Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

09 Oktober 2013

MANA SATU YANG REAL?

Wordless Wednesday!
Teka Mana Satu Yang Real Punya..
No. Berapa? Sila Komen Dibawah..
takde hadiah.. teka jea.. Kekekekeke....

08 Oktober 2013

ALHAMDULILLAH, MURAH REZEKI BULAN OKTOBER NI.. HEEE..

(DAH TAMAT)
(klik BANNER atas kalau nak singgah blog fiena.. heee..)
Yeay! Menang jugak salah satu  hadiah Oh September 
Give Away by Safiena & Friends
Senarai Peserta Oh September Giveaway by Safiena $ Friends
heeee.... teman no. 65.. nampak x? heee..
i
i
i
V
Senarai Pemenang dan Hadiah
i
i
i
V
Menang Hadiah No. 2 dari Beautilicious E-shoppe
 Menang hadiah --> Set Rumpai Laut.. yeayyy!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~ Kata2 happy seorang Tengkubutang ~
Alhamdulillah, menang lagi.. heee.. hari tu menang topup RM10 dari sponsor Bravo Giveaway by Ieyra Ghani iaitu Mysara Ab Rahman ( masih belum terima sebab Mysara agak bz sikit sekarang ni.. dia baru start tempat koje baru.. tahniah!.. heee..) ada gak contact dan dapat respon dari dia melalui FB Mysara.. =) bagus orangnya.. tak sombong.. heee.. janji jawab kan.. jangan diam aje.. hu2..
 
Pastu dapat hadiah T.shirt lak  T.shirt I Love Blogging by Nabila Medan.. besttt! he2.. bestt sebab Nabila cepat anto adiahnya.. x sampai berapa minggu dah dapat adiahnya.. hari Jumaat lepas terimanya.. thanx yunk.. hu2.. seronok ada barang kenangan semasa berblogging ni kan.. hu3.. banyak jugak teman dapat dah.. semuanya masih dalam plastik.. sayang nak guna.. kecuali sarung lengan tu teman guna jugak lea.. he2..
takde apa nak cakap.. cuma nak cakap.. Alhamdulillah.. tQ Allah... aminn.. =)

4 Posisi Terbaik Di Depan Komputer

Korang selalu menaip depan komputer macam ni ke???
Assalammualaikum semua.. apakabo? hari ni bole tahan jugak banyak entri yang teman taip n simpan dalam draft, sampai sakit2 leher n pedih mata lah dok depan komputer tadi.. hu3.. bila dok picit2 leher tadi, teringat pulak dekat artikel pasal Posture depan komputer yang teman pernah baca dulu, tiba2 lak rasa nak buat entri dan share dengan kawan semua.. yelah, kita ni hari2 ngadap blog, hari2 sentuh keyboard untuk menaip entri terbaru kan.. hari2 pandang screen laptop/PC kan.. 

Posisi yang salah!

So, rasanya ramai jugak yang kadang2 amik x acuh tentang posisi ketika di depan komputer ni.. termasuk lea teman sendiri..  kalau dok depan PC hubby teman, memang lea betul kedudukannya, tapi kalau guna laptop teman, udah lari 'tune' .. tau jelea laptop macam mana kan.. boleh menaip sambil baring.. sambil terlangkup.. sambil duduk bersila, sambil bertimpuh.. huh? haaaaa.. macam2 gaya kan! termasuklea yang macam dalam gambo diatas nih kan.. hihi3.. sape selalu macam tu??? he3...

Jadi, elok sangat teman kongsikan dengan korang 4 Posisi Terbaik Di Depan Komputer, supaya pasni kita akan praktikkan cara yang betul agar x mendatangkan sakit2 lain berpunca dari salah posisi di depan komputer.. kannn.. Okeylah.. jom baca jommm...! moga korang faham.. heee..


4 Posisi Terbaik Di Depan Komputer
Periksalah posisi monitor jika Anda menghabiskan banyak waktu di depan komputer. Posisi yang kurang sesuai boleh menyebabkan tubuh lenguh. Posisi ideal iaitu screen monitor harus sejajar dengan pandangan lurus mata Anda.

Mata kita secara alamiah biasanya selalu turun. Itulah posisi terbaik merelaksasikan mata agar tidak tegang dan berujung pada sakit kepala. Demikian dikatakan Hope Ricciotti MD penulis buku bertajuk The Real Life Body Book.

Berdasarkan sebuah penelitian, posisi itu dikemukakan dapat meningkatkan produktiviti dan performant kerja. Adapun untuk posisi tubuh terbaik ketika berhadapan dengan komputer ialah :

Lengan
Letakkan lengan sejajar membentuk sudut 90 darjah ketika menaip. Ini dapat dilakukan dengan menyesuaikan tinggi kerusi Anda.

Bahu
Seboleh mungkin buat bahu Anda santai dengan menjatuhkannya. Bila posisi bahu membuat leher Anda meringkuk, berarti kerusi Anda terlalu rendah. Untuk itu, sesuaikanlah tinggi kerusi .

Kaki 
Buatlah kedua telapak kaki menjejak lantai ketika Anda duduk. Apabila tidak sampai ke lantai, letaklah buku atau kotak di lantai.

Punggung
Bersandar terlalu ke belakang dapat menimbulkan kesakitan pada punggung. Seharusnya, tulang punggung bahagian bawah menyentuh bahagian siku kerusi. Jika tidak sampai, letaklah bantal kecil dan letakkan di bahagian bawah punggung.

07 Oktober 2013

KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM

Just Sharing...
※ Bagi yang penah ditnya soklan begini..mungkin boleh jawab macam ni..
tapi kalau ada jawapan lain..silakan share ;) ※

~ KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM ~

Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah
Kafir: Baitullah tu apa?
Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.
Kafir: Allah ada dalam tu?
Muslim: Tak..
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?
Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu...
Kafir: Kau sembah apa?
Muslim: Aku sembah Allah SWT.
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah.
Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya ku sembah Kaabah la.
Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?
Kafir: Pernah.. selalu...
Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?
Kafir: Tengok perlawanan bola la.
Muslim: Di mana?
Kafir: Dalam TV la...
Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.
Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...
Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
Kafir: Jadi...?
Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?
Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...
Muslim: Peliknya...
Kafir: Sebab apa pulak pelik?
Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...
Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...
Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?
Kafir: Ya.. tak pelik
Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah...
Kafir: Erk.. kau betul..

gambar : extract from google

DOA-DOA UNTUK IBU MENYUSUKAN ANAK

DOA-DOA UNTUK IBU MENYUSUKAN ANAK

Salam.. apakhabar semua, hari ni teman nak berkongsi doa untuk para ibu yang menyusukan anak, dalam ramai kawan2 teman yang dah kawen rata2nya tiada masalah menyusukan anak diorang, namun dalam ramai2 tu terselit jugaklah berberapa orang yang menghadapi masalah kurang susu, mungkin jugak disebabkan pemakanan diorang, mungkin jugak sebab genetik.. ada jugak tau macam tu.. hemm.. sudah semestinya ibu2 nak kan terbaik untuk anak diorang kan.. kalau boleh nak menyusukan anak sampai umur 2 tahun.. tapi apakan daya x sampai setahun pun susu dah tak berapa nak ada.. hemm.. 

Walaupun begitu, zaman sekarang ni dah ada macam2 suplimen untuk bagi susu banyak dah, antaranya susu protein ESP Shaklee kalau amalkan satu set untuk tambah susu lagi bagus..  adik teman sendiri amalkan produk dari Shaklee ni.. memang terbaek lah.. adik teman pun jadi dealer produk Shaklee ni, so kalau ada sape berminat leh PM FB dia di Gina Kojuji's house yea, jangan risau.. harga yang dia bagi amat murah.. harga ahli.. dia kata just bayar harga barang n kos post jea.. harga yang korang beli dia x amik untung pun.. tapi just dapat bonus kat dia lea bila dia dapat jual banyak kan.. 

Selain tu, disamping amalkan set tambah susu ni, teman sertakan sekali DOA UNTUK IBU MENYUSUKAN ANAK ni.. sebelum susukan baby korang, bacalah ayat ni yea.. baca bila2 pun bole, baca dengan yakin dan ikhlas...

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Doa2 lain... boleh jugak..



Nota : teman lum lagi mengandung n berbaby, tapi bila sahabat2 mengadu kekurangan susu, teman rasa nak bantu diorang dengan apa yang teman tahu. kalau sahabat2 teman happy, teman pun happy sama.. 

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers