Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

13 November 2013

GA NOVEMBER by DEDEQ

KLIK BANNER UNTUK JOIN!

GA NOVEMBER by DEDEQ

Assalamualaikum

Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim .. 
malam ni dedeq lancarkan satu GA NOVEMBER by DEDEQ ..

Tarikh mula 13 november 2013 - 30 november 2013 (12am)


Hadiah
Top Referral - Jubah Dress x 1 dan Peplum labuh x 1

43 SENARAI HADIAH yang akan diberikan kepada yang BERTUAH 


BUAT AYAT MELALUI AYAT T.I.G.A.B.E.L.A.S 

T-->Tak Teman Sangka..
I-->Igauan Teman jadi Nyata..
G-->Geram Tak Terkira..
A-->Apa Yang Di Harap Tak Menjadi
B-->Buat Nasi Daging 1st Time lah konon..
E-->Elok Molek Rasanya..
L-->Lagi2 Bila Guna Daging Qurban..
A-->Alangkah Enak Rasanya..
S-->Sesuap Demi Sesuap Ditelan, Baru Pasan Nasik Lembikkk.. huwaaaa..

APA SEBAB TEMAN SAYANG SI BUTANG DAN SI OYEN?

Wordless Wednesday 
Soalan : Apa Sebab Teman Sayang Si Butang dan Si Oyen?

Jawapan : Tiada sebab...  sebab SAYANG tu lahir dari hati yang ikhlas..
begitu jugak sayang kita kepada orang yang berada sekeliling kita..
No words to express that feel..  hu3..

& To my miaw.. MyLuvSKY.. 
No words to explain how much i Love U.. (=^__^=)

12 November 2013

KEBAIKAN MINUM AIS??

KEBAIKAN MINUM AIS
BACA SINI JUGAK--->BAHAYA MINUM AIS
Teman agak konfius tentang artikel ini, sebelum ni teman banyak terbaca artikel2 tentang keburukan minum ais, tapi bila baca yang ni lain pulak cerita nya.. cer korang baca n bagi pendapat korang lak apakah yang benar dan terbaik untuk kesihatan kita sebemarnya.. teman agak keliru dengan info2 sebegini.. Oh ya, artikel ini dikongsikan oleh hubby teman melalui perkongsian rakannya di wall FB beliau, hubby teman share pulak kat wall teman, hemm.. maybe selama ni teman salah kot sebab selalu tegur dia jangan minum ais, tak elok untuk kesihatan.. tapi artikel ni macam susah teman nak terima..wallahualamm.. hope korang boleh bagi pendapat.. yang teman tahu, ais ni memang ada keburukan dan kebaikannya.. cuma teman tak suka amalkan minum ais, teman percaya ais itu melemahkan tulang, hu3.. dah terbiasa dengan info sebegitu terus melekat di kepala.. korang lak camne? sila komen dibawah yea, nak tau gak pendapat korang.. apa2 pun baca dulu..

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

11 November 2013

SYARAT TAMBAHAN BAGI PESERTA GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG

❤ add FB BUTIK MIZANA
 SHARE GAMBAR INI di wall FB korang
Hai.. harap korang tak marah teman lea hendaknya yea.. ekceli hari tu sponsor tersalah bagi link Fanpage beliau, beliau terbagi url link Fanpage lama yang dah tak pakai, so.. now teman dah dapatkan page terkini beliau yang beliau selalu update tu.. korang silalah jalankan tanggungjawab korang sebagai peserta yea.. sebab hadiah dari BUTIK MIZANA  bukan biasa-biasa jea.. so, kenalah nampak Give n Take disitu.. ye tak? kalau nak hadiah, perlu bantu promosi page dia.. then barulah hadiahnya nampak cun bila korang pakai... kan.. kan.. heee.. apa lagi.. jom add FB sponsor tersebut dan share gambar yang ditunjukkan.. sila JUJUR yea, setiap share dan jumlah add friend akan dikira dan di check oleh sponsor.. tQ semua.. =)
Bagi sesape yang lum join lagi?? sila KLIK BANNER diatas untuk join!
Hadiah2 nya memang AWESOME!
HADIAH AWESOME!!

10 November 2013

Mee Rebus



Mee Rebus


Bahan2nya:
1 bungkus mee kuning
3 keping tauhu goreng (di potong kecil2)
Cili merah ( dihiris)
Daun bawang
limau nipis/kasturi
Telur rebus
Bawang goreng

Untuk Kuah (kisar)
5-8 biji cili kering
1/2 cawan udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji tomato
2 biji keledek rebus
Kulit dgn kepala udang

Bahan lain(masukkan dlm kuah)
Daging(rebus,potong nipis)
Air rebusan daging
Udang
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Minyak masak
gula,garam & perasa

Cara-caranya:
●Tumis bahan bawang,dan cili kering smpai garing
●Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih
●Masukkan kesemua bahan kisar yg lain beserta air rebusan daging
●Masak hingga kuah agak pekat Jika terlalu pekat tambahkan air…last sekali baru masukkan udang. tutup api.
●Hidangkan mee dengan telur rebus, tauhu goreng,limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng,cili merah dan curahkan kuah tadi. siap!


Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com
Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com 

Dengan ini Teman turut serta Membantah kewujudan website tersebut diatas  kerana ia melanggar dan merosakkan gaya hidup normal kita.. perlukah ada website sebegitu?? Website yang menggalakkan penzinaan ini sudah pastinya akan mengakibatkan gejala sosial semakin berleluasa hingga tidak dapat dibendung lagi sekiranya kita hanya melihat seolah2 membenarkan ianya berlaku... teman pasti, kalau kita sama2 bersatu menghalang kewujudan website ini, maka sedikit sebanyak kita juga dapat bantu anak muda kita dari terjerumus ke lembah zina ini.. jomm sama2 buat bantahann!!  Klik banner atas ni untuk join sekali suarakan bantahan korang!! Nyatakan pendirian korang !!!

08 November 2013

Vojo micro USB flat-designed data cable line for phones & tablets (1.2m)

Vojo micro USB flat-designed data cable line for phones & tablets (1.2m)

Heee.. cumey pulak nengok gambo atas ni.. kalau ada depan mata, lima2 tu teman rembat..(aisshh.. TAMAK!!) ha3.. korang tau kan gambo apa diatas ni? haaa.. teman saja je letak info ni kat sini, sebab? haaa.. sebab saja nak share dengan korang apa kelebihan charge Henfon guna menda alah ni.. ha2.. 
yang benonya, hubby teman asyik selalu sangat merungut kabel charger henfonnya asyik rosak, 
pastu bila cas henfon, lambat bebeno nak full.. asik macam tu jea, dia pun ingat nak beli kabel lain..
last2 dia geram sangat, dia gi Low Yat cari kabel usb lain untuk cas henfon.. jalan punya jalan, tu yang terjumpa menda kaler2 ni.. hu2.. terus dia beli.. bila dia tunjuk kat teman, teman tanyalea.. kaler OREN takde ke? hihihihihi.. hubby miaw2 jawap, kalau ada dah beli dah.. tau dia teman suka kaler OREN.. abes semua menda dalam umah nak kaler OREN.. hihihihi.. bukan salah sape2 yea..hi3
dah kaler OREN takde, rembat jelea kaler mana yang ada katanya.. ha2.. 
macam ni lea kotak yang lain kaler tu.. kami punya yang tengah2 tu, kaler hijau.. he2..
 
Panjang cable usb ni dalam 1.2 M .. puas hati sebab bila cas henfon guna ni.. cepat jea full dan tebal wayar dia.. apa2 pun jom tengok spesifikasinya camne.. kot lea korang ada ber ura-ura nak beli kann.. 

Vojo micro USB flat-designed data cable line for phones & tablets (Rosaline 1.2m)Description:

Flat-designed cable with stylish belt made of high strength silica gel for many kinds of phones and tablet and computers, 100% gold plated USB port. Hi-speed data transfer.

Features:

- Easy to be organized, flexible for expansive use.
- Anti-oxidation leads to durable and reliable use.
- The cable length is about 1.2m.
- Full compatibility with many kinds of phones, tablets and computers.
-Various options of bright colors, choose your favourite and to be unique.  
Product Details:
Name:Vojo micro USB flat-designed data cable line for phones, tablets and computers (Rosaline)
Compatible:For phones, tablets and computers
Type:USB cabel for charge or data transmission
Color:5 color
Quantity:1 Piece
Weight:40g

07 November 2013

RESEPI DAGING MERAH ALA THAI

RESEPI DAGING MERAH ALA THAI

Ekceli Daging Merah teman pernah buat sebelum ni, tapi bagai ada yang tak kena, ia belum menepati selera hubby teman lagi.. teman sendiri pun tak puas hati dengan masakan teman tu, tak tau lea apa yang kurang, tak tau apa yang tak kena.. So sekarang ni teman mula meng'google' resepi2 untuk Daging Merah yang paling sedap.. bio banyak bahan rencah sekalipun janji sedap.. sebab kata orang yang pakar masak "lagi banyak bahan, lagi bertambah sedap masakan kita" ... teman setuju sangat pendapat tu, sebab teman dah try masak guna resepi yang sikit bahannya dengan yang banyak bahannya.. memang berbeza kesedapannya.. hu2.. sebab tu kalau nak cari resepi teman akan cari yang banyak bahan.. Tapi kalau budget pun tak mengizinkan (tengah2 bulan) teman follow resepi simple gak.. heee.. apa2 pun bahan untuk resepi kali ni tak lea banyak sangat pun.. jom kita nengok, kalau korang nak resepi masakan yang sama tapi dimasak oleh blogger lain boleh jea klik kat gambo atas ni, gambo atas ni hakmilik beliau iaitu Blogger Kak Noor teman pinjam jap gambo atas tu yea Kak Noor.. heee... 

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

06 November 2013

Mee Kari




Mee Kari


Bahan Kuah:
-Satu senduk minyak masak
-10 ulas bawang merah(ditumbuk halus)
-10 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
-2 bungkus serbuk kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes
-1 sudu besar cili blender
-Daun kari
-3 biji buah pelaga
-1 biji bunga lawang
-Santan
-600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
-1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)
-3 biji kentang(potong kecil²)
-1 bungkus fish ball
-2 keping fish cake
-Garam secukup rasa

Bahan Sampingan:
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
Sawi(dicelur)
3 biji telur rebus
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng

Cara-Cara Memasak mee kari:
●Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang.
●Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
Biarkan sekejap.
●Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake, air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.
●Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa.
●Kacau sehingga mendidih. Matikan api.
●Tuang kuah atas mee dan masukan semua bahan sampingan

PRODUK MARINE ESSENCE TERBAIK!!

PRODUK MARINE ESSENCE 
LIKE FANPAGE : Embun Beauty House
Hai.. Salam petang buat semua.. entri kali ni teman just nak ajak korang yang banyak masa terluang tu untuk singgah ke Fanpage sahabat teman iaitu Cik Embun.. mohon klik LIKE sekali yea sebagai tanda sokongan kepada usahawan melayu kita yang berjiwa bisnes.. hehehehe.. ayattt.. saja teman nak promote page Cik Embun kat sini,kasi semangat sikit kat kengkawan yang sukakan perniagaan ni x kira kecik atau beso.. hu2..

Okeylah.. Cik Embun sekarang sedang bz dengan order customer yang datang bertalu2 disebabkan produk seperti dalam gambo diatas ni.. korang tau produk apa? haaa.. produk dari Marine Essence ni sangat sesuai untuk korang yang ada masalah kulit or nak bagi kulit lagi cunn, dari testimoni ramai yang mengatakan produk ni bagus dan benar2 berkesan.. korang x nak cuba ke? x cuba x tahu kan? hu2.. teman pun on the way nak order satu set dengan syampu nya sekali.. mana tau leh hilang kegatalan kepala teman ni haaa.. kan.

apa2 pun jom nengok gambo2nya yea.. kalau rajin singgah2 lea Embun Beauty House yea.. bila dah berminat tu boleh je terus pm Cik Embun kita di no. yang teman letakkan dibawahsetiap gambo tu yea.. =)
‘MARINE ESSENCE BEAUTY BAR‘
Masalah Kulit Selesai....

*ketiak hitam

*celah peha hitam
*kesan parut jerawat
*bintik hitam
*kulit gatal
*kulit mengelupas
*kulit kering


Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
 
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
 
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
 
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
 
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
 
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
 
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873
Untuk Order :
pm FanPage ===> 
Embun Beauty House
atau whatsapp/call -
0124961873

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers