Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

10 Oktober 2014

KATA-KATA DAN DOA INDAH #3

SUSAH SENANG SENTIASA INGAT ALLAH...
Jangan hanya sujud ke "sejadah" saat susah. Jangan hanya mengenal "telekung" saat sesak. Jangan hanya memandang "qiblat" saat payah. Jangan hanya teringat "wudhu" saat lemas. Jangan hanya mengenal "tasbih" saat hanyut. Jangan hanya memandang "alam" saat alpa. Sayang yang tak kelihatan ada pada hati, letaknya iman. Carilah sayang Agung itu. 
Agar sayang tak lagi palsu.

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2014

 Hari Kesihatan Mental Sedunia. Tema tahun ini adalah "Hidup Dengan Skizofrenia" |
Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun. Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu Kesihatan Mental di seluruh dunia dan mengelolakan usaha-usaha dalam  menyokong Kesihatan Mental.

Hari Kesihatan Mental menyediakan peluang kepada semua yang berkepentingan untuk bercakap mengenai kerjaya mereka dan keperluan mendidik dalam menjadikan penjagaan Kesihatan Mental sebagai suatu realiti kepada masyarakat seluruh dunia.

Tema Hari Kesihatan Mental tahun 2014 adalah “Hidup dengan Skizofrenia”.  Fokus Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah menjalani kehidupan sihat dengan Skizofrenia.

GAMBAR KONTROVERSI TENGKUBUTANG DAN SYAMIMI SAAD

Wahhh.. Kontroversi betul gambo atas ni kann!! MasyaAllah.. kekekeke... Haaa.. kenal tak Blogger  sebelah teman ni??? hehehehehehehehehehe.. Mesti ada yang kenal kan? Inilah dia Blogger Mimi yang baru saja dapat baby baru-baru ni.. tadi tengah nengok2 entri lama2 yang belum publish.. sekali terpandang entri yang ni.. haa.. apa lagi.. terus publish lah.. kenangan gitu... 

Mimi, ada simpan tak gambo2 yang lain tu? leh share gak.. heee..  ni gambo kenangan kami semasa di Gunung Lang dulu.. kami memang rapat tapi dok berjauhan dan jarang jumpa.. aishh.. jauh ke kita dulu mimi? hihihi.. bukan jauh apa.tapi masa yg amat terhad untuk kita selalu berjumpa kan.. heee.. 
 Sweet Memoir..
Nah.. flying kiss buat korang yang nengok gambo ni.. hehehehe
awat teman punya peace camtu?? ha3
dalam keta.. sempat lagi tu... tembam betui pipi mimi ni, rasa nak cubik2!
Aip2.. main intai2 lak teman yea..

Resepi Potato Fritters Yang Mudah & Sedap!!!

 Resepi Potato Fritters Yang Mudah & Sedap | 
Fuh.. meleleh liuq tengok gambar ni pagi-pagi camni di saat perut berkeroncong kelaparan.. hahahaha.. nyum2.. nampak menyelerakan betul.. sodapp.. errr.. camne tau sodap? tak rasa lagi yea?? heee.. teman jumpa resepi ni kat wall FB member teman, dia share resepi ni.. so, teman mintak share resepi ni dekat blog teman.. hu3.. memang terasa nak emncuba.. tapi buat masa ni kena sabo dulu.. perut teman bukannya elok sangat ni.. selagi belum sembuh betul2.. takut nak makan yang bukan2.. 
Tapi sebelum tu, boleh la kita nengok2 resepinya kan.. mudah aje teman nengok.. pergh.. tak sabo nak buat.. hee.. simple je bahan2 dia.. macam buat cucur gak.. cuma kena tos betul2 la kan masa angkat tu, sebab faham2 jelah.. yang bergoreng ni banyak minyak.. takmo makan minyak banyak2 ok.. tak elok untuk kesihatan.. apa2 pun jom tengok resepinya astu leh cuba!! Tak rugi try beb.....ranggggguuuupppppp nyam nyammmm!!!!
•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.
•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.

RESEPI POTATO FRITTERS
•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.
BAHAN-BAHAN
3 biji kentang (sagat halus)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Ajinamoto (abaikan jika tidak perlu)
Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA-CARA
~ satukan kentang yg telah disagat dgn tepung jagung, tepung gandum, 
daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati
~panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...
tunggu sampai masak... angkat....siap
Sedap dimakan bersama sos

# resepi asal noraida durani ( tq )
•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.
•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.

KATA-KATA DAN DOA INDAH #2


Islam is...

Islam is a way of life, try it.
Islam is a gift, accept it.
Islam is a journey, complete it.
Islam is a struggle, fight for it.
Islam is a goal, achieve it.
Islam is an opportunity, take it.
Islam is not for sinners, overcome it.
Islam is not a game, don't play with it.
Islam is not a mystery, behold it.
Islam is not for cowards, face it.
Islam is not for the dead, live it.
Islam is a promise, fulfill it.
Islam is a duty, perform it.
Islam is a treasure (the Prayer), pray it.
Islam is a beautiful way of life, see it.
Islam has a message for you, hear it.
Islam is love , love it.

KATA-KATA DAN DOA INDAH #1



DOA INDAH
Ya Muhaimin Kau peliharakan hatiku untuk terus mencintaiMu..
Ya Jabbar Kau gagahkan hati dan diriku dalam menempuh segala ujianMU..
Ya Ghaffar Kau maafkan segala kesalahanku pada diriMU...
Ya Sami’ Kau dengarlah rintihan hatiku yang merayu padaMU..
Ya Bashiiru Kau lihatlah aku dengan pandangan kasih sayangMu..
Ya Aliimu Kau sahaja yang mengetahui apa yang ada di hatiku ini..

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers