Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

18 November 2013

LAZADA punya Pemanggang Ajaib!! #Takada Double Grill Pan


Cakkkkkk!!! haaaaaaaaaaaaaa.. korang nampak tak kat atas tu?? ho2.. bagi surirumah yang suka masak memasak ni, mesti akan meleleh air liuq kan nengok "gadget2" masakan ni.. ha2.. ekceli teman saja buat entri ni untuk sahabat teman yang asyik tanya jea mana nak beli.. mana nak beli.. bila teman cakap teman beli kat Langkawi, dia kata Jauh bebenooo.. dekat takde ke?? udah teman kabo dikatanya jauh pulak.. hu3.. So, teman pun gugli (google) le tengok kat mana nak dapatkan gadget masakan ni.. hi2.. gadget lea sangat yeaaa..  pastu terjumpa lea kat LAZADA.COM.MY   nih.. haaa.. terus laju2 print screen dan buat entri.. pastu kabor jea kat dia soh baca entri teman ni, senang.. takyah nak explain2 dah kan..  ate, maleh bebno nak gugli apekehe'nya?? ha3.. terkeluor dah loghat Perak teman yang pekat melikat tu kangg.. 
Haaa.. Pemanggang Ajaib atau lebih dikenali sebagai Magic Pan ni (jenama from product LAZADA) walaupun nampak sama dengan Pemanggang Ajaib teman yang ni--> KLIK tapi yang bebenonya lain tauu.. yang ni ada kelebihan sikit..yang teman punya takleh bukak2 macam ni, tapi yang LAZADA punya leh bukak kalau rasa nak pakai sebelah jea.. senang kan? hu2.. senang nak membasuh, dan ringan sikit.. walauapapun kegunaan dan Spesifikasinya masih sama lea dengan yang teman punya yea! cuma kelebihan tang situ aje.. haaaa.. so, kawanku.. apa lagi..kalau berminat order jea kat laman web LAZADA ni..xyah nak gi sampai Langkawi bagai.. hu3.. kalau beli online pun, tunggu 3 hari hari bekerja jea, barang akan sampai dengan selamat.. takyah risau yea.. teman udah giler nengok barang2 lain kat LAZADA  tu.. adeh.. pingsan! semuanya amat menggeramkan! x caya?? kalau tak caya cer klik tulisan LAZADA kaler OREN tu!
baca atas ni kalau rajin.. kalau malas gi tido!

bagi yang terlebih rajin, Jom singgah baca entri lain
yang berkaitan Pemanggang Ajaib teman ni yea.. =)

15 November 2013

Resepi Kek Batik sedap dan mudah!





Resepi Kek Batik sedap dan mudah!


250 gm Butter/Margerin
Biskut Marie 600gm ( 2pkt)
Milo 1 cawan
Serbuk Koko 1 cawan
Nestum 1 cawan
Telur 3 biji
Susu pekat 1 cawan
Air 1 cawan

Cara..
Biskut Marie di patah2 kan
Dalam kuali cairkan Butter..
Bila dah cair masukkan
Milo,serbuk koko,susu kacau pekat sedikit
Kemudian masukkan telur dan air kacau lagi sampai pekat..
Kemudian tutup api masukkan nestum
Dan biskut marie.
Kacau rata..
Alaskan loyang atau bekas..dan alas dgn plastik
Masukkan adunan biskut marie tadi
Tekan bagi padat...sejukkan dalam peti
Sebelum bole di potong
Selamat mencuba...

MUKA MACAM ALIEN ADA HATI NAK NGORAT AKU

Ha2.. opssss.. ini bukan ayat teman yea.. ni ayat dari seorang rakan teman yang brutal tapi jelitawan.. hi3.. Bila teringat hari ni hari Jumaat, dok sorang2 teringat pulak citer masa kami 'dating' a.k.a jalan berdua sambil window shopping kat sebuah Pasaraya.. 

Citer ni dah lama dah.. masa zaman teman lum kawen lagi.. heee.. saja mengenangkan kembali nostalgia bersama sahabat brutal teman tu.. dulu kami memang rapat.. cuma. sekarang kami dah tak serapat dulu.. biasalea.. masing2 ada komitmen dengan dunia masing2 kan.. 

Okeylah.. sambung lik citer tadi.. sambil berjalan2 untuk menghabiskan waktu rehat kami.. kami jengjalan lea kat dalam Pasaraya tu.. nengok2 barang.. tapi idaklea membeli.. tengok jeaa.. hu2.. Alkisahnya.. tengah lalu kat satu kerusi rehat tu, ternampaklea "selonggok" budak2 lepak kat situ.. 
Yang sahabat teman ni walaupun brutal tapi berwajah cantik orangnya, dia brutal macam tomboi sikit, tapi still dressing macam girl la.. xdelea macam rappers tu.. he2.. maka memang selalulah menarik perhatian lelaki ketika itu.. he2..sebab apa teman highlight ayat ketika itu..? sebab sekarang dia dah lain sikit.. udah molat... hik3.. opsss.. jangan dia terbaca entri ni sudah.. Naya teman kena sekeh kepala.. heee... walaupun sekarang dia dah molat tapi still cumey lagi tau..bayangkan CT Nurhaliza, macam tu lah rupa dia..

Sambil nak melepasi kelompok geng jejaka lepak tadi.. bermacam2 bunyilah yang kuo.. bunyi tikus lah.. bunyi nyamuk lah.. ha3.. teman walaupun xde kena-mengena dalam hal tersebut (sebab teman bukan lawa pun masa tu... cumut jea.. budak baru abes skulah lea katakannn.. sob.. sob.. ) haaa... nampak teman highlight lagi disitu? nape teman highlight ayat masa tu ?? ha2.. sebab nak bagitau.. sekarang pun comot jugakkkk.. wakakakaka.. eh.. termelalut plak.. sambung lik citer yea..
Datanglah sorang mamat tu (boleh tahan orgnya)dengan muka slumber dia menegur kami,err..ekceli teman tau dia nak tegur sahabat teman sorang tu jea..tapi udah teman ada disebelah,maka ditegurlah kedua2 skali.. haa.. teman udah rasa tak selesa dah masa tu.. bukan tak selesa sebab teguran 'ngorat' mamat tu, tapi yang paling teman risau ialah JAWAPAN MAUT yang akan keluar dari mulut sahabat teman yang lawo tu.. haaaaaaa.. teman udah nengok ke belakang siap2.. takmo nengok muka mamat tu apabila mendengar ayat2 cinta yang keluar dari bibir munggil sahabat teman tu.. akhirnya.. terjawablah teguran mamat tadi.. haaaa.. korang tau ke ayat apa yang sahabat teman yang brutal ni jawap??? Sila baca bawah ni yeaaaa!
haaaaaaaaaaaaa.. kan naya jea dapat seketul ayat pedas ni.. adoiyaiii.. teman udah taktau nak kata apa.. segan pulak bila sahabat teman cakap cenggitu kat mamat tu.. pastu kesian pulak nengok muka mamat tu time kena sembur ayat pedas melekat tu.. errr.. teman tarik tangan sahabat teman tu, kami berundur ke tempat lain.. sempat jugak teman nengok muka mamat tu, macam terkejut n bengang jea.. tapi mujur dia tak balas balik or buat sesuatu yang diluar dugaan.. kalau tak.. dengan teman2 sekali lea sangkut beb! 
hemm.. maybe mamat tu pun dah sedar kot.. yelaa.. segan kot ditegur TAK SOLAT JUMAAT kannn.. hu3.. teman ni idaklea menyokong sahabat teman tu, sebab tak semua orang leh terima ayat2 macam tu.. kalau terBAGI ayat tu kat salah orang acane?? maunya orang tu ikut balik, then cari masa jea nak balas dendam.. ishh... mintak simpanggg.. sebab tu walau apa2 pun kita kena jaga kata2 kita.. 

Jangan sampai buat orang berdendam mendengarnya.. ini just nasihat jea dari teman buat adik2 diluar sana.. kot lea pernah berhadapan dengan situasi teman n sahabat diatas... hope janganlah keluar kata2 yang x enak pada orang tu.. just biar jea.. selagi dia tak buat tindakan yang tak elok pada kita, kita beredar jea dari situ.. buatpe nak kecoh2.. kalau setakat diorang menegur jea, tak perlu sampai nak keluar kata2 makian ke apa... 
Jangan buat ayat macam Penguin ni jugak yeaaaa.. kiranya macam samakan diorang dengan serangga/haiwan lak.. lagi lea diorang mengamok.. silap2 kita pulak yang dia malukan balik kat situ.. so, jagalah budi bahasa kita yea adik2.. heeee.. udah macam siaran TV Moral budak2 lea plak teman ni yea!
heeee.. kalau taknak kena ngorat, sila tutup aurat rapat2 / betul2 okeh.. ha3.. ni last sekali punya ayat.. tak larat taip dah.. bukan mengkome baca abes punya.. ni mesti baca lompat2 kannn?? memang kome nak kena ni!! (alamak.. dah terikut sikap Brutal sahabat teman lea plak..hik3) back to Normal plzz! ha2! Sekian!

DOA-DOA PELINDUNG DIRI DARI SIHIR


DOA PELINDUNG DARI SIHIR
Dengan keizinan Blogger Ayie, teman share Doa2 ini.. moga dapat dijadikan perkongsian ilmu bersama.. ekceli nak letak sebagai entri teman.. untuk rujukan teman pada masa akan datang .. thanx Ayie..

korang pernah terfikir tak tentang SIHIR? pernah tak risau kalau2 korang menjadi mangsa SIHIR orang lain yang amat dengkikan korang?.. walhal korang sendiri tak pernah nak menyakiti atau bersikap irihati dengan diorang? hemm.. sebenarnya kita takkan tahu pun diri kita di SIHIR . kadang2 SIHIR tu berbentuk halus yang kita takkan nampak pada mata kasar.. i mean, tak nampak pada luarannya.. bila dah semakin merebak baru kita akan nampak kesannya.. so, berhati2 dan amalkanlah ayat/doa2 dibawah ni untuk bertawakal dan berdoa agar dijauhkan dari sesuatu senjata yang amat dasyat selain senjata tajam/berpeluru.. iaitu SIHIR
1. Baca Al-Fatihah 

(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
2. Baca Surah Al-Ikhlas


(1) Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (2) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (3) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (4) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
3. Baca Surah Al-Falaq
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (2) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (3) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (4) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (5) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
4. Baca Surah An-nas 
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (2) Yang Menguasai sekalian manusia, (3) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (4) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, (5) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (6) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

2. Membaca surah 3 Qul setiap hari. Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan al-Mu'awizatain (surah an-Nas dan surah al-Falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. (Sunan at-Tirmizi - no: 5072 dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi - no: 3575) 
5. Baca Ayatul Qursi

(255) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

3. Ayat al-Kursi (surah Al-Baqarah ayat 255), lebih baik jika memahami maksudnya sekali. Daripada Abu Hurairah radhiallahu; Rasulullah s.a.w telah mewakilkan aku supaya menjaga harta zakat Ramadhan, lalu datang seorang lelaki mencuri makanan. Akupun menangkapnya dan berkata, "Aku akan membawa kamu kepada Rasulullah s.a.w...Lalu dia berkata, "Sekiranya kamu pergi ke katilmu, maka bacalah Ayat al-Kursi, kamu akan diiringi oleh seorang penjaga daripada Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga waktu pagi." Nabi s.a.w bersabda, "Dia telah bercakap benar kepadamu sedangkan dia adalah penipu besar. Dia adalah syaitan," (Sahih al-Bukhari – no: 4723) 
4. Membaca doa di atas setiap hari sebanyak 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Rasulullah s.a.w bersabda : Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : (terjemahan ayat) "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya. (Sohih Muslim, no 2731) 
(285) Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali.
(286) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim).

5. Dua ayat terakhir surah al-Baqarah di atas. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Barangsiapa membaca dua ayat terakhir (ayat no. 285 dan 286) dari surah al-Baqarah pada malam hari, maka mencukupi baginya (daripada diganggu oleh Syaitan). (Sahih al-Bukhari - no: 3786; Sahih Muslim - no: 807) 
6. Membaca zikir : "Laa ilaaha illAllaah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qodir" (sepuluh kali sekurang²nya). Sabdalah Nabi s.a.w; Barangsiapa mengucapkan "Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu." sebanyak seratus kali sehari, akan memperoleh ganjaran seperti membebaskan sepuluh hamba, satu ratus hasanah (kebaikan) akan dicatatkan untuknya dan satu ratus sa'iyah (keburukan) akan dipadamkan daripada catatannya, dan ianya akan menjadi pelindung baginya daripada syaitan untuk hari tersebut sehingga petang. Tidak ada seorang pun yang akan lebih baik darinya melainkan orang yang melakukan melebihi dari apa yang dia lakukan. (Sunan at-Tirmizi - no: 3390 dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi – no: 3534) 
7. Membaca : "A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq." Sabda Nabi s.a.w; Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (terjemahan ayat di atas) "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. (Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Ketika Subuh, no 336, 1/225) 

14 November 2013

HEPI BESDAY K.EIDA #14 NOVEMBER

Hepi Besday K.eida # 14 NOVEMBER
Heeee.. Opss.. rasanya lum terlewat lagi kot nak ucapkan Hepi Besday buat my lovely kakak ipar... 
Hu2.. leka sangat dengan blog sampai terlupa nak nengok FB.. tak perasan yang hari ni rupanya besday k.ieda iaitu kakak ipar teman yang very the comel.. apa2 pun.. Teman ucapkan semoga dihari bahagia k.eida ni, semoga Allah Murahkan rezeki k.eida, moga segala hajat n impian k.eida tercapai.. moga k.eida success dalam kerjaya dan life nya.. Aminnnn.. 
Haaa.. ni lea kakak ipor teman yang very the peramah, baik hati n comel tuu.. heee... Opss.. saja teman letak besday k.eida kat sini.. buat ingatan.. hope tahun depan x lupa lagi.. Ni pun sib baik x terlepas wish.. hu3.. apa punya adik ipo la kannn.. sib baik Butang n Oyen ingat.. kui3.. Haaaaaa.. lain kali ingat yea.. 14 NOVEMBER Besday k.eida.. jangan lupa lagi yeaaaa.. (ingatan untuk diri sendiri) hi3.. 

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers