Popular kejap sekolah ni bila isu makan dalam tandas tersebar.. aish..
Gambar kelmarin isu pelajar non muslim makan dalam tandas..
Isu hangat dibahaskan dalam media, FB dan Tweeter.. aish..
At last.. citer sebenarnya begini.. hemm.. renung2kanlah..
(termasuk diri teman sendiri.. adoii..)
Kuala Lumpur: Bilik persalinan yang didakwa dijadikan tempat makan bagi pelajar bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh sebenarnya digunakan sejak Mac lalu berikutan kantin sekolah berkenaan tidak mampu menampung bilangan murid pada waktu rehat.
Difahamkan, bilik persalinan itu yang baru dibina tidak pernah digunakan dan ia hanya digunakan sebagai tempat makan sejak awal tahun ini, malah ia digunakan semua murid di sekolah berkenaan tanpa mengira agama dan bangsa.
Dalam tinjauan di sekolah berkenaan mendapati bilik persalinan yang dijadikan kantin sementara itu turut diletak dengan poster maklumat seperti ‘Basuh tangan sebelum makan’, ‘Bersihkan tempat makan selepas makan’ malah didapati bersih dan bukannya kotor seperti yang didakwa.
Guru besar sekolah berkenaan, Mohammad Nasir Mohd Noor berkata: “Saya tidak menyangka isu ini menjadi sensitif. Ia sebenarnya bukannya digunakan untuk pelajar bukan islam saja sebaliknya sudah digunakan sejak Mac lalu semua pelajar.
BILIK persalinan yang dijadikan tempat makan murid.
“Bilik persalinan itu tidak pernah digunakan langsung sebaliknya hanya dibuka selepas kantin tidak dapat menampung 1,000 pelajar pada waktu makan,” katanya.
terlihat komen seorang rakan.. "Semua benda nak dipolitikkan..come on la..makan kat kedai lagi kotor la dari kt dalam bilik persalinan tu...Bila 'kerendahan diri melampau' menguasai diri,
kita mula nak salahkan org lain..."




































