Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

05 Disember 2013

KENA KENCING LAGI!!!

Teka Teki Terjawap sudah!
Haiii.. salam Khamis semua.. hemmm.. pagi tadi bangun2 jea tido rasa nak mengamok pun ada, tau kenapa? Apa tidaknya... bangun2 jea terasa basah.. sejukkkk jea kat kaki teman tu.. hemmm.. memang tak fikir lain dah.... kena kencing lagi la ni.. tau sape punya koje??? 

hemm.. sape lagi kalau bukan si Oyen tu.. adeh.. bila lea nak pandai kencing kat tempat sepatutnya ha? memang dah mati kutu nak ngajo dia ni.. masa mula2 dulu ingatkan Butang lea punya koje, sebab dia yang tido ngan kami tiap2 malam.. Butang memang suka tido kat kaki teman, dia suka letak dagu dia kat kaki teman, konon jadi bantal dia laa.. hu3.. 

Sebelum ni xdelea dia kencing atas katil kami, tapi baru2 ni termasuk lea pagi tadi, udah 5 kali teman terpaksa cuci cadar.. dah penat dah rasanya.. lebih2 lagi bila dah kering dan nak pasnag cadar balik, esoknya kena basuh balik sebab dikencing oleh kucen misteri.. 

hemm.. teman asyik2 kata Butang punya koje, tapi my hubby kata Butang takkan buat perangai camtu.. teman still tak percaya gak, sebab Oyen tak tido dengan kami, camne lak Oyen yang kencing kat katil kami kan? 
hu3.. last2 terbongkar misteri sape kencing bila suatu hari teman sibuk cuci n kemas bilik, dah siap pasang cadar semua, tiba2 ternampak oyen turun dari katil.. haaa.. dan ternampak lea setompok air kencing.. aduiiiiii.. 

Cepat2 teman tariik comforter tu takut terserap sampai ke tilam, hemmm.. memang menguji kesabaran betul si Oyen ni.. bila teman marah dia, dia buat suara manja dan gesel2 kat kaki teman.. 

alahai.. hancur luluh hati yang sedang marah tadi.. terus jadi cair ibarat ais yang terletak bawah panas matahari.. hu3.. ayatttt.. maka.. sekarang dah tau yang Oyen lah kucen misteri yang buat perangai tu.. 

so, maknanya Oyen dilarang masuk bilik dah pasni.. Butang pun terpaksa diletakkan luar bilik sebab kalau tutup pintu camne butang nak kencing/berry nanti?  so, Butang n Oyen.. kome duduklea luar bilik yea.. sorry.. no kompromi lagi..  ini adalah final decision!

04 Disember 2013

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2013

Lebih 300 artis, personaliti dalam senarai awal 

Dengo citer seramai 322 selebriti dan personaliti tanah air akan bersaing pada pusingan awal dalam 15 kategori utama untuk merebut kedudukan Top 5 atau lima calon teratas. tak tau lea sape yang bertuah tersenarai dalam Top 5 tu kann.. haa.. tunggu jelea kann.. teman tak target sape2 pun.. bio lea undian yang tentukan.. 

Borang pencalonan pusingan awal ABPBH 2013 boleh didapati dalam akhbar BH dan BH Ahad mulai hari ini hingga 29 Disember depan untuk pembaca memilih lima calon teratas. Pemenang yang dipilih melalui kaedah 'undi dan menang' bakal menerima hadiah seperti Ipad Mini, Samsung Galaxy Note II dan jam tangan berjenama yang disediakan penganjur. 

Seperti tahun sebelumnya, BH turut mengadakan kategori sampingan secara ’online’ di laman web ABPBH; www.abpbh.com.my bermula Rabu ini. 

Tujuh kategori dipertandingkan iaitu Artis Lelaki Stailo; Artis Wanita Stailo; Gandingan Serasi Di Layar; Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular; Artis Berpengaruh Di Laman Sosial dan Chef Selebriti Paling Popular. 

Yang paling best.. haaaa.. satu lagi kategori iaitu Aksi di YouTube Paling Popular dianggap paling menarik. Sebanyak 10 video aksi atau parodi yang terpilih di laman YouTube akan dipertandingkan dalam kategori ini. korang rasa sape yang tersenarai dalam Top 5 yea? cer teka.. cer teka.. ha2..

Anugerah ’People’s Choice’ yang terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-27 akan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam di TV3 dan radio HotFM, pada 6 April 2014.

Oyen Gemok

Teman di tag dalam FB oleh my sister in law pada gambo ini, semua sebab si Oyen yang dah bertukar jadi gemoks tetiba.. walhal dulu kuruih (kurus) bebeno.. hu3.. ni teman letak gambo ni kat sini sebab nanti nak tunjuk kat SIL teman tu, ha3.. rajin bebeno dia meng Tag teman, ada jea modal nak bagi teman gelak sengsorang tauu.. ha3.. apa2 pun ini entri Wordless Wwednesday kan.. so, takyah cakap banyak.. hayati jea gambo ni yea.. ! haaa nak mintak tolong klik LIKE bawah ni leh tak? klik je.. x susah.. heeee.. tq omei .. =) 

03 Disember 2013

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

KLIK BANNER UNTUK JOIN yea.. =)

Note : 1st time join segmen/Giveaway/Contest blogger HH..
 heee.. saja mencuba.. mana tau rejeki.. lalalala

02 Disember 2013

PUTERI AWANI DALAM RANCANGAN 3R AHAD INI


Puteri Awani dalam rancangan 3R Ahad ini


Bagi yang belum mengenali Puteri Awani? Sila Baca SINI

Haaaa.. ingat tak budak comel yang pernah bikin hot dengan video Couple seminggu dulu? Heee.. sekarang dia dah fofular, dah ramai follower tak kira instagram, tweeter mahupun facebook.. puluhan ribu yang follow dia, dah mengalahkan retiss..haa.. sape lagi kalau bukan Puteri Awani.. haaa.. citer terbaru Puteri Awani sekarang kalau korang nak tau, puteri awani bakal muncul di kaca tv dalam rancangan 3R TV3 episod ke 8 pada hari Ahad  ni, ( 8 Disember 2013) jam 7.30 malam.. hu2.. yang pasti teman teringin nak tengok Puteri Awani dalam rancangan tu, tapi apakan daya, pada hari tersebut teman akan berangkat ke luar negara bersama hubby untuk uruskan hal bisnes hubby.. teman just temankan dia jea.. hu2.. terpaksa lea nengok dalam Utube (itupun kalau ada).. agak2 dalam tv3 online ada tak? Heh3.. teman suka nengok Puteri Awani ni.. cumey sesangat.. cute jea.. mata bolat.. 


Cumey kan Puteri Awani ni..

okeylah, sampai sini jea.. saja nak share dengan korang yang minat Puteri Awani ni jea.. Jangan lupa saksikan Puteri Awani dalam rancangan 3R TV3 episod ke 8 pada hari Ahad ni, ( 8 Disember 2013) jam 7.30 malam

01 Disember 2013

HAPPY SWEET DECEMBER 2013

HAPPY SWEET DECEMBER 2013
Haiii.. Assalammualaikum semua.. heee.. waktu semasa teman menaip ni ialah jam 3.30 am.. ha2.. awat teman tak tidoq2 lagi? he2.. dah tidoq terlelap sebenonya tadi, tapi pastu terjaga lak.. mata xleh nak lelap so teman cadang nak update blog terus.. hubby pun x tidoq lagi ni, sebab merepair CPU yang buat hal lak.. asik terpadam aje.. power supply x cukup katanya.. Wallahualam.. hope cepatlea OK CPU tu.. runsing menaip guna Note dan Laptop.. hu3.. 

Hah! stop melalut.. entri kali ni nak xde nak citer apa2 sebenonya.. just nak tayang gambo yea..Tapi apakan daya, tertaip panjang2 lea pulok.. kome redho jelea membava sampai abes yea!! haruss!! heee.. dah masuk bulan December dah kita yea.. kejap jea masa berlalu kann.. pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru.. lagi sebulan jea lagi kan.. hu3.. lagi sebulan nak meninggalkan 2013, sedey.. sedey sebab apa yang dihajati pada tahun 2013 ni tak tercapai.. hemm.. tau apa dia..?? hemm.. maybe ada sahabat blogger yang tau.. takpelah, teman gitau gak apa hajat teman tu yea.. mungkin lum rezeki.. hope tahun depan rezeki nak dapat baby cerah.. korang doa2 kan yea.. Aminnnn..
Heee... dalam bulan Disember ni, teringat teman pada bulan perkenalan teman dengan hubby, pada bulan ni lah (Disember 2009) kami mula berkenalan, meluahkan kisah sedih masing2, bibit2 cinta mula terbentuk.. dan selepas dari bulan Disember ini.. kami berkawan, mula rapat, bertunang dan seterusnya berkahwin tahun lepas (Mac 2013)... macam2 dugaan sepanjang perhubungan, namun benar ketentuan Allah, kalau dia jodoh kita, halangan macam mana pun dia tetap jodoh kita, tapi sebaliknya kalau dia bukan jodoh kita, usaha macam mana pun takkan bersatu.. semuanya kuasa Allah kan.. dengan orang lain kita berkawan, bercinta jugak tapi tak sampai ke gerbang perkahwinan, tapi bila bertemu dengan jodoh yang sebenar, kejap dan lancar jea perhubungan tu.. terus berjodoh dan berkahwin.. Alhamdulillah..

Alhamdulillah, syukur dengan ketentuan Allah.. moga hubungan kami berpanjangan hingga Akhir Hayat.. Aminn... hu3.. hope teman ni jadi seorang penyabar dan mudah memahami my hubby miaw2 tu.. heee.. pernah sekali kami selisih faham, tapi dah ok sekarang.. yang penting kena bawak berbincang, jangan pendam2.. hu3.. tapi kami gaduh kecik2 jea sebenonya.. bohonglah dalam rumahtangga xde gaduh2 manja.. Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam ceramahnya pun galakkan kita bergaduh manja, dari situ kita dapat mengetahui apa kekurangan diri masing2, apa salah kita dan apa yang kita tak tahu pasangan kita mahukan selama ni.. dari situ kita perbaiki kekurangan dan kesilapan kita yang kita tak sedar.. heee.. memang gaduh manja tu perlu jugak yea tak.. heeee.. takmau citer panjang2 bab ni.. yang penting teman bersyukur dapat hubby yang penyabar dengan karenah wife dia yang noti ni.. wekk..
Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh
(Lirik lagu Zizan dan Kaka, Bawa Aku Pergi)

haaaaaaaaaaa... lagi satu nak citer.. kami nak fly Sabtu malam Ahad ni, atas urusan bisnes hubby..kalau ada masa nak ajak hubby jengjalan (kalau ada masa lea.. hu3) kalau tak kami jalan2 ke tempat supplier jelea.. heeee.. apa2 pun doakan perjalanan kami selamat dan lancar pergi dan balik yea.. doakan keselamatan kami ketika di negara orang nanti yea.. moga Allah pelihara keselamatan kami disana.. Amin

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers