Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

20 November 2015

OMG! GADIS BERHANTU

Haaa.. kalau anak remaja yang suka buku2 macam ni, bolehlah belikan untuk diorang kan.. hehehe.. kita pun suka gak baca novel2 pendek macam ni.. i mean.. tak tebal macam Novel2 lain.. mahu sebulan dua bulan baru habis baca.. itupun belum tentu.. kih3.. Oh Ya... nak gitau.. sekarang bookcafe tengah buat offer giler2 untuk jualan akhir tahun.. kalau korang nak untung membeli dan membaca dengan berbaloi2.. elok2 la cepat2 klik banner bawah ni.. tempoh belian 20-27 November ini aje tau.. jangan lambat2 yea.. ehehehehe.. K bye.. 

SINOPSIS

Hantu? Itu makhluk yang mahu didampingi. Rumah usang? Itu destinasi yang disukai. Ini kisah tentang Siti Anum, budak yang sangat obsess terhadap kisah-kisah seram, alam ghaib dan mistik. Dia sememangnya kera sumbang, tiada kawan dek kerana minatnya yang menakutkan.

Apabila berpindah ke sekolah Sri Bangsar, neneknya iaitu Mak Esah bimbang sekiranya gadis itu tidak dapat menyesuaikan diri. Tidak mahu cucu kesayangan tambah terasing lagi, diaturkan pertemuan bersama anak rakan. Gadis bernama Zuliana diminta jadi teman paksa mesra dengan Siti Anum yang pelik orangnya.

Pada masa yang sama, kecoh di sekitar taman perumahan Sri Bangsar bahawa kawasan itu diganggu oleh hantu-hantu yang berkeliaran. Siti Anum yang sememangnya merupakan peminat sejati hantu menjadi teruja mahu menjejak makhluk itu. Siti Anum mengajak Zuliana agar menyertai misi gila yang menyeramkan bulu roma. Benarkah ada hantu yang menganggu kedamaian Bangsar? Berjayakah Siti Anum menjejak hantu berkenaan? Apakah yang bakal menimpa Zuliana yang penakut apabila benar-benar bertentang mata dengan pocong dan pontianak? Semuanya terjawab dalam OMG! Budak Berhantu!

Klik Banner diatas 
Untuk Cuci Mata Tengok Promosi Akhir Tahun 
Yang Giler2 Murah dan Amat Berbaloi!

BOOKCAFE =

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



19 November 2015

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI (PRIK KEE NOO)

SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI 
(PRIK KEE NOO) |
Aloh-aloh.. sedapnyaaaaaaa.. nengok gambo pun dah terliur kottt.. inikan pulak kalau dah masak.. huhuhu.. tapi kami ni belum lagi la makan masak sendiri siakap stim ni.. enath bila la gamaknya nak masak benda ni.. kurang makan ikan kami ni.. tapi kadang sebat jugak kalau makan kat luar.. sekali sekala boleh la kan.. mahal kotttt.. baik buat sendiri.. bahan pun mudah je.. tapi... teman punya skill masak tak terror mana.. kalaulah dapat tangan pandai masak macam kak ipar semuaaaaa.. fuyooo! eh.. melalut lak.. jom tewngok resepi ni jomm..!!

SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI 
(PRIK KEE NOO)

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap sederhana besar
4 ulas bwg putih
1 biji bwg holland
1 kiub pati ayam
5 biji cili padi
2 inci halia
2 batang serai
3 sudu sos ikan
1 cawan jus limau nipis
1 sudu gula
Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan

Cara-cara :
1. Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap..
2. Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air
3. Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan
4. Masukkan ikan ke dalam pengukus
5. Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
6. Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
7. Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...kukus sehingga ikan masak
8. Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah

Selamat mencuba

Sumber : Internet

--------------------------------------------------------------------------------------------






Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page





CARA MENGETAHUI WAKTU SUBUR WANITA


CARA MENGETAHUI WAKTU SUBUR WANITA | Terima kasih buat sahabat teman Blogger Syamimi diatas perkongsian ini, kalau tidak teman pun tak tahu pengiraan macam mana.. ilmu ni.. Alhamdulillah.. tQ mimi.. saja teman tepek kan kat sini untuk berkongsi dengan wanita2 lain yang sedang plan untuk mendapatkan zuriat atau sedang menjarakkan kehamilan.. jom baca sama-sama.. moga ia bermanfaat .. Terima kasih yea mimi.. Walaupun teman belum lagi ada tanda-tanda untuk menimang cahaya mata.. namun usaha tidak pernah pudar.. Yakin Allah perancang yang terbaik.. yang penting jangan putus asa.. walaupun menangis setiap kali mendengar berita kehamilan dari rakan-rakan.. jiwa ini tetap percaya dan yakin akan tiba juga hari bahagia itu suatu hari nanti.. doakan teman yea.. 

KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara 
praktikal.

JOM KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Kitaran haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk difahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada juga yang lewat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid wanita.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada 
hari pertama.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari,tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam 
satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika ini.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari (malam / siang) pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah 
menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14

Credit to :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers