Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

22 Oktober 2015

RESEPI NASI MINYAK, AYAM MASAK MERAH DAN DALCA DAGING




RESEPI NASI MINYAK, AYAM MASAK MERAH
DAN DALCA DAGING



NASI MINYAK
______________
BAHAN-BAHAN:
💢10 pot beras basmathi
💢2 helai daun pandan (ikat)
💢2 batang serai (ketuk)
💢1 cawan kismis
💢1 batang kulit kayu manis
💢4 kuntum bunga lawang
💢4 kuntum bunga cengkih
💢5 biji buah pelaga
💢Gula melaka (agak2)
💢Garam secukup rasa
💢Pewarna oren
💢4 sudu besar minyak sapi
💢5 sudu besar minyak jagung
BAHAN KISAR:
💢4 labu bawang besar
💢6 ulas bawang putih
💢3 inci halia

CARA:
👉Basuh beras bersih dan rendam
20 minit pastu tapis..Letak beras
dalam rice cooker.
👉Panaskan minyak dan minyak sapi
Tumis rempah 4 sekawan, masukkan
bahan kisar, d.pandan dan serai,
tumis sampai wangi.
👉Masukkan Air 10 sukat ikut sukatan
beras..dan gula melaka serta garam.
bila dah mendidih tuangkan dalam beras.
masukkan kismis.
👉Nasi dah masak buat lubang banyak2
dan titikkan pewarna oren..tutup semula dalam
10 minit pastu baru godak nasi tu
guna garpu supaya nasi tak hancur.

AYAM MASAK MERAH
______________________
BAHAN-BAHAN:
💢2 ekor Ayam (1 ekor potong 12)
💢5 kuntum bunga cengkih
💢5 kuntum bunga lawang
💢5 biji buah pelaga
💢1 batang kulit kayu manis
💢Gula
💢Garam
💢1 cawan sos cili
💢1 cawan sos tomato
💢1 pokok daun sup
💢1 tin kacang pis
💢2 sudu besar minyak jagung
💢3 sudu besar minyak sapi
BAHAN KISAR:
💢Cili kering (ikut kepedasan dan selera)
💢5 labu bawang besar
💢7 ulas bawang putih
💢3 inci halia

CARA:
👉Basuh ayam lumur dengan serbuk
kunyit sikit pastu goreng setengah
masak.. Asingkan
👉Panaskan minyak dan minyak sapi,
tumis rempah 4 sekawan dan bawang
kisar sampai wangi..
👉Masukkan cili kisar tumis sampai
betul2 pecah minyak..masukkan
cili sos, tomato sos, gula garam.
👉Masukkan ayam dan daun sup,
slowkan api biarkan mereneh..
bila dah masak taburkan kacang pis.

DALCA DAGING
________________
BAHAN-BAHAN:
💢1 mangkuk daging (hiris nipis)
💢Kacang dhal (rendam 1 jam)
💢1 kotak kecil santan
💢5 sudu besar serbuk kari daging
💢Rempah 4 sekawan
💢Gula
💢Garam
💢3 sudu besar minyak sapi
💢2 sudu besar minyak jagung
✔BAHAN KISAR:
💢20 tangkai cili kering(rebus)
💢4 labu bawang besar
💢5 ulas bawang putih
💢2 inci halia
✔SAYUR:
💢7 tangkai kacang panjang
💢2 biji terung
💢8 biji kcang bendi
💢1 batang carrot
💢1 biji nenas
💢3 ketul kentang
💢5 tangkai cili hijau(potong 2)

✔CARA:
👉Panaskan minyak dan minyak sapi,
Tumis bahan kisar sampai pecah
minyak dan wangi, masukkan serbuk
kari dan rempah 4 sekawan.
👉Masukkan daging, bila daging dah empuk masukkan kacang dhal,kentang dan carrot
👉Masukkan gula garam..Santan
dan semua bahan sayur.. slowkan
api godak je pelan2.. Siap...

20 Oktober 2015

DIY LONG DRESS/BLOUSE UNTUK BREASTFEEDING MOTHER

DIY LONG DRESS/BLOUSE UNTUK  BREASTFEEDING MOTHER | Haaaa.. buat Blogger Mimi, ni la dia tutorial baju dress DIY untuk ibu yang menyusukan anak tu.. teman ternampak member share tutorial ni.. haaa.. teman saja tepek kat sini sebab nak tunjuk kat Blogger Mimi dan kawan-kawan yang lain.. mana lah tau.. kot2 jadi inspirasi kat korang gak nak alter baju jadi sekreatif Nur Shazwani ni.. haa..Tutorial ni adalah dari Nur Shazwani, sangat2 kreatif dan kemas je jahitan dia.. alahai.. jeles pulak rasa.. hehehehehe.. apa2 pun.. jom nengok camne nak DIY Long Dress/Blouse Untuk memudahkan Brestfeeding Mother.. hehehehe... 
 1. Gunting, benang, zip, dress, 1 jarum peniti, 1 jarum jahit.
 2. Potong bahagian tengah dada mengikut panjang zip.
 3. Kelim sedikit dan pinkan mengunakan jarum peniti 
dibahagian kiri zip.
4. Masukkan benang ke dalam jarum jahit. Mulakan menjahit 
zip tersebut dari atas ke bawah dengan menggunakan 
jahitan jelujur halus. Jarak zip dan kain terpulang pada anda.
 5. Matikan jahitan. Untuk matikan jahitan anda perlu 
lebihkan 1cm dari bahagian bawah.
6. Jahit zip pada bahagian satu lagi dari atas ke bawah. 
Ini bagi mengelakkan kain menjadi senget sebelah 
atau tidak balance.
 6. Jahit zip pada bahagian satu lagi dari atas ke bawah. Ini bagi mengelakkan kain menjadi senget sebelah atau tidak balance.
 Tarraaa... untuk breastfeeding mom yg ada dress atau jubah anda boleh cuba yea. Jika kain tersebut berbulu pastikan dikelim bahagian berbulu dengan kemas.
Tips nak jahitan lurus 
1. Pastikan jarum anda masuk semula pada hujung benang yang telah dijahit pada kain.
2. Sebelum tarik jarum ke atas pastikan jarum anda selari dengan garisan benang yang telah dijahit 
Jahitan dari belakang.

sHARE fROM fACEBOOK
sicantik anggun... 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



RAWATAN UNTUK BAYI KERAP NANGIS MALAM

RAWATAN UNTUK BAYI KERAP NANGIS MALAM |
haaaaaa... cakkk.. Ya Rabbi... Apa dah jadi tengkubutang sekarang.. blog dah kusut masai, tak mandi.. busyuk masyamm.. terabai dah.. blog tak ber update.. apa dah jadi nih?? hahaha.. kesian blog teman ni kan.. macam tak berpenghuni aje.. tapi yelah.. disebabkan masa tak berapa nak mengizinkan teman berblog dengan tenang.. maka terpaksa lah ikut je arah angin yang dituju.. kalau ada masa terluang teman update la blog ni.. kalau tak.. biarlah dia tido jap.. Sib baik la trafik still ok.. Alhamdulillah 3k-4k macam biasa lagi.. jangan kurang jadi 2k, itu sudah merisaukan teman.. kalau dok stabil macam biasa lagi, takpe, tak naik pun takpe.. hahaha.. apa aku membebel ni daaa.. Ok lah.. ni teman nak share dengan korang citer pasal budak nangis malam.. mesti pernah terjadi pada bayi korang atau bayai sedara2 korang ke kan.. jiran ke kan.. boleh la share dengan diorang cara nak rawat bayi yang nangis malam ni.. dengan bacaan ayat suci Al-Quran je insyaAllah.. dipermudahkan.. 






------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers