DR Jim bersama sut lengkap Predator dan motosikalnya.
Ha2.. tertarik nak meng'hupload' gambar dan citer pasal ni sebab teringat pernah ada customer hubby tanya2 pasal helmet Predator ni, tapi kami tak jual helmet Predator ni.. mahal kot kos nya.. sebiji tu pun berapa riban entah.. maybe dalam 4 ke 7k camtu harganya.. tu tak termasuk sut dia satu set.. perghh.. tapi helmet ni memang rare pun kat Malaysia, tak ramai yang pakai, tu pasai ramai yang cari.. Rela berhabis duit tu nak beli helmet nih! heee..
Ekceli la kann..Teman dapat citer ni dari hubby teman.. hu3.. saja suka2 nak share kat sini.. ha2.. kalau hubby teman nak pakai helmet ni.. mintak mahap lea yea.. teman idaklea berkenan.. hik3.. nanti rambut2 dia melayang ke muka teman lak... kui3
sape lum baca citer ni kat Harian Metro? Haa... jom kita usha2 dan terjah apakah citer disebalik gambo diatas.. hu3
Kuala Lumpur: “Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,”. Demikian kata Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu. GA_googleFillSlot("HM_Island_Ad_400x200"); Gambarnya bersama sut sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 itu kemudian dimuat naik di beberapa blog dan mendapat pelbagai reaksi termasuk menggelarnya sebagai Predator Malaysia. “Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas.
“Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di kliniknya, di sini, semalam. .
ha2.. teman suka gambo ni... heee...
Sumber : Harian Metro