Nuff

07 Jun 2013

KISAH MICHAEL JACKSON, NEVERLAND DAN ANAK-ANAK


hai.. malam2 cenggini, tiba2 lak nak baca citer tentang latarbelakang mendiang Michael Jackson ni dulu.. hemm.. actually teman xtau nak sebut mendiang or arwah sebab x pasti agama terakhirnya sebelum beliau meninggal dunia.. terasa nak baca kisah dan perjalanan hidup MJ semua disebabkan kisah panas anak MJ baru-baru ni iaitu Paris. baca ni -->.ANAK MJ CUBA BUNUH DIRI. kalau tak teman mungkin agak malas nak membaca sesuatu yg berjela panjang2 ni.. hu3.. (actually teringat yg dulu teman x suka mataplelajaran Sejarah ) so.. bila nak baca biografi/sejarah hidup org lain pun rasa malas.. kecualilah ada kes2 macam ni.. heeee.. mula lea nak membelek2 berita lama2.. he2.. 
Walau apa pun teman sebenarnya minat jugak MJ ni.. hu2.. teman minat MJ ni masa dia berkulit gelap lagi.. masa lagi beat it tu.. n album2 selepas tu teman follow gak.. sebab suara MJ ni unic.. nak kata sedap, biasa jea.. tapi disebabkan unic teman suka.. he2.. Opss.. klu ada yg x suka pun xpe... hak korang kan.. tapi apakata tinggalkan sebab kat sini nape x suka.. heee.. Oklah. bg yg minat pula, jom lea flashback lik citer2 dan liku2 kehidupan MJ sebelum dia pergi... maklumat semua ni teman copy dekat Wikipedia jea.. coz teman x reti nak ulas lik apa yg teman baca.. so, untuk mengelakkan terbagi maklumat yg salah, eloklea teman copycat ajelah yew.. jangan ada yg bising lak teman copycat ajo yeaaa... yg penting ayat mukadimah Original hokeh! hak3.. actually bukan copy kat blog orang lain yea.. copy kat ruang informasi yg memang bole di share pun kan? he2.. 

Michael Joseph Jackson (Ogos 291958 – Jun 252009) ialah seorang penyanyi, penari, penghibur dan artis rekod Amerika Syarikat. Digelar sebagai ‘Raja Pop’, dia dikenali sebagai penghibur yang paling berjaya dan salah satu orang yang paling berpengaruh pada semua masa. Sumbangannya kepada muzik, tarian, dan gaya serta kehidupannya yang diketahui umum menjadikannya seorang terkenal dalam budaya pop di seluruh dunia selama lebih banyak daripada 40 tahun.
Jackson 5
Bersama dengan abang-abangnya, Jackson memulai kerjayanya sebagai penyanyi utama dan ahli yang paling muda dalam Jackson 5 pada tahun 1964. Kerjayanya sebagai penyanyi solo bermula pada tahun 1971. Albumnya yang diedarkan pada tahun 1982, iaitu Thriller, telah dijual sebanyak lebih daripada 110 juta keping. ‘Thriller’ masih merupakan album yang dijual paling banyak di dunia. Di samping itu, beberapa albumnya yang lain merupakan salah satu album yang dijual paling banyak di dunia. Videonya untuk Billie JeanBeat It, dan Thriller menjadikannya orang Amerika Syarikat yang berketurunan Afrika yang pertama muncul pada beberapa bagan rekod dan MTV yang berlainan genre. 
Beliau mempopularkan beberapa teknik tarian yang rumit, contohnya robot dan moonwalk. Gaya muzik, suara dan tarian yang unik berterus melampaui generasi, bangsa dan budaya. Jackson ialah salah seorang artis yang disenaraikan dalam Rock and Roll Hall of Fame sebanyak dua kali. Prestasinya yang lain termasuk beberapa Guinness World Records ( termasuk Penghibur yang Paling Berjaya pada Semua Masa), 15 Grammy Awards (termasuk Legenda yang Masih Hidup dan Kejayaan Sepanjang Hayat), 26 American Music Awards (lebih banyak daripada artis-artis lain; termasuk Artis Abad), 17 single yang mendapat kedudukan pertama di Amerika Syarikat (Termasuk 4 single yang dikeluarkan semasa sebagai seorang ahli dalam Jackson 5), dan jualan albumnya sebanyak lebih daripada 780 juta keping di seluruh dunia yang menjadikannya salah seorang artis yang telah menjual paling banyak keping album.
Kehidupan peribadi dan hubungan dengan orang lain beliau menyebabkan banyak kontrovesi bertahun-tahunan. Rupanya yang berubah telah didapati sejak 1970-an kerana perubahan hidung dan warna kulit telah menyebabkan banyak spekulasi daripada media. Pada tahun 1993, beliau dituduh bahawanya terbabit dalam penderaan seksual kanak-kanak walaupun beliau tidak disaman ke mahkamah. 

Pada tahun 2005, beliau disaman ke mahkamah disebabkan penglibutan dalam penderaan seksual kanak-kanak tetapi dibebaskan kerana dibuktikan tidak bersalah. Jackson meninggal dunia pada Jun 25, 2009. Kematiannya disebabkan penggunaan ubat yang terlampau banyak. Sebelum kematiannya, beliau sedang membuat persiapan untuk siri konsert ‘This Is It’. Pemeriksa Mayat Daerah Los Angeles menentukan kematiannya sebagai pembunuhan yang dilakukan oleh orang lain. Sebelum kematiannya, ubat sebagai propofol and lorazepan telah digunakan kepadanya menurut laporan. Doktor peribadi Jackson telah didakwa disebabkan pembunuhan tanpa niat. Kematian Jackson menyebabkan kesedihan orang ramai di seluruh dunia. Kira-kira sebillion orang di seluruh dunia telah menonton memorialnya melalui television.
Jackson memulakan kerjaya nyanyian pada usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5. Beliau mengeluarkan rakaman solo sulung beliau, Got to Be There, pada tahun 1971,semasa masih bersama kumpulan tersebut.Dalam karier solo beliau, Jackson merakam dan menerbitkan album terlaris sepanjang zaman, iaitu album Thriller yang jualan seluruh dunia mencecah 104 juta. Selepas Thriller, Jackson terus mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), HIStory (1995), dan Invincible (2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli. Michael Jackson telah menerima 13 anugerah Grammydan mencatat 13 single #1 di Amerika Syarikat, menjadikan beliau artis lelaki solo yang paling banyak mencapai kedudukan #1 dalam era Hot 100Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan bahawa Michael Jackson telah memecah rekod jualan album lebih daripada 750 juta salinan seluruh dunia,menjadikan Jackson salah seorang artis rakaman yang paling laris jualan albumnya sepanjang zaman.
Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di hartanah Neverland Ranch beliau, di mana beliau membina sebuah taman tema kecil dan zoo persendirian yang sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidapi penyakit yang tidak boleh dirawat. Khabar angin mengenai parti bermalam di rumah beliau menerima liputan media negatif setelah didapati bahawa kanak-kanak kerap tidur di katilnya. Ini mula-mula diketengahkan apabila beliau dituduh melakukan penderaan kanak-kanak seksual pada tahun 1993. Hubungan Michael Jackson dengan kanak-kanak diketengahkan semula pada tahun 2003 apabila dokumentari TV Living with Michael Jackson disiarkan. Akibatnya, Jackson diheret ke mahkamah lalu didapati tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak dan tuduhan-tuduhan lain pada tahun 2005.
Pada 21 November 2008, akhbar tabloid Barat menerbitkan rencana mengenai Jackson yang memeluk Islam di Los Angeles iaitu di rumah Steve Porcaro bersama-sama dengan bintang muzik British, Cat Stevens (kini Yusuf Islam), serta menukar namanya kepada 'Mikaeel'; walau bagaimanapun tiada kenyataan rasmi oleh Jackson sendiri yang mengesahkannya. Beberapa sumber lain pula berpendapat beliau sudah pun memeluk Islam lebih awal pada tahun 2007 apabila abangnya Jermaine mengatakan beliau akan memeluk Islam
Kematian
Pada pagi 25 Jun 2009, Jackson dilaporkan pengsan di rumah sewanya di barat Los Angeles. Pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:21 pm waktu tempatan. Beliau dilaporkan tidak bernafas sebaik sahaja pasukan paramedik tiba, dan rawatan CPR cuba dilakukan serta-merta.. Beliau koma dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA. Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung.Jackson diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2:26 pm Waktu Pasifik. Pada pukul 4:36 pm waktu tempatan, koroner Los Angeles mengesahkan kematian Jackson. Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya.

Related Posts

16 ulasan:

  1. itu lah yg susah, bila masuk islam tak uar-uar kan. minta juga dgn lagu2 beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. sampai skrg xtau apa status agama dia..

      Padam
  2. Balasan
    1. legen yg xkan ada serupa dia kan.. kalau tiru menari ada.. tp klu tiru keseluruhan lum jumpa lagi.. he2

      Padam
  3. mj maintain dgn gaya dan corak persembahan yg sama dan jadi identitinya . Tak suka bila muka dia diubah dan dah jadi mcm - mcm .

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lea.. teman pun x suak bila dia dh ubah2 wajah.. sebab ia kan memeudaratkan.. kesian dia..

      Padam
  4. Nice blog you have...wanna follow each other?
    please follow with GFC, just leave me a comment and I'll follow u back!
    http://namelessfashionblog.blogspot.it/
    http://www.facebook.com/NamelessFashionBlog

    BalasPadam
    Balasan
    1. tQ 4 ur compliment..

      yes, sure.. im otw to visit ur blog.. n sure leave my link =)

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. I am guessing this is a tribute to the much missed and iconic Michael Jackson!! He was truly talented! I wish the best for his children! Take care
    x

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea.. maybe its a special tribute tu MJ, coz i love all the songs that singing by him.. =)

      Padam
  7. Ramai yang menangisi pemergiannya......
    AJ pun sedih masa tengok upacara pengebumian tu tau...
    He such a talented person...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lea.. dia memang best.. 2 pasal semua meminati dia..

      Padam
  8. assalamualaikum..tenku butang :)

    byk lagu2 MJ yg ayie suka..lagu2 dia memang sukar dinyanyikan oleh penyanyi lain..klu dinyanyi pun tak sedap mcm MJ yg menyanyikan lagu tu..itulah hebatnya lagu2 dia..

    lagi satu tarian dia juga menjadi ikon serata dunia sampai laa skrg.

    BalasPadam
  9. ha a.. betul ckp ayie tu.. lagu2 dia semua best.. klu ada yg bole bawak lagu MJ pun x serupa mcm MJ bawak kan..

    tarian yg best tu.. heee.. memang MJ ni tiada pengganti..

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New