RESEPI NASI MINYAK, AYAM MASAK MERAH DAN DALCA DAGING




RESEPI NASI MINYAK, AYAM MASAK MERAH
DAN DALCA DAGING



NASI MINYAK
______________
BAHAN-BAHAN:
๐Ÿ’ข10 pot beras basmathi
๐Ÿ’ข2 helai daun pandan (ikat)
๐Ÿ’ข2 batang serai (ketuk)
๐Ÿ’ข1 cawan kismis
๐Ÿ’ข1 batang kulit kayu manis
๐Ÿ’ข4 kuntum bunga lawang
๐Ÿ’ข4 kuntum bunga cengkih
๐Ÿ’ข5 biji buah pelaga
๐Ÿ’ขGula melaka (agak2)
๐Ÿ’ขGaram secukup rasa
๐Ÿ’ขPewarna oren
๐Ÿ’ข4 sudu besar minyak sapi
๐Ÿ’ข5 sudu besar minyak jagung
BAHAN KISAR:
๐Ÿ’ข4 labu bawang besar
๐Ÿ’ข6 ulas bawang putih
๐Ÿ’ข3 inci halia

CARA:
๐Ÿ‘‰Basuh beras bersih dan rendam
20 minit pastu tapis..Letak beras
dalam rice cooker.
๐Ÿ‘‰Panaskan minyak dan minyak sapi
Tumis rempah 4 sekawan, masukkan
bahan kisar, d.pandan dan serai,
tumis sampai wangi.
๐Ÿ‘‰Masukkan Air 10 sukat ikut sukatan
beras..dan gula melaka serta garam.
bila dah mendidih tuangkan dalam beras.
masukkan kismis.
๐Ÿ‘‰Nasi dah masak buat lubang banyak2
dan titikkan pewarna oren..tutup semula dalam
10 minit pastu baru godak nasi tu
guna garpu supaya nasi tak hancur.

AYAM MASAK MERAH
______________________
BAHAN-BAHAN:
๐Ÿ’ข2 ekor Ayam (1 ekor potong 12)
๐Ÿ’ข5 kuntum bunga cengkih
๐Ÿ’ข5 kuntum bunga lawang
๐Ÿ’ข5 biji buah pelaga
๐Ÿ’ข1 batang kulit kayu manis
๐Ÿ’ขGula
๐Ÿ’ขGaram
๐Ÿ’ข1 cawan sos cili
๐Ÿ’ข1 cawan sos tomato
๐Ÿ’ข1 pokok daun sup
๐Ÿ’ข1 tin kacang pis
๐Ÿ’ข2 sudu besar minyak jagung
๐Ÿ’ข3 sudu besar minyak sapi
BAHAN KISAR:
๐Ÿ’ขCili kering (ikut kepedasan dan selera)
๐Ÿ’ข5 labu bawang besar
๐Ÿ’ข7 ulas bawang putih
๐Ÿ’ข3 inci halia

CARA:
๐Ÿ‘‰Basuh ayam lumur dengan serbuk
kunyit sikit pastu goreng setengah
masak.. Asingkan
๐Ÿ‘‰Panaskan minyak dan minyak sapi,
tumis rempah 4 sekawan dan bawang
kisar sampai wangi..
๐Ÿ‘‰Masukkan cili kisar tumis sampai
betul2 pecah minyak..masukkan
cili sos, tomato sos, gula garam.
๐Ÿ‘‰Masukkan ayam dan daun sup,
slowkan api biarkan mereneh..
bila dah masak taburkan kacang pis.

DALCA DAGING
________________
BAHAN-BAHAN:
๐Ÿ’ข1 mangkuk daging (hiris nipis)
๐Ÿ’ขKacang dhal (rendam 1 jam)
๐Ÿ’ข1 kotak kecil santan
๐Ÿ’ข5 sudu besar serbuk kari daging
๐Ÿ’ขRempah 4 sekawan
๐Ÿ’ขGula
๐Ÿ’ขGaram
๐Ÿ’ข3 sudu besar minyak sapi
๐Ÿ’ข2 sudu besar minyak jagung
✔BAHAN KISAR:
๐Ÿ’ข20 tangkai cili kering(rebus)
๐Ÿ’ข4 labu bawang besar
๐Ÿ’ข5 ulas bawang putih
๐Ÿ’ข2 inci halia
✔SAYUR:
๐Ÿ’ข7 tangkai kacang panjang
๐Ÿ’ข2 biji terung
๐Ÿ’ข8 biji kcang bendi
๐Ÿ’ข1 batang carrot
๐Ÿ’ข1 biji nenas
๐Ÿ’ข3 ketul kentang
๐Ÿ’ข5 tangkai cili hijau(potong 2)

✔CARA:
๐Ÿ‘‰Panaskan minyak dan minyak sapi,
Tumis bahan kisar sampai pecah
minyak dan wangi, masukkan serbuk
kari dan rempah 4 sekawan.
๐Ÿ‘‰Masukkan daging, bila daging dah empuk masukkan kacang dhal,kentang dan carrot
๐Ÿ‘‰Masukkan gula garam..Santan
dan semua bahan sayur.. slowkan
api godak je pelan2.. Siap...

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama