AlFatihah buat Allahyarhamah Latifah Omar
Masih ingat lagi x dengan filem melayu lama Bawang Putih dan Bawang Merah? pasti korang takkan lupa filem tersohor ini kan.. dan pasti korang x lupa jugak kepada pelakon filem ini iaitu Latifah Omar kan? lakonan beliau begitu mantap dan nama beliau begitu gah suatu ketika dahulu.. banyak filem yang beliau lakonkan, dan menjadi pilihan pengarah suatu ketika dulu.. Namun kini nama beliau hanya tinggal kenangan, kerana beliau telahpun pergi meninggalkan kita..
Latifah Omar Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR 9 Jun - Pelakon veteran Latifah Omar meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada usia 74 tahun kerana menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuk ulser pada kira-kira pukul 6 petang ini.
Menurut pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof yang juga rakan baik Allahyarham, seniwati yang merupakan pelakon era tahun 1950-an itu sebelum ini telah menjalani pembedahan pada bahagian perutnya dan tidak sedarkan diri selepas pembedahan tersebut.
Allahyarham menjalani pembedahan pada pukul 2 petang semalam di HUKM dan semasa saya melawatnya pada 6 petang, dia tidak sedarkan diri dan petang tadi saya dimaklumkan beliau sudahpun meninggal dunia," katanya sewaktu dihubungi Utusan Online di sini hari ini.
Hilang satu lagi permata dalam dunia seni.. mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman..Aminn.. takziah juga buat family Allahyarham.. semoga tabah menerima ujian ini..
Hilang satu lagi permata dalam dunia seni.. mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman..Aminn.. takziah juga buat family Allahyarham.. semoga tabah menerima ujian ini..
Artikel Penuh : Utusan Melayu (M) Bhd