Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

04 Jun 2013

The Apprentice Asia

The Apprentice Asia adalah sebuah rancangan realiti show yang menampilkan sekumpulan businessmen dan businesswomen bersaing merebut peluang bekerja dengan Tony Fernandes, seorang usahawan terhebat Malaysia yang juga merupakan host utama rancangan The Apprentice Asia ini. Malah ianya juga digelar "the world's toughest job interview" versi Asia yang diadaptasi dari original  American version, The Apprentice dan disiarkan menerusi AXN Asia.

The Apprentice Asia ini memulakan siarannya pada 22 May 2013 dan keudara setiap Rabu jam 9.05pm Hong Kong, Malaysia, Philippines and Singapura manakala Jakarta 8.05pm.
Tony Fernandes bergandingan bersama Mark Lankester-CEO Tune Hotel's Group dan Kathleen Tan yang merupakan CEO Expedia Asia yang akan membantu Tony Fernandes memantau setiap strategi dan hasil perniagaan tiap pasukan bertanding dan mereka juga akan membantu Tony Fernandes membuat keputusan siapa yang harus dipecat untuk setiap episod.  

Seramai 12 peserta yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Pasukan lelaki memilih "Mavericks" sebagai nama kumpulan dan "Apex" bagi wanita. Masing-masing memiliki kepakaran dan pengalaman dalam bidang tertentu. 

Marvericks

 Apex

Selamat berjuang kepada semua peserta. Selamat menonton

~2 perserta dari team Marvericks dah tersingkir kerana telah dipecat oleh Mr Tony Fernandes. *gambar mereka telah digelapkan..

Fizo Omar Marah & Kecewa Dengan Sikap Afiq Muiz


Cerita berkenaan Afiq Muiz masih panas lagi hingga kini, perkara ni xkan selesai selagi mana2 pihak tidak mahu mengalah.. tapi teman amat berharap Afiq Muiz kembalilah keada keluarganya, mohon ampun dan maaf kepada ibunya kerana telah menghina ibunya sehingga satu Malaysia tahu tentang semua ni.. 


bukan kita saja yang marah n kurang senang dengan tindakan Afiq Muiz, malah pelakon/Artis Malaysia juga kurang bersetuju dgn sikap Afiq.. antaranya ialah Fizo Omar yang kecewa dan marah dengan sikap Afiq Muiz,  malah rata-rata rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan isu antara Afiq dan ibunya juga turut merasakan perasaan yang sama.
Menyebelahi orang yang baru dikenali.. 

Buat Iena Azman, walau betul pun apa yang ibu Afiq buat pada dia, iena sepatutnya beralah, iena muda lagi.. x salah beralah pada yang tua, sepatutnya iena ni bagilah nasihat yang baik kepada Afiq.. jangan terus-terusan seperti menggalakkan Afiq menderhaka pada ibunya.. kadang2 sebuah pengorbanan dapat memberikan kebahagiaan pada orang lain, masa tu hati sendiri akan tenang.. tak usahlah dipanjang2kan lagi.. be matured..

 Apa-apa pun jom ikuti apa kata2 luahan dari Fizo Omar tentang isu ni.. 
Menerusi laporan mStar Online, Fizo menegaskan seorang anak tidak sepatutnya menghina seorang ibu yang telah membesarkan mereka walau seburuk mana pun ibu mereka.
“Saya kurang senang dengan sikap Afiq. Adakah ibunya berkelakuan buruk dan terlalu jahat? Jika ya sekalipun, dia tidak boleh menghina wanita yang melahirkan dan membesarkannya sebegitu rupa.
Fizo turut mendedahkan bahawa dia mahu menegur Afiq jika berpeluang untuk bertemu dengannya.
“Jujurnya, andai kata saya dapat bersemuka dengan dia (Afiq), saya akan menegur sikapnya itu. Saya benar-benar marah dan kecewa dengan sikapnya itu.”
Dalam meluahkan rasa kecewanya, Fizo mengakui bahawa dirinya pun tidaklah begitu sempurna namun seorang ibu haruslah dihormati dan disayangi.
“Saya bukannya nak tunjuk baik kerana saya pun mempunyai sikap nakal juga. Cuma sebagai anak, kita perlu meletakkan ibu di tempat paling atas melebihi segala-galanya.”
Teman setuju sangat apa yang Fizo Omar perkatakan, daripada situ kita tau Fizo ni seorang yang sayangkan ibu dia.. teman tak faham kenapa Afiq Muiz sanggup buat macam tu pada ibuknya.. seteruk2 mana ibu dia, siapa yang mengandungkan dia selama 9 bulan? siapa yg bertarung nyawa lahirkan dia? hemm.. semoga Afiq cepat sedar sebelum terlambat.. ibu  hanya satu.. klu dh tiada mana nak cari dah??
Semoga hubungan Afiq dan Ibunya kembali macam dulu.. seperti dalam gambar diatas.. 

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers