Nuff

04 Jun 2013

Fizo Omar Marah & Kecewa Dengan Sikap Afiq Muiz


Cerita berkenaan Afiq Muiz masih panas lagi hingga kini, perkara ni xkan selesai selagi mana2 pihak tidak mahu mengalah.. tapi teman amat berharap Afiq Muiz kembalilah keada keluarganya, mohon ampun dan maaf kepada ibunya kerana telah menghina ibunya sehingga satu Malaysia tahu tentang semua ni.. 


bukan kita saja yang marah n kurang senang dengan tindakan Afiq Muiz, malah pelakon/Artis Malaysia juga kurang bersetuju dgn sikap Afiq.. antaranya ialah Fizo Omar yang kecewa dan marah dengan sikap Afiq Muiz,  malah rata-rata rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan isu antara Afiq dan ibunya juga turut merasakan perasaan yang sama.
Menyebelahi orang yang baru dikenali.. 

Buat Iena Azman, walau betul pun apa yang ibu Afiq buat pada dia, iena sepatutnya beralah, iena muda lagi.. x salah beralah pada yang tua, sepatutnya iena ni bagilah nasihat yang baik kepada Afiq.. jangan terus-terusan seperti menggalakkan Afiq menderhaka pada ibunya.. kadang2 sebuah pengorbanan dapat memberikan kebahagiaan pada orang lain, masa tu hati sendiri akan tenang.. tak usahlah dipanjang2kan lagi.. be matured..

 Apa-apa pun jom ikuti apa kata2 luahan dari Fizo Omar tentang isu ni.. 
Menerusi laporan mStar Online, Fizo menegaskan seorang anak tidak sepatutnya menghina seorang ibu yang telah membesarkan mereka walau seburuk mana pun ibu mereka.
“Saya kurang senang dengan sikap Afiq. Adakah ibunya berkelakuan buruk dan terlalu jahat? Jika ya sekalipun, dia tidak boleh menghina wanita yang melahirkan dan membesarkannya sebegitu rupa.
Fizo turut mendedahkan bahawa dia mahu menegur Afiq jika berpeluang untuk bertemu dengannya.
“Jujurnya, andai kata saya dapat bersemuka dengan dia (Afiq), saya akan menegur sikapnya itu. Saya benar-benar marah dan kecewa dengan sikapnya itu.”
Dalam meluahkan rasa kecewanya, Fizo mengakui bahawa dirinya pun tidaklah begitu sempurna namun seorang ibu haruslah dihormati dan disayangi.
“Saya bukannya nak tunjuk baik kerana saya pun mempunyai sikap nakal juga. Cuma sebagai anak, kita perlu meletakkan ibu di tempat paling atas melebihi segala-galanya.”
Teman setuju sangat apa yang Fizo Omar perkatakan, daripada situ kita tau Fizo ni seorang yang sayangkan ibu dia.. teman tak faham kenapa Afiq Muiz sanggup buat macam tu pada ibuknya.. seteruk2 mana ibu dia, siapa yang mengandungkan dia selama 9 bulan? siapa yg bertarung nyawa lahirkan dia? hemm.. semoga Afiq cepat sedar sebelum terlambat.. ibu  hanya satu.. klu dh tiada mana nak cari dah??
Semoga hubungan Afiq dan Ibunya kembali macam dulu.. seperti dalam gambar diatas.. 


Related Posts

11 ulasan:

  1. semoga hubungan mereka kembali baik..

    BalasPadam
  2. Eina Azman better diamkan diri.. jangan mengeruhkan keadaan yang sedia keruh mcm air sungai klang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. setuju dgn zura, eina azman patut diamkan diri.. hemm.. x patut betul dia seperti mengeruhkan lagi keadaan.. just biar je mak n anak tu settle sendiri.. eina tu patut merendah diri wlupun dia kononnya difitnah..

      Padam
  3. banyak yg boleh jadi buta kerana cinta semata.

    BalasPadam
  4. tak kenal la si afiq ni...semoga dia sedar apa yg telah dia lakukan

    BalasPadam
  5. awok mmg tak ikut hei2 pelakon Malaysia ni... tapi cmani le...walo macam mane pun teghok mak kite..... itu mak kite.... kite sebagei anak kene teghime dan ubah kalo boleh......

    BalasPadam
  6. hal family tak payah la nak bgtahu pd semua org
    sebab last2 diri sendiri yg akan rasa malu
    ibu tetap ibu

    BalasPadam
  7. jika benar eina azman sayangkan afiq , dia akan berusaha menyatukan afiq dan ibunya ...

    BalasPadam
  8. Hah setuju2..saya pun suka jugak Fizo Omar.. matured..hehe

    BalasPadam
  9. erm..terlalu ikutkan kata hati.xmau beralah.even mak kita ada buat silap pun, diam je la..takyah nak mara2 sampai 1 m'sia tahu. nti diri kita juga yang tercalar kn.

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2