. . (sebaiknya letak adunan dlm jag kecil utk elakkan puding cepat keras)
2. 1 bahagian letak warna merah/ pink dan masukkan cinca
1 bahagian lagi letak warna kuning dan masukkan jagung krim..
3. Masukkan lbh kurang 3senduk adunan pink ke dlm loyang.. bekukan sekejap dlm peti beku..da agak beku.. . cakar2kan sikit permukaan puding.. masukkan 3 senduk adunan warna kuning dan bekukan dlm peti beku.
4. cakar2kan sikit permukaan puding dan ulang hingga adunan habis.. lapisan terakhir sejukkan dlm peti sejuk bahagian bawah. .
Selamat mencuba
Puding Rose Marie
resepi:
1bgkus bskut marie
10grm agr2 tali@1/2 peket
(msk dgn 1 1/2 cwn air..bg hancur)
bahan blend:
4bj telur
1tin susu cair
3/4 cwn gula
esen vanila
pewarna ros
4sdb tepung kastad..
CARA2
agar2 dah cair..
masukkan bahan blend td..
kacau bg likat..
ttup api..
# ssun biskut dlm loyang..
tuang adnn td..
selang seli dgn biskut hgga slesai.
simpan peti ais...
SIAP hihi..
Kredit Resepi :Azah Termizi
Puding Karamel Mudah Tanpa Telur
Lagi koleksi resepi puding yang admin suka nak cuba..makan sejuk2 lah saat yang terbaik pd admin .akak2 lak?
Bahan-bahan :
Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
4 sudu besar gula pasir
Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb tepung kastard
1 sk esen vanilla
Cara
buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan.
Satukan semua bahan B. Kacau atas api. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad akan bergentel dengan mudah.
Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok sehingga puding mengeras. Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.^^
Loyang 4 segi 9x9in
Resepi Puding Susu Pandan
Bahan-Bahan Puding Susu Pandan
600 ml air( saya tambah 100ml air)
120 gram gula pasir
8 gram serbuk agar agar(saya guna 10 gm serbuk agar-agar)
3 helai daun pandan
300 ml susu segar
200 ml santan
beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau
Cara membuat Puding Susu Pandan:
Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar-agar sebati.
Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.
Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.
Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.
Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2.
Resepi Puding Karamel
Karamel
4 biji telur
2 cawan susu cair
3/4 cawan gula
Esen vanila
Gula Hangus
3 tbsp gula
2 tbsp air
Cara Membuat
Langkah 1
Masak gula hangus hingga perang dan masukkan sedikit ke dalam bekas.
Langkah 2
Panaskan susu bersama gula sehingga larut.
Langkah 3
Pukul telur bersama esen vanila kemudian satukan dengan dengan susu tadi.
Langkah 4
Masukkan larutan karamel tadi ke dalam bekas. Kukus pada api kecil selama 30 minit.
Langkah 5
Sejukkan dan sedia dihidang.
Kredit Seminit Resepi
Like & Share
Resepi Puding Milo
Sedap senang buat dan yg pnting keras agar2 die best.. sebab tu admin masukkan resepi ni kat sini ..pasti akak2 puas hati 

Bahan - Bahan :
Sepeket agar-agar
1 cawan Milo
1 cawan air panas
Susu pekat cukup rasa
Cara – caranya
1) Cairkan agar agar
2) Bancuhkan milo
3) Gaulkan sekali dengan agar-agar tadi
4) Siap! Letakkan di dalam bekas yang comel comel yang boleh menarik rasa minat sesiapa yang makan
Selamat mencuba!
PUDING HOEN KWE
<Lapisan bawah>
1 paket tepung hoen kwe(putih)-100g
4 cawan air,
1 cawan gula..
Jagung tin(ikut suka nk letak byk mn-sy letak 1tin)
» Masukkn smua bhn kecuali jagung dlm periuk.kacau atas api perlahan.bila dh Separuh masak masukkn jagung tin.kacau lg smpai pekat.
.
<Lapisan atas-hijau>
1 paket tepung hoen kwe(hijau)-100gm
4 cawan santan(sy guna 2 kotak sntan kotak 200ml + 2cwn air)
Gula(rsala bg manis-sy main cmpak ja sb resepi asal xletak gula)
garam secukup rasa
Susu pekat(yg ney sy +..resepi asl xletak)
Perisa pandan(yg ney pn sy +)*maaf ye tuan empunya resepi
Daun pandan d simpul
»Masukkn smua bhan dlm periuk masak dgn api perlahan..kacau smpai pekat meletup2
.
**masak lapisan yg bawah dulu@ikut sukala nk masak yg mn dlu.hehe
Bila dh masak masukkn dlm bekas@acuan@loyang, biar keras ckit baru masukkn lapisan atas.slpastu blhla masukkn dlm peti sejuk.tgu keras blhla d mkn..*
.
Resepi dari Maisara S'Qaisara
Resepi Jelly Puding Susu
Bahan Puding Susu:
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
4 cawan susu cair
1/2 cawan air
Bahan Jelly:
1 bungkus jelly serbuk Konnyaku
200 gm gula pasir
1000 ml air
pewarna hijau, oren, ungu dan biru
Cara-cara :
1. Sediakan acuan yang sesuai dan basahkan sedikit dengan air dan ketepikan.
2. Masak jelly serbuk seperti yang disaran dalam bungkusan dan kacau sehingga mendidih. Bahagikan kepada 4 bahagian dan letak pewarna yang digemari. Biarkan sejuk dan dipotong kiub, ketepikan.
3. Masak pula puding susu dengan api sederhana dan kacau sentiasa sehingga mendidih. Angkat.
4. Letak sebahagian potongan jelly kiub didalam acuan, sendukkan perlahan-lahan adunan puding susu diatasnya, biarkan sekejap hingga permukaan puding susu berkulit sedikit.
5. Letak lagi potongan jelly di atas puding susu dan tuangkan perlahan-lahan lagi puding susu dan ulang proses tersebut sehingga adunan puding susu yang terakhir menutupi keseluruhan jelly. Tunggu hingga pudding suam sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. Hidangkan ketika dingin.
Resepi Puding Roti Ceria
Bahan-Bahan:
Bahan A –
20gm agar-agar bertali
5 cawan air
1 cawan gula
Bahan B –
8 keping roti massimo/gardenia – Gunting kecil-kecil
1 tin susu cair
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar butter – Cairkan dulu atas api perlahan
1 sudu besar tepung kastard
1 penutup botol esen vanilla (Star Brand)
Pewarna ikut suka*
Cara Menyediakan:
1. Untuk Bahan A, Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga rata. Ketepikan seketika.
2. Kemudian, blender semua Bahan B kecuali yang bertanda hingga hancur halus.
3. Tuang dalam periuk agar-agar tadi (Bahan A). Kacau hingga rata/sebati. Sentiasa kacau hingga mendidih (elak ianya berketul). Tutup api.
4. Ambil 2 cawan puding tadi dan tuang dalam loyang yang telah dibasah dengan air. Bekukan sekejap.
5. Asingkan lagi 2 cawan adunan puding dalam bekas lain. Ketepikan.
6. Lebihan adunan dalam periuk bahagikan kepada 5 bekas sama banyak. Warnakan ikut suka.
7. Tuang adunan berwarna guna sudu satu satu atas puding yang mula-mula tadi (Langkah 4) ikut suka (corak) sehingga habis (akak letak/susun adunan warna cara memanjang berselang seli dan bertindan-tindan sehingga habis).
8. Last sekali, ratakan adunan asal tadi (yang 2 cawan, langkah 5) atas puding berwarna. Ratakan keseluruhan atas puding (kalau beku, cairkan semula atas api perlahan).
9. Sejukkan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam, cungkil bahagian tepi puding dalam loyang. Telangkupkan perlahan-lahan atas pinggan rata. Potong ikut suka dan sedia untuk dinikmati.


























0 ulasan:
Catat Ulasan